Umum
Jan 29, 2011, 2:46pm

Kehidupan Seorang Pelajar Di ILP Selandar Melaka


Salam semua,

Saya Hariz bernombor NDP 22111XXX pelajar jurusan sistem semestar 1 di Institut Latihan Perindustrian Selandar Melaka. #OhAgakSkema.. Weheee… Ada tak bekas-bekas student ILP Selandar Melaka ? Atau sedang menuntut di ILP Selandar Melaka yang baca entri ni? Wehee…

Ternyata benar kata rakan saya iaitu Luth.. Hariz ko sekarang(time kerja) bolehlah ko nak berblog bila ko dah mula study ko tak akan ada masa untuk berblog… Masih ingat kata-kata luth di lubang telingaku.. Aku Rindukan PC Aku! Aku Rindukan Blog Aku! Aku Rindukan BlogWalking dan Aku Rindukan Update Blog..

Kehidupan Seorang Pelajar ILP bukannya mudah.. Aku sebelum ini tidak pernah sama sekali tinggal di asrama.. Apabila berada di sini duduk di asrama dan tempat yang agak jauh dari rumah atau pun family.. Segala kenikmatan semuanya hilang.. Waktu kelas mula dari pukul 8pagi hinggalah 5petang.. Tapi kami punya rutin harian bermula dari jam 5pagi sehingga 9malam.. Sangat penat! Semuanya kena follow.. Terasa juga bagai dicucuk hidung. Tapi my mom cakap segalanya untuk kebaikkan bukan?

ILP Selandar ini kedudukannya sangat pendalaman.. Bagi yang sukakan kedamaian memang ini tempat yang terbaik tapi apabila berada di asrama? korang faham-fahamlah damai jadi marca marba… Uhhh.. Hariz akan berada di sini sehingga 2012.. 2 tahun lagi.. Kemudahan wifi tiada.. CC? Lagilah.. Kalau nak outing untuk hari minggu.. Bas akan ada dua jam sekali.. Paling lewat bas pada jam 7malam.. Kalau korang nak ke sini malam jangan haraplah!

Tapi apa-apa pun disini banyak ilmu dan kehidupan baru aku dapat.. Kehidupan seorang pelajar yang jauh dari family memang best wa cakap lu.. Xsabar untuk balik bercuti raya cina.. InsyaALLAH bertolak pada 2hb pada jam 9.30 malam naik bas KKKL *Bas gagap kata kawan saya* Cuti raya cina hanya 4hari termasuk sabtu dan ahad..

Uhhh… Kalau nak cerita dan kongsikan pada korang memang panjang lebar… Apa yang hariz rasa cukuplah setakat ini sahaja.. Berkenaan dengan blog? pelawat? jangan tanyalah sangat jatuh merudum.. Berkenaan dengan Alexa ranking pun sama.. Terima kasih kepada mereka yang masih sudi masuk ke weblog https://profhariz.com

ProfHariz : Saya Kini Dibotakkan Kepala! Dan Berita Baik profhariz.com sudah dpt sitelink tapi

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: