Review
Nov 9, 2017, 5:50pm

Jenis Minyak Wangi & Tips Membeli Perfume Tahan Lama


Baca tajuk saja dah rasa seolah-olah terbau-bau haruman perfume yang wangi semerbak. Siapa yang tak suka pada wangian kan. Atau ada yang tak suka? Hurmm agak pelik disitu ye kalau ada yang tak suka pada wangian. Dalam Islam pun kita digalakkan untuk berwangi-wangian tetapi haruslah berpada-pada. Hah gitu!! Perfume jenama apa yang menjadi pilihan anda?

zara-perfume

Saya pasti setiap orang pastinya mempunyai pilihan tersendiri dalam memilih jenama minyak wangi yang digemari. Tambahan pula terdapat pelbagai jenama minyak wangi di pasaran sekarang.. Ada yang mahal dan ada yang murah.. Ada jenama dari luar negara dan tak kurang hebat juga jenama dari dalam negara. Mungkin dengan lambakan jenama minyak wangi di pasaran sekarang membuatkan anda menjadi rambang mata dan keliru untuk memilihnya.. Betul tak?

Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa minyak wangi mempunyai 5 jenis yang berbeza iaitu jenis Parfum, Eu de Parfum (EDP), Eu de Toilette (EDT), Eu de Cologne (EDC) dan Eau Fraiche. Secara umumnya, perbezaan antara kelima-lima jenis ini adalah mengikut peratusan bahan pewangi yang terkandung didalamnya. Selain jenama, perbezaan peratusan bahan pewangi ini juga menyebabkan berbezanya  harga dan ketahanan bau minyak wangi tersebut.

jenis-perfume-dan-peratusan

Lima Jenis Minyak Wangi di Pasaran

1. Parfum

Parfum juga dikenali sebagai Extrait de Parfum atau minyak wangi tulen. Kadar ketumpatan patinya adalah tinggi iaitu antara 20-30% dan menjadikan minyak wangi jenis ini mampu bertahan lebih lama antara 6-8 jam. Parfum adalah jenis minyak wangi yang paling kuat dan paling mahal. Jika anda menggunakan minyak wangi dari jenis ini, bau haruman minyak wangi tersebut dapat dihidu dari jarak yang jauh dan ianya tahan lama.

jenis-perfume-parfum

Dinasihatkan supaya jangan sembur minyak wangi dari jenis ini terus ke baju kerana teksturnya yang berminyak dapat meninggalkan noda pada baju. Cukup sekadar semburan sedikit di nadi tangan dan belakang telinga. Minyak wangi ini sesuai digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif kerana kandungan alkoholnya lebih rendah berbanding jenis wangian yang lain, malah ia juga tidak akan mengeringkan kulit.

2. Eau de Parfum (EDP)

Eau de Parfum (EDP) ialah jenis wangian yang mempunyai kepekatan pati antara 15-20% dan boleh bertahan sehingga 4-5 jam. Ia sangat popular di kalangan penggemar minyak wangi kerana harganya lebih murah jika dibandingkan dengan Parfum.

jenis-perfume-eau-de-parfum

Walaupun baunya tidak setanding ketahanan Parfum, tetapi ia masih lagi dikategorikan minyak wangi yang mewah. Mengandungi sedikit alkohol tetapi masih boleh digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif.

3. Eau de Toilette (EDT)

Eau de Toilette (EDT) atau dalam bahasa Perancisnya ‘faire sa toilette’ yang bermaksud ‘bersiap sedia’ ini merupakan minyak wangi yang mempunyai kepekatan pati yang ringan iaitu antara 5-15% dan mudah didapati di pasaran. Ia hanya mampu bertahan selama 2-3 jam. Wangiannya tidaklah sekuat EDP dan ini membuatkan harganya lebih murah berbanding EDP.

jenis-perfume-eau-de-toilet

Sungguhpun begitu, ia masih menjadi pilihan kepada pembeli kerana harganya mampu milik. Kebanyakan minyak wangi di pasaran adalah dari jenis EDT kerana permintaannya tinggi memandangkan harganya lebih murah.

4. Eau de Cologne (EDC)

Eau De Cologne (EDC) merupakan wangian yang mempunyai kepekatan pati paling sikit iaitu sekitar 2-4% sahaja dan hanya mampu bertahan sehingga 2 jam.

jenis-perfume-eau-de-cologne

Minyak wangi jenis ini lebih murah harganya berbanding minyak wangi yang lain. Selalunya, minyak wangi dari jenis ini jarang mendapat tempat dihati penggemar minyak wangi dek kerana ketahanan baunya agak rendah.

5. Eau Fraiche/Body Splash

Eau Fraiche atau lebih dikenali dengan istilah Perfume BodyMist atau Body Splash ini memiliki kadar kepekatan pati yang terendah di antara semua minyak wangi yang ada dipasaran iaitu 1-3% dan hanya mampu bertahan sehingga 2 jam sahaja. Sebahagian besar kandungannya adalah berasaskan air.

jenis-perfume-eau-fraiche

Ok, jenis-jenis minyak wangi telahpun kita tahu.. Dari segi kepekatan patinya dan juga ketahan baunya. Sekarang pilihan ditangan anda untuk memilih yang mana lebih sesuai untuk dijadikan wangian bagi diri anda.. Tetapi sebelum membeli tu, dah tahu ke cara nak pilih perfume? Haa kalau tak tahu bagaimana untuk memilih perfume tahan lama, boleh ikuti tips dibawah ini.

5 Tips Memilih Minyak Wangi 

1. Sembur pada kulit badan

Lain badan, lain baunya. Apabila minyak wangi terkena pada kulit, ia akan mencetuskan aroma yang berbeza. Tips memilih minyak wangi yang sesuai dengan kita adalah dengan melakukan semburan pada kulit dan bukannya pada baju bagi memastikan wangian tersebut sesuai dengan tubuh kita atau tidak.

tips-guna-perfume-sumber-pada-kulit

Jangan mudah terpedaya dengan iklan semata-mata. Perlu sembur di pergelangan tangan atau leher untuk menguji kesesuaiannya. Dua tempat ini juga merupakan spot untuk wangian tahan lama.

2. Kenalpasti bahan yang digunakan

Sebelum beli, mesti bau dulu kan? Jangan bau lebih dari 3 bauan dalam satu masa, nanti anda akan semakin keliru untuk memilihnya. Minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta aroma yang digunakan.

sumber-wangian-perfume

Ada minyak wangi jenis wangian bunga-bungaan, buah-buahan dan pelbagai variasi lain. Biasanya, setiap wangian untuk lelaki atau wanita berbeza baunya, wanita lebih lembut baunya manakala lelaki lebih kuat. Harus memilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup masing-masing…

3. Kenalpasti jenis minyak wangi

Minyak wangi terdiri daripada beberapa jenis iaitu Parfum, Eu de Parfum (EDP), Eu de Toilette (EDT), Eu de Cologne (EDC) dan Eau Fraiche.

kenalpasti-jenis-perfume-edt-edp

Ramai orang keliru dan tak tahu apa itu EDP dan EDT. EDP ialah Eau De Parfume manakala EDT adalah Eau De Toillete. EDP merupakan perfume yang mengandungi 15-20% cairan original perfume dan baunya boleh bertahan sehingga 4-5 jam. EDT pula adalah lebih ringan dan mengandungi sekitar 5-15% cairan original perfume. Daya tahan lama bau pulak adalah 2-3 jam. Jadi lakukan perbandingan dan pilih secara bijak!

4. Pilih bau yang bersesuaian

Pastikan kita memilih minyak wangi beraroma segar yang mempunyai bau yang bersesuaian. Anda boleh meminta pendapat rakan-rakan mengenai bau wangian yang sesuai dengan personaliti anda. Tak salah kan?

tips-memilih-bau-perfume

Bagi mengekalkan bau wangian anda, terdapat beberapa teknik yang boleh diamalkan. Sebaiknya letakkan minyak wangi pada nadi, pergelangan tangan, leher, siku dan belakang telinga. Minyak wangi anda boleh bertahan lebih lama sekiranya diletakkan di kawasan tersebut!

5. Gunakan Raimanda Perfume untuk bau tahan lebih lama

Keliru nak pilih minyak wangi? Tak tahu nak beli yang mana satu dan tahan lebih lama? Tak pasti yang mana lebih bagus?

raimanda-perfume-pilihanJangan risau, disini saya ingin syorkan kepada anda untuk cuba gunakan Raimanda Perfume. Sekali anda guna, pasti akan terus setia dengannya. Mana taknya, baunya sangat wangi dan tahan lebih lama.

Raimanda Perfume Lebih Pekat Lebih Tahan Lama

Raimanda Juta ialah sebuah syarikat bumiputera yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor. Produk pertama mereka iaitu Raimanda Perfume, merupakan pewangi lelaki dan wanita yang diinspirasikan oleh pewangi-pewangi jenama terkenal antarabangsa. Sepuluh wangian terpilih menjadi taruhan pertama mereka iaitu Gloria, Lady, Senorita, Romantic dan Sweet adalah wangian khas untuk wanita manakala Fresh, Personality, Xtreme, Masculine dan Seduction pula adalah wangian untuk lelaki.

Haruman Wanita

raimanda-perfume-untuk-wanita

GLORIA – inspired by Estee Lauder Pleasures
LADY – inspired by Miss Dior Cherie
ROMANTIC – inspired by Chanel Chance
SWEET – inspired by DKNY Be Delicious
SENORITA – inspired by Signorina Salvatore Ferragamo

Haruman Lelaki (Pour Homme)

perfume-raimanda-untuk-lelaki

FRESH – inspired by Bvlgari Aqua
PERSONALITY – inspired by Boss Bottled
MASCULINE – inspired by Polo Red
SEDUCTION – inspired by Armani Code
XTREME – inspired by Bvlgari Extreme

5 haruman wanita tersebut mempunyai ‘sentimental value’ kepada pengasasnya dimana beliau mempunyai hobi mengumpul perfume dalam tempoh 20 tahun ini. Kelima-lima haruman tersebut adalah yang paling digemari oleh beliau. Manakala haruman lelaki juga adalah hand picked dari pengasasnya.

Ok, Raimanda Perfume ini mempunyai kepekatan 40% pati haruman, lebih pekat dan lebih tahan lama berbanding eau de parfum (EDP). Tak perlu jenama antarabangsa, hanya dengan semburan Raimanda Perfume ini, anda akan dapat menikmati haruman tahan lebih lama yang setanding jenama antarabangsa. Jadi, kepada peminat minyak wangi, lepas ni anda tak perlu lagi bazirkan duit beli perfume mahal-mahal ye. Raimanda Perfume kan ada.

kandungan-pati-raimanda-perfume-lebih-40-peratus

Didatangkan dalam botol kaca yang menarik, Raimanda Perfume bukan hanya menitik beratkan kualiti haruman, malah rekabentuk botol juga penting bagi mereka. Raimanda Perfume juga tidak mengandungi kandungan meragukan, hanya pati haruman bermutu tinggi, air dan alkohol. Dengan kandungan 35ml, Raimanda Perfume sesuai dibawa ‘hand carry‘ menaiki pesawat. Harganya juga mampu milik, jauh lebih murah berbanding wangian jenama antarabangsa.

Selain itu, mereka juga mempunyai misi untuk mengeluarkan lebih banyak haruman pada masa akan datang dan bercadang untuk mengeluarkan produk kosmetik dan pakaian wanita. Wahh lepas ni makin banyaklah produk dibawah label Raimanda kan.

Testimoni Pengguna Raimanda Perfume Yang Tahan Lama

Ramai yang dah mencuba keharuman perfume keluaran Raimanda ni dan ramai yang berpuas hati dengan harumannya. Haruman yang menggoda dan menyegarkan katanya. Ada juga yang terus berminat untuk menjadi agen.

testimoni-pengguna-raimanda-perfume-1

testimoni-pengguna-raimanda-perfume-2

testimoni-pengguna-raimanda-perfume-3

 testimoni-pengguna-raimanda-perfume-4

Jadi Stokis @ Agen Raimanda Perfume?

Untuk pengetahuan anda, Raimanda Perfume juga membuka peluang kepada semua yang berminat untuk menjadi stokis atau agen jualan mereka dengan modal permulaan yang rendah sahaja tetapi keuntungannya tinggi sehingga 45% pasti menjadikan anda usahawan berjaya! Oh tak lupa juga, dropship juga disediakan dengan modal paling rendah.. Rugi tak cuba tau.

flyers-raimanda-perfume

Sebarang pertanyaan tentang stockist/agent dropship sila email ke sales@raimanda.com

Jom Mewangi dengan Raimanda Perfume Sekarang!!

Oklah, bagi anda yang ingin mewangi dengan Raimanda Perfume bolehlah mendapatkannya sekarang juga. Harganya taklah mahal tetapi harumannya setanding haruman antarabangsa.. Tak perlu buang duit yang banyak untuk mendapatkan haruman yang tahan lama. Dengan Raimanda Perfume anda akan mewangi sampai ke petang.

jom-dapatkan-perfume-raimanda

Bagaimana untuk mendapatkannya?

Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :

Jom Mewangi dengan Raimanda Perfume SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Mewangi dengan Raimanda Perfume SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Mewangi dengan Raimanda Perfume SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: