Umum
Sep 12, 2010, 2:56pm

Kehilangan Datuk Sosilawati mungkin terjawab hari ini


Assalamualaikum dan salam aidilfitri…
Mood masih beraya.. walaupun pada hakikatnya tak semeriah kanak-kanak dahulu.. Tapi alhamdullilah semuanya berjalan lancar… Baiklah… Hariz nak bawa korang semua tentang misteri kehilangan Datuk sosilawati… Kemungkinan besar akan terjawab pada hari ini.. Kerana polis berjaya temui 4 mayat di pantai Morib, Selangor semalam.

Dipercayai mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib…. Baiklah Hariz berjaya kerat artikel daripada hmetro jom cekidau…

BANTING: Misteri kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi dijangka diketahui hari ini apabila pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu.

Sepat dekat sini sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di
situ memasuki kawasan itu.

Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu.

Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan datang pagi ini untuk
menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat
mereka dibunuh dan mayat mereka dibakar.

Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan
pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.

Sejak tersebarnya khabar angin bahawa polis menjumpai mayat di situ, ramai wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke ladang itu sejak tengah malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang oleh pihak polis yang berkawal di luar jalan utama.

Sejak malam tadi, cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada para pegawai
tertinggi polis sama ada di Bukit Aman, Kontinjen Polis Kuala Lumpur dan
Selangor gagal mendapat sebarang pengesahan.

Wartawan juga menerima pesanan ringkas daripada beberapa sumber bahawa
seorang bergelar Datuk, seorang peguam dan tujuh lelaki yang bekerja di ladang
itu ditahan untuk membantu siasatan tetapi ia juga tidak dapat disahkan.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank
CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil
Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada
di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di
Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di
kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. – Bernama

ProfHariz : Benarkah datuk sosilawati? Kemungkinan besar diorang kot?

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: