Melakukan umrah dan haji mewajibkan anda menutup aurat dengan sempurna dan lengkap, sama seperti melakukan hal-hal lain. Kini, banyak jubah di pasaran yang dijual tetapi mempunyai pelbagai jenis konsep dan design. Jubah yang menepati konsep syariah merupakan pilihan utama muslimah untuk digayakan ke umrah dan haji.
Konsep Jubah Moden Mengikut Syariah
Konsep syariah pilihan muslimah yang betul adalah jubah yang dipakai tidak ketat dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan, berkain tidak jarang dan nipis, tetapi labuh dan membolehkan para wanita menutup aurat dengan sempurna. Hari ini, jubah-jubah yang dicipta lebih kepada jubah moden yang berstyle dan berwarna-warni.
Jubah moden membawa maksud jubah yang mengikut perkembangan terkini fesyen tetapi belum pasti menepati syariah Islam. Ada jubah yang sangat cantik tetapi diperbuat daripada kain yang mengikut bentuk tubuh badan, ketat seolah-olah membalut aurat semata-mata. Maka, ia tidak sesuai untuk dipakai ketika umrah dan haji.
Ciri-Ciri Jubah Moden Umrah Dan Haji Yang Menepati Syariah
Jubah moden umrah dan haji yang menepati syariah boleh dilihat dari segi jenis kain, jenis jahitan atau bentuk yang dijahit, saiznya, keselesaannya dan pelbagai lagi.
1. Jenis Kain (Saiz)
Jenis kain jubah seringkali mempengaruhi keadaan jubah setelah dipakai. Kain lycra akan menampakkan bentuk susuk tubuh badan manakala kain seperti koshibo pula akan mempunyai ruang yang labuh dan besar yang lebih selesa dan tidak ketat. Terdapat banyak lagi jenis kain yang sesuai dijahit untuk jubah moden umrah dan haji menepati syariah.
2. Bentuk Pakaian Atau Jubah
Jubah mempunyai satu jenis bentuk sahaja iaitu seperti dress dan tidak terlalu kembang atau ketat. Ukuran free saiz juga menjadikan jubah boleh dipakai oleh semua wanita tanpa rasa ketat dan tidak selesa berbanding memakai baju kurung. Jubah yang berbentuk seperti isitlah membalut ‘buah nangka’ sering digunakan bagi menunjukkan ciri-ciri jubah yang tidak patut dipakai.
3. Jenis Kain (Kualiti)
Anda dapat mengetahui kualiti jenis kain tersebut setelah melihat pakaiannya yang siap dijahit. Ada yang menafsirkan kualiti kain tersebut sebagai tidak berkualiti sekiranya bulu-bulu benang terkeluar, mudah ditetas dan sebagainya. Begitu juga dengan jenis kain yang jarang dan menampakkan bahagian atau bentuk dalaman badan sekiranya berada dibawah cahaya matahari. Kalau ke kenduri sahaja, jubah tersebut menampakkan bahagian dalaman tubuh, bagaimana pula jika memakainya untuk menunaikan umrah dan haji?
Asyik Jumpa Jubah Saiz Besar Je?
Terdapat banyak lagi ciri-ciri jubah yang perlu anda ketahui bagi mengikut garis panduan jubah moden yang menepati syariah muslimah. Anda pasti tercari-cari jubah moden yang sesuai untuk umrah dan haji atau untuk pakaian seharian, kebanyakan saiznya besar-besar. Kini, anda boleh mendapatkan jubah moden umrah dan haji yang menepati syariah pilihan muslimah yang sesuai dan padan dengan tubuh badan anda untuk digayakan.
Jubah Moden Zehra | Jubah Moden Umrah Haji Menepati Syariah
Jubah Moden yang menepati syariah pilihan muslimah sesuai untuk umrah dan haji adalah jubah jenama Zehra. Jubah Zehra telah terjual lebih daripada 3000 helai dalam masa yang sangat singkat. Ia mendapat permintaan yang tinggi kerana keselesaan dan ciri-cirinya yang memudahkan para wanita dalam rutin harian mereka. Jubah Zehra yang mempunyai pelbagai saiz dan warna ini boleh dipakai bukan sahaja untuk umrah dan haji, tetapi untuk pakaian seharian anda sebagai muslimah.
Keistimewaan Jubah Moden Zehra
Jubah moden Zehra sangat istimewa kerana kecantikan dan kesempurnaan yang terlihat pada si pemakai. Jubah Zehra juga sangat istimewa dari segi ciri-cirinya yang tidak terdapat pada jubah yang lain diluar sana. Jom kita alami setiap kelebihan jubah ini!
1. Material Koshibo
Jubah Zehra diperbuat daripada material koshiboo gred A yang sangat lembut dan sejuk. Kain ini tidak panas dan berpeluh memudahkan anda melakukan aktiviti harian anda.
2. Kemudahan Breast Feeding
Ia mempunyai zip di bahagian depan yang sesuai untuk breast feeding atau menyusukan anak anda. Anda tidak perlu menyalin pakaian atau menyelak dan sebagainya kerana anda cuma perlu membuka zip dari bahagian hadapan sahaja.
3. Mesra Wuduk
Jubah Zehra mudah digunakan ketika anda ingin mengambil wuduk. Ia tidak ketat di bahagian lengan kerana menggunakan getah pada pergelangan tangan dan anda boleh menariknya ke atas untuk mengambil wuduk.
4. Cutting A
Cutting atau bentuk jubah Zehra sangat menepati syariah dimana cutting A dan tidak lekat di badan. Jubah merupakan cutting straight dan ringkas, anda tidak perlu risau ia melekat di badan atau ketat.
5. Mudah Seterika
Siapa yang ingin menghabiskan masa menyerika pakaian? Tiada sesiapa pun berminat menggosok pakaian. Jubah Zehra amat mudah digosok dengan cepat dan pantas kerana ia tidak mudah kedut dan tidak perlu di gosok banyak kali. Anda dapat menjimatkan masa dan tenaga anda sekaligus.
6. Poket Disediakan
Terdapat poket yang disediakan untuk kemudahan anda menyimpan barang. Berbeza dengna jubah lain, jubah Zehra adalah satu-satunya jubah moden umrah dan haji yang mempunyai poket. Anda boleh menggunakan poket yang terdapat di bahagian sebelah kanan jubah.
7. Pelbagai Saiz Dan Warna
Anda pasti tidak sabar melihat saiz dan warna jubah Zehra. Pelbagai saiz jubah Zehra menanti anda iaitu saiz S, M, XL, 2XL, 3XL dan juga 9 jenis warna pilihan iaitu dark blue, meroon, chocolate coco, purple plum, black midnight, ash grey, green, white dan banyak lagi.
Saiz Dan Koleksi Warna Jubah Zehra
Anda tidak perlu ragu-ragu dengan ukuran saiz jubah kerana anda boleh mengukur dahulu sebelum mendapatkan jubah ini. Mari kita lihat saiz-saiz beserta ukuran jubah Zehra dengan koleksi warna-warna yang terdapat untuk jubah ini.
Koleksi Warna Jubah Zehra
Promosi Jubah Zehra
Jubah Zehra membuka tawaran promosi yang sangat berbaloi dan menjimatkan anda. Anda boleh dapatkan jubah zehra yang membantu anda dari segi mesra wuduk, bf, labuh dan menepati syariah, mempunyai pelbagai pilihan warna dan saiz, paling penting adalah jenis kain koshibo yang jarang didapati pada mana-mana jubah! Kualitinya Jubah Zehra ini membuatkan anda pasti akan mendapatkan semua koleksinya setelah cuba memakainya sekali. Dengan harga serendah RM89, anda dapat memiliki jubah yang selesa dan paling berkualiti ini.
Testimoni Mereka Yang Menggunakan Jubah Zehra
Ramai yang telah mencuba jubah Zehra dan memberikan respon yang sangat memuaskan. Anda akan berasa selesa, ringkas, cantik dan sopan menggayakannya. Dengan hanya RM89 sahaja, anda dapat memiliki jubah moden menepati syariah yang sangat selesa dipakai untuk aktiviti harian anda. Jom dapatkan jubah Zehra yang berkualiti dan sempurna ini sekarang!
JUBAH ZEHRA | JUBAH MODEN UMRAH DAN HAJI
Hubungi: Tekan untuk telefon (011-10763537) | Tekan untuk WhatsApp
Alamat:Bangi, Selangor