Kita ni kalau boleh semua benda nak cepat termasuklah repair phone. Saya percaya tidak semua suka bila phone perlu ditinggalkan di kedai untuk dibaiki. Mesti nak cari kedai yang boleh siapkan dalam tempoh sehari kan? Lagi-lagi bila dapat tengok phone di repair di hadapan mata. Baru kita percaya punca phone tu rosak. Sebenarnya kat Shah Alam ni banyak je kedai repair phone tapi mana satu yang buat kerja berkualiti? Ok, kali ni saya nak share sebuah kedai repair phone terkenal di Shah Alam
Ok sebelum tu, nak beli smartphone bukan macam beli roti. Bertungkus lumus kita bekerja untuk membeli phone idaman, bila tiba-tiba phone rosak, mesti rasa kecewa. Ada orang kata daripada repair phone lebih baik beli terus yang baru sebab kos repair phone mahal. Salah anggapan macam tu. Sebenarnya kos repair phone bergantung pada kerosakan yang dialami. Kalau phone tersebut mengalami sedikit sahaja kerosakan apa kata hantar ke kedai untuk di check masalahnya? Sekurangnya dapat menjimatkan duit anda dari beli yang baru.
Ya, seperti yang saya katakan sebentar tadi kat Shah Alam ni memang banyak kedai repair phone tapi mana yang terbaik? Pada yang belum tahu, kalau phone anda mengalami kerosakan apa kata hantar ke Gila Gadgets. Kalau tak percaya, kebanyakkan phone yang rosak semua boleh dibaiki bila di hantar ke sini. Kedai Gila Gadgets antara kedai repair phone paling popular di Shah Alam.
Kepakaran Gila Gadgets adalah membantu anda menjimatkan masa anda dan mengelakan anda dari tertipu. Gila Gadgets repair Phone face to face! anda boleh lihat sendiri kerja mereka dan paling best mereka akan tunjuk anda apa beza barang yang rosak dengan yang tidak rosak. Itu semua dalam masa kurang dari 30 Minit!
Di Gila Gadgets, mereka menyediakan servis repair pelbagai brand smartphone seperti apple, samsung, lenovo, sony, huawei dan sebagainya. Gila Gadgets telah berpengalaman lebih 5 tahun dalam industri baik pulih/repair smartphone termasuk tablet/ipad dan lain lain juga. Mereka sedia membantu anda untuk membaiki telefon kesayangan anda dengan cepat.
Repair sepantas 20 minit untuk minor problem LCD replacement , Battery replacement , Charging Port Replacement dan lain-lain oleh technician berpengalaman. Gila Gadgets membuat servis handphone repair dengan cepat dan selamat. Dalam kebanyakan kes, juruteknik akan dapat memperbaiki devices anda dalam beberapa minit sahaja, biasanya mereka akan mendapatkan telefon anda masuk dan keluar dalam masa 20 minit atau kurang. Laju bukan?
Gila Gadgets menawarkan dengan harga baiki yang kompetatif dan berbaloi-baloi. Jika dahulu harga untuk repair phone sama macam harga seperti beli phone baru tapi bila anda repair di Gila Gadgets jangan terkejut dengan harga yang sangat murah. Bandingkan harga mereka dengan kedai lain pasti anda nampak perbezaannya. Jadi anda tak perlu beli phone baru. Jimat duit anda!
Technicion di Gila Gadgets adalah amat mahir dan berpengalaman tinggi dalam membaiki smartphone sebab itulah phone anda boleh siap dalam masa 20 minit sahaja. Jika masalah phone anda agak teruk, baru technicion akan minta untuk anda tinggalkan phone di kedai. Phone anda akan dibaiki dalam tempoh 2-3 hari sahaja bergantung pada masalah phone.
Masalah yang satu ini mungkin jarang terjadi pada smartphone yang mempunyai spesifikasi tinggi. Namun, untuk smartphone kelas pertengahan masalah hang pada Android bukan hal yang biasa. Kerana biasanya banyak smartphone Android yang mengalami hang saat menjalankan sesuatu aplikasi. Nah, cara untuk mengatasinya sebenarnya cukup mudah. Anda hanya perlu buat rutin membersihkan file cache.
Selain sering hang, baterai cepat habis juga sering menjadi masalah bagi beberapa pengguna. Sistem Android memang belum sepenuhnya mampu mengoptimalisasi penggunaan bateri.. Jadi tak jarang orang yang merasa baterainya menjadi cepat habiss, namun sebenarnya cara untuk mengatasi hal tersebut cukup mudah. Cubalah untuk mematikan filter yang tidak terpakai seperti GPS dan WiFi. Selain itu mengatur kecerahan juga boleh membuat bateri jadi lebih tahan lama
Android juga sering mengalami masalah suhu pada smartphone mendadak menjadi sangat tinggi atau cepat panas. Biasanya masalah ini sering terjadi saat penggunaan yang cukup lama seperti bermain game. Jadi penyelesaiannya anda boleh memberhentikan aplikasi game buat sementara waktu.
Siapa yang tidak frust saat tiba-tiba aplikasi yang sedang digunakan tiba-tiba berhenti. Masalah yang satu ini juga sering terjadi pada Android. Biasanya kerana terlalu banyak menjalankan aplikasi sehingga menyebabkan proses Android menjadi terhenti. Solusinya adalah dengan cara membersihkan file sampah yang terdapat pada smartphone atau restart smartphone anda.
Pernah tak anda mengalami kejadian smartphone Android yang kamu gunakan tiba-tiba bootloop atau hanya stuck hingga logo. Bootloop pada Android memang cukup sering terjadi, biasanya diawali dengan smartphone yang menjadi hang dan tiba-tiba mati. Namun, ketika dihidupkan malah hanya stuck di logo, untuk mengatasi masalah tersebut sebenarnya cukup rumit. Anda boleh cuba mematikan smartphone dan melepas baterinya selama sesaat dan menghidupkan kembali smartphone. Tapi jika belum berhasil, maka anda harus membawanya ke kedai repair phone
Ghost touch merupakan istilah yang digunakan ketika layar smartphone bergerak dan beroperasi sendiri, terkadang juga dapat membuka aplikasi tanpa ada yang menjalankan ataupun menyentuhnya, juga ketika ada bagian dari layar smartphone yang tidak responsif terhadap sentuhan Anda.
Banyak orang melaporkan masalah ini, baik pengguna iPhone mahu pun android lain mudah retak ketika terjatuh pada bahagian hadapan phone. Ada smartphone walaupun jatuh tidak mengalami keretakan yang serius. Tapi tidak mustahil boleh retak jika phone jatuh dengan hentakan yang kuat.
Tahukah anda kadang-kadang kamera pada smartphone kita tidak berfungsi dengan baik. Ini membuatkan kita amat marah dengan situasi yang kita alami ini kerana tertera tulisan pada skrin smartphone anda yang bertulis seperti ni ” Camera Failed ErrorFallBack” atau ianya bertulis “Error Message Handler.HandlerMessage Masalah kamera merupakan salah satu masalah paling umum pada smartphone terbaru. Jika foto dan video anda kelihatan kabur atau kamera sukar memfokus, cuba bersihkan lensa kamera. Kalau masih tidak memuaskan mungkin ada masalah lain yang mengganggu. Cuba hantar ke kedai untuk pemeriksaan.
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan bateri handphone rosak, antaranya ialah menggunakan telefon pintar sambil mengecas handphone. Biasanya pengunaan yang berat seperti bermain permainan, menonton video dan proses memuat turun dokumen bersaiz besar.
Memiliki smartphone yang mempunyai kapasiti bateri yang rendah akan menyebabkan penggunaan optimum batteri akan semakin cepat habis. Selain itu juga, ia cenderung membuatkan smartphone anda akan lebih cepat rosak kerana anda akan sering ulang-alik untuk mengisi batteri smartphone anda apabila kehabisan.
Kerosakan kad SIM merupakan punca yang popular dalam kalangan pengguna. Kadang-kadang, memang kad SIM ini mungkin boleh digunakan di telefon bimbit lain, tetapi tidak boleh digunakan di iPhone. Lazimnya, selepas menukar kepada kad SIM yang baharu, pengguna sudah tidak lagi mengalami masalah ini. Pengguna juga disarankan untuk mencuba dahulu kad SIM dari rakan dan ahli keluarga dahulu untuk memastikan yang masalah sememangnya berpunca daripada kad SIM. Jika masih rosak mungkin ada masalah lain.
Team di Gila Gadgets bukanlah sebarangan orang. Mereka adalah terlatih dan telah berpengalaman lama dalam repair phone. Jika ada masalah mengenai phone mereka akan terangkan masalah yang berlaku pada phone anda. Oleh itu, anda lebih faham akan masalah yang phone anda hadapi. Phone anda hanya perlu ditinggalkan di kedai jika ada masalah yang serius sahaja. Anda jangan segan silu mereka sangat peramah dan inshaAllah akan melayan anda dengan baik
Anda kata setelah phone anda di repair beberapa minggu kemudian berlakunya kerosakan, anda boleh menghantarkan kembali pada kedai Gila Gadgets. Mereka tidak akan mengenakan caj pada barang yang ada warranty tersebut. Pastikan ada tidak menghilangkan warranty phone yang telah ditanda ya. Tempoh untuk warranty pula bergantung pada nilai barang yang di repair.
Di Gila Gadgets, selain menyediakan servis repair pelbagai brand smartphone seperti apple, samsung, lenovo, sony, huawei dan sebagainya anda juga boleh membeli peralatan phone yang murah dan berkualiti tinggi seperti casing, earphone, speaker, lazypod, dan banyak lagi aksesori lain. Semua brand phone ada dijual. Anda boleh terus berkunjung ke alamat mereka untuk cuci-cuci mata.
Saya yakin bila nak repair phone walaupun sekadar check mesti ramai dah risau takut kena caj kan? Di Gila Gadgets, mereka check kerosakan Smartphone anda secara percuma. Anda hanya bayar selepas repair. Menarik bukan?
Jika anda pelajar mahupun penduduk di sekitar Shah Alam yang nak dapatkan servis Gila Gadgets Shah Alam, boleh WhatsApp untuk mendapatkan lokasi kedai atau menempah sebarang aksesori telefon. Nak repair phone? Ingat Gila Gadgets.
GILA GADGETS SHAH ALAM | KEDAI REPAIR PHONE MURAH DI SHAH ALAM
Hotline : Tekan untuk telefon (019-9820531) | Tekan untuk WhatsApp
Website : http://shahalam.gilagadgets.com.my/
Alamat:
Gila Gadgets Shah Alam, 12 A, Jalan Boling Padang F 13/F, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang