Review
May 6, 2018, 2:46pm

Jenis Blouse Wanita Murah Sesuai Digayakan Oleh Anda


Blouse Wanita Murah

Seorang perempuan akan kelihatan menarik dan lebih terkenal dengan penampilannya. Penampilan bukan sekadar merujuk kepada solekan atau rupa paras, tetapi juga kepada cara berpakaian seseorang wanita. Cara berpakaian bagi seseorang wanita haruslah kemas, cantik, selesa dan bergaya. Dalam cuaca panas yang tidak menentu di negara kita ini, salah satu pakaian yang pasti menjadi pilihan anda untuk memakainya adalah blouse wanita.

blouse cantik wanita

Blouse wanita sering digayakan oleh anda yang sukakan konsep simple, kemas dan bergaya. Kadang kala blouse juga memudahkan anda melakukan kerja dan senang untuk bergerak ke sana ke sini kerana ia tidak terbatas. Potongan dan bentuk blouse wanita memberi keselesaan kepada anda dalam rutin kerja anda seharian.

Jenis Blouse Wanita Murah Sesuai Digayakan Oleh Anda

jenis Blouse Wanita Murah

Blouse wanita juga adakalanya diimport daripada negeri China, Korea, Vietnam dan lain-lain lagi, malah anda juga boleh mendapatkannya dengan harga yang sangat murah di pasaran. Pattern atau corak yang dihasilkan bagi blouse wanita yang terdapat dalam pasaran sangat pelbagai. Itu baru sahaja offline, belum lagi anda membeli secara online. Walaubagaimanapun, anda perlu menggayakan blouse yang selesa dan menjadi pilihan ramai atau lebih mudah lagi ia lebih trendy. Terdapat pelbagai jenis blouse wanita sesuai digayakan oleh anda.

  • Blouse Plain

Blouse Wanita Murah plain

Blouse plain adalah blouse kosong yang tidak bercorak dan tidak ada warna lain lagi. Blouse ini lebih formal dan nampak kemas ketika dipakai. Ia boleh digayakan ke pejabat, urusan atau majlis formal, berjalan-jalan, bersantai dan sebagainya. Namun, ia terlihat lebih kasual, anda boleh gayakannya bersama seluar jeans ataupun seluar slek.

  • Blouse Ala Kemeja

Blouse Wanita Murah ala kemeja

Blouse ini adalah blouse yang seakan-akan baju kemeja. Blouse jenis ini sangat sesuai digayakan oleh anda semua dan menariknya harganya juga murah. Ada beberapa jenis kain baju yang berbeza yang berharga agak tinggi. Ianya bergantung kepada jenis fabrik baju. Blouse ala kemeja boleh dipakai secara formal bersama seluar ataupun skirt untuk ke majlis-majlis formal, ke tempat kerja dan lain-lain lagi. Anda yang memakai blouse ini untuk keluar bersiar-siar juga tampak kasual, kemas dan berpelajaran.

  • Blouse Sulaman

blouse sulaman murah

Blouse yang kelihatan feminin, sopan dan berseri-seri adalah blouse sulaman. Ia adalah blouse yang mempunyai corak sulam sama ada corak bunga, daun ataupun sekadar corak abstrak. Blouse sulaman ini sering digayakan ke mana sahaja terutamanya ketika anda ingin keluar bersama yang tersayang, ke tempat kerja dan sebagainya. Ia menampakkan anda lebih menarik dan feminin.

  • Blouse Berkotak

blouse kotak murah

Corak kotak-kotak mempunyai maksud bahawa anda seorang yang kreatif atau sukakan perkara yang mudah dan seorang yang gembira. Blouse berkotak menjadikan perjalanan dan hidup anda ceria dan tidak memikirkan masalah. Begitulah first impression orang melihat anda sekiranya anda turut melebarkan senyuman. Blouse berkotak ini adalah gaya kasual yang boleh digayakan dengan seluar jeans atau skirt. Sekiranya ia seperti kemeja berkotak, anda boleh memakai dengan skirt dan jeans. Sekiranya ia labuh, anda boleh gayakan dengan seluar sahaja.

  • Blouse Striped (Melintang)

strip blouse murah

Blouse garisan melintang adalah blouse yang mempunyai corak garisan-garisan yang mendatar. Blouse yang bercorak seperti ini selalunya lebih sesuai digayakan oleh wanita yang kurus atau lebih tinggi kerana mereka tidak akan kelihatan tinggi dan kurus lagi disebabkan oleh corak garisan-garisan mendatar tersebut. Mereka akan nampak sedikit berisi dan mempunyai saiz badan yang ideal.

  • Blouse Striped (Menegak)

blouse stripe menegak

Blouse garisan menegak adalah blouse yang bercorak garisan-garisan yang tinggi dari leher hinggalah di akhir kain bawah. Blouse jenis garisan menegak ini sesuai dipakai oleh mereka yang lebih berisi dan besar kerana dengan corak garisan ini dibadan, mereka akan kelihatan tinggi dan kurus. Bagi anda yang berbadan berisi, menggayakan blouse jenis ini menjadikan anda lebih cantik dan ramping.

  • Blouse Chiffon Plain

blouse chiffon plain

Blouse chiffon plain selalunya dilihat sangat eksklusif dan formal berbanding blouse chiffon corak. Blouse chiffon plain ini sangat sesuai digayakan bagi anda yang sukakan gaya atau style profesional dan lebih sesuai untuk mereka yang ingin nampak bekerjaya. Anda boleh menggayakan blouse chiffon ini ke pejabat dan dipadankan dengan seluar atau skirt panjang atau pendek.

antara Blouse Wanita Murah

Anda boleh menggayakan blouse ke mana-mana sahaja seperti pejabat, sekolah, tempat kerja, majlis, makan malam dan sebagainya. Blouse sangat selesa dipakai dan tidak panas atau sejuk sekiranya anda memilih jenis kain fabrik yang sangat tepat untuk dipakai.

Jenis Kain Fabrik Yang Selesa Untuk Blouse

  • Cotton
  • Chiffon
  • Cotton Poly
  • Polyester
  • English Cotton

Blouse Wanita Murah Wajib Anda Dapatkan

Blouse Wanita Murah pilihan

Tidak semua blouse mempunyai harga yang mahal sehingga ratusan dan berpuluh-puluh ringgit, masih ada lagi blouse wanita yang boleh anda dapatkan dengan harga yang murah dan berpatutan. Namun, ia bergantung kepada kualiti dan jenis material blouse tersebut. Pelbagai jenis blouse boleh anda gayakan mengikut kesesuaian dan trend semasa, inilah masanya untuk anda menambah koleksi blouse anda!

KedaiKita, Online Shop | Blouse Murah Wanita

padanan Blouse Wanita Murah cantik

KedaiKita, Online Shop merupakan perniagaan pakaian wanita yang sangat murah dan berkualiti untuk anda dapatkan. Terdapat banyak pakaian seperti blouse, skirt, seluar dan lain-lain lagi tetapi blouse di sini menjadi pilihan ramai kerana ia sangat-sangat murah dan sesuai untuk anda gayakan. Ia mendapat sambutan ramai wanita yang suka bergaya dan memilih blouse sebagai pakaian yang mudah dan ringkas. Kehebatan Kedaikita adalah harganya sangat murah dan berpatutan malah kualitinya sangat tip top!

Koleksi Blouse Yang Dijual Di Kedaikita

1. Blouse Plain

blouse plain wanita

  • Fabrik yang digunakan adalah material jenis cotton
  • Mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan putih
  • Tiada corak bewarna tetapi mempunyai paten sahaja
  • Mempunyai saiz free saiz

blouse plain cotton

  • Diperbuat daripada material cotton
  • Saiz yang disediakan adalah S, M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL
  • Warna blouse yang boleh anda dapatkan ialah hitam, putih, merah
  • Sangat ringkas dan selesa

2. Blouse Labuh Corak Petak Dan Garisan

blouse corak kotak - kotak

  • Fabrik jenis cotton
  • Mempunyai warna yang menarik, salah satunya adalah orange, chocolate dan blue
  • Mempunyai pelbagai saiz iaitu S, M, L, XL, XXL, XXXL

blouse wanita murah corak petak

  • Fabrik blouse 100% kain cotton
  • Mempunyai corak petak petak garisan
  • Saiz yang disediakan adalah M, L, XL, 2XL
  • Warna yang sedia ada adalah putih, biru dan hitam

blouse kotak merah

  • Diperbuat daripada fabrik cotton linen
  • Bersaiz M, L , XL, 2XL
  • Warna yang disediakan adalah merah dan biru
  • Labuh dan mempunyai corak garisan

blouse corak garisan

  • Material yang sedap dipakai iaitu fabrik cotton
  • Bersaiz M, L , XL, 2XL dan 3XL
  • Berwarna biru dan hitam
  • Mempunyai butang, labuh dan boleh dipakai untuk urusan bekerja, kasual atau bersantai.

blouse garisan menegak

  • Mempunyai corak garisan menegak sepenuhnya
  • Sesuai dipakai oleh mereka yang berisi dan berbadan besar
  • Mempunyai saiz M, S, L, XL, 2Xl, 3XL dan 4XL

3. Blouse Ala Kemeja

blouse ala kemeja murah

  • Mempunyai paten ala-ala kemeja dan sesuai dipakai dengan seluar
  • Mempunyai saiz yang pelbagai iaitu S, M, L, XL, XXL, XXXL
  • Diperbuat daripada material cotton 100%

4. Blouse Sulaman

blouse ada sulaman murah

  • 100% material jenis cotton
  • Mempunyai corak dan paten sulam
  • Mempunyai pelbagai saiz iaitu XL, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL
  • Feminin dan sangat sesuai digayakan oleh anda untuk bersantai, bersiar-siar, ke pejabat dan sebagainya.

5. Blouse Plain Labuh

blouse plain labuh

  • Mempunyai potongan dan cutting yang cantik, selesa dan feminin
  • Diperbuat daripada material cotton
  • Bersaiz M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL
  • Mempunyai warna yang menarik seperti merah dan hitam

6. Blouse Corak

blouse corak murah

  • Pelbagai corak pilihan
  • Material dan fabrik jenis cotton 80% dan polyester
  • Mempunyai saiz M, L, XL, 2XL dan 3XL
  • Mempunyai pelbagai warna pilihan

blouse bercorak daun dan bunga

  • Pelbagai warna dan corak yang menarik
  • Diperbuat daripada fabrik jenis polyster
  • Bersaiz M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL
  • Sesuai digayakan secara santai dan kasual

7. Blouse Chiffon

blouse wanita murah

  • Blouse ini dihasilkan dari kain fabrik jenis chiffon
  • Mempunyai warna merah, pink, putih dan kuning
  • Bersaiz S, M, L, XL, 2XL dan 3XL
  • Ia sesuai digayakan ke pejabat, majlis formal atau kasual

blouse casual

  • Blouse daripada kain chiffon
  • Mempunyai saiz S, M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL
  • Warna yang disediakan adalah hijau, putih, pink, biru, maroon, hitam dan kelabu
  • Sesuai dipakai dengan skirt atau seluar

8. Blouse Corak Ringkas

blouse ringkas murah

  • Blouse yang mempunyai paten dan corak yang ringkas
  • Kain fabrik jenis cotton
  • Mempunyai saiz S, M, L, XL, 2XL, 3XL
  • Terdiri daripada warna coklat, hitam, putih, oren

Kelebihan Blouse Wanita KedaiKita

blouse wanita murah kedaikita

Kedaikita yang beroperasi secara online mempunyai pelbagai jenis blouse dan pakaian lagi yang menjadi kegilaan penggemar blouse wanita, tambahan pula harga yang ditawarkan sangat murah! Banyak lagi kelebihan blouse wanita yang terdapat di Kedaikita.

  • Pelbagai Corak Dan Jenis Blouse

pelbagai blouse wanita murah dan cantik

Senarai blouse yang ditunjukkan di dalam blog ini bukanlah semua yang dijual di Kedaikita, terdapat banyak lagi blouse wanita murah yang sesuai digayakan oleh anda yang terdapat di Kedaikita. Anda boleh memilih pelbagai corak dan jenis blouse untuk digayakan dan dijadikan koleksi pakaian anda.

  • Murah Dan Berpatutan

blouse wanita murah dan berpatutan

Blouse wanita yang dijual di Kedaikita sememangnya sangat murah dan mampu milik. Harganya sangat berbaloi dengan kualiti blouse, kain fabrik dan materialnya. Blouse ini setraf dengan blouse yang berjenama tinggi dan ia mendapat permintaan yang tinggi.

  • Sesuai Untuk Semua

blouse sesuai untuk semua

Banyak jenis pilihan pakaian blouse di Kedaikita. Perasankah anda blouse yang dijual di kedaikita mempunyai pelbagai jenis blouse yang sesuai anda gayakan. Untuk blouse bercorak garisan menegak sesuai dengan anda yang berbadan besar manakala corak garisan melintang amat sesuai dengan anda yang berbadan kurus. Blouse plain atau kosong juga disediakan bagi anda yang inginkan gaya formal, kasual dan sebagainya.

Jom Dapatkan Blouse Wanita Murah Di Kedaikita

Anda boleh melihat sendiri koleksi-koleksi pakaian blouse yang dijual di Kedaikita. Pasti ianya amat sesuai untuk anda gayakan kerana koleksi blouse di Kedaikita adalah blouse yang terkini dan trendy. Selain dapat menggayakan blouse cantik dan sesuai dipadankan dengan seluar dan skirt, anda juga dapat menikmati penjimatan yang hebat dengan blouse Kedaikita. Jom lihat koleksi mereka yang lebih banyak lagi dan dapatkannya!

koleksi blouse murah di shopee

KEDAIKITA | KOLEKSI BLOUSE WANITA MURAH DAN TERKINI
Shopee: https://shopee.com.my/ilasuhaimi133

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: