Review
Oct 16, 2017, 12:37pm

Jual dan Servis Kereta Honda Di Tawau


  •  
  •  
  •  
  •  

Kereta adalah satu keperluan bagi semua orang untuk memudahkan pergerakan daripada satu lokasi ke satu lokasi yang lain dalam kehidupan seharian berbanding menggunakan pengangkutan awam.

kereta-honda

Ramai yang mengimpikan untuk memiliki sebuah kereta idaman masing-masing terutamanya anak-anak muda yang baru sahaja mendapat pekerjaan. Tidak kurang juga bagi keluarga yang semakin berkembang untuk menukar kereta yang lebih besar dan selesa untuk keluarga yang besar.

Pembelian Kereta dan Servis Kereta Honda Di Tawau

Pada masa kini, memiliki sebuah kereta memang mudah disebabkan terdapatnya pelbagai jenis pakej, promosi dan kemudahan yang ditawarkan akan membuatkan anda rambang mata. Malah kini terdapat pelbagai jenis kereta yang ditawarkan membuatkan anda lebih rasa pening untuk memilih. Namun semua itu bergantung kepada kewangan dan bajet anda.

 katalog-harga-kereta-honda-sabah

Bak kata perpatah tepuk dada tanya selera. Jika tersilap langkah ia akan menghantui hidup anda dikemudian hari. Akan tetapi jika semuanya mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan, anda akan berjaya memiliki sebuah kereta idaman anda dengan rasa lebih senang hati.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Selepas Membeli Kereta Honda?

Selepas memiliki kereta, apakah yang anda perlu ketahui mengenai kereta? Adakah anda cuma tahu pandu kereta dan hantar kereta untuk dibasuh sahaja? Adakah anda mengetahui serba sedikit mengenai bahagian-bahagian teknikal kereta? Ya, anda sudah semestinya perlu mengambil tahu semua berkenaan dengan bahagian kereta untuk memastikan kereta anda berada dalam keadaan selamat dan berfungsi dengan baik untuk kegunaan harian anda.

Ada beberapa perkara yang wajib anda ambil tahu bagi memastikan kereta anda dalam keadaan yang baik seperti tayar, radiator, enjin, brek, aircond, balancing dan aligment tayar, lampu, tayar spare serta air wiper. Ini adalah antara perkara-perkara mustahak untuk anda periksa dan ada antara perkara tersebut anda boleh periksa dan membuat penyelengaraan sendiri tanpa perlu ke bengkel kereta.

Servis Kereta Honda Anda Di Pusat Servis Yang Dipercayai

Ada di antara anda yang cuma menghantar kereta ke bengkel untuk diservis dan diperiksa bagi perkara-perkara di atas. Adakah anda mempercayai semua kata-kata owner bengkel tersebut untuk servis kereta anda? Adakah kereta anda diservis dengan betul dan diservis oleh pekerja yang bertauliah? Adakah anda tidak ditipu?

pusat servis honda sabah

Ini adalah antara persoalan yang akan menghantui anda. Melainkan anda tidak kisah untuk melaburkan sejumlah wang anda pada bengkel tersebut. Mungkin anda pernah terdengar cerita yang mengatakan ada bengkel yang menipu dengan menukar beberapa bahagian kereta anda yang tidak rosak semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Perkara ini sudah semestinya akan berlaku kepada anda jika anda tidak ingin mengambil tahu pasal kereta anda. Adalah lebih baik anda menghantar kereta anda di pusat servis bertauliah yang dicadangankan oleh pengeluar kereta anda. Ini adalah kerana para pekerja mereka terlatih dan bertauliah, serta lebih mengetahui permasalahan biasa kereta tersebut berbanding dengan bengkel-bengkel diluar sana. Ini juga dapat mengelakkan anda dari ditipu dan mengeluarkan duit berlebihan untuk menyelenggara kereta anda.

Kenapa Perlu Memilih Kereta Honda Sebagai Kereta Harian?

Kini anda tidak perlu risau lagi dengan semua masalah tersebut. Anda hanya perlu memiliki sebuah kereta Honda. Tidak perlu diperkenalkan lagi, kereta berjenama Honda ini adalah kereta yang terhangat di pasaran dengan menjadi idaman seluruh rakyat Malaysia. Dan yang lebih menarik, kereta Honda mempunyai nilai jual balik yang tinggi untuk dijual di kemudian hari dan ini adalah mengguntungkan anda sebagai pengguna.

kenapa-pilih-honda Sejak dari awal tahun 2017, Honda Malaysia telah mencatatkan jualan yang konsisten, yang mana ia mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pengeluar kereta No.1 di Malaysia bagi segmen pengeluar bukan kereta nasional dan No.2 secara keseluruhan bagi Nilai Jual Balik (TIV) kereta. Pada tahun ini, lima model baru telah dilancarkan dan setakat pada 31 ogos 2017, sebanyak 70,800 unit kereta Honda telah terjual dan ini menunjukkan model tersebut diterima baik dan mendapat sambutan hangat oleh rakyat Malaysia.

 honda-modula-baru

Dengan pelancaran model-model baru ini, Honda Malaysia telah menyasarkan untuk mencapai jualan 100,000 unit untuk tahun ini. Honda Malaysia menyajikan pelbagai segmen kereta untuk pasaran Malaysia di antaranya adalah, City, Civic, Jazz, Accord, HR-V, BR-V dan Odyssey.

honda-jazz-baru Dengan peningkatan jualan kereta Honda, Honda Malaysia juga telah menyediakan Sembilan puluh 3S Center di serata Malaysia bagi memudahkan para pemilik kereta Honda untuk mendapatkan servis yang terbaik untuk kereta mereka. Di bahagian selatan Malaysia sahaja, sudah terdapat tujuh belas authorised dealers dan empat 4S Centres (Sale, Service, Spare Part and Body & Paint).

Dan yang terkini, Honda Malaysia telah membuka 3S Centre yang berkonsepkan Mall di Bandar Botanic, Klang bagi menambah keselesaan para pemilik kereta Honda semasa menunggu kereta mereka diselenggara. Dijangka Honda Malaysia akan menambah pusat servis mereka bagi memberikan khidmat yang terbaik untuk pelanggan mereka yang semakin bertambah. Tanpa perlu risau ditipu, 3S Center Honda ini hanya menyediakan alat ganti tulen dengan para pekerja yang bertauliah dan terlatih serta pakar dalam menyelenggara kereta anda. Selain itu, mereka akan memberikan khidmat nasihat yang terbaik untuk para pelanggan mereka.        

Beli Dan Servis Kereta Honda di Tawau. Alat Ganti Honda di Jamin Murah!

Bagi pemilik kereta Honda di sekitar Tawau, anda tidak perlu risau kerana telah ada 3S Centre di kawasan anda. NJ Autoworld Sdn. Bhd. adalah 3S Dealer rasmi Honda Malaysia yang terletak di Jalan Damai, Tawau, Sabah. Ramai pemilik kereta Honda telah menggunakan khidmat mereka dan sudah semestinya mereka memberikan khidmat yang terbaik untuk para pelanggan.

honda-merchandise

Di 3S Dealer Tawau ini, ia bukan sahaja untuk pembelian dan servis kereta Honda sahaja. Malah menyediakan cenderahati Honda seperti beg, topi, baju, botol air dan macam-macam lagi.

Honda Backpack
Duffel bag
Honda cap
honda passport holder
honda polo men & ladies
honda racing shirt copy
junior backpack
Junior-pencil-case
Junior unisex t-shirt
men n ladies round neck
mini travel pouch
shoe bag
tote bag
water bottle

Selain itu, boleh juga mendapatkan pakej aksesori rasmi Honda dengan harga yang menarik untuk kebanyakkan model iaitu :

Honda City (Modula Package, Urban Package dan Utility Package)

HONDA CITY PACKAGE

Honda Accord (Advance Package dan Premium Utility Package)

HONDA ACCORD PACKAGE

Honda HR-V (Sport Aero Package, Tough Advance Package, Smart Utility Package dan Urbane Utility Package)

HONDA HR-V PACKAGE

Honda CR-V (Aero Package, Urban Package dan Utility Package)

HONDA NEW CRV PACKAGE

Honda BR-V (Modulo Package, Urban Package dan Utility Package)

HONDA BR-V PACKAGE

Honda Jazz (Mugen Package, Urban Package dan Utility Package)

HONDA JAZZ PACKAGE

Tambahan lagi, di sini anda juga boleh mendapatkan servis pemasangan sistem keselamatan kereta, sistem DVD multimedia Navigation dengan kamera undur, Spoiler, Tint Film serta cermin pandang belakang Auto Dim pada harga berpatutan.

Pusat Servis NJ Autoworld Sdn. Bhd. juga memberikan promosi dan program yang hebat, seperti melalui program flood relief, Honda memberikan diskaun 50%  untuk setiap alat ganti tulen Honda bagi semua kereta yang terlibat dengan banjir, cabutan bertuah dengan pembelian kereta Honda dan program penukaran beg udara.

NJ autoworld tawau sabah

Untuk pembelian kereta idaman, jual kereta anda dan temujanji servis serta mengetahui promosi terkini, bolehlah terus menghubungi Pusat Servis NJ Autoworld Sdn. Bhd.

Hubungi Pusat Servis NJ Untuk Jual dan Servis Kereta Honda Di Tawau SEKARANG!

Kereta Honda Di Tawau

PUSAT SERVIS NJ | SERVIS KERETA HONDA TAWAU

Hotline : 089-776797 Whatsapp : 019-8533609Link WhatsApp Instagram : @hondatawau

Nak tahu info lanjut promosi kereta Honda SEKARANG?

Sila telefon ke +60198533609 atau WhatsApp SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Nak tahu info lanjut promosi kereta Honda SEKARANG?

Sila telefon ke +60198533609 atau WhatsApp SEKARANG!