Umum
Jul 4, 2010, 11:47pm

Juara Mentor 4 Zaina Zain/Mohd


  •  
  •  
  •  
  •  

Tahniah kepada Mohammad Protege kepada Ziana Zain
yang memperolehi 71 Markah daripada undian Juri Profesional,
Juri Awam dan Juri Rumah iaitu SMS..
Mohammad membawa pulang trofi dan RM100,000.000 (SERATUS RIBU RINGGIT MALAYSIA)

Tempat Kedua dimenangi oleh Adi dan Dayang Nurfaizah iaitu dengan memporelehi
62 Markah. manakala tempat ketiga dimenangi oleh Nani dan Azmeer..

Komen mentor 

Ziana Zain 

MELIHAT Mohd sebagai seorang bakat muda yang lurus dan mudah dilentur, Ziana berbangga kerana anak muda dari Johor itu sentiasa positif dalam menerima setiap apa yang diajar. 

Menyenangi sikap merendah diri Mohd serta kesungguhannya dalam menggali ilmu, Ziana berkata, dia memperjudikan nasib apabila mengambil protegenya itu bagi mengganti Thalia yang terpaksa digugurkan. 

“Saya berserah kepada ketentuan takdir dan rezeki, selebihnya menjalankan amanah yang diberikan dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. 
“Saya sentiasa berfikiran positif dan percaya, apa juga dugaan pasti diakhiri dengan kebaikan. Alhamdulillah, inilah yang berlaku kepada Mohd dalam Mentor,” katanya. 

Akur kelemahan Mohd masih kuat terutama dari aspek komunikasi dan interaksi dengan khalayak, Ziana bagaimanapun, selesa apabila pemuda itu semakin matang mengendalikan cita-citanya. 

Kebelakangan ini, Mohd sudah mula menyumbang idea dan itu kata Ziana, cukup menyenangkan dirinya. Untuk final, fokus utama Ziana kepada pemilihan lagu yang dapat menyerlahkan kekuatan vokal dan persembahan Mohd. 

INFO
Mentor : Ziana Zain 
Nama Penuh : Mohd Izwan Mohd Nor 
Nama Panggilan : Mohd 
Tarikh Lahir :8 Oktober 1988 
Asal : Johor 
Tinggi/Berat : 186sm/57kg 
Hobi : Bola sepak 
Lagu final: Cinta (lagu baru), Tragedi Oktober dan Itu Kamu, selain berduet dengan juara Mentor musim Ke-2, Fiq menerusi 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang 

PH: Berakhirlah Sudah Mentor 4 🙂 Tahniah Kepada Zaina Zain Dan Mohd