Hari ini setiap individu pasti memiliki sekurang-kurangnya sebiji telefon atau lebih. Jika seseorang yang tidak mempunyai telefon pasti pelik dan sukar untuk di carikan.
Kita sebagai manusia telah menjadikan telefon terutamanya telefon pintar sebagai peneman hidup lebih dari segalanya. Jika tertinggal telefon seperti kehidupan seharian menjadi perlahan dan tidak bermakna.
Telefon diperlukan ketika bekerja, berehat ,malah ke tandas juga telefon masih lagi diperlukan. Begitu pentingnya sebuah telefon pintar kepada seseorang pada hari ini.
Jika awal tahun 2000, untuk mendapat sebiji telefon mungkin ramai yang tidak mampu untuk membeli, tetapi pada hari ini cukup berbeza dengan pelbagai jenis telefon pintar yang canggih dengan harga yang tidak masuk akal.
Kini anak-anak juga sudah mampu memiliki sebiji telefon pintar untuk memudahkan anak-anak berhubung dengan ibubapa pada bila-bila masa sahaja.
Apabila memiliki telefon pintar perlulah kita menjaga dengan sebaiknya untuk digunakan untuk jangka masa yang panjang dan tidak mudah rosak.
Kebanyakkan kerosakan pada telefon pintar berpunca daripada kecuaian pengguna sendiri yang tidak berhati-hati dan ambil mudah dengan telefon pintar.
Ini adalah perkara yang biasa ramai lakukan terutama mengecas semasa hendak tidur malam sehingga awal pagi. Pengguna boleh merujuk pada panduan penggunaan telefon pintar yang di beli untuk mengetahui masa untuk bateri telefon pintar penuh tanpa mengecaj berlebihan.
Salah satu penyebab telefon pintar mudah menjadi panas adalah kerana permainan video yang semakin canggih dan perlu di selesai misi dalam masa yang tertentu menjadikan pemaian akan terleka sehingga telefon pintar menjadi panas. Maksimun untuk permainan video tanpa henti adalah 45 minit sahaja.
Salah satu kesilapan pengguna telefon pintar adalah tidak melakukan “clear running apps” dengan sekerap mungkin. Kebanyakkan daripada kita pasti terlupa untuk melakukan “clear running apps” kerana beranggapan perkara ini adalah remeh sahaja tetapi memberi kesan kepada pretasi telefon pintar anda.
Telefon pintar juga terdedah kepada virus yang semakin canggih yang tidak terkena kepada computer dan lapto sahaja. Virus boleh tersebar dengan cara perkongsian fail antara pengguna dan juga melalui aplikasi yang “install”.
Hari ini walaupun telefon pintar dicas, kita pasti akan menggunakan tanpa memikirkan kesan terhadap telefon pintar pada jangka masa yang panjang. Menggunakan telefon pintar semasa mengecas adalah pantang kerana boleh menyebabkan bateri telefon pintar menjadi panas.
Jangan sesekali meletak telefon pintar di atas TV, Komputer atau tempat-tempat yang panas. Panas yang dihasilkan boleh mempegaruhi telefon pintar untuk menjadi panas dan merosakkan telefon pintar.
Tubuh kita menghasilkan haba yang panas, begitu juga dengan telefon pintar menghasilkan haba. Apabila telefon pintar berada didalam poket seluar, pertembungan haba dari badan dan telefon pintar akan memberi kesan kepada kepanasan telefon pintar akan meningkat dan haba yang melampau ini juga boleh memberi kesan kepada tubuh kita juga.
Telefon pintar yang diletakkan berdekatan dengan singki atau tab mandi boleh menyebabkan kerosakan pada telefon pintar anda. Lelaki biasanya akan menyimpan telefon pintar di dalam poket dan melakukan aktiviti lasak dan berpeluh, peluh yang terhasil boleh menyebabkan kerosakan pada telefon pintar.
Tidak kurangnya dengan kaum wanita yang lebih suka bermain dan membawa telefon pintar masuk ke dalam bilik mandi atau meletakkan berdekatan dengan tab mandi. Percikan air yang terkena pada telefon pintar boleh mendatangkan kerosakan.
Telefon pintar memerlukan pelbagai aplikasi untuk media social dan permainan. Aplikasi yang berlebihan dan tidak digunakan akan memberi kesan kepada pretasi telefon pintar. Sebaiknya memadamkan aplikasi yang tidak diperlukan untuk mengelak telefon pintar menjadi lambat dan perlahan.
Elakkan menjadikan telefon pintar anda sebagai alas untuk barangan berat atau mendedahkan telefon pintar dari dihempap barangan. Telefon pintar hari ini semakin hari semakin nipis dan semakin “manja”.
Ramai yang mengalami masalah telefon pintar yang bermasalah tetapi pening kepala untuk mencari kedai baiki telefon pintar yang menyediakan service yang terbaik dan di percayai.
Berita gembira buat rakyat Alor Setar dan Kedah umumnya, kedai repair telefon pintar yang paling dipercayai sudah lama bertapak di Alor Setar dan kami memberi jaminan semua masalah telefon pintar boleh di selesaikan oleh kakitangan kami yang berpengalaman dan mesra pelanggan.
Pelbagai jenis telefon pintar dan tab yang rosak boleh dibaiki di kedai kami tidak kira bateri cepat habis, skrin retak 1000 boleh di ganti untuk memastikan telefon pintar dan tab anda berfungsi seperti biasa dan menceriakan hari anda.
Jaminan kami beri kepada pelanggan kami adalah masa untuk membaiki semua masalah telefon pintar anda hanya dalam masa 30 minit sahaja. Ya hanya 30 minit sahaja. Bukan main-main tetapi kami serius untuk memastikan janji kami di tunaikan setiap pelanggan kami.
Untuk memastikan pelanggan kami tidak menunggu lama dan demi kepercayaan pelanggan kami juga, setiap baik pulih telefon pintar mahupun tab akan di baiki di hadapan pelanggan kami. Kami juga menyediakan alat ganti yang secukupnya demi menjaga masa yang di janjikan kepada pelanggan kami.
Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan pemeriksaan telefon pintar secara PERCUMA kepada pelanggan kami untuk memastikan masalah yang di hadapi dapat diselesaikan dengan terbaik.
Kami juga menyediakan perkhimatan nasihat pakar telefon pintar kepada pelanggan untuk menyelesaikan masalah telefon pintar yang di alami oleh setiap pelanggan kami.
Tidak kira masalah apa sekali pun pada telefon pintar seperti tiada paparan pada skrin, speaker tidak mengeluarkan bunyi,telefon pintar terkena air, butang tidak berfungsi, kamera tidak berfungsi mahupun masalah pada motherboard telefon pintar juga kami akan baiki untuk memberi perkhimatan yang terbaik untuk pelanggan kami.
Kami juga tidak memilih jenama telefon pintar ataupun tab kerana kedai kami mempunyai pakar di dalam menyelesaikan segala masalah yang melibatkan telefon pintar seperti Apple, Sony, Asus, Lenovo, Vivo, Oppo, Huawei dan banyak lagi jenama yang lain.
Kedai kami di buka dari jam 11 pagi sehingga 10 malam untuk memberi peluang kepada para pelanggan yang bekerja pada siang hari boleh datang selepas waktu kerja untuk membaiki telefon pintar mahupun tab. Kedai tutup pada hari ahad tetapi hari jumaat, kedai kami beroperasi bermula jam 3 petang sehingga 10 malam.
Tidak menjadi masalah kepada pelanggan kami untuk dating ke kedai kami pada bila-bila masa yang pelanggan selesa dan di fikirkan sesuai.
Kami juga menjual pelbagai jenis jenama telefon pintar yang ada di Malaysia, bermula dari RM 300 sehingga RM 2000. Kos untuk servis membaik pulih juga murah dari RM 50 sehingga RM 1000. Aksesori juga bermula dari RM 5 sehingga RM 100 sahaja.
Kami berjanji akan memberi perkhimatan yang terbaik dan cemerlang untuk setiap pelanggan kami dengan kesungguhan dan kakitangan kami yang berpelangaman untuk meyelesaikan setiap masalah yang di hadapi oleh pelanggan kami.
IPRO ALOR SETAR SERVICE | REPAIR SMARTPHONE FACE TO FACE
Hotline : Tekan untuk telefon (010-2020152) | Tekan untuk WhatsApp
Website : https://iphonerepairalorsetar.com
Facebook : Ipro Alor Setar – Idevice Smartphone Repairing
Instagram : @iproalorsetar
Alamat :
No 72 Kompleks Persiaraan Sultan Abdul Hamid, Lebuhraya Sultan Abdul Halim 05050 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi :
11AM – 10PM
3PM – 10PM (Jumaat)
Ahad (Cuti)
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang