Siapa pernah dengar tentang minyak kelapa ? Pasti anda pernah mendengarnya bukan? tetapi berapa ramai yang pernah menggunakannya ? atau mengetahui khasiatnya. Minyak kelapa dibuat dari kelapa segar yang diproses melalui beberapa cara sehingga minyak dihasilkan dari kelapa tersebut. Sayangnya , pada zaman sekarang sudah tidak ramai menggunakan minyak kelapa kerana menganggap minyak kelapa ketinggalan zaman dan tidak ‘canggih’ berbanding dengan pil-pil dan ubat-ubatan yang dibekalkan di farmasi.
Malahan , ramai tidak pun tahu khasiat dan kegunaan minyak kelapa tersebut. Mengapa produk lain seperti madu , aloe vera dan buah dapat menjadi perhatian ramai dan diketahui orang ramai? ini kerana produk tersebut dikomersialkan dan dibungkus dengan cantik , jadi ramai orang tertarik untuk mengenai produk tersebut. Begitu juga dengan minyak kelapa. Kebanyakan minyak kelapa tidak dikomersialkan di pasaran dan hanya diedarkan di kalangan ahli keluarga dan jiran-jiran yang mana majoritinya orang kampung , jadi ramai tidak tahu dengan rapat mengenai minyak kelapa. Tetapi , setelah kajian dijalankan dan minyak kelapa didapati mengandungi banyak khasiat , minyak kelapa mula dikomersialkan secara meluas. Antara produk yang terkenal adalah Minyak Kelapa Dara.
Minyak Kelapa Dara ataupun sering dipanggil VCO ( Virgin Coconut Oil ) merupakan makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil & berpantang. Adakah anda tahu bahawa minyak kelapa juga disenaraikan minyak makan tersihat di dunia kerana mempunyai 1001 manfaat kepada tubuh badan kita terutamanya bagi ibu hamil. Oleh itu , minyak kelapa semakin popular sebagai produk penjagaan kesihatan dan rawatan. Jadi apa yang menjadikan Minyak Kelapa Dara Moss Mayra istimewa dari yang lain?
Pengambilan VCO juga sangat sesuai untuk kebanyakan peringkat umur dan jantina , bukan sahaja semasa ibu mengandung , malahan turut berguna untuk semasa berpantang , ibu yang menyusukan bayi , bayi atau kanak-kanak dan semua golongan lelaki dan perempuan. Boleh dikatakan hampir semua orang boleh memanfaatkan kelebihan dan khasiat VCO . Tetapi , VCO lebih menyasarkan kepada ibu yang sedang hamil kerana manfaat yang lebih banyak kepada mereka. VCO boleh digunakan dari awal kehamilan sehingga selesai menyusukan bayi. Jadi , ibu mengandung boleh menggunakan produk VCO selama hampir setahun atau lebih bergantung kepada tempoh penyusuan bayi.
Jawapannya adalah TIADA. Jangan risau sekiranya anda menggunakan VCO kerana VCO BUKAN ubat-ubatan yang menggunakan campuran beberapa bahan kimia untuk mendapatkan ubat tersebut. VCO dihasilkan sepenuhnya daripada bahan organik dan asli bebas daripada bahan kimia makmal. Ia sangat selamat untuk dimakan. VCO hanyalah supplement untuk membekalkan khasiat yang secukupnya kepada ibu mengandung.
Itulah antara kelebihan menggunakan VCO dari awal kehamilan sehingga selesai berpantang. Kebanyakan supplement di pasaran ketika ini hanya menumpukan ketika tempoh tertentu ketika kehamilan sahaja. Tidak banyak yang merangkumi tempoh yang panjang seperti VCO . Dengan mengamalkan VCO secara berterusan , semua kelebihan yang dinyatakan di atas dapat dirasa oleh semua ibu hamil. Kelebihan VCO sedikit sebanyak telah merangkumi semua aspek yang patut diterima oleh ibu mengandung , jadi anda tidak perlu mengambil supplement lain lagi. VCO sahaja sudah cukup bagi anda.
Selain ibu mengandung , bayi yang telah dilahirkan juga dapat menerima manfaat VCO sepenuhnya. Jadi , apakah manfaat yang dapat diterima oleh bayi tersebut? jawapannya ada di bawah :
Hanya itu sahaja manfaat VCO? sudah tentulah bukan. Produk VCO Moss Mayra juga mempunyai beberapa khasiat tambahan selain khasiat VCO yang asal seperti untuk rambut , kuku, masalah wanita dan banyak lagi manfaat untuk kesihatan seperti yang dinyatakan di bawah.
Itu hanyalah sedikit sebanyak khasiat yang dapat dibekalkan oleh VCO kepada pengguna. Untuk khasiat yang lain , anda hanya perlu mencuba sendiri untuk mengetahui betapa bagusnya VCO. Bak kata orang , tidak cuba , mana tahu.
VCO tidak digalakkan diambil secara sesuka hati. Setiap makhluk yang hidup di dunia ini mempunyai aturan tersendiri. Begitu juga dengan apa yang dimakan oleh kita. Setelah dikaji , terdapat beberapa peraturan yang sebolehnya diikuti oleh pengguna VCO untuk memastikan pengguna mendapat khasiat yang maksimum. Cara untuk mendapatkan khasiat maksimum daripada VCO adalah dengan:
Dengan mengingati 3 perkara yang mudah ini, anda boleh memanfaatkan VCO secara sepenuhnya . VCO tidak menghalang anda untuk mengambil supplement tambahan , tetapi anda kena ingat untuk menjarakkan masa memakan VCO dengan ubat-ubatan lain seperti yang dinyatakan di atas.
Pada zaman sekarang , semua orang sangat mementingkan konsep halal. Banyak produk kesihatan di pasaran menggunakan bahan daripada babi kerana orang Barat menggunakan bahan yang sama. Kerana Malaysia adalah negara Islam , beratus kilang yang menggunakan bahan haram tersebut ditutup oleh kerajaan sejak tahun 2000 dan kesedaran mengenai bahan tersebut ditular di media sosial. Oleh sebab itu , produk kesihatan dari luar negara sukar mendapat kepercayaan dari warga Malaysia. Walaupun kerajaan telah menguatkuasakan akta mengenai bahan tersebut , masih terdapat beberapa pihak yang berjaya meloloskan diri dan menjual produk tersebut di pasaran dengan menggunakan logo halal yang palsu. VCO Moss Mayra berbeza daripada mereka.
Walaupun VCO Moss Mayra menggunakan gelatin untuk menyalut softgel VCO tersebut , gelatin yang digunakan ialah gelatin yang diisyhtiharkan halal dan diperiksa sendiri oleh pihak JAKIM. Kebanyakan produk di luar sana lebih gemar menggunakan gelatin daripada babi kerana kos yang lebih murah dan mampu tahan lebih lama. Tetapi VCO Moss Mayra lebih gemar mengelakkan bahan tersebut dan lebih rela menaikkan kos daripada menggunakan bahan haram tersebut. Jadi , para pengguna boleh menggunakan VCO Moss Mayra tanpa ragu-ragu dan makan dengan selamat.
Produk yang paling laris antara produk VCO di pasaran tidak lain ,tidak bukan pastilah Moss Mayra. VCO Moss Mayra adalah produk yang paling menjadi pilihan orang ramai yang ingin menggunakan VCO. Moss Mayra hanya menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan selamat untuk pengguna. Anda tidak yakin? saya tahu jadi saya dah sediakan beberapa testimoni pengguna VCO Moss Mayra sendiri untuk anda nilai sendiri.
Setakat tulis mesej testimoni , nenek saya pun boleh. Pasti itu yang anda fikir kan? Jadi di sini saya sediakan lagi gambar pengguna yang menunjukkan sendiri kesan yang boleh diperoleh oleh pengguna. Sudah tentulah hanya kesan luaran yang saya mampu tunjukkan , mana mampu saya nak tunjuk kesan dalaman bukan?
Anda boleh melihat sendiri berdasarkan gambar bagaimana VCO Moss Mayra mencantikkan kulit pengguna dan membuang kesan stretch mark bukan? Sudah terbukti VCO Moss Mayra memang sangat berkesan. Jadi apa yang anda tunggu lagi? dengan bukti yang ada , khasiat yang penuh dengan manfaat kepada anda , dan produk yang disahkan sendiri oleh JAKIM . Tiada lagi perkara yang boleh menghalang anda daripada produk ini.
Menurut Al-Quran sendiri , tiada penyakit yang tiada penawar di dunia ini dan insyaallah VCO Moss Mayra adalah antara penawar yang wujud di dunia ini. Sekiranya anda berminat untuk mencuba sendiri khasiat VCO Moss Mayra , anda bolehlah menghubungi pihak mereka dengan menggunakan maklumat di bawah. Insyaallah , anda akan dilayan dan dibantu dengan sedaya-upaya oleh pihak mereka. Sekian.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang