Islam
Jul 24, 2013, 4:39pm

Jimak Isteri : Membatalkan Puasa Takut Kifarat


Telah sepakat para fuqaha’ akan 6 perkara yang membatalkan puasa, iaitu makan dengan sengaja, minum dengan sengaja, jima‘ (sex/intercourse) dengan sengaja baik dengan isteri atau dengan bukan isteri (zina), keluar darah haidh, keluar darah nifas (postpartum hemorrhage) dan menjadi kafir ketika berpuasa.

kafarah

InshaAllah, saya tertarik untuk berkongsikan persoalan dan jawapan daripada group facebook Pendapat Fikri Alamghiri mengenai jimak suami isteri di bulan ramadan.

Batalkan Puasa Takut Kifarat

Soalan : Bolehkah batalkan puasa dengan minum air kerana takut kifarat puasa 2 bulan berturut-turut kerana berjimak dengan isteri ?

1. Jawapan ustaz Fadlan Mohd Othman

Tak boleh. Kenapa? Kerana tujuan mereka adalah Jimak. Dan Hadith yg masyhur mengatakan, “Sesungguhnya amalan itu tertakluk kepada niat.” Perbuatan ini namanya “hailah” @ helah. Seolah-olah pasangan itu berhelah terhadap Allah. Satu lagi, buka puasa secara sengaja dalam bulan Ramadan adalah dosa besar. Justeru, orang yang Jimak Isteri di siang Ramadan, tanpa alasan kukuh yang membolehkannya untuk tidak berpuasa (seperti: musafir, sakit dll); Walaupun dia makan terlebih dahulu, maka dia tetap kena kaffarah Jimak, di samping perlu bertaubat.

2. Jawapan ustaz Zulkarnain Dollah

Ya. Betul. Tindakannya itu tidak menyebabkan wajib bayar kaffarah kerana jimak berlaku selepas puasa telah pun terbatal. Akan tetapi, dosa membatalkan puasa dengan sengaja dengan minum air itu amatlah besar. Besarnya dosa itu melebihi dari dosa jimak dengan sengaja itu sendiri di bulan ramadhan sehingga menyebabkan batal puasa.

Wallahualam Bissawab

Sumber : Persoalan mengenai Jimak Suami Isteri

Jimak isteri di bulan ramadan oleh ustaz zaharuddin

Bersetubuh di siang hari Ramadhan antara suami isteri adalah suatu dosa besar dan berikut adalah hukuman ringkasnya :-

1) Puasanya terbatal

2) Kedua-dua mereka berdosa besar.

3) Wajib menggantikan puasa mereka berdua

4) Wajib melunaskan kaffarah menurut turutannya ( jika pasti tidak mampu barulah akan turun kepada kaffarah kedua)

a- Membebaskan seorang hamba (namun hal ini sudah tiada di zaman ini)

b- Puasa berturut-turut selama dua bulan (jika sudah mencuba dan tidak mampu, namun jika belum mencuba sudah mendakwa tidak mampu ia adalah ditolak, demikian juga seseorang yang sihat wal afiat dan segar bugar serta kaya pula, haram bagi mereka untuk menggantikan kaffarah 2 bulan puasa kepada yang ketiga)

Amat mudahlah untuk memberi makan 60 fakir miskin bagi seorang yang kaya. Cuba kita kirakan, anggaplah sekali makan sehingga kenyang hanya RM 5.00 x 60 orang, hanya mencecah RM 300 sahaja. Sangat tidak ada ertinya bagi mereka yang bergaji besar.

Justeru itu, kalau bukan karena nasihat pasti dari doktor pakar yang menyatakan anda mempunyai sakit sehingga tidak boleh berpuasa 2 bulan berturut, barulah boleh menggantikan kaffarat puasa 2 bulan berturut-turut menjadi memberi makan 60 fakir miskin.

c- Memberi makan 60 orang faqir miskin

Tanpa menafikan perdebatan fiqh yang panjang bereknaan samda kaffarah jatuh kepada lelaki sahaja atau kedua-dua mereka. Saya kira bagi meringkasakna jawapan, eloklah pihak wanita melunaskan kaffarah dengan member makan 60 orang miskin. Manakala si lelaki perlu berpuasa 60 hari. Wallahu’alam.

Sumber : Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks

Pengertian kafarah

Dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t.

* Dari sudut Istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.

Bagaimanakah untuk tunaikan kafarah.

Kaffarah Jima’ (bersetubuh pada siang hari dalam bulan Ramadhan) / Kiffarah Zihar

Memerdekakan seorang hamba
Puasa selama 2 bulan berturut-turut
Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

(Nilaian untuk memberi makan kepada 60 orang miskin adalah sebanyak segantang beras bagi setiap seorang. Ini bermakna sebanyak 60 gantang beras (bersamaan 168 kg [anggaran setiap satu gantang berharga RM 3.75] menjadikan jumlah keseluruhan 60 gantang = 60 orang miskin = RM 225).

Namun begitu, mengikut kebiasaan masyarakat di Malaysia tidak makan nasi kosong semata-mata. Justeru, berdasarkan pandangan daripada Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi nilai ini haruslah dianggarkan kepada jumlah nilai hidangan yang mengenyangkan berdasarkan realiti masyarakat setempat.

Justeru, mengikut kesesuaian masyarakat setempat pihak PPZ-MAIWP mengesyorkan agar nilai harga makanan bagi satu hidangan yang lengkap ialah sebanyak RM5. Oleh itu jumlah kaffarah yang perlu dibayar ialah RM300.

Sumber : Topik Kaffarah

InshaAllah Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pasangan suami isteri diluar sana. Apakah hukum Jimak Suami Isteri di bulan Ramadan. Dan jika ada sebarang teguran, tambahan atau soalan dan persoalan boleh tinggalkan komen anda di ruangan di bawah semoga sama-sama kita dapat menimba ilmu dengan lebih banyak.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: