Juara EURO 2012 – Euro 2012 merupakan pertandingan bola sepak kedua terbesar selepas Piala Dunia World Cup. Demam EURO 2012 sudah pun bermula dengan kehangatan yang luar biasa menampilkan 16 buah negara termasuklah Juara Bertahan Itali, Perancis, Jerman, Sepanyol belanda dan juga England.
Bola Sepak merupakan sukan nombor satu bagi rakyat malaysia. Korang ingat tak slogan “Makan Bola, Tidur Bola” dan sudah semestinya banyak tumpuan akan dibuat pada kejohanan EURO 2012. Untuk pengetahuan anda, EURO 2012 ini diadakan empat tahun sekali sejak 1960. Antaranya adalah Poland, Ukraine, Sepanyol, Greece, Perancis, Jerman, Denmark, Belanda, Itali, Rusia, Crotia, England, Portugal, Sweden, Republik Czech dan Ireland. Persoalannya Pasukan manakah yang akan merangkul JUARA EURO 2012 ?
Walaupun sukar untuk meramalkan pasukan mana yang akan menjulung trofil EURO 2012, Namun Euro 2012 Juara pilihan Lelaki Kacak adalah juara bertahan Sepanyol yang akan mempertahankan trofi yang dimenangi pada tahun 2008. Jika Sepanyol Juara Euro 2012 pilihan Lelaki Kacak ini bermakna Sepanyol bakal menjadi negara eropah pertama yang menang tiga kejohanan utama berturut-turut iaitu Euro 2008, Piala Dunia Fifa 2010 dan yang terkini Euro 2012.
Sepanyol merupakan pasukan pilihan saya kerana sepanyol mempamerkan corak permainan yang sangat baik dan sangat konsisten. Kebanyakkan permainan Sepanyol berasal daripada kelab barcelona. Selepas Barcelona kelab pilihan saya adalah Manchester City ini merupakan sebab Sepanyol mesti menjadi Juara EURO 2012.
Walaupun Keputusan Perlawanan EURO 2012 semalam Sepanyol seri melawan Itali ini tidak bermakna perlawanan seterusnya Sepanyol mln Ireland dan Sepanyol mln Croatia akan kalah. Saya menyukai sepanyol kerana mempunyai permain yang sangat berbakat iaitu Iniesta, Silva, Xavi dan Casillas.
Sebenarnya entri ini ditaip adalah untuk menyahut Cabaran Contest Ringkas Juara Euro 2012 yang dianjurkan oleh Denaihati. Syaratnya mudah sahaja hanya dengan menulis satu entri pasukan pilihan yang bakal menjuarai Euro 2012 dan tinggalkan link entri di ruangan komen blog Denaihati.com. Tarikh Tutup Contest Ringkas ini pada 11.59pm, 14/6/2012. Jadi apalagi ? Mari buktikan kekacakan anda 🙂
ProfHariz : PH berharap Sepanyol dapat mempamerkan aksi yang terbaik dan terhebat pada musim ini dan terus menjadi JUARA EURO 2012. Viva La Espana. Mood final exam tapi masih mampu tengok bola. Teheee
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang