Jenis dan Corak Kain Songket Terkini

Songket adalah sejenis kain tenunan tradisional melayu dan Minangkabau di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Songket di tenun secara tradisional dengan menggunakan tangan dengan sisipan benang emas dan perak untuk menjadikannya kain songket yang lebih menarik serta memberikan kesan timbul pada permukaan kain songket tersebut.

Nama kain songket itu sendiri sebenarnya terhasil daripada teknik membuat songket iaitu menyoket atau menyolek bunga (emas) pada tenunan sutera.

kerja-menjahit-pakaian-songket

Kain songket tergolong dalam jenis kain yang mahal kerana pembuatannya yang rumit serta mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Disebabkan itu, tidak hairanlah mengapa kain songket di labelkan sebagai kain yang mahal dan hanya di pakai oleh golongan bangsawan sahaja sebagai lambang kemuliaan darjat dan martabat mereka.

Selain itu, kain songket telah dijadikan sebagai busana adat perkahwinan Melayu, pelembang, Minangkabau, Acheh dan Bali dari dahulu sehingga kini. Boleh di katakan ianya telah menjadi busana rasmi pengantin raja sehari dan kini seringkali kita lihat songket dijadikan sampin yang dipakai oleh kaum lelaki semasa hari raya.

sampin-songket-melayu

Kain songket tidak lagi di gunakan untuk upacara tertentu seperti zaman dahulu. Dari segi bahan, cara pembuatan dan harganya juga sudah jauh berbeza. Songket tidak lagi dipakai oleh golongan tertentu, malah boleh di pakai oleh sesiapa sahaja kerana harga kain songket juga ada pelbagai mengikut jenis kain songket dan mampu dimiliki.

Jenis dan Corak Songket Terkini

jenis-jenis-songket-malaysia

Umumnya, songket terbahagi kepada empat bahagian iaitu kepala, badan, kaki kain dan kapit yang dihiasi dengan corak dan motif yang tertentu.

Corak Dan Motif Kain Songket

corak-dan-motif-songket

Corak dan motif setiap kain songket itu mempamerkan ciri-ciri unik identiti masyarakat melayu dan mencerminkan budaya bangsa sejak zaman berzaman. Antara corak yang biasa digunakan:

Susunan bunga penuh

songket-bunga-penuh

Susunan bunga bertabur

songket bunga bertabur

Susunan bercorak

songket susunan bercorak

Motif yang digunakan adalah seperti :

  • Motif Tumbuh-tumbuhan
  • Motif Binatang
  • Motif Alam/Benda
  • Motif Kuih

Terdapat lebih 20 jenis bunga dan daun serta 10 jenis unggas yang menjadi sumber dalam menghasilkan hiasan songket yang cantik. Pengeluaran songket juga telah mengorak ke dimensi yang baru ke peringkat antarabangsa dengan menghasilkan tenunan songket dalam bentuk beg tangan, kasut, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.

motif-songket-pada-beng-tangan-wanita

Songket Campuran dan Kombinasi

Terkini, jenis dan corak songket moden telah semakin meluas di pasaran. Jenis dan corak songket terkini adalah gabungan daripada corak tradisional dan moden yang di ilhamkan oleh penenun itu sendiri. Maka, jenis dan corak yang dihasilkan tidak terhad kepada corak yang berunsurkan alam dan tumbuh-tumbuhan sahaja. Lebih menarik lagi terdapat lebih banyak pilihan warna-warna yang lembut mengikut peredaran zaman yang digemari oleh masyarakat sekarang.

songket-moden

Jenis dan corak songket terkini tersebut dinamakan songket campuran dan kombinasi. Akan tetapi masih mengekalkan elemen songket yang sedia ada.

Pemakaian songket pada masa kini semakin meluas dan semakin mendapat permintaan ramai. Ramai pereka fesyen telah mereka cipta fesyen baju berasaskan kain songket bagi menggalakkan lebih ramai suka memakai songket dan fabrik songket telah dijadikan sebagai fabrik utama dalam rekaan baju terkini seperti baju kurung moden, baju kurung tradisional, baju melayu dan juga potongan peplum. Dengan cara ini, pemakaian kain songket tidak mungkin akan ketinggalan zaman. Bahkan, lebih menyerlah di masa akan datang dalam dunia fesyen.

contoh-pakaian-menggunakan-songket

Rekaan baju sebegini direka dengan menggabungkan bersama fabrik lain seperti seperti syifon, sutera Thai dan satin bridal untuk tampil lebih menawan dan berbeza mengikut fesyen terkini. Sangat sesuai di pakai semasa majlis-majlis istimewa mahupun dijadikan baju ketika hari raya. Malah jenis rekaan sebegini juga sangat cantik dan selesa di gayakan oleh kanak-kanak juga. Secara tidak lansung dapat memperkenalkan kepada kanak-kanak tentang kain songket yang digunakan sejak zaman dahulu lagi.

Peplum Areesa Lace

songket-peplum-arisa
peplum-kids-arissa-back

Peplum Areesa Lace pula diperbuat daripada kain jenis soft cotton yang berkualiti tinggi di gabungkan dengan kain jenis 3D yang merupakan trending terkini dalam fesyen yang juga berkualiti tinggi.

Sejenis kain yang juga tidak jarang di pakai, tidak mudah kecut, tidak berbulu dan warnanya tidak luntur selepas dibasuh ataupun dijemur. Sangat selesa di pakai dan sejuk di pakai oleh kanak-kanak. Didatangkan dalam warna peach dan yellow sebagai pilihan.

Ciri-Ciri Peplum Areesa Lace

  • Baju boleh dipadankan dengan seluar jeans ataupun legging.
  • Boleh dijadikan dress
  • Terdapat zip pada bahagian belakang
  • Mempunyai 2 pilihan warna yang ceria untuk kanak-kanak iaitu peach dan yellow.
  • Pilihan saiz dari umur  6 bulan sehingga 10 tahun.

Saiz dan Harga Peplum Areesa Lace

  • 0 tahun – RM 89
  • 1 tahun – RM 89
  • 2 tahun – RM 99
  • 3 tahun – RM 99
  • 4 tahun – RM 109
  • 6 tahun – RM 109
  • 8 tahun – RM 119
  • 10 tahun – RM 119

Peplum Nelydia Songket

Peplum Nelydia Songket
peplum-nelydia-songket-2

Gabungan daripada kain kapas, songket tenun dan 3D lace & montee yang berkualiti tinggi menghasilkan rekaan baju peplum Nelydia Songket ini lebih menarik. Gabungan pelabagi jenis kain ini juga dapat memberikan keselesaan kepada kanak-kanak dan tidak merasa panas ketika memakainya. Kain juga sama seperti rekaan di atas dimana ianya tidak jarang, tidak berbulu, tidak kecut dan tidak luntur.

Ciri-ciri Peplum Nelydia Songket

  • Baju boleh dipadankan dengan seluar jeans atau legging.
  • Mempunyai 3D lace yang dijahit kemas.
  • Mempunyai zip pada bahagian belakang baju.
  • Terdapat 5 pilihan warna yang menarik iaitu dark purple, navy blue, dusty purple, mint green dan brown belacan.
  • Pilihan saiz bermula dari umur 6 bulan sehingga 6 tahun.

Saiz dan Harga Peplum Nelydia Songket

  • 0 tahun – RM 99
  • 1 tahun- RM 99
  • 2 tahun – RM 109
  • 3 tahun – RM109
  • 4 tahun – RM 119
  • 6 tahun – RM 119

Raisya Suit

Raisya Suit
raisya-suit-2

Raisya Suit adalah set lengkap baju dan seluar kanak-kanak menggunakan kain jenis kapas yang berkualiti tinggi. Pada bahagian bahu dihiasi 3D flower & montee yang berkualiti untuk menampilkan Raisya suit kelihatan lebih menarik lagi. Kain seperti kapas sudah semestinya memberikan keselesaan dan sejuk pada kanak-kanak yang memakainya. Kain kapas yang tak mengecut, tidak berbulu, tidak jarang dan tidak mudah luntur.

Ciri-ciri Raisya Suit

  • Baju boleh dipadankan samada dengan seluar jeans atau legging.
  • Didatangkan dengan rekaan seluar palzo yang mempunyai 2 poket pada bahagian hadapan.
  • 3D flower lace di jahit kemas pada tepi bahu.
  • Mempunyai zip pada bahagian belakang baju.
  • Terdapat 5 pilihan warna yang menarik iaitu dark purple, navy blue, dusty purple, mint green dan brown belacan.
  • Pilihan saiz bermula dari umur 6 bulan sehingga 10 tahun.

Saiz dan Harga Raisya Suit

  • 0 tahun – RM 79 ( Tanpa lengan )
  • 1 tahun – RM 79 ( Tanpa lengan )
  • 2 tahun – RM 79 ( Tanpa lengan )
  • 3 tahun – RM 89 ( Lengan pendek )
  • 4 tahun – RM 89 ( Lengan pendek )
  • 6 tahun – RM 89 ( Lengan pendek )
  • 8 tahun – RM 99 ( Lengan panjang )
  • 10 tahun – RM 99 ( Lengan panjang )

Ameera Top

Ameera Top
ameera-top-yellow

Nampak manis kanak-kanak perempuan menggayakan ameera top daripada kain kapas berkualiti tinggi ni. Lebih menarik lagi, dihiasi dengan tampalan bunga pada bahagian bahu menambahkan keceriaan si pemakai. Kain fabrik yang memberikan keselesaan dan sejuk dipakai. Fabrik jenis ini juga tidak jarang, tidak mudah kecut, tidak berbulu dan tidak luntur.

Ciri-ciri Ameera Top

  • Baju boleh disuaikan dengan seluar jeans atau legging.
  • Flower patch yang di jahit kemas
  • Terdapat 3 pilihan warna yang ceria iaitu royal blue, yellow dan mint green.
  • Pilihan saiz bermula dari umur 6 bulan sehingga 6 tahun.

Saiz dan Harga Ameera Top

  • 0 tahun – RM 45
  • 1 tahun – RM 45
  • 2 tahun – RM 45
  • 3 tahun – RM 45
  • 4 tahun – RM 45
  • 6 tahun – RM 45

Baju Melayu Jebat

Baju Melayu Jebat
baju-melayu-jebat-2

Baju Melayu jebat di hasilkan daripada kain kapas yang 100% di import dan berkualiti tinggi. Jenis kain seperti ini sangat selesa dan sejuk ketika memakainya. Ini membuatkan kanak-kanak tidak rimas jika perlu memakainya dalam tempoh yang lama.    Keistimewaannya adalah kain tidak jarang, tidak berbulu, tidak luntur apabila dibasuh, tidak mudah renyuk dan tidak mudah kecut. Panjang lengan Baju Melayu Jebat ini boleh di ubah suai mengikut keselesaan kanak-kanak yang memakainya.

Saiz dan Harga Baju Melayu Jebat

  • 6 – 12 bulan – RM 69
  • 1 – 2 tahun – RM 69
  • 2 – 3 tahun – RM 79
  • 3 – 4 tahun – RM 79
  • 4 – 5 tahun – RM 89
  • 5 – 6 tahun – RM 89

Kurta Syeriv

Kurta Syeriv
kurta-syervi-2

Rekaan kurta syeriv adalah daripada rekaan baju melayu yang di datangkan dengan lengan pendek. Fabrik yang digunakan adalah sama seperti baju melayu jebat iaitu kain kapas yang berkualiti tinggi 100% kain kapas yang di import untuk memberikan keselesaan dan rasa sejuk di pakai. Boleh disesuaikan dengan harem pants dan jenis seluar lain. Kain jenis ini tidak mudah mengecut, tidak berbulu, tidak jarang, tidak luntur dan tidak mudah renyuk.

Saiz dan Harga Kurta Syeriv

  • 6 – 12 bulan – RM 69
  • 1 – 2 tahun – RM 69
  • 2 – 3 tahun – RM 79
  • 3 – 4 tahun – RM 79
  • 4 – 5 tahun – RM 89
  • 5 – 6 tahun – RM 89

Baju Melayu Kasyfi

Baju Melayu Kasyfi
baju-melayu-kasyfi

Baju Melayu kasyfi direka dengan gabungan warna ceria sesuai untuk penampilan ceria kanak-kanak yang memakainya. Selain tu, kanak-kanak lebih selesa dan sejuk memakainya kerana jenis fabrik kapas yang berkualiti tinggi. Tambahan lagi, kain jenis ini tidak mudah renyuk, tidak luntur warnanya, tidak mudah mengecut, tidak jarang dan tidak berbulu serta tahan lama.

Saiz dan Harga Baju Melayu Kasyfi

  • 6 – 12 bulan – RM 69
  • 1 tahun – RM 79
  • 3 tahun – RM 79
  • 4 tahun – RM89

Keistimewaan Fesyen Ringkas Koleksi Ameera Aisyah For Kids

ameera-aisyah

Jika dilihat dari segi rekaan, kesemua rekaan baju kanak-kanak ni menampilkan ciri-ciri rekaan yang ringkas dan sangat sesuai untuk keselesaan kanak-kanak kerana jenis kain yang sejuk serta fabrik yang digunakan sangat berkualiti tinggi. Di samping itu, kanak-kanak kelihatan lebih bergaya sekali dengan gaya fesyen kotemporari ini. Harga juga sangat berpatutan dan berbaloi dengan kualiti.

Dapatkan Segera!

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan salah satu atau kesemua koleksi Ameera Aisyah For Kids untuk anak-anak anda. Sila hubungi melalui aplikasi whatsapp seperti yang tertera. Semua koleksi ini adalah ready stok. Dapatkan segera sebelum kehabisan. Untuk lihat koleksi yang lain, layari Facebook dan Instagram mereka seperti di bawah.

KOLEKSI AMEERA AISYAH FOR KIDS | PAKAIAN DAN FABRIK KANAK-KANAK

Telefon: 012-2933134 | Link WhatsApp

Facebook: @ameeraaisyahforkids
Instagram: @ameera_aisyah_for_kids

 

 

Daftar Percuma Untuk Telegram Channel Prof Hariz

Sertai Group Telegram Prof Hariz untuk dapatkan update dan info terkini mengenai Digital Marketing.

LANGGAN SEKARANG