Teringin nak makan di warung yang sedap-sedap di Perak tetapi akhirnya makanan segera franchise juga yang dibeli sebab tak tahu di mana kedai terbaik yang sedap di Perak. Kadang-kadang teringin nak makan sesuatu yang berbeza daripada biasa, jika selalu asyik makan nasi putih dan lauk-pauk sahaja, apa salahnya mencuba menu lain pula. Lauk pauk pun hari-hari pilihan mesti sama sahaja sebab lauk itu sahaja yang dah biasa dan minat untuk makan kan? Ada ke warung atau kedai makan yang ada makanan selain lauk pauk yang selalu dimakan?
Khas untuk anda yang tercari-cari kedai makan sedap di Perak dan tak tahu nak makan di mana, Warung Awok Manjung sangat disyorkan dan dicadangkan!
Warung Awok Manjung amat terkenal dalam kalangan mereka yang tinggal berhampiran kawasan ini dan ia telah berkembang di seluruh kawasan negeri Perak. Ia adalah salah satu kedai makan yang tersedap di Perak. Menu makanan dan suasananya mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri yang menjadi kesukaan ramai orang. Jika anda datang pada waktu petang dan malam di sini, anda akan dapat melihat sekumpulan budak muda, pelajar, kaum ibu-ibu dan bapa-bapa yang juga merupakan pelanggan yang suka meluangkan masa di warung ini. Dengan waktu perniagaannya yang fleksibel dan bersesuaian, anda boleh merasai nikmat makan tengahari dan makan malam di sini yang sangat seronok dan meriah. Untuk pengetahuan anda, warung Awok Manjung ini baru sahaja bertapak pada tahun 2017 tetapi ia sangat-sangat penuh dengan pelanggan yang baru dan juga lama. Hebatnya, setiap hari Warung Awok Manjung tidak lekang daripada pelanggan.
Menu utama Warung Awok Manjung di Perak ini adalah Nasi Awok, Kelapa Baldi, Coconut Shake. Nasi awok juga dikenali sebagai nasi manggey. Kelainan menu ini daripada kedai makan lain menjadikan ia sering mendapat sambutan ramai. Tak sangka ramai yang sukakan nasi awok. Yang belum pernah merasa boleh datang untuk merasa. Yang sudah pernah merasa, akan teringin nak makan lagi.
Nasi awok atau nasi manggey ini sangat popular dengan lauk ayam goreng yang dipotong kecil-kecil serta kuah karinya yang mempunyai terung dan kacang panjang ala-ala kuah dalca dimakan begitu sahaja dengan tambahan belacan dan timun. Nasi awok di Warung Awok Manjung ini sangat menarik kerana ayamnya sangat banyak dan kuah kari yang sangat sedap! Anda pastinya akan ‘Pergggghhhhh’ apabila mengalami suapan pertama memakan nasi putih ini beserta ayam dan sambal belacan. Kuahnya yang banyak seakan banjir ini juga menjadi kegemaran para pengunjung serta penduduknya iaitu penduduk utara. Ia 100% tidak sama dengan nasi kandar atau mana-mana nasi. Anda wajib merasai menu Nasi Awok di Warung Awok Manjung ini sendiri.
Coconut Shake juga merupakan makanan yang sangat sedap disajikan disini. Tekak yang kehausan dan panas akan terasa sangat segar dan dingin serta selesa apabila merasai coconut shake di Warung Awok Manjung. Penyedap coconut shake di warung ini adalah isi kelapa yang lazat, air kelapa serta aiskrim perasa vanilla yang digabungkan dan tidak lupa juga penyejuknya iaitu ais kiub. Terdapat dua jenis coconut shake di warung ini iaitu coconut shake biasa dan coconut shake special. Semua pengunjung yang merasai coconut shake di Warung Awok Manjung pasti akan berpuas hati dan rasa nak lagi dan lagi! Coconut shake ini sangat fresh, pekat dan sedap sangat sehingga ramai yang singgah semata-mata untuk membungkus coconut shake untuk dibawa pulang ke rumah untuk semua ahli keluarga mereka.
Menu minuman kelapa baldi ini adalah berupa air kelapa yang fresh dan asli dari buah kelapa dan disertai isi buah kelapa. Air kelapa ais ini dihidangkan di dalam baldi kecil bersaiz pasu atau periuk bersaiz sederhana kecil bagi memudahkan para pengunjung menikmatinya dengan selesa, air kelapa yang pekat, tahan sejuk dan mendapat keseluruhan air kelapa dari buah. Kelapa baldi sangat berbaloi dan menjadi permintaan ramai. Mereka yang dahaga dan inginkan minuman yang banyak dan berbaloi, kelapa baldi adalah pilihan yang tepat!
Warung Awok Manjung mempunyai menu yang sangat mudah, murah dan lengkap sebagai satu hidangan untuk anda nikmati. Anda boleh memesan mana-mana satu yang anda inginkan dan pihak warung ini akan siapkan dengan pantas! Dengan set menu ini juga, anda lebih jimat berbanding memesan setiap jenis makanan secara berasingan. Menu set makanan ini juga dibuka untuk anda yang inginkan penghantaran ke rumah, pejabat atau dimana sahaja. Maknanya, Warung Awok Manjung juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan atau food delivery. Kedai makan sedap di Perak ini mempunyai 4 set menu makanan yang sangat berbaloi, sedap dan wajib anda cuba.
Menu makanan Set A adalah gabungan Nasi Awok dengan Coconut Shake yang biasa. Set A ini sesuai dijadikan hidangan bagi anda yang ingin menikmati makanan tengahari dengan mudah dan untuk merasai keenakan nasi awok. Dengan harga RM7.50, ia sangat menjimatkan dan berbaloi untuk makanan harian anda.
Set B adalah menu makanan nasi awok serta minuman kelapa baldi. Panas-panas terik ni sedapnya dapat minum air kelapa baldi, dapatlah sejukkan badan. Tambah-tambah kalau tengah demam dan sebab cuaca tidak menentu ni, apa lagi, haruslah pesan Set B ini. Semurah RM7.90 sahaja, anda dapat nasi awok dengan kelapa baldi. Murah kan!
Coconut Shake jenis special dan Nasi Awok merupakan menu makanan set A yang berharga RM8.90. Nak rasa coconut shake jenis special ini? Ia lebih sedap dan padat daripada coconut shake biasa. Taburan hiasan coklat dan kepekatan coconut shake bersama ais krim ini amatlah digemari oleh semua orang!
Set D amat sesuai untuk anda yang inginkan menu yang paling ringkas, murah dan menjimatkan serta inginkan air selain dari kelapa baldi dan coconut shake. Nasi awok dan minuman lain-lain selain dari coconut shake dan kelapa baldi seperti sirap, limau, milo, teh ais dan lain-lain lagi juga terdapat di sini. Warung Awok Manjung sangat memahami citarasa dan keperluan setiap pelanggan. Tidak semua pelanggan boleh minum dan inginkan air berasaskan kepala. Oleh itu, set D ini turut membantu anda dalam menjimatkan dan mengenyangkan anda!
Selain makan di warung, anda juga boleh memesan menu yang terdapat di Warung Awok Manjung ini dan segala penghantaran akan dilakukan oleh pihak warung 100%. Anda cuma pesan makanan dan tunggu makanan anda sampai di depan pintu rumah sahaja. Seronoknya! Anda tidak perlu panas-panas keluar cari makan, ke sana sini mencari nasi dan sebagainya.
Warung Awok Manjung membuat penghantaran ke rumah anda yang berada di kawasan Manjung, Lumut, Sitiawan dan Lekir sahaja. Anda yang berkunjung dan bercuti di Lumut itu bolehlah singgah atau pesan makanan dari warung yang sangat sedap dan diyakini ini. Anda boleh whatsapp sahaja dan pihak warung akan uruskan penghantaran anda segera. Pembayaran juga boleh dibuat secara cash on delivery atau bayar secara tunai ketika penghantaran.
Nasi awok untuk makan tengahari mendapat permintaan ramai pelajar, pekerja kakitangan kerajaan dan swasta dan pelbagai jenis lapisan masyarakat. Kesedapan dan kelazatan serta harga yang jimat dan sangat menguntungkan anda menjadi faktor kenapa anda perlu cuba makan makanan di Warung Awok Manjung ini. Kuah dan nasi yang diletakkan secara asing juga memudahkan anda untuk makan pada bila-bila masa. Kualiti makanan disini sangat terjamin, bersih, halal dan selamat! Untuk pengetahuan anda, peniaga Warung Awok Manjung juga merupakan kaum bumiputera seperti anda yang inginkan makanan yang sangat sedap, tidak mudah rosak dan berkualiti tinggi.
Warung Awok Manjung bersedia untuk menerima tempahan katering untuk menu nasi awok bagi majlis-majlis mesyuarat pejabat, majlis keraian, kenduri pertunangan dan lain-lain lagi. Anda boleh menempah nasi awok mengikut kuantiti pax makan yang anda inginkan. Pihak Warung Awok Manjung amat mudah dan ramah untuk bawa berbincang dan berunding. Segala perjalanan majlis anda akan berjalan lancar dan dapat bekerjasama dengan katering Warung Awok Manjung di Perak ini.
Anda boleh menjadikan Warung Awok Manjung sebagai destinasi santai anda bersama kawan-kawan dan sebagai lokasi kewajipan anda bertandang untuk mengenyangkan perut anda. Pastinya anda sangat selesa, seronok dan berbaloi-baloi.
Anda boleh datang untuk menikmati makan malam bersama keluarga dan ibu bapa, menenangkan fikiran anda sambil makan-makan dan macam-macam lagi. Struktur kawasannya yang amat luas memudahkan anda bagi mendapatkan tempat duduk yang selesa dan tidak berasa panas.
Warong Awok Manjung juga menjadi destinasi para pengunjung dari seluruh negara. Sesiapa pun yang ingin menikmati nasi awok, sinilah juaranya! Anda boleh singgah merasai nasi awok yang sangat lazat dan sedap disini! Tak sabarnya rasa nak berkunjung disini.
Ramai yang telah mencuba makanan di Warong Awok Manjung. Warong Awok Manjung telah terbukti menjadi kedai makan yang sangat sedap di Perak.
Jom rasa kelainan makanan sedap di Warung Awok Manjung di Perak. Sekali sekala bertukar selera, jom makan makanan warung yang dijamin menepati citarasa anda sekeluarga. Apa tunggu lagi, ajak kawan-kawan lepak sini, tempat selesa, makan pun sedap! Anda boleh datang ke sini dengan bantuan aplikasi waze atau google maps untuk lebih mudah.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang