Review
Sep 26, 2020, 11:16am

Ke Malakat Mall Cyberjaya? Jangan Lupa Ke Butik Byserra


Malakat Mall merupakan sebuah kompleks membeli-belah berkonsepkan Muslim pertama di Malaysia yang terletak di Cyberjaya. Pusat membeli-belah yang mengumpulkan usahawan Muslim itu merupakan satu usaha strategik bagi membantu meningkatkan ekonomi usahawan Muslim. Terletak di bandar teknologi Cyberjaya, Malakat Mall seluas lebih 13006.43 meter persegi dan terdiri daripada tiga blok bangunan empat tingkat menyasarkan lebih 15,000 pelanggan dalam tempoh sebulan pertama. Menurut pengasas Malakat Mall, Encik Fadzil Hashim, pusat membeli-belah itu antara usaha mengubah sistem ekonomi kapitalis kepada sistem Islam yang lebih adil dan bebas riba.

malakat mall butik muslim bumiputera

Di Malakat Mall, pelanggan boleh mendapatkan produk yang sangat berkualiti dan berpeluang untuk membeli-belah produk dan barangan keluaran usahawan bumiputera. Antara tumpuan utama di Malakat Mall ialah Raudhah Grocer, sebuah hypermart yang menghimpunkan ribuan produk keluaran Muslim yang sangat berkualiti dan setanding jenama antarabangsa. Jenama lain ialah Tahan Sports, Jojo Shoes, Petak, Conteng, Eebu, C&E, 2358 Fashion, Himawari, Togomen Homme, DIY Malaya dan Iqra Read Bookstore. Malakat Mall merupakan satu-satunya pusat beli-belah di negara ini yang mempraktikkan amalan patuh syariah dan menghidupkan syariat Islam seperti laungan azan, solat berjemaah dan solat Jumaat. Antara keistimewaan Malakat Mall ialah konsep ‘7 minit Solat Break’ iaitu peniaga dan pengunjung bebas bersolat di semua kawasan di pusat membeli-belah itu.

beli pakaian muslim dan muslimah di malakat mall

Butik BySerra Di Malakat Mall, Cyberjaya

Di samping jenama usahawan bumiputera yang lain, Butik pakaian Byserra juga merupakan antara jenama keluaran anak jati tempatan yang kini telah membuka perniagaan mereka kepada orang ramai. Terletak di Aras 2, Malakat Mall, Butik Byserra merupakan butik pakaian yang menampilkan pakaian koleksi moden untuk seisi keluarga sedondon, ringkas, terkini dan selesa. Koleksi busana Byserra sesuai untuk pelbagai usia dan saiz. Dari si comel bayi, kanak-kanak riang ria, remaja yang kreatif, belia muda mudi, ayah ibu dan atuk nenek. Antara produk dan barangan menarik yang diniagakan terdiri daripada koleksi sedondon ayah dan anak, koleksi sedondon ibu dan anak, koleksi hijab, inner, sarung tangan dan kaki muslimah serta pakaian kasual untuk yang plus size pun ada!

butik byserra pakaian seisi keluarga

Butik Byserra berkonsepkan online dan offline store. Jika anda di kawasan luar Cyberjaya dan tidak dapat datang ke butik ini, ia tidak memerlukan anda pergi ke Cyberjaya semata – mata untuk mendapatkan pakaian yang menarik di mata anda. Anda hanya perlu pergi ke akaun media sosial anda seperti Facebook dan juga Instagram dan taip sahaja butik Byserra dan laman butik ini akan terpampang di skrin anda. Di mana anda boleh melihat pelbagai koleksi pakaian luas dan menarik yang ditawarkan oleh Byserra hanya dari rumah anda. Bukan itu sahaja, anda boleh memilih pakaian pilihan anda dan membuat pesanan kepada butik ini melalui Whatsapp atau laman Shopee.

Koleksi Pakaian Moden BySerra Yang Unik Dan Memukau

koleksi pakaian memukau malakat mall

Koleksi busana Byserra sememangnya besar dengan adanya baju kurung moden, jubah, telekung dan pakaian casual, sedondon ibu dan anak untuk kaum wanita. Tidak lupa juga, koleksi tudung beraneka seperti satin, chiffon, chiffon voille, cotton, tudung sarung, shawl, bawal square. Koleksi lelaki Byserra pula dilengkapi dengan jubah dan kurta sedondon ayah dan anak. Pakaian daripada koleksi Byserra kebanyakannya bertemakan moden dan ada yang mempunyai kombinasi fesyen menarik seperti kombinasi klasik-moden.

butik pakaian untuk semua peringkat umur di malakat mall

Butik pakaian Byserra menjurus kepada penampilan pakaian yang fashion-forward untuk semua peringkat umur. Di samping itu, di Byserra, para pelanggan boleh mendapatkan fesyen terbaik dan berkualiti tinggi untuk semua; tidak kira umur, saiz badan dan jantina. Selain itu, warna-warna pakaian yang dijual direka khas untuk menepati tarikan dan citarasa golongan umur tertentu. Sebagai contohnya, warna ceria, lembut dan comel dipilih sebagai tarikan utama untuk golongan kanak-kanak.

pakaian ibu mengandung di malakat mall

Butik BySerra turut menyediakan koleksi pakaian untuk yang berbadan gempal dan besar. Pilihan yang bervariasi dan tidak terhad kepada saiz atau bentuk badan pelanggan. Bukan hanya untuk yang berbadan gempal, kaum wanita hamil yang ingin tampil bergaya juga boleh mendapatkan pakaian sesuai berfesyen terkini di butik Byserra. Fesyen terkini dan menarik khas turut ditawarkan untuk pakaian plus size trendy dengan harga mampu milik. Oleh itu, di butik Byserra pelanggan tidak perlu rasa rendah diri dan malu untuk bergaya.

Harga Berpatutan Setanding Kualiti

butik pakaian harga berpatutan di malakat mall

Byserra adalah sebuah butik muslimah yang melengkapi keperluan seisi keluarga di mana anda boleh berbelanja sambil beramal dan mendapatkan pakaian berfesyen dan material berkualiti tinggi dalam harga harga mengikut kehendak wang poket anda. Tambahan pula, anda juga boleh membeli koleksi pakaian Byserra dalam satu harga yang ditetapkan untuk baju yang berbeza saiz; sama ada XS atau XXL. Pelbagai koleksi pakaian menarik yang dijual di dalam satu butik, lebih-lebih dengan harga berpatutan membolehkan butik Byserra ini mendapat tempat di hati pelanggan.

Selain itu, Byserra ada juga menawarkan promosi dan diskaun buat pelanggan-pelanggan yang setia melanggani fesyen moden Byserra. Misalnya, untuk promosi Hari Raya, promosi Eid Adha, promosi Hari Merdeka, promosi Hari Malaysia dan banyak lagi! Khas untuk pemegang kad Raudhah Pay, anda akan berpeluang untuk mendapatkan potongan harga 8% dari Butik Byserra dan rebat sebanyak 2%. Sekiranya, anda adalah anggota bantuan pengguna muslim nusantara khas, anda juga akan menikmati potongan sebanyak 10% untuk pembelian RM100 dan ke atas.

Aura Fesyen Muslimah Butik BySerra

trend fesyen muslimah masakini

Walaupun, koleksi busana butik Byserra lebih kepada penampilan fesyen moden yang terkini tetapi butik tersebut masih mengekalkan penerapan elemen-elemen keaslian Melayu tradisional dalam pakaian yang dipamerkan. Butik BySerra iaitu jenama yang sinonim dengan rekaan moden, kontemporari dan menampilkan gaya mengikut aliran, menghasilkan koleksi eksklusif pakaian pejabat, sesuai untuk wanita berkerjaya.

koleksi pakaian untuk ke pejabat putrajaya

Fesyen busana Byserra terbaru Baju Kurung Songket Permaisuri Byserra menjadi pilihan ramai gadis muda ceria. Nampak lawa, sopan dan yang paling penting bergaya. Busana ini membuatkan si pemakai tampil anggun dan sopan untuk pelbagai majlis. Dilengkapi dengan corak songket dan potongan kurung Pahang menampilkan kombinasi moden klasik yang menarik mata memandang. Jenis kainnya yang sejuk dan tidak panas untuk pemakai menjadikan busana ini menjadi pilihan ramai terutamanya gadis-gadis muda.

koleksi baju kurung menarik

Antara contoh pakaian dari koleksi Byserra yang bertemakan kombinasi klasik-moden. Mini Kurung Henna ringkas. Lengan handcuff trendy, gemstone berkilau berseri. Pemakai boleh tampil bergaya dengan ringkas dan cantik. Manis mata memandang. Diperbuat daripada jenis kain yang sangat selesa dan tidak jarang membuatkan ramai pelanggan Byserra tertarik dengan design unik ini. Dilengkapi dengan zip belakang dan lengan butang, Mini Kurung Henna Byserra dijamin memberikan keselesaan kepada pemakai dengan material kain yang membolehkan pemakai berasa tidak panas.

koleksi pakaian baju kurung kanak-kanak malakat mall

Bukan itu sahaja, malah fesyen Muslimah yang mengikut syariat tidak terhad buat wanita dewasa saja, malah semakin diminati kanak-kanak perempuan. Di samping kanak-kanak boleh bebas bergaya, butik Byserra juga ingin memastikan pelanggan cilik berasa gembira dan cantik apabila mengenakan pakaian menutup aurat, sekali gus mendidik kanak-kanak seawal usia untuk membiasakan diri dengan pakaian yang sopan. Koleksi kanak – kanak Butik BySerra juga direka agar sesuai dipakai untuk apa jua majlis sama ada kasual ataupun majlis formal.

Koleksi busana Byserra yang bercirikan Melayu moden dan yang bertemakan gaya unik, elegan serta berkualiti berupaya membuatkan kebanyakan pelanggan Byserra yang mengunjungi rambang mata untuk membuat pilihan yang sesuai mengikut citarasa fesyen mereka tersendiri.

Fesyen Busana Moden Lelaki BySerra

busana lelaki kontemporari di byserra

Di butik Byserra, mereka juga mempunyai koleksi eksklusif, berkualiti tinggi untuk kaum lelaki. Pakaian khas direka untuk lelaki yang ingin tampak yakin dan moden dengan menyerlahkan ketampanan Melayu melalui busana-busana yang menarik tersedia. Pakaian koleksi moden sedondon, ringkas khas untuk lelaki yang terdiri daripada pilihan variasi.

kurta lelaki byserra

Byserra menyediakan kurta untuk lelaki yang dapat memenuhi citarasa fesyen anda. Antara pakaian untuk kaum lelaki yang terdapat dalam koleksi busana Melayu moden Byserra adalah kurta, jubah, baju Melayu yang boleh didapati dalam reka bentuk moden terkini. Kelebihan pakaiannya di mana ia sesuai dipakai di mana sahaja dengan pelbagai pilihan warna menarik dalam saiz yang bervariasi.

Bukti Testimoni Para Pelanggan BySerra

Ramai pelanggan yang menggemari design dari butik Byserra ini. Anda juga pasti akan jatuh hati dengan design mereka.

kanak-kanak mengenakan koleksi byserra

Wajah-wajah gembira kanak-kanak solehah selepas mencuba koleksi hijab stylish Byserra.

Pelanggan – pelanggan butik Byserra telah meninggalkan pelbagai testimoni yang menunjukkan mereka amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan juga produk yang dijual oleh mereka.

pelajar universiti memilih byserra sebagai butik pakaian pilihan

“Wah banyak betul pilihan, plus size pun ada, rambang mata tengok!”
“Woww…nampak class sangat lah butik ni..excitednya”.

puas hati berbelanja di butik byserra

“Wah..ada potongan harga la..nk kena walk in ni”
“Banyaknya design lawa-lawa..tak sabar nak grab diskaun lebih 30% ni”

mereka grab promosi byserra

Anda boleh melihat ramai juga pelanggan yang membeli-belah untuk anak- anak mereka. Banyak pakaian koleksi moden untuk seisi keluarga sedondon, ringkas, terkini dan selesa yang boleh didapati di butik Byserra. Harga pun mampu milik setanding kualiti.

Banyak Lagi Pilihan Yang Tersedia, Jom Ke BySerra!

Mari hiasi diri anda dengan koleksi Byserra sekarang. Menariknya apabila anda datang sendiri ke butik, anda dapat ketahui ke semua pilihan yang ada untuk anda. Pasti anda akan rambang mata apabila jejakkan kaki anda ke dalam Butik Byserra ini nanti. Bukan mudah untuk bergaya dengan busana Muslim dan pada masa yang sama tampil moden dan menutup aurat. Koleksi Byserra kini menyediakan peluang tersebut untuk anda yang di luar sana yang masih tercari-cari pilihan fesyen Melayu moden yang unik dan menarik.

koleksi byserra yang menarik

Untuk sebarang pertanyaan harga dan pembelian, anda boleh kunjungi Shopee Butik Byserra atau Whatsapp ke nombor +0194491676. Atau jika anda mahu lihat sendiri koleksi yang ada, anda boleh ke Butik Byserra di Level 2, Malakat Mall di Cyberjaya, Selangor. Dapatkan juga maklumat mengenai pelbagai promosi menarik menerusi Facebook dan Instagram butik Byserra.

Tampil Bergaya Walaupun Mengenakan Busana Muslimah Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG

Butik BySerra

Koleksi Muslimah Moden Kontemporari

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Butik Byserra, level 2, MALAKAT MALL. Cyberjaya

   
Tampil Bergaya Walaupun Mengenakan Busana Muslimah Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG

Call Whatsapp Layari Website

Tampil Bergaya Walaupun Mengenakan Busana Muslimah Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG