Bayi yang baru dilahirkan beberapa hari dan minggu adakalanya mempunyai emosi yang kurang stabil. Emosi yang kurang stabil boleh jadi datangnya daripada faktor bayi kesejukan, kelaparan, tidak selesa dan juga faktor-faktor lain. Salah satu faktor emosi bayi tidak stabil juga adalah kerana sistem penghadaman atau pencernaan bayi yang bermasalah. Oleh itu, pentingnya mengurut badan bayi bagi membentuk emosi yang stabil. Namun begitu, cara urutan yang betul amat penting dalam urutan bayi kerana tulang bayi sangat lembut dan tidak boleh di urut seperti orang dewasa. Terdapat banyak kebaikan mengurut badan bayi untuk membentuk emosi yang stabil.
Mengurut bayi dapat menjadikan bayi selesa dan ceria. Bayi amat suka apabila kita mengurutnya tambah-tambah di bahagian perut, pinggang dan badannya. Dia akan merasa seolah-olah kita bermain dengannya dan mengambil berat tentangnya. Bayi akan lebih ceria justeru akan menghasilkan hormon oksitosin dalam membentuk emosi bayi yang stabil. Oleh itu, pentingnya mengurut bayi.
Bagi membentuk emosi bayi yang stabil, mengurut bayi merupakan salah satu cara yang dapat diamalkan dalam menidurkan bayi. Bayi akan mengantuk setelah diurut dan akan mendapat tidur yang berkualiti apabila tertidur. Tidur yang mencukupi akan menjadikan emosi bayi stabil malah bayi akan ceria dan bertambah sikit. Emosi bayi mempengaruhi kesihatannya.
Selain itu, urutan bayi dapat membentuk emosi bayi yang stabil di mana bayi akan berasa tidak panas sekiranya kita selalu bermain dengan kakinya, badannya dan mengurutnya di bahagian yang sepatutnya. Bayi akan lebih selesa sentiasa. Ini adalah kebaikan di mana urutan bayi dapat membentuk emosi bayi yang stabil.
Tahukah anda bayi mudah terjadi kembung perut? Kadang-kadang mereka akan mengalami masalah sembelit dan juga masalah penghadaman bayi. Punca terjadinya masalah ini adalah kerana angin-angin badan yang terkumpul dan tidak keluar menjadikan masalah kembung perut berlaku. Emosi bayi tidak stabil dan bayi akan tidak tenang kerana mereka mengalami sakit perut. Salah satu penyelesaianya adalah urutan perut dan kaki kepada bayi. Dengan urutan ini, angin akan keluar daripada badan dan ini akan mengatasi masalah penghadaman dan pencernaan bayi dengan segera dan emosi bayi akan menjadi tenang dan stabil.
Kebaikan mengurut bayi dalam mendapatkan emosi bayi yang stabil juga adalah ia dapat membantu menenangkan bayi. Bayi akan lebih tenang dan akan berhenti menangis sekiranya diurut dengan lembut dan rapi, apatah lagi disapukan sedikit minyak yang sesuai. Kalau anda perasan, bayi yang menangis pasti akan diam secara tiba-tiba setelah diurut. Urutan bayi terbukti dapat menenangkan bayi demgan mudah serta menstabilkan emosi bayi. Namun, tidak semua bayi akan berhenti menangis dan emosi stabil. Anda harus menyapukan minyak yang betul supaya ia beraroma dan berkesan untuk bayi.
Memakai balm organik semasa mengurut bayi adalah cara alternatif yang boleh anda lakukan dalam mendapatkan terapi terbaik untuk si manja. Balm organik merupakan balm 100% yang terhasil daripada sumber alam semulajadi. Kesannya yang natural dan asli semulajadi menjadikan bayi memberi tindak balas yang positif iaitu bayi akan lebih tenang dan seolah-olah emosinya stabil walaupun memakai balm organik sahaja tanpa apa-apa urutan. Ia merupakan tradisi zaman berzaman dalam memberikan bayi aromaterapi herba organik. Tambahan pula, dalam arus permodenan ini, menggunakan balm organik yang dirumus khas dengan herba-herba adalah memudahkan ibu bapa dan penjaga bayi. Bayi juga akan lebih selesa dan menjadikan emosinya stabil selalu.
Puer’s Kidsdom adalah jenama produk bayi berasaskan balm organik. Ia telah terkenal sejak dulu lagi dalam kalangan ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk bayi mereka. Puer’s Kidsdom Balm didatangkan dalam 6 jenis balm yang memberikan kesan yang terbaik untuk bayi anda. Kenapa 6 jenis? Terdapat fungsi-fungsi penting dan kebaikan setiap balm yang anda wajib tahu. Semua balm ini adalah keperluan bayi anda dalam mendapatkan kehidupan yang tenang, ceria dan gembira. Bahan asas utama yang digunakan dalam produk Puer’s Kidsdom adalah Beeswax, Coco Butter dan juga Sunflower Oil.
Produk Puer’s Kidsdom adalah halal dan selamat digunakan dan ia telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain 6 jenis organik balm, Puer’s Kidsdom juga menawarkan mandian gel bayi dan juga losyen bayi. Kesemua produk Puer’s Kidsdom adalah sangat-sangat bagus untuk bayi dan merupakan produk yang diyakini ramai.
Sleep balm adalah balm yang membantu bayi untuk mudah tidur atau terlelap dengan cepat, senang, tanpa banyak ragam. Bayi juga akan mendapatkan tidur yang berkualiti dan tidur yang lebih lena. Sleep balm ini juga membantu bayi untuk terjaga dari tidur dengan ceria tanpa tantrum.
Anda boleh sapu dan urut di bahagian belakang, bahu, belakang telinga, kepala bahagian tepi mata(crown) dan tapak kaki bayi untuk lebih berkesan.
Balm ini membantu anak untuk lebih tenang dan tidak tantrum. Emosi anak akan ‘release’ dan menjadi ceria sepanjang hari.
Anda boleh sapu di belakang telinga, bahu , belakang dan bahagian bawah tulang rusuk bayi anda. Mudah saja!
Baby Rub membantu mengurangkan selsema dan hidung tersumbat bagi bayi anda. Ia juga dapat mengurangkan suhu ketika demam dan mengurangkan asma. Baby rub ini boleh dipakai bagi newborn dan dewasa serta ia juga tidak panas untuk bayi.
Selain lavender, ia juga mengandungi:
Cara Pakainya sangat senang iaitu sapu di dada, belakang, dahi, batang hidung dan tapak kaki sahaja. Anda boleh amalkannya selalu.
Balm Happy ini bertindak seakan-akan minyak telon. Ia bertujuan untuk membuang angin dalam perut dan mengatasi perut sebu dan masalah sembelit. Selain itu, ia membantu sistem penghadaman bayi berfungsi dengan bayi. Balm ini sesuai digunakan untuk bayi dan juga orang dewasa.
Seperti balm yang lain, ia mengandungi lavender, oren dan peppermint. Selain itu, tummy happy balm juga mengandungi herba-herba lain.
Anda perlu urut di perut secara membulat mengikut lawan arah jam dan untuk betis pula, sapu membulat lawan arah jam jika cirit birit dan muntah-muntah.
Balm ini berfungsi bagi melawan nyamuk dan serangga lain daripada menggigit anak anda. Ia juga mampu menguatkan sistem pertahanan badan dan juga meningkatkan selera makan. Aroma serai dan lavender menjadikan balm ini tenang dan menstabilkan emosi anak anda.
Untuk menaikkan selera makan anak dan menjauhkan anak dari jangkitan penyakit, anda hanya perlu sapu pada bahagian pelipatt-pelipat badan dan sapu membulat pada perut untuk naikkan selera makan anak.
Paling hebatnya Lovely Skin Balm berperanan merawat masalah eczema, alergi dan kegatalan pada tubuh badan. Ia juga berfungsi merawat kulit kering dan mengelupas pada bayi anda. Selain itu, balm ini juga digunakan pada blister HMFD dan juga Chicken Pox (Anti Inflammation). Disamping itu, tidak akan ada bakteria pada luka atau apa-apa jangkitan.
Untuk balm ini, anda cuma perlu sapukan pada bahagian yang bermasalah sahaja.
Joy Blossom Lotion yang merupakan losyen keluaran Puer’s Kidsdom membantu melembapkan kulit serta mencegah kulit kering. Ia juga meredakan kulit daripada kegatalan dan sensitif dengan alahan.
Happy Bubble Shower Gel adalah gel mandian Puer’s Kidsdom yang sangat istimewa dalam melembapkan kulit bayi serta membantu meredakan kegatalan pada seluruh tubuh badan. Ia boleh digunakan seluruh badan dari kepala ke kaki. Kelebihannya juga adalah dapat melebatkan rambut bayi anda.
Kandungan Happy Bubble Shower Gel sama seperti kandungan losyen di mana ia mengandungi Lavender, Rose, Geranium, Ylang dan Oren. Tetapi gel mandian ini juga dirumus khas dengan Aloevera Gel, Castile Soap dan Vegy Glyecerine.
Kesemua produk penjagaan bayi Puer’s Kidsdom ini amat bagus dan hebat kerana kandungan alam semulajadinya menjadikan ia benar-benar berkesan. Jom urut bayi anda dengan menggunakan balm-balm Puer’s Kidsdom yang baik dan bagus ini. Bayi anda tidak akan meragam dan tantrum lagi! Dapatkan set balm, mandian serta losyen Puer’s Kidsdom dengan harga yang berpatutan, murah dan sangat berbaloi ini!
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang