Review
Mar 2, 2018, 11:15am

Jual Beli Rumah Subsale dan Undercon Murah di Penang, Kedah


Mungkin ramai yang bertanya, kenapa kita perlu gunakan khidmat agent hartanah untuk urusan jual beli sesuatu hartanah? Tidak bolehkah kalau kita uruskan sendiri urusan jual beli tersebut tanpa melibatkan agent hartanah? Ini kerana, ramai pembeli atau penjual beranggapan, sekiranya kita menggunakan agent hartanah, kemungkinan kita akan ditipu. Duit tak dapat, hartanah hilang dengan sekelip mata.

Selain dari itu kita akan dikenakan caj perkhidmatan yang mahal, sedangkan urusan jual beli hartanah tersebut bukanlah susah mana pun. Hanya sekadar isi borang itu dan ini dan selepas tu pergi saja ke pejabat tanah. Selesai urusan kan!!! Dan apa yang lebih mendukacitakan ramai penjual hartanah akan terus mematikan telefon bila agent hartanah memperkenalkan diri. Sedih bukan?

jual beli rumah subsale dan undercon murah di penang, kedah

Itulah antara persepsi negatif di kalangan orang kita Malaysia yang biasa saya dengar. Tapi semua anggapan itu adalah tidak tepat jika kita betul-betul memilih agent hartanah atau dipanggil Real Estate Negotiator (REN) yang berdaftar dan mempunyai lesen yang sah.

Jika anda rasa sukar dan takut ditipu untuk menguruskan hartanah anda, apa kata anda gunakan khidmat MyZara Property? Saya akan terangkan di bawah kenapa anda harus menggunakan perkhidmatan beliau.

Kenapa Anda Harus Melantik MyZara Property Dalam Urusan Jual Beli Hartanah?

1. Jual Beli Hartanah Melibatkan Undang – Undang

Urusan jual beli hartanah ini bukan setakat urusan surat menyurat semata-mata. Ia bukan juga sekadar urusan yang melibatkan pentadbiran (administrative matter) semata-mata. Urusan jual beli hartanah ini sebenarnya melibatkan isu undang-undang kontrak dan undang-undang tanah.

Sebagai contoh, anda membeli rumah berharga RM300,000.00. Anda telah membayar 10% deposit dan 90% pula melalui pinjaman. Bayaran 90% tersebut hendaklah dijelaskan dalam masa tiga bulan daripada tarikh perjanjian jual beli. Apa akan jadi sekiranya anda gagal menjelaskan bayaran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan?

Begitu juga keadaannya sekiranya anda telah menjelaskan sebahagian atau keseluruhan harga jual beli, tetapi penjual enggan membuat pindah milik hartanah tersebut kepada nama anda.

Di pihak pembeli pula tiba-tiba mengatakan urusan jual beli hartanah tidak dapat atas sebab tertentu sedangkan anda telah menunggu begitu lama.

Apakah hak dan tindakan samada anda sebagai penjual mahupun sebagai pembeli ?

Jadi, sekiranya anda tidak mahir dalam urusan perundangan, janganlah ambil risiko untuk uruskan sendiri urusan jual beli hartanah anda. Kelak, apabila berlaku sesuatu perkara yang melibatkan isu perundangan, pasti ia akan menyebabkan kesusahan di pihak anda.

Sekiranya anda melantik MyZara Property, pastinya segala hak dan kepentingan anda berkaitan dengan urusniaga jual beli hartanah tersebut akan dilindungi oleh mereka.

tips jual beli rumah subsale dan undercon murah di penang, kedah2. Memudahkan Kelulusan Pinjaman Hartanah

Jika anda melantik MyZara Property dan jika anda sebagai pembeli, mereka juga boleh tolong uruskan urusan pinjaman / pembiayaan pembelian hartanah anda dengan mana-mana bank yang bersesuian dengan pembeli.

Kelebihannya adalah, urusan kelulusan pinjaman / pembiayaan hartanah anda akan menjadi lebih mudah, dan cepat berbanding jika anda serahkan sendiri permohonan pinjaman / pembiayaan kepada bank.

Selepas pinjaman/ pembiayaan tersebut diluluskan, secara automatik My ZaraProperty akan uruskan urusan dokumen hartanah anda dengan pihak guaman. Jadi, kelebihannya adalah, anda tidak perlu pening kepala dengan karenah pembeli atau penjual atau pihak bank mahupun pihak guaman.

Jika anda sendiri yang serahkan permohonan pinjaman/ pembiayaan tersebut terus kepada bank, berkemungkinan besar anda terpaksa berulang alik ke bank dan terpaksa menunggu berjam-jam. Susah kan?

Selain dari itu anda juga tidak mahir memilih syarikat guaman mana yang betul-betul efisien dalam menjalankan tugas. Perkara yang sama juga akan berlaku kepada anda di mana, anda terpaksa ke pejabat guaman dan menguruskan beberapa dokumen penting yang perlu disegerakan.

Dalam urusan sesuatu jual beli hartanah, peguam juga akan bertanggungjawab sebagai stakeholder terhadap semua bayaran yang anda akan jelaskan kepada penjual nanti. Dalam erti kata lain, segala bayaran hendaklah dibuat melalui peguam anda. Peguam anda nanti yang akan melepaskan bayaran harga jual beli tersebut kepada penjual tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam perjanjian jual beli.

cara jual beli rumah subsale dan undercon murah di penang, kedah

3. Kenapa Anda Tidak Digalakkan Untuk Menjelaskan Bayaran Harga Jual Beli Terus Kepada Penjual?

Ini kerana apabila berlaku keadaan di mana urusan jual beli hartanah tersebut tidak dapat diteruskan, (terutama yang disebabkan oleh keengganan penjual untuk meneruskan perjanjian jual beli sebelum tempoh penyempurnaan “completion date” perjanjian jual beli tersebut ).

Sekiranya anda telah menjelaskan sebahagian bayaran harga jual beli terus kepada penjual, adakah anda yakin yang penjual akan memulangkan kembali bayaran yang anda buat tersebut?

Pada pandangan saya, kebarangkalian wang tersebut akan dikembalikan adalah amat tipis. Ini kerana amatlah jarang sekali seseorang itu apabila mendapat wang akan menyimpan wang tersebut “di bawah bantal”. Kebiasaannya mereka akan gunakan wang tersebut. Maka apabila ia telah digunakan, kebarangkalian untuk anda mendapatkan kembali wang tersebut adalah adalah sangat tipis.

Tetapi sebaliknya, sekiranya bayaran harga jual beli dibuat melalui khidmat MyZara Property, wang pendahuluan atau bayaran tempahan akan dimasukkan terus ke akaun agensi hartanah. Tindakan ini penting demi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak samada pembeli atau penjual. Terutama bila berlakunya ‘Breach of Contract’ Manakala bayaran selebihnya akan diuruskan pula oleh pihak guaman yang dilantik.

proses jual beli rumah subsale dan undercon murah di penang, kedah

4. Cari Agent Hartanah Yang Mahir Dan Berpengalaman

Jangan bimbang sebagai pembeli, wang anda akan selamat di dalam MyZara Property dan kepentingan serta hak penjual juga tetap akan terjaga. Manakala sebagai penjual pula anda berhak mendapat separuh dari wang bayaran (booking fee) yang telah dijelaskan oleh pembeli jika pembeli membatalkan hasrat pembelian mereka kecuali kerana pembiayaan tidak dapat diluluskan. Dalam ini kepentingan kedua-dua pihak samada pembeli atau penjual masih terjaga.

Oleh yang demikian, nasihat saya, MyZara Property adalah yang mahir dan berpengalaman dalam urusan pembelian hartanah anda di samping mempunyai panel guaman. Jadi urusan berjalan dengan mudan dan lancar. Nasihat ini meliputi kedua-dua pihak samada penjual mahupun pembeli.

ejen jual beli rumah subsale dan undercon murah di penang, kedah

5. Hati-hati Dalam Pelaburan Jual Beli Rumah

Sekiranya anda mahu melabur dalam pelaburan hartanah anda perlu berhati-hati daripada menjadi mangsa penipuan ‘scammer’. Ini kerana risiko untuk ditipu dalam bidang hartanah ini sangat tinggi sekiranya anda tiada ilmu langsung mengenai hartanah. Kepada mereka yang ingin beli tanah atau pun rumah lebih baik anda gunakan sahaja khidmat nasihat dari MyZara Property. Melalui cara ini anda dapat mengelakkan diri daripada ditipu oleh ‘scammer’ terutamanya kepada anda yang baru saja dalam bidang hartanah ini dan mahu beli hartanah.

berhati hati untuk jual beli rumah subsale dan undercon murah di penang, kedah

6. Tersilap Pilih Agent, Harta Anda Melayang

Anda perlu berhati-hati kerana banyak isu yang berkaitan dengan penjualan hartanah yang tidak mempunyai geran individu dan juga bukan pemilik berdaftar kepada sesuatu hartanah tersebut. Di samping itu, penyelewengan dalam urusniaga hartanah juga terjadi apabila pemaju rumah sengaja melewatkan serah milikan kosong ataupun memberi pelbagai alasan untuk tidak membayar LAD (Liquidated and Ascertained Damage) iaitu denda/ganti rugi yang dikenakan kepada pemaju sekiraya mereka gagal memenuhi kontrak yang telah ditetapkan.

Selain itu, wujud juga skim jualan tanah lot murah yang disertakan dengan tawaran pembinaan rumah yang mampu menarik minat anda untuk membelinya. Elakkan semua skim penipuan ini jika tidak mahu menjadi mangsa yang seterusnya.

scammer jual beli rumah subsale dan undercon murah

6 Cara Untuk Anda Kenal ‘scammer’ Jual Beli Rumah

Ini 6 tips ‘extra’ yang anda boleh ‘follow’ untuk elakkan diri daripada ditipu oleh ‘scammer’ hartanah:

  1. Jangan cepat terpedaya dengan tawaran jual atau beli tanah pada harga yang rendah, sampai sanggup bayar deposit kerana terpengaruh dengan skrip ‘siapa cepat dia dapat’. Memang tak logik kalau ada harga hartanah yang sangat rendah. Seeloknya, buat kajian terperinci dahulu mengenai hartanah tersebut baru buat keputusan nak beli atau tidak.
  2. Anda perlu lebih berhati-hati dalam urusan perniagaan hartanah kerana penipuan seperti ini tidak hanya disasarkan pada sesuatu golongan tertentu sahaja bahkan kepada semua golongan. Pendek kata, semua orang boleh “terkena.”
  3. Semua pihak perlu bekerjasama untuk membanteras kegiatan penipuan ini, tidak kira dalam apa jua bentuk atau cara.
  4. Orang ramai terutamanya masyarakat luar bandar juga perlu meningkatkan pengetahuan dalam bidang hartanah, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan hartanah.
  5. Bagi setiap proses jual beli tanah, seeloknya dapatkan pandangan pihak ketiga seperti agent hartanah yang dipercayai, penilai dan juga pihak guaman.
  6. Sentiasa berhati-hati sekiranya anda ingin melakukan urusan jual beli tanah supaya tak tertipu.

elak scammer jual beli hartanah

Khidmat Nasihat MyZara Property Dalam Jual Beli Hartanah di Kawasan Utara

Pembeli juga diingatkan supaya membuat kajian secara terperinci terhadap skim jualan tanah yang ditawarkan kerana ianya sangat penting bagi mengelakkan anda daripada kerugian besar dan terpaksa menanggung pinjaman perumahan yang dibuat. MyZara Property senantiasa memberikan khidmat terbaik pada setiap pelanggannya. Sudah berpengalaman lama dalam bidang ini merupakan satu kelebihan pada mereka. Anda sebagai penjual juga tidak perlu risau ditipu.

urusan jual beli rumah subsale dan undercon

Jika Anda Tidak Mahir, Gunakan Sahaja Khidmat MyZara Property

Memang banyak cara ‘scammer’ ini lakukan untuk menipu duit orang ramai. Namun, anda tidak perlu risau kerana untuk menghapuskan penyelewengan ini anda perlu memperbanyakkan lagi ilmu tentang hartanah dan ilmu asas perundangan hartanah yang sebenar. Cara lain untuk mengelakkan dari tertipu, guna sahaja khidmat MyZara Property dalam urusan jual beli rumah anda. In Sya Allah mereka akan bantu dan buat yang terbaik untuk aset anda.

ejen hartanah berpengalaman di kedah penang

Pentingnya Perkhidmatan My Zara Property Memudahkan Urusan Jual Beli Rumah

Proses jual beli rumah memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat kerana ia sedikit rumit. Banyak pihak yang terlibat dalam satu transaksi jual beli rumah iaitu penjual, pembeli, ejen hartanah, penilai, peguam, bank, pejabat tanah, pemaju dan sebagainya. Sedikit tips kesimpulan yang ingin saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya, berurusanlah dengan ejen hartanah, peguam dan pegawai bank yang berpengalaman bagi memudahkan urusan ini. Ini kerana, kekurangan pengalaman dan kaliber pihak-pihak ini kadang-kala semakin merumitkan urusan jual beli rumah.

antara ejen jual beli rumah subsale dan undercon murah di penang, kedah

Urusan Jual Beli Rumah Anda Di Uruskan Dari Awal Hingga Akhir

Di sinilah antara kelebihan MyZara Property yang telah berpengalaman kerana mereka telah mempunyai jaringan (network) yang baik kerana kebiasaannya, seorang agent hartanah akan mengendalikan urusan transaksi sekurang-kurangnya lima kes sebulan. Mereka akan cuba sedaya-upaya mengesyorkan panel peguam dan pegawai bank yang pantas dan berkaliber bagi memastikan urusan transaksi mereka semua berjalan lancar.

rumah untuk dijual di kedah penang

Serahkan Kekusutan Proses Jual Rumah Kepada MyZara Property

Perlukan khidmat agent hartanah berdaftar untuk membantu anda menjual atau membeli hartanah? MyZara Property akan bantu bermula dari semakan harga pasaran, kajian pasaran, menjalankan pemasaran hinggalah menemui pembeli dan selesai segala urusan.

SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI HARTANAH YANG HENDAK DIJUAL ATAU INGIN MEMBELI HARTANAH DI KAWASAN UTARA MALAYSIA, SILA HUBUNGI BELIAU. IN SYA ALLAH BELIAU MAMPU MEMBERIKAN KHIDMAT TERBAIK BUAT ANDA.

Tunggu apa lagi, gunakan khidmat MyZara Property sekarang dengan hubungi di talian tertera di bawah:

Jom Jadikan My Zara Property Sebagai Agen SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Taman Ilmu 14300 Nibong Tebal Pulau Pinang

   
Jom Jadikan My Zara Property Sebagai Agen SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Jadikan My Zara Property Sebagai Agen SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: