Umum
Sep 22, 2010, 6:04am

Jom berTweet ria di Twitter


  •  
  •  
  •  
  •  

Salam geng,

Pada hari yang dingin-dingin sejuk ini Ceq nak pengaruh ampa untuk berTweet ria di Twitter. Ampa semua tau dak apa itu twitter? yang mana tak tau mai ceq nak habaq.. Twitter ini sejenis perkhidmatan rangkaian sosial dan microblogging yang membolehkan penggunanya untuk menghantar dan membaca mesej pengguna lain yang disebut tweets.. Twitter ini banyak kelebihan berbanding facebook kalau ampa nak tau.

Sebenarnya ceq baru ja ada akaun twitter ni.. Rasanya tak sampai sebulan kot.. ehee.. Tapi ta-raaak apa.. Walaupun baru dan banyak benda ceq tak tau mengenai twitter ini.. Tapi dah nampak yang twitter ada aura dia.. Ampa nak tau aura dia apa?

Jom berTweer ria di Twitter.. Ampa boleh berTweet dengan artis-artis malaysia, dengan otai-otai blogger, dan yang paling best leh Tweet dengan marka-marka..

Selain itu twitter ini boleh menjana duit juga woo… kempen dari ChurpChurp.. Daripada ampa tweet-tweet tuh boleh jugak masuk duit cemey orang penang kata.. huhu.. Ampa dah nampak ka aura dia? Haaa nak tau lebih aura… Ampa kenalah join macam ceq cakap tadi… Jom berTweet  ria di twitter

Kepada sesiapa yang belum ada akaun twitter.. Ampa boleh p register di Twitter.. Dah siap register jangan malu-malu yea add Hariz kat twitter naaa… *smbl sipu-sipu*.. Sesungguhnya berTweet-tweet di Twitter lebih bergaya dan kacak..

Terima Kasih…

ProfHariz : Semoga Berjaya Kepada Adik-Adik Yang Menduduki Peperiksaan UPSR…