Review
May 21, 2017, 2:45am

Jual Beli Barang Terpakai di Terpakai.my


  •  
  •  
  •  
  •  

Adakah anda inginkan untuk mencari sesuatu barang yang lama yang tidak mungkin didapati di kedai-kedai biasa? Ataupun sekiranya anda ingin mencari sesuatu barang yang mungkin boleh didapati dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran?

barangan vintage di terpakai.my

Adakah anda juga ingin menjual barang-barang lama anda yang mungkin sudah lama tidak digunakan tetapi keadaannya masih elok dan boleh dipakai?

Sekiranya jawapan-jawapan bagi soalan-soalan di atas adalah YA, maka jangan tunggu-tunggu lagi! Silalah ke laman web Terpakai.my yang boleh dilayari di http://www.terpakai.my.

Terpakai.My Sebagai Platform Menjual dan Membeli Barang Terpakai dan Baru

antaramuka terpakai.my laman jual beli

Paparan Antaramuka Utama platform jualbeli Terpakai.My

Terpakai.my merupakan sebuah website atau laman web yang berfungsi sebagai satu tempat berurusniaga untuk sesiapa sahaja yang ingin membeli atau menjual apa jua barangan. Ia adalah sebuah website atau laman web yang membolehkan sesiapa sahaja berurus niaga dengan membeli atau menjual barangan-barangan yang terpakai di seluruh Malaysia.

Sebagai pembeli, anda boleh mengunjungi laman web http://www.terpakai.my untuk melihat barang-barang lama yang anda mungkin minati. Website atau laman web ini adalah untuk kegunaan warga Malaysia sehingga ke negeri Sabah dan Sarawak. Lihatlah liputan negeri-negeri yang terdapat dalam laman web ini.

Mencari barangan terpakai murah

Dapatkan barangan terpakai dan murah di Terpakai.my

Sebagaimana yang diperkatakan dalam laman web ini, Terpakai.My merupakan satu ruang pemasaran yang merangkumi bukan sahaja barang-barang yang lama, tetapi juga barang-barang yang baru pun boleh dijual beli melalu platform ini. Barang-barang yang dipasarkan terdiri dari pelbagai kategori, sepert berikut:

  • Kelengkapan sukan
  • Kelengkapan rumah
  • Hartanah
  • Gajet
  • Kereta
  • Buku-buku
  • Barangan elektrik
  • Fesyen
  • Komputer
  • Permainan
  • Hiasan peribadi
  • Hobi
  • Perkhidmatan
  • Motosikal
  • Dan lain-lain

Sebagai penjual  mahupun pembeli, anda tidak terhad untuk berurus niaga barangan baru atau lama, malah sekiranya ada perkhidmatan yang anda ingin cari (seperti perkhidmatan membina laman web, perkhidmatan mencuci rumah, perkhidmatan mencetak, sewaan kereta dan lori, dan sebagainya), anda juga boleh dapati melalui laman web Terpakai.My.

van sewa murah propvan

Penyedia servis sewa kenderaan juga boleh memanfaatkan platform Terpakai.my untuk mencari pelanggan

Sekiranya anda ingin menjual barang-barang lama anda yang tidak lagi digunakan, dan anda rela untuk melepaskannya supaya orang lain dapat memanfaatnya (selalunya kita panggil barang-barang yang hendak dijual ini sebagai “pre-loveditems), Terpakai.My mempunyai option untuk anda menjadi penjual. Anda boleh mendaftar sebagai penjual dan sesudah selesainya proses pendaftaran, anda boleh mula menjual apa jua barang yang anda ingin lepaskan.

Cara iklan di terpakai.my

Klik butang “Iklan Baru Anda” untuk mula mengiklankan produk/servis

Untuk membuatkan proses penjualan barang-barang yang terpakai supaya menjadi lebih mudah, ada pilihan untuk anda mengiklankan terus barangan anda tanpa memerlukan anda untuk menjalani proses pendaftaran pengguna. Hanya semudah menekan butang “Iklan Baru Anda” pada ruang utama atau ruang carian laman web Terpakai.My dan anda sudahpun boleh mengisi maklumat-maklumat yang perlu untuk menjual barang yang anda ingin lepaskan.

Boleh Guna Nama Domain Sendiri Untuk Pasarkan Produk

Salah satu fitur yang mungkin menarik minat anda sekiranya dibandingkan dengan laman-laman web atau website lain yang menawarkan perkhidmatan platform jual beli barang, adalah anda boleh menggunakan domain anda sendiri untuk memasarkan produk, barang atau perkhidmatan anda. Sekiranya anda mendaftar dengan nama pengguna ahmad, maka anda boleh mengiklankan laman profile anda iaitu http://ahmad.terpakai.my. Menarik, bukan? Ini merupakan satu fitur yang khas yang mungkin tidak dapat di laman web yang lain, ataupin fitur ini boleh didapati tetapi beserta dengan bayaran untuk mengaktifkan fitur tersebut. Walau bagaimanapun, fitur ini adalah percuma di Terpakai.My! Wah, menariknya!

Cara Mendaftar di Terpakai.My

Proses pendaftaran adalah percuma dan amat mudah! Anda hanya cuma perlu memasukkan nama pengguna / domain pilihan anda, alamat email, dan kata laluan yang akan anda gunakan. Semudah itu sahaja, anda sudahpun mendaftar dan secara langsung anda akan dibawa ke laman utama atau “dashboard” yang mana anda boleh melihat statistik item-item anda yang dijual ataupun urusan jual beli anda. Semuanya dengan percuma!

Daftar di terpakai.my guna id google atau facebook

Daftar akaun menggunakan akaun Google+ atau facebook

Sekiranya anda tidak mahu mendaftar dengan cara manual, anda juga boleh menggunakan profile Facebook atau Google+ untuk mendaftar sebagai pengguna di Terpakai.My, oleh itu anda tidak perlu megingati nama pengguna serta kata laluan yang berbeza untuk mengakses laman web ini.

Muat Turun Aplikasi Terpakai.My di Telefon Android

Sebagai satu fitur bonus, untuk membolehkan anda membeli dan menjual barang terpakai dengan lebih baik, pengguna-pengguna berdaftar boleh memuat turun aplikasi untuk mereka yang menggunakan telefon yang menggunakan perisian Android. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui capaian aplikasi playstore di laman muka anda apabila anda telahpun mendaftar dan log in ke laman pengguna anda.

Aplikasi android Terpakai.my tersedia

Aplikasi untuk android Terpakai.my tersedia

Terpakai.My merupakan salah satu laman web pemasaran jual-beli secara online yang menawarkan fitur-fitur yang mempunyai kelainan berbanding dengan laman-laman web pemasaran jual beli barangan baru, lama dan terpakai yang lain.

download aplikasi terpakai.my menerusi playstore

Seperti yang dinyatakan, anda boleh memuat turun aplikasi untuk memudahkan anda dalam urusan jual beli barang-barang baru, lama dan terpakai dengan hanya menggunakan smartphone, dan juga anda boleh ada domain sendiri yang anda boleh pasarkan kepada pelanggan-pelanggan ataupun kenalan-kenalan anda. Ia adalah portal iklan yang memberi tumpuan kepada barang-barang yang terpakai untuk dijual. Yang uniknya, perkhidmatan pengiklanan ini adalah percuma dan ringkas, dan sesiapa sahaja boleh mengiklankan seberapa banyak iklan tanpa apa-apa bayaran.

Tunggu apa lagi! Layarilah laman web Terpakai.my sekarang!

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!