Review
Jul 31, 2018, 4:45am

Kad Perubatan Terbaik Standalone Great Eastern Takaful


Syarikat Great Eastern Takaful telah melancarkan kad perubatan terbaik standalone sebagai produk terlaris pada Jun 2017. Ini bermakna kad perubatan jenis ini tidak lagi dimasukkan sekali ke dalam plan asas takaful induk yang disediakan. Matlamat utama kad perubatan adalah untuk melindungi manfaat perubatan khusus untuk kegunaan pembiayaan hospital semata-mata.

Kad Perubatan Terbaik Health

Kaedah Umum Untuk Melangsaikan Bil Hospital Selain Kad Perubatan

Jika dilihat kembali tahun-tahun terdahulu, bilangan yang menolak untuk memiliki kad perubatan sangatlah ramai. Namun, zaman sudahpun berubah dimana kad perubatan kini menjadi tumpuan memandangkan kos perubatan dan rawatan semakin tinggi di negara kita. Melalui kad perubatan, pesakit tidak perlu lagi memikirkan soal pembayaran bil hospital.

Kad Perubatan Terbaik Payung

Selain dari itu, kad perubatan juga menjadi alternatif terbaik untuk mendapatkan rawatan yang lebih bagus di hospital-hospital swasta. Bukan disebabkan perkhidmatan hospital kerajaan tidak baik, tetapi lebih menjurus kepada kesesakan yang dialami terutamanya bagi yang menunggu giliran untuk rawatan khas iaitu pembedahan.

Berikut merupakan antara kaedah umum yang digunakan oleh kebanyakkan orang awam untuk melangsaikan bil hospital selain daripada menggunakan kad perubatan:

  1. Pembayaran bil hospital melalui cash. Majoriti yang menggunakan pembayaran jenis ini lama-kelamaan pasti tertekan kerana wang simpanan semakin susut.
  2. Pembayaran bil hospital melalui credit card. Kaedah ini juga akan menjerut diri sendiri kerana perlu memikirkan bagaimana untuk membayar semula semua jumlah yang digunakan. Pastinya pembayaran semula akan melibatkan interest.

Kad Perubatan Terbaik Wanita

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa setiap individu perlu memiliki kad perubatan untuk membantu dalam situasi yang mendesak. Kad perubatan secara tidak langsung akan mengambil alih fungsi kad debit yang dimiliki.

Tips Penting Dalam Pemilihan Kad Perubatan

Setelah mengetahui betapa pentingnya kad perubatan, adalah lebih baik untuk mengenalpasti apakah yang perlu diambil berat dalam pemilihan satu-satu kad perubatan. Ini kerana di luar sana terlalu banyak pilihan kad perubatan yang mungkin agak memeningkan.

  • Had Tahunan

Dalam pemilihan had tahunan, disyorkan untuk memilih amaun yang tinggi supaya kita tidak perlu menambah wang sendiri jika had ini dilepasi. Buat masa ini, nilai melebihi RM100, 000 setahun masih boleh dianggap baik.

Kad Perubatan Terbaik Kira

  • Had Seumur Hidup

Elemen kedua yang tidak kurang pentingnya ialah had seumur hidup. Sebaiknya pilihlah had seumur hidup yang tinggi supaya tidak perlu menambah wang sendiri apabila had dilepasi.

Kad Perubatan Terbaik Hidup

  • Harga

Cuba bandingkan harga terhadap coverage yang diberikan. Paling penting adalah coverage yang terbaik yang boleh dimanfaatkan secara total. Jangan sesekali memikirkan coverage yang murah walhal terdapat banyak kekurangan.

Kad Perubatan Terbaik Duit

  • Tempoh Sah Laku

Jelas di sini, pemilihan kad perubatan perlulah mengambil kira berapa lama tempoh sah laku yang ditawarkan. Lebih lama adalah lebih baik kerana kita tidak tahu selama mana hayat kita. Purata jangka hayat buat masa ini ialah sekitar 75 tahun untuk lelaki dan 78 tahun untuk wanita.

Kad Perubatan Terbaik Keluarga

  • Co-Takaful

Dalam industri takaful, co-takaful adalah elemen yang agak mengganggu  kerana wujudnya caj yang perlu ditanggung. Oleh itu, pilihlah kad perubatan yang mempunyai co-takaful terendah atau zero co-takaful supaya tidak merasa beban apabila discharge.

Kad Perubatan Terbaik Takaful

  • Tempoh Menunggu

Berbeza dengan tempoh sah laku. Bagi tempoh menunggu adalah lebih baik jika ianya mempunyai tempoh yang singkat supaya lebih cepat kita boleh menggunakan kad perubatan berkenaan.

Kad Perubatan Terbaik Tunggu

  • Had Hari

Had hari juga antara yang penting untuk diambil kira kerana lebih panjang lebih bagus. Tidak ada seorang pun dapat memastikan berapa kerap mereka akan sakit dan berapa lama mereka akan ditahan di hospital.

Kad Perubatan Terbaik Had Hari

Memperkenalkan Kad Perubatan Terbaik Standalone Great Eastern Takaful

Kad perubatan terbaik standalone yang diperkenalkan oleh Great Eastern ini dikenali sebagai i-Great MediMax. Ia didatangkan dengan 25 jenis manfaat berserta harga yang sangat kompetitif. Dengan caruman serendah RM59 sebulan, pencarum akan mendapat beberapa kelebihan istimewa iaitu:

Kad Perubatan Terbaik Gembira

  1. Tanggungan kos rawatan sehingga mencecah umur 99 tahun. Caj yang terlibat termasuklah caj rawatan penyakit, kos pembedahan dan rawatan akibat kemalangan kenderaan.
  2. Terdapat 3 pilihan bilik hospital dengan harga RM150, RM200 atau RM300.
  3. Tidak ada had seumur hidup untuk rawatan sepanjang hayat.
  4. Tidak ada caj co-Takaful iaitu bayaran penuh ditanggung untuk rawatan hospital.
  5. Pampasan sehingga RM20,000* untuk kematian yang diakibatkan oleh kemalangan.
  6. Juga terdapat executive second opinion, supreme assist (khidmat bantuan kecemasan antarabangsa) dan car assistance program (tunda kereta secara percuma).
  7. Diskaun 5% bagi pencarum yang menyertai bersama keluarga.
  8. Caruman adalah terbuka kepada mereka yang berumur 30 hari sehingga 70 tahun.

Perbandingan Kad Perubatan Standalone Dengan Kad Perubatan Gabungan Investment Linked

Kad Perubatan Terbaik Doktor

Sebenarnya terdapat 2 kaedah yang boleh dipilih oleh pencarum dalam membuat keputusan untuk mengambil kad perubatan. Pencarum boleh memilih samada kad perubatan standalone atau kad perubatan yang tersedia bersama plan investment linked.

Perbandingan antara kedua-duanya dapat dilihat dengan lebih jelas melalui harga caruman. Ini kerana kad perubatan standalone hanya membayar manfaat perubatan sahaja kerana ia tidak melibatkan nilai tunai. Manfaat pengecualian caruman jika menghidap hilang upaya kekal menyeluruh atau penyakit kritikal (waiver) juga tidak ada untuk kad perubatan jenis standalone.

Kad Perubatan Terbaik Bincang

Sebagai contoh jika ibu atau bapa meninggal dunia, anak-anak masih perlu membayar caruman kad perubatan tersebut jika mereka ingin meneruskannya. Begitu juga dengan pemilik medical card itu sendiri. Jika mengalami hilang upaya kekal atau penyakit kritikal, bayaran caruman tetap juga perlu dilangsaikan tanpa pengecualian.

Berbanding kad perubatan di dalam investment linked, hasil pelaburan terdahulu boleh digunakan untuk menampung peningkatan caj tabarru’ dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan nilai caruman bulanan dapat dikekalkan selama yang mungkin.

Kad Perubatan Terbaik Keputusan

Mohonlah Kad Perubatan Terbaik Standalone Great Eastern Sekarang!!!

Apa yang paling penting ialah pada setiap 5 tahun, nilai caruman kad perubatan akan meningkat dari semasa ke semasa seiring dengan caj tabarru’ yang turut meningkat berdasarkan risiko yang ditanggung oleh pencarum. Maka apabila semakin meningkat usia, semakin tinggi harga carumannya. Bertindaklah dengan pantas, mohon kad perubatan anda sekarang.

logo great eastern takaful terbaik

KHUN CHIAN | FINANCIAL ADVISOR GREAT EASTERN TAKAFUL
Hotline: Tekan untuk telefon (012-4598882) | Tekan untuk Whatsapp

Alamat:
12B, Susuran Tuanku Haminah, Pusat Perdagangan Tuanku Haminah, 05150 Alor Setar, Kedah.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: