Review
Sep 20, 2017, 7:00pm

Jenis Inner Tudung Terkini Yang Wajib Anda Ketahui dan Memiliki


  •  
  •  
  •  
  •  

Sebagai seorang wanita yang menjaga penampilan, anak tudung atau terma trend terkini “inner” adalah pakaian yang paling wajib dikenakan jika ingin bergaya pada masa yang sama memastikan aurat rambut terjaga dan tidak terkeluar dari tudung.

Jenis Inner Tudung

Meskipun ianya hanya dipakai dibawah shawl atau apa sahaja bentuk tudung, ianya mempunyai pelbagai fungsi dan kelebihan. Antaranya:

  1. Menjaga rambut supaya berada didalam inner dan tidak terkeluar dari hujab
  2. Mengurangkan geseran antara inner dan hijab
  3. Tempat untuk menyemat jarum peniti apabila mengayakan pelbagai bentuk shawl
  4. Membantu shawl kelihatan kemas dan rapi

Jenis Inner Tudung Yang Biasa Digayakan Oleh Wanita di Luar Sana. Anda?

Jenis Inner Tudung Terbaik

Jika dulu, rekaan inner terhad kepada anak tudung kait pelbagai corak, kini terdapat pelbagai rekabentuk yang bukan sahaja sebagai penghias, tetapi mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Material dan fabrik digunakan juga tidak terhad kepada kain cotton biasa. Tebal atau nipis, rekaannya mengikut trend terkini. Berikut adalah beberapa jenis inner yang biasa digayakan.

1.  Jenis Inner Tudung Ninja 

Jenis Inner Tudung

Inner yang diinspirasikan oleh penutup kepala ninja ini mempunyai rekaan yang panjang yang menutupi keseluruhan bahagian rambut, telinga dan tengkuk. Sesetengah inner ninja mempunyai cepol di bahagian belakang, sesuai untuk yang berambut panjang, manakala inner ninja yang tidak bercepol, untuk berambut pendek. Inner ninja ni sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai bentuk muka bujur dan panjang.

2. Jenis Inner Tudung Lace

Jenis Inner Tudung Lace

Inner ini seperti namanya, menggunakan material yang dibuat daripada lace. Rekaan lace menjadikan inner kelihatan mewah, cantik dan elegen.  Kelebihan material lace adalah ia berupaya mengikut bentuk kepala pemakai. Walaubagaimanapun, jika ia tidak dijaga dengan baik, ia mudah rosak kerana coraknya yang sangat halus.

3. Jenis Inner Tudung Neck

Jenis Inner Tudung Neck

Bagi yang ingin mengayakan shawl, inner neck digunakan kerana ia menutupi bahagian leher. Fungsinya  untuk menutup bahagian leher kerana dikhuatiri akan terdedah. Bergantung kepada pereka, terdapat inner neck yang panjangnya sekadar menutup leher dan yang labuh menutupi sebahagian atas dada. Rekaan Inner neck tidak jauh dari inner ninja, cuma ia tidak melekap mengikut bentuk muka.

4. Jenis Inner Tudung Silang

Jenis Inner Tudung Silang

Rekaan inner silang tidak jauh berbeza dengan inner neck biasa. Cuma kekemasan pada bahagian atas kepala mempunyai rekaan kain yang bersilang supaya kelihatan lebih bergaya dan elegan. Tidak semua bentuk wajah sesuai menggunaka rekaan inner silang. Oleh hal demikian, sebelum mendapatkan inner ini, digalakkan mencuba terlebih dahulu untuk melihat kesesuaian wajah.

5. Jenis Inner Tudung Anti-Tembam

jenis inner-anti-tembam

Inner anti-tembam in direka khas bagi mereka yang mengambil berat dengan bentuk wajah mereka. Ia direka untuk menutupi bahagian pipi yang comel Atau “Chubby”.  Walaupun terdapat wanita yang suka pipi yang chubby, adakalanya, ia akan membuatkan wajah kelihatan bulat. Ia tidak mendatangkan masalah, tetapi terdapat wanita yang tidak gemar kelihatan bulat.

6. Jenis Inner Tudung Snowcap

Jenis Inner Tudung Snowcap

Material inner snowcap biasanya menggunakan fabrik yang ringan dan mempunyai tali yang boleh diselaraskan pada bahagian belakang. Penyelarasan ini membolehkan pemakai mengubah laras mengikut keselesaan. Ia biasanya akan melekap di dahi dan memberikan impak kemas dan selesa.

7. Jenis Inner Tudung Turban

Jenis Inner Tudung Turban

Tidak jauh berbeza dengan inner silang, biasanya inner turban ini digunakan pada bahagian luaran. Bentuk nya seperti turban singh. Rekaannya juga pelbagai mengikut pereka. Rekaan ini popular digayakan oleh penyanyi Yuna. Oleh kerana ia hanya menutup kepada dan sebahagian telinga, adalah lebih sesuai dipakaikan bersama inner neck untuk menutup bahagian leher.

8. Jenis Inner Tudung Dagu

Jenis Inner Tudung Dagu

Inner dagu dipakai oleh wanita yang menitik-beratkan pemakaian hijab mengikut hukum dan aturan berhijab di dalam Islam. Rekaannya mempunyai kain yang menutup sebahagian dagu. Ia juga di pakai oleh wanita yang ingin menyembunyikan lemak tambahan yang berada dibawah dagu, atau lebih dikenali sebagai “second chin” Terdapat juga rekaan yang mengabungkan inner dagu dan inner anti tembam yang hanya memperlihatkan rupa bentuk wajah.

9. Jenis Inner Tudung Kait Oldskool

inner-kait-oldskool Jenis Inner Tudung

Juga dikenali sebagai anak tudung, inner ini adalah inner classic yang telah wujud sejak sekian lama sebelum wujudnya trend inner yang berfesyen. Kelebihan inner ini adalah ianya memberikan aliran udara yang baik kerana menggunakan benang kait yang tebal. Teksturnya yang tebal menyebabkan kain tudung tidak bergerak. Walaupun penggunaanya semakin berkurangan, ia tetap mendapat tempat dikalangan wanita-wanita khasnya warga veteren.

Terdapat banyak lagi rekaan inner yang tidak dinyatakan. Antaranya adalah inner bonnet yang banyak digayakan oleh Hana Tajima, Inner magic yang direka bagi wanita yang tidak suka tekanan yang ketat pada bahagian telinga, inner bun yang mempunyai benjolan, inner bandana yang menyerupai ikatan bandana, inner syria dan banyak lagi rekabentuk yang menarik.

Memperkenalkan Inner Terkini Soohana Rekaan Jenama Dewi Saffiya Paling Terbaik

inner-soohana Jenis Inner Tudung

Satu lagi inner rekaan terbaru adalah Inner Soohana rekaan jenama Dewi Saffiya. Tampil dengan tudung yang ringkas dan mudah untuk digayakan, selesa serta kombinasi warna yang ekslusif.Inner Soohana ini diperbuat dari Lycra Cotton Kualiti premium. Rekaan yang ringkas ini mengabungkan ciri-ciri beberapa rekaan inner yang lain, antaranya adalah inner neck, inner ninja dan inner anti-tembam.

inner-soohana-hijau Jenis Inner Tudung

Material dan fabrik yang digunakan sangat selesa digunakan. Tidak seperti inner yang lain, material lycra cotton yang digunakan memastikan ianya anjal dan melekat pada sekitar wajah anda. Ini menyebabkan rambut tersimpan kemas didalam rambut.

inner-soohana-pink Jenis Inner Tudung

Tidak seperti material cotton yang lain, lycra cotton ini tidak panas oleh hal demikian, anda tidak merasa rimas walaupun memakainya pada satu jangka masa yang lama. Material ini juga mempunyai ciri-ciri ant-tembam. Bagi anda yang memiliki pipi yang comel, inner ini dapat menutupkan pipi yang comel supaya tidak kelihatan bulat.

inner-soohana-purple-blue Jenis Inner Tudung

Luas bukaan muka inner Soohana ini sebesar 10inci dan mempunyai kain labuh sepanjang 16inci bermula daripada bawah dagu hingga ke hujung tudung. Panjang kain ini menutupi keseluruhan leher dan sebahagian atas dada. Terdapat 15 warna yang anda boleh pilih, sesuai digayakan dengan koleksi pakaian dan shawl anda.

kelebihan-inner-soohana Jenis Inner Tudung

Jom Dapatkan Inner Soohana Lebih Selesa dan Tidak Panas

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan inner ekslusif yang ringkas, pada masa yang sama, selesa dan mudah digayakan, Inner SOOHANA adalah pilihan. Anda boleh dapatkan secara online atau hadir terus ke Butik yang beralamat seperti di bawah :-

dewi-safiyya Jenis Inner Tudung

INNER SOOHANA @ BUTIK D NARZ KLUANG

Hotline : 017-7710658 | Link WhatsApp Telefon : 07 777 1815 @ 07 776 2604

Alamat : D NARZ Silk House 25, Jalan Rambutan, 86000 Kluang, Johor

Atau

INNER SOOHANA @ BUTIK D NARZ MELAKA

Hotline : 012-3841925Link WhatsApp Telefon : 06-2324511

Alamat : D NARZ Eksklusif 14, Jalan KF4, Kota Fesyen MITC, Ayer Keroh, 75450 Melaka