Review
Apr 22, 2018, 8:19pm

Kedai Nasi Campur Sedap dan Murah di Pulau Langkawi


Anda pasti tidak ketinggalan bercuti di Pantai Chenang ketika melawat Pulau Langkawi, begitu juga dengan tempat-tempat lain yang menarik. Selalunya, kita seringkali memikir tempat bercuti sahaja sehinggakan kita tidak sempat untuk terjah ke tempat makan yang betul-betul sedap, viral dan juga murah.

kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi

Mencari tempat makan di Pulau Langkawi bukanlah sesuatu yang sukar, dimana sahaja anda pergi pasti ada kedai makan dan tempat makan yang menarik namun tidak semua kedai makan menyediakan nasi putih dan lauk campur. Kedai yang sedia ada menjual nasi putih campur pula belum tentu sedap dan murah! Sudah banyak kali situasi mencari nasi putih campur berlaku di Langkawi, tetapi sehingga sekarang ia masih lagi belum diselesaikan. Ramai lagi yang masih bingung dan tercari-cari akan nasi putih lauk campur yang paling sedap dan paling murah di Pulau Langkawi. Mari kita lihat senarai-senarai kedai nasi campur sedap dan murah yang wajib anda pergi di Langkawi.

#1 : Restoran Siti Fatimah

Restoran Siti Fatimah adalah sebuah restoran masakan melayu yang menyediakan nasi putih campur yang bertapak di Jalan Makam Mahsuri. Terdapat pelbagai jenis lauk pauk yang dijual disini dan kewajiban makanan yang turut dilengkapi disini pada setiap hari adalah ulam-ulaman dan sambal belacan.

restoren siti fatimah kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi

Bagi anda yang sukakan makanan masakan ala-ala kampung, anda pasti akan terliur melihat ulam-ulaman dan lauk pauk yang dijual disini. Harganya juga amat murah dan berpatutan, itu juga merupakan salah satu faktor kedai makan ini menjadi sangat terkenal selain dari lauknya yang sangat sedap. Lokasi kedai makan ini tidak jauh dari pantai chenang dan anda boleh singgah disini untuk menikmati makanan tengahari anda.

Lokasi: Batu’5, Kg.Mata Air,Jln Makam Mahsuri, Langkawi

#2 : Kak Yan Nasi Campur

Kedai makan Kak Yan Nasi Campur sangat terkenal di serata Malaysia kerana kepelbagaian lauk pauknya yang sedap dan murah. Lauk pauknya yang terdiri daripada makanan laut, ikan air tawar dan macam-macam lagi membuatkan ramai yang ingin datang ke sini.

Kak Yan Nasi Campur kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi

Menariknya ianya sangat murah dan memudahkan sekiranya anda datang beramai-ramai mengikuti rombongan atau sebagainya kerana ia mempunyai ruang meja makan dan tempat duduk yang luas dan panjang untuk ramai orang. Masakan nasi campur di kedai Kak Yan ini sangat fresh dan beraroma!

Lokasi: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah

#3 : Tanjung Tirai View Cafe

Restoran Tirai View Cafe ini juga dikenali sebagai Sate House. Banyak makanan yang boleh anda nikmati di sini seperti makanan nasi putih berlauk, masakan panas, tomyam, sate dan lain-lain lagi. Waktu operasi bagi kedai makan lauk campur ini adalah pada waktu tengahari sehingga malam.

Tanjung Tirai View Cafe kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi

Kedai makan Tanjung Tirai View Cafe ini sangat meriah dan penuh dengan pelanggan. Suasananya pada hari-hari biasa sangat padat dengan pengunjung seluruh negeri dan pelancong asing. Apatah lagi bulan Ramadhan, ramai orang memilih Tanjung View Cafe sebagai tempat berbuka puasa mereka.

Lokasi: GF11 & GF12 Kompleks Jeti Perlancongan Kuah 07000 Langkawi,Malaysia, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

#4 : Restoran Kampung Lubok Buaya

Restoren Kampung Lubuk Buaya kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi

Kedai nasi berlauk campur di Restoran Kampung Lubok Buaya ini sangat sedap dan mendapat pujian ramai. Disini juga, ramai yang akan meluangkan masa mereka untuk menikmati makanan thai bersama keluarga. Apa yang lebih menyeronokkan, terdapat pelbagai pilihan makanan dan lauk-lauk untuk dimakan bersama nasi putih. Pasti ia mempunyai rasa yang sedap serta harga yang amat berpatutan dan murah kerana tempat ini tidak pernah lekang dengan pelanggan.

Lokasi: Kampung Lubok Buaya, 07000, Langkawi

#5 : Warung Jati Aisya

Warung Jati Aisya merupakan warung atau restoran yang berkonsepkan kampung dan makanannya juga menyajikan pelbagai jenis lauk yang sedap ala-ala masakan kampung. Kesedapan lauk di restoran ini membuatkan anda tidak dapat melupakan rasa rempahnya yang amat sedap sehingga menjilat jari dan rasa ingin tambah lagi.

Restoren Jati Aisya kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi

Warung jati Aiysa tidak pernah mengecewakan. Sekiranya anda datang ke sini, anda boleh mencari warung ini dengan mudah dan ia tidak sukar untuk dijumpai. Pelancong dari luar negera pun datang makan ke warung ini. Jadi apa lagi?

Lokasi: 5, Jalan Chandekura, Kampung Bukit Lembu, 07000 Langkawi, Kedah

#6 : Restoran Sajian Murni

Restoran Tomyam Sajian Murni kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi

Restoran Sajian Murni ini lebih kepada masakan panas dan tomyam, nasi putih campur dan macam-macam lagi. Bagi anda yang ingin merasai tomyam dan makanan seafood, anda boleh mencuba di sini, namun keadaan pada waktu malam sangat ramai. Ramai pengunjung yang datang ke sini semata-mata untuk merasai tomyam dan merasai makanan thai mereka. Harganya juga amat murah.

#7 : Selera Kampung Langkawi

restoren nasi campur popular di langkawi

Akhir sekali, Selera Kampung Langkawi merupakan pilihan yang wajib anda nikmati dimana semua masakan lauk pauknya menjadi pujian sesiapa sahaja yang menikmati makanan disini. Terdapat pelbagai jenis lauk pauk yang dapat anda nikmati disini bersama nasi putih iaitu kira-kira lebih daripada 40 menu lauk ala-ala kampung. Pekerja di kedai nasi campur ini amat mesra pelanggan dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

menu menarik restoren nasi campur murah di langkawi

Restoran Selera Kampung Langkawi ini bertapak di Jalan Padang Matsirat, Langkawi sejak tahun 2012 lagi. Selalunya, restoran selera kampung ini sering menjadi tumpuan bas pelancong dimaha pada setiap hari pasti paling kurang pun 2 bas yang akan datang menikmati makanan tengahari disini kerana pilihan lauk yang pelbagai dan tempat yang strategik.

Pelbagai Jenis Lauk Pauk Selera Kampung Langkawi

restoren nasi campur selera kampung langkawi

Pelbagai jenis lauk pauk dapat anda nikmati seperti ayam, ikan, makanan laut dan lain-lain lagi. Lauk ala-ala masakan kampung seperti ulam ulaman, ikan masin dan sambal belacan juga merupakan menu yang wajib dipamerkan pada setiap hari.

antara lauk sedap di kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi

Terlalu banyak pilihan lauk akan membuatkan anda kerap berkunjung ke sini bagi merasai makanan yang lain pula, tetapi ia tidak merugikan kerana Restoran Selera Kampung Langkawi ini merupakan restoran yang menyajikan nasi putih campur yang tersedap dan murah di Langkawi!

kerang rebus di kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi

Menu makanan yang menjadi ingatan dan tidak dapat dilupakan adalah kerang rebus dan sos, ikan bakar yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan, air asam dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan anda juga, Restoran Selera Kampung ini bukan sahaja restoran nasi campur biasa-biasa tetapi ia amat terkenal dengan ikan bakar dan makanan bakar-bakar! Apapun harga makanan di sini memang sangat berpatutan. Mari kita lihat jenis-jenis lauk pauk dan makanan yang dijual di Kampung Selera Langkawi.

ikan bakar fresh di kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi

Kerang rebus dan ulam ulaman seperti pegaga, timun, petai bakar, jantung pisang, tomato dan sebagainya. Bagi anda yang merupakan peminat makanan masakan kampung, pastinya restoran selera Langkawi ini menjadi syurga makanan bagi anda.

Terdapat pelbagai jenis ikan bakar dan ikan goreng seperti ikan cencaru, ikan bawal, ikan tenggiri, ikan pari dan lain-lain lagi. Tidak lupa juga sotong, ketam dan udang yang sangat sedap dan melengkapi menu makanan disini. Udang, ketan dan sotong juga bersaiz besar dan menambah selera makan anda semua.

ikan pari bakar kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi

Ikan bakar ini semua amat sedap dimakan bersama air asam atau sambal belacan. Rasanya memang sangat-sangat sedap dan telah banyak memuaskan hati para pelanggan! Selain itu, daging bakar mereka juga sangat mengancam dan boleh dimaakn dengan air asam, budu juga disediakan!

air asam cicah ikan kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi

Jenis-jenis Lauk Nasi Campur

Selain daripada ikan bakar, terdapat banyak lagi lauk yang disediakan di restoran ini pada setiap hari. Anda boleh memilih apa sahaja yang anda suka kerana harga semua lauk di sini amat murah dan ianya sangat sedap jika dimakan dengan nasi putih yang panas.

ikan singgang

Antaranya ialah ayam masak kicap, ayam sambal, ikan masak lemak cili api, daging blackpepper, asam pedas dan lauk-lauk lain serta sayur-sayuran. Kerabu beronok merupakan salah satu sayur yang amat terkenal di sini.

menu menarik di kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi asam pedas di kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi kerabu mangga kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi daging goreng kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi masakan kampung sedap kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi antara menu sedap di kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi

Sebab Anda Perlu Datang Ke Selera Kampung Langkawi

1) Pelbagai Lauk Pauk Pilihan

pelbagai juadah kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi

Selera Kampung Langkawi memerlukan anda untuk datang ke sini hanya semata-mata untuk merasai dan menikmati kesedapan pelbagai lauk dan makanan yang disediakan. Lauk pauk ini disusun cantik dengan teratur memudahkan anda untuk memilihnya. Semua makanan yang disediakan sangat segar, panas kerana baru dimasak dan juga sangat bersih. Anda boleh memilih lauk tengahari anda dengan bersungguh-sungguh kerana terdapat lebih daripada 40 jenis lauk disediakan disini!

2) Restoran Bersih Dan Suanana Nyaman, Meriah

restoren bersih dan besar

Anda wajib datang ke sini kerana Restoran Selera Kampung Langkawi sangat bersih dan mempunyai suasana yang sangat nyaman. Biarpun cuaca panas, tetapi anda akan merasai angin-angin bayu yang meniup seolah-olah mengucapkan selamat datang kepada anda. Ramai penduduk tempatan Langkawi juga suka datang ke sini untuk menikmati makanan tengahari bersama keluarga untuk merasai suasana nyaman, meriah dan menyeronokkan. Selain itu, restoran selera kampung ini sangat strategik kedudukannya dimana ia menjadi tumpuan bas pelancong kerana salah satu sebab ia juga mempunyai kawasan parking yang besar.

3) Sangat Murah Dan Berpatutan

restoren pilihan jjcm langkawi

Anda tidak perlu mencari-cari kedai nasi campur di luar sana lagi ketika berkunjung ke Langkawi kerana restoran Selera Kampung Langkawi ini sudah cukup sempurna untuk anda yang inginkan makan nasi campur. Harganya sangat berpatutan dan murah membuatkan anda boleh makan dengan gembira, kenyang dan suka hati. Anda boleh dapatkan makanan nasi lauk campur disini serendah RM6 sahaja. Anda juga boleh membeli makanan berbungkus untuk dimakan di hotel atau rumah tumpangan anda sepanjang berada di Langkawi.

Jom Makan Nasi Campur Di Restoran Selera Kampung Langkawi

Berjalan-jalan ke negeri orang mestilah kita ingin ke tempat-tempat yang menarik walaupun hanya untuk makan, betul tak? Pencarian anda sudah tamat disini kerana Restoran Selera Kampung Langkawi ini merupakan destinasi makanan nasi putih campur yang selama ini anda cari dan mahukan. Anda dan keluarga pasti sangat teruja dengan kesedapan lauk pauk yang dimakan bersama nasi putih yang panas, tambahan pula ikan dan kerang bakar yang amat sedap dicicah dengan air asam memberikan satu tarikan yang cukup padu!

pilihan restoren nasi campur langkawi

Jika dibandingkan dengan kedai-kedai makan yang lain, Restoran selera kampung Langkawi ini lebih santai dan selesa untuk anda menikmati makanan tengahari anda bersama kumpulan anda semua. Apa yang lebih menyeronokkan adalah restoran selera kampung ini juga merupakan restoran nasi campur yang sangat murah dan pastinya amat berbaloi dengan makanan yang disediakan disini. Apa tunggu lagi, jom makan nasi campur di Restoran Selera Kampung Langkawi!

kedai nasi campur sedap dan murah di pulau langkawi

RESTORAN SELERA KAMPUNG LANGKAWI | RESTORAN NASI CAMPUR SEDAP DAN MURAH
Hubungi: Tekan untuk telefon (019-8282025) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Restoran selera kampung
Instagram: @selera_kampung_langkawi

Lokasi:
Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: 8.30am – 5pm

Jom makan di Restoren Selera Kampung Langkawi SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom makan di Restoren Selera Kampung Langkawi SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom makan di Restoren Selera Kampung Langkawi SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: