Islam
Dec 17, 2017, 12:14pm

Kain Songket Murah Berkualiti,Pelbagai Pilihan, Warna Dan Corak


Kain songket merupakan sejenis kain yang ditenun dengan bahan asas seperti kapas, polyester atau sutera bersama benang emas atau perak bagi membentuk motif corak songket yang menarik. Ia sinonim dengan maksud perkatan songket itu sendiri iaitu bermaksud menarik benang daripada kain atau menenun.

kain-songket-tenun-dari-ed-fabrics

Pada kebiasannya kain songket ini ditenun dengan menggunakan alatan tradisional bagi menghasilkan corak songket yang rumit seterusnya menghasilkan corak yang sangat menarik. Jika diimbas kembali tentang sejarah kain songket ini, beberapa pengkaji menyatakan bahawa kain songket Kelantan dan Terengganu ini berasal  daripada Palembang dimana kedua-dua negeri ini pernah dijajah oleh kerajaan Sriwijaya suatu ketika dahulu.

Seterusnya ia berkembang ke Langkasuka, iaitu kerajaan terawal di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Selain itu, bentuk corak tenunannya pula dikatakan mempunyai pengaruh dari China. Ini disebabkan oleh semua bahan asas yang digunakan seperti sutera dan labuci untuk proses tekat di bawa masuk oleh pedagang China.

sejarah-songket

Seni tenunan songket Pahang pula dipercayai berasal dari Tanah Bugis yang dibawa masuk oleh seorang pembesar Bugis, iaitu Keraing Aji, yang datang bermastautin di Pekan, Pahang. Beliau telah membantu penduduk pekan dalam memperbaiki teknik kemahiran menenun sutera. Kemudiannya seni tenunan songket ini terus berkembang ke luar daerah Pekan.   

Pada zaman dahulu di Malaysia, kain songket ini adalah busana untuk golongan bangsawan di istana, keluarga kerabat diraja serta orang besar negeri sahaja. Ini kerana kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket tersebut mengambarkan pangkat dan kedudukan seseorang pembesar. Jadi tidak hairanlah sehingga kini golongan tersebut masih lagi menggunakan kain songket sebagai busana rasmi pada majis-majis tertentu.

pakaian-tradisi-melayu

Busana songket tersebut bukan jenis kain songket yang biasa, ia dihasilkan dengan cukup eksklusif dan bermutu tinggi. Dikatakan Sultan Kelantan menempah khas kain songket dengan Cik Minah Songket yang terkenal di Kelantan. Malah, tenun Pahang Diraja juga tidak kurang hebatnya yang diminati oleh kerabat diraja dan orang kenamaan. Sehinggakan Puteri tunggal Sultan Johor, Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim menjadikan kain itu sebagai persalinan untuk dipakai pada hari perkahwinannya.

Umumnya, kain songket Terengganu pula sangat terkenal dengan kualiti dan ketelitian hasil buatannya yang dihasilkan oleh penduduk kampung. Selain itu, kain songket Sarawak tidak kurang hebatnya tetapi sedikit berbeza dengan kain songket lain yang menggunakan benang sutera emas, di mana ia menggunakan benang sutera nanas atau pisang yang telah diwarnakan dengan bahan semula jadi.

busana-dari-kain-sutera-terengganu

Dengan statusnya sebagai kain busana diraja dan bahan buatannya daripada benang emas dan perak, sudah tentu harganya meningkat naik sehingga beribu ringgit. Selain itu, mutu dan kualiti buatannya juga mampu meningkatkan lagi harga kain songket tersebut. Tambahan lagi, kain songket masa kini telah mula ditenun dengan menggunakan benang kapas bagi membolehkan semua lapisan masyarakat mampu memilikinya.  

Kain songket ditenun dengan menggunakan alat tenun yang dipanggil kek bagi menghasilkan corak motif yang rumit. Terdapat dua jenis alat tenunan yang biasa digunakan, iaitu kek tenunan biasa dan kek tumpah. Secara ringkasnya proses menenun songket melibatkan lapan proses, iaitu melerai, menganing, mengulung, menyampuk, menghubung, mengarak, menyolek dan menenun.

Jenis-Jenis Kain Songket

Secara umumnya terdapat enam jenis corak yang biasa dilihat pada kain songket seperti songket bunga penuh, songket bunga tabur, songket corak berjalur, berdiri dan melintang, songket corak siku keluang, songket corak tapak catur dan songket corak pucuk rebung.

1. Songket Bunga Penuh

songket-corak-bunga-penuh

Songket bunga penuh ini juga dikenali sebagai songket cuban. Motif ditenun dengan benang emas dan perak serta motif tersebut dibuat memenuhi keseluruhan kain. Kebiasanya ditenun pada bahagian utama kain atau badan kain dan ditenun dengan menggunakan benang emas.

2. Songket Bunga Tabur

songket-corak-bunga-tabur

Motif tenunan songket bunga tabur pula ditenun secara bertabur tetapi tersusun dan setiap motif tidak terikat dan berantai antara satu sama lain. Kebiasanya ia ditenun dengan motif bunga, seperti bunga tanjung, bunga buah cermai dan bunga buah kesemak. Ia juga dilengkapi dengan garisan corak pada kepala dan kaki kain sebagai kemasan yang lagi menarik.

3. Songket Corak Berjalur, Berdiri dan Melintang

songket-corak-melintang-menegak

Corak  motif corak berjalur, berdiri dan melintang ini paling menjadi pilihan oleh golongan lelaki yang suka mengenakan samping songket dengan baju melayu ketika hari raya ataupun majlis keraian. Motif yang biasa digunakan adalah jenis berantai seperti bunga cermai atau  bunga tanjung.

4. Songket Corak Siku Keluang

songket-corak-siku-keluang

Corak yang diinspirasikan daripada alam semulajadi ini iaitu bentuk siku keluang. Corak ini kebiasannya terdapat pada badan kain dan kepala kain bersama dengan jenis motif yang lain. Bentuk zigzag ini boleh jumpai secara melintang ataupun menegak.

5. Songket Corak Tapak Catur

songket-corak-catur

Songket corak tapak catur pula diinspirasikan daripada permainan papan catur pada zaman dahulu yang digemari oleh rakyat jelata. Corak ini juga boleh dikategorikan kepada tiga jenis kategori iaitu corak ragi, corak petak catur dan juga corak bugis. Walaupun coraknya agak ringkas tetapi tetap nampak mewah.

6. Songket Corak Pucuk Rebung

songket-corak-rebung

Motif songket corak pucuk rebung pula dikatakan diinspirasikan daripada pucuk rebung yang memiliki berbentuk segi tiga, memanjang dan juga tirus. Kebiasanya corak pucuk rebung ini boleh dilihat pada bahagian tepi kain songket.

Kain Songket Murah Berkualiti, Pelbagai Pilihan, Warna dan Corak di Ed Fabrics

Ed Fabrics adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Elydia Enterprise yang beroperasi di Kota Bharu, Kelantan. Ed Fabrics menjual pelbagai jenis kain songket seperti songket bunga tabur, songket tona, songket diamond, songket bunga raya dan juga kain pasang corak terkini. Boleh dikatakan Ed Fabrics adalah lubuk kain songket yang digilai ramai.

1. Songket Bunga Tabur

Songket bunga tabur adalah songket yang paling popular sejak zaman berzaman dan sentiasa mendapat permintaan ramai yang sukakan songket jenis bunga tabur ini. Didatangkan dalam pelbagai warna untuk pilihan para pelanggan.

songket-bunga-tabur-ed-fabrics

2. Songket Tona

Selain songket bunga tabur, Ed Fabrics juga ada menjual songket tona atau songket multi tona sebagai pilihan lain untuk pelanggan yang sukakan songket selain songket bunga tabur. Juga didatangkan dalam pelbagai warna yang menarik.

3. Songket Diamond

Ed Fabrics juga menjual songket diamond yang bercorak songket diamond yang kelihatan nampak mewah kepada si pemakainya. Sangat sesuai dipakai ketika majlis pernikahan untuk seorang lelaki. Sesuai juga dijadikan baju kurung untuk orang perempuan.

songket-corak-diamond-ed-fabrics

4. Songket Bunga Raya

Songket bunga raya pula adalah keistimewaan yang diawarkan oleh Ed Fabrics dimana corak bunga raya ini jarang ditemui di mana-mana kedai yang lain. Songket bunga raya juga digemari ramai oleh pelanggan dan laris jualannya.

songket-corak-bunga-raya-ed-fabrics

5. Kain Dullsatin Silk

Kain dullsatin silk adalah trend kain pasang terkini yang digemari ramai kerana kainnya lembut dan tidak panas. Sangat sesuai untuk dibuat pelbagai jenis fesyen baju termasuklah sesuai untuk baju melayu. Kain ini juga tidak perlu digosok kerana kurang kedutan dan mempunyai bidang 45. Harga sepasang cuma RM49 tidak termasuk kos penghantaran.

songket-kain-dull-satin

6. Batik cotton match dullsatin silk

Kain batik bukan hanya dipakai bersama dengan baju yang berkain kapas sahaja. Tetapi memakai batik cotton yang disesuaikan dengan kain dullsatin silk memberikan nafas baru dalam dunia fesyen batik. Set ini menawarkan kain batik bersaiz 2m dan 2m lagi kain dullsatin silk. Terdapat set batik premium berharga RM73 SM/ RM75 SS dan juga set batik biasa berharga RM68 SM/ RM70 SS.

Batik cotton match dullsatin silk ed fabrics

Kenapa Anda Perlu Membeli Songket di Ed Fabrics

1. Harga Murah

songket-murah

Harga kain songket yang ditawarkan oleh Ed Fabrics adalah antara harga kain songket yang termurah di pasaran berbanding dengan kedai jualan songket yang lain. Harga ini juga tidak boleh didapati di mana-mana kedai lain yang turut menjual songket dengan harga yang murah dan sangat berpatutan ini.

2. Berkualiti

songket-berkualiti

Ed Fabrics sangat mementingkan soal kualiti kain-kain yang dijual terutamanya kain songket. Kain songket yang dijual adalah jenis yang berkualiti tinggi hasil tenunannya. I dihasilkan daripada tenunan mesin dan bukannya jenis kain songket yang murah dicop menjadikannya kain songket berkualiti rendah.

3. Cantik

hasil-kain-songket-yang-cantik

Kesemua corak dan warna kain songket daripada Ed Fabrics adalah yang terkini dan mempunyai corak serta warna yang memukau pandangan mata anda sehingga anda sendiri boleh rambang mata untuk memilihnya. Sangat cantik digayakan dengan apa jua jenis fesyen baju mengikut citarasa anda.

4. Banyak Pilihan

banyak-pilihan-songket-ed-fabrics

Ed Fabrics menawarkan pelbagai pilihan jenis-jenis kain songket seperti kaing songket silver diamond, kain songket bunga raya, kain songket bunga tabur, kain songket mult tona dan lain-lain lagi kain pasang yang terkini. Terdapat juga pelbagai warna yang menarik untuk pilihan para pelanggan mengikut citarasa mereka dan menepati trend warna terkini.

Testimoni Pelanggan Ed Fabrics Untuk Kain Songket Berkualiti Tinggi

Semua pelanggan yang pernah berurusan dan membeli kain dengan Ed Fabrics sangat berpuas hati selepas menerima kain yang mereka beli. Rata-rata antara mereka sangat gembira dengan kualiti kain setanding dengan harganya. Ramai juga yang memuji tentang kecantikan kain yang dibeli daripada Ed Fabrics ini. Lihat testimoni dan maklum balas daripada pelanggan Ed Fabrics di bawah ini.

testimoni-ed-fabrics-songket (1) testimoni-ed-fabrics-songket (2) testimoni-ed-fabrics-songket (3) testimoni-ed-fabrics-songket (4)

Dapatkan Kain Songket Murah Berkualiti Sekarang!

Mesti anda tidak sabar-sabar untuk mendapatkan kain songket yang termurah di pasaran ini. Anda boleh membeli secara runcit ataupun secara borong dengan pembelian minimum 5 pasang. Untuk kain pasang, anda boleh mintak berapa banyak meter yang anda inginkan. Minimum saiz kain untuk pembelian adalah minimum 2 meter dan ke atas.

Beli kain di Ed Fabrics pasti buatkan anda pasti tak cari tempat lain dah. Gerenti anda tidak rugi membelinya, tapi anda mungkin akan menyesal sekiranya tidak membeli sekarang!!! Kalau lambat nanti cepat habis sebab sebahagian corak songket sangat terhad dijual. Anda boleh layari facebook Ed Fabrics untuk melihat pelbagai koleksi kain daripada Ed Fabrics.

ed-fabrics

Jom Dapatkan Songket Di Ed Fabrics SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Dapatkan Songket Di Ed Fabrics SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Songket Di Ed Fabrics SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: