Review
Jun 4, 2018, 1:23pm

Kedai Repair Handphone Murah di Langkawi


Apa perasaan anda apabila skrin iphone rosak sebab terjatuh. Stress dan sedih, betul tak? lagi pula apabila iPhone sudah tamat tempoh warranty. Kalau repair di iPhone Center, gerenti kena caj harga tinggi kerana harga alat ganti original ini sangat mahal ditambah lagi dengan kos upah (labour charge). Jadi alternatifnya sudah tentu kedai repair handphone yang berdekatan. Namun ada juga risiko di mana mungkin kedai menukar alat ganti original di telefon anda dengan alat ganti yang tiruan. 

baiki iphone murah di langkawi

Namun jika anda survey di internet, anda akan menjumpai beberapa pakar dalam servis membaiki iPhone ini. Salah satunya adalah di iPro. iPro mempunyai cawangan di kebanyakan bandar utama di Lembah Klang dan kini sudah mula di luar seperti di Langkawi

iPro Langkawi – Kedai Repair Handphone Murah di Langkawi

kedai baiki telefon di langkawi

Jadi, jika kebetulan semasa percutian telefon anda rosak, saya pastikan anda datang ke iPro Langkawi. Di sini semua jenis handphone boleh dibaiki. Cuma tempoh masa dan harga bergantung kepada model handphone. Ia berbeza servis bagi iphone dan android.

Baiki Semua Jenis Kerosakkan Handphone

iPro Langkawi berpengalaman dan professional dalam menyelesaikan dan membaiki semua jenis handphone dan pelbagai jenis masalah. Daripada masalah kecil seperti screen crack sehinggalah masalah motherboard atau software handphone anda. Jangan risau.

baiki kerosakan iphone

Model-Model Yang Dibaiki

  • iPhone
  • Samsung
  • Lenovo
  • Asus
  • Oppo
  • Vivo
  • Redmi
  • Xiomi
  • One Plus
  • Sony Xperia
  • Huawei
  • HTC

Servis Membaiki iPhone

servis membaiki iphone langkawi

Contohnya untuk servis repair iphone. Bergantung kepada masalah atau kerosakkan yang dihadapi.

Bagi minor problem seperti, masalah skrin, bateri, port cas, kamera dan speaker, tempoh masa yang diperlukan untuk siap dibaiki hanya dalam 20-40 minit! Wow, cepat kan? Lepak kedai tu, baca buku ke sembang-sembang dengan kawan kejap ke dah siap. Boleh terus ambil. Dinasihatkan kepada anda, seeloknya jangan cepat percaya sekiranya premis kedai meminta anda untuk meninggalkan handphone anda di kedai. Bimbang mereka akan menukar bahagian dalaman handphone anda dan akan menyebabkan handphone anda mengalami masalah yang lain pula di masa akan datang.

Masalah iPhone Yang Dibaiki

  • Masalah screen
  • iPhone stuck di logo
  • Tak boleh caj
  • Button tidak boleh ditekan
  • Speaker rosak
  • Masalah bateri drain
  • Motherboard rosak (tidak boleh hidup langsung)

kerosakan yang berlaku pada iPhone

Terdapat banyak lagi masalah yang dihadapi oleh pengguna iPhone yang semuanya boleh dibuat di iPro Langkawi. Hanya datang dan pekerja mesra pelanggan di iPro akan melihat kerosakan dan memberikan kos untuk membaikinya.

motherboard iphone rosak

Bagi major problem seperti kerosakkan motherboard atau iphone anda masuk air, tempoh masanya dalam 1 minggu jika 1st hand repair. Masa lebih lama diperlukan utk board-shorting atau pernah hantar kedai lain. Seeloknya, terus hantar ke kedai yang diyakini servisnya tip-top seperti iPro Langkawi. Kalau tidak, dah dua kali kerja dan dua kali bayar la kalau hantar ke tempat lain tapi tak dapat dibaiki.

Android

Jangan risau para pengguna android, anda juga boleh dibantu sekiranya handphone anda mempunyai masalah yang sama.

repair telefon samsung di langkawi

Bagi minor problem seperti kerosakkan pada port cas handphone, kamera, speaker, skrin dan juga bateri, hanya 3-4jam diperlukan jika sparepart ready. tetapi , ada syarat. Anda perlu terlebih dahulu buat appointment dan deposit terlebih dahulu. Ini, penting supaya mereka dapat memberi servis terbaik buat anda. Taklah anda tertunggu-tunggu atau rasa tertipu. Deposit dah bagi, appointment dah buat, anda tak perlu ragu dan risau.

repair telefon android murah di langkawi

Bagi  major problem seperti kerosakkan pada motherboard atau water damage pula, tempoh masa yang diperlukan ialah 1-2minggu jika 1st hand repair. Masa lebih lama diperlukan untuk board-shorting atau pernah hantar kedai lain. Macam kes iphone tadi. Better hantar terus ke satu tempat yang anda yakin.

Tanda-Tanda Motherboard Rosak

tanda motherboard telefon rosak

  1. Kalau handphone on, tapi takda display kat screen ini adalah salah satu tandanya
  2. Tekan button ON banyak kali pun tak boleh ON
  3. Masuk adapter tapi power indicator tak keluar
  4. Auto shutdown, auto restart
  5. Datang kedai iPro Langkawi untuk memeriksa fon anda dan dapatkan servis terbaik daripada mereka.

Handphone Masuk Air? Apa Nak Buat?

cara baiki iphone masuk air

Langkah Yang Boleh Diambil Kalau Handphone Masuk Air

  1. Tanggalkan bateri fon anda. Kebanyakan kerosakan yang diakibatkan dari telefon masuk air adalah kejadian litar pintas.
  2. Matikan handphone anda segera. Ia menjadi pilihan untuk mengelak berlakunya litar pintas bagi telefon bimbit yang baterinya tidak boleh ditanggalkan sebelum pergi ke langkah seterusnya.
  3. Masukkan dalam beras. Ini yang paling murah, ringkas dan viral. Tempoh yang diperlukan untuk ia benar-benar kering adalah sekitar 72 jam. Ada juga sesetengah pendapat yang mengatakan meletakkannya dalam tempoh 36 jam pun sudah memadai.
  4. Datang ke iPro! Ini mungkin jadi pilihan terakhir anda tapi percayalah kaedah ini paling selamat dan dijamin puas hati. Menurut pengalaman pihak iPro Langkawi tak banyak kes handphone yang masuk air boleh dibaiki dengan cara-cara manual seperti di atas. Cuma sesetengah orang hanya bernasib baik.

repair iphone masuk air dalam beras

Servis Upgrade Software

Ada juga servis untuk upgrade software handphone anda. Bagi para pengguna peranti Android, terutamanya peranti berspesifikasi pertengahan, anda mungkin akan merasai peranti anda menjadi semakin perlahan atau mengalami sela masa setelah digunakan beberapa bulan. Perkara ini mungkin kerana beberapa perkara, termasuk kerana fail storan yang semakin bertambah.

upgrade firmware telefon smartfon

Servis iPhone dan Android Anda Di iPro Langkawi

Saya memberi jaminan terhadap keselamatan dan kepuasan hati anda bila anda mendapatkan servis di iPro Langkawi ini.Technician di Ipro juga adalah pakar, mahir serta berpengalaman tinggi dalam membaiki smartphone. Sememangnya mantap dan terbaik. Mana lagi nak dapatkan servis sebegini di sekitar Langkawi? Hubungi nombor berikut untuk maklumat lanjut tentang lokasi dan juga harga.

kedai repair handphone murah di langkawi

IPRO LANGKAWI | PAKAR MEMBAIKI TELEFON ANDROID DAN IPHONE
Hubungi: Tekan untuk telefon (019-4141223) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Phone Repair Langkawi

Alamat:
79B, Kampung Lubuk Buaya, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: