Umum
Sep 26, 2010, 10:08pm

Jumlah Kes Suspek Utama Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya


Salam semua,

Kes pembunuhan jutawan kosmetik iaitu Datuk Sosilawati Lawiya masih lagi dalam siasatan dan pasti ramai orang tertanya-tanya kan? Berapakah jumlah kes yang dilakukan oleh suspek utama iaitu DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN? Suspek utama yang sebelum ini dikehendaki oleh pihak polis yang mana dia pakar dalam ‘menghilangkan’ mangsa-mangsa yang pernah berurusan dengannya sebelum ini.. Namun dilaporkan, terlepas oleh beberapa akhbar tempatan kerana mempunyai pengaruh yang agak kuat.

Memang hebat bila kita mempunyai pengaruh yang amat kuat dan ramai… Adakah kita akan terselamat? Yang pastinya TIDAK AKAN terlepas di alam akhirat kelak. Berkenaan dengan jumlah kes yang dilakukan oleh suspek utama itu polis tidak dapat mendedahkan lagi berapa bilangan angka sebenar kematian atau kes orang hilang yang melibatkan beliau..

KUALA TERENGGANU 26 Sept. – Polis tidak akan mendedahkan angka sebenar kematian atau kes orang hilang yang melibatkan suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya sebelum siasatan menyeluruh dilakukan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis masih menyiasat kes pembunuhan Sosilawati serta tiga yang lain dan kemungkinan wujud kes-kes kematian lain yang melibatkan suspek berkenaan.

“Hari ini saya tidak mahu mengesahkan apa-apa. Usaha yang dijalankan itu lebih penting. Apabila sudah dapat bukti dan fakta, baru kita beritahu,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Ibupejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd. Shukri Dahlan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan jumlah kematian dan kes kehilangan individu yang dikaitkan dengan suspek pembunuhan kejam itu, yang disiasat polis sehingga hari ini. – Bernama

ProfHariz : Saya sangat berharap suspek utama dan kuncu-kuncunya ini tidak terlepas dengan apa yang beliau lakukan! Amin….

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: