Review
Jan 7, 2018, 8:45pm

Jana Pendapatan dengan Affiliate Baitul Jannah Hanya Dengan Tolong Cari Jodoh


  •  
  •  
  •  
  •  
Jana-Pendapatan-dengan-Affiliate-01

Sebelum saya terangkan mengenai program Jana Pendapatan dengan Affiliate Baitul Jannah, saya ingin bertanyakan soalan berikut. Adakah anda merupakan seseorang yang mengimpikan kebebasan dari belenggu masalah kewangan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada zaman ini? Maka anda adalah orang yang amat beruntung kerana sekurang – kurangnya anda mempunyai impian untuk mengubah nasib kehidupan anda kepada yang lebih baik. Satu pekerjaan tidak lagi cukup untuk menampung kehidupan terutamanya bagi anda yang telah berkeluarga dan juga mempunyai tanggungjawab yang besar untuk meneruskan kehidupan.

Jana Pendapatan dengan Affiliate 03

Oleh itu, anda boleh berjinak – jinak untuk melakukan pekerjaan sampingan yang boleh membantu untuk menampung kos perbelanjaan yang semakin tinggi pada zaman ini. Pekerjaan sampingan boleh dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuklah orang tua, dewasa mahupun para pelajar yang masih berada di dalam alam universiti. Antara pekerjaan sampingan yang boleh anda lakukan adalah ejen affiliate di mana ia tidak memberikan anda tekanan yang melampau dan sesuai dijadikan sebagai kerja separuh masa.

5 Kelebihan Bekerja Sebagai Ejen Affiliate

Jana Pendapatan dengan Affiliate 02

Affiliate secara ringkasnya merupakan teknik pemasaran dan pengiklanan produk di internet. Anda sebagai ejen affiliate adalah bertugas sebagai orang tengah untuk mempromosikan produk orang lain melaui link affiliate dan anda akan mendapat komisen – komisen tertentu sekiranya ada orang yang menggunakan link tersebut untuk membeli produk. Anda boleh melihat kelebihan – kelebihan mendaftar sebagai ejen affiliate seperti di bawah;

#1 Masa Yang Fleksibel | Jana Pendapatan dengan Affiliate Baitul Jannah

Jana Pendapatan dengan Affiliate 05

Pekerjaan sebagai ejen affiliate memang memudahkan kerana anda tidak perlu bersusah payah mengatur masa untuk bekerja. Hal ini kerana, anda boleh melakukan pekerjaan anda pada bila – bila masa sahaja tanpa perlu meninggalkan urusan – urusan yang lebih penting. Anda juga boleh meluangkan masa bersama keluarga dan juga menyusun kepentingan urusan anda agar anda tidak terkejar – kejar dalam melakukan perkara – perkara tersebut. Anda juga boleh bekerja tanpa perlu megejar tarikh akhir tugasan.

#2 Boleh Dibuat Di Mana – Mana Sahaja | Jana Pendapatan dengan Affiliate Baitul Jannah

Jana Pendapatan dengan Affiliate 04

Anda tidak perlu pergi ke pejabat atau ke tempat kerja sekiranya anda bekerja sebagai ejen affiliate. Hal ini kerana, anda hanya memerlukan sebuah laptop dan juga internet untuk menjana pendapatan yang baik. Malah, anda tidak perlu meninggalkan rumah ataupun sofa anda yang selesa untuk melakukan kerja sebagai ejen affiliate. Ini akan memberikan kemudahan untuk anda menguruskan hal anda dan juga keluarga sambil bekerja dan menambah pendapatan untuk dibelanjakan ataupun sebagai simpanan pada masa hadapan.

#3. Mempunyai Risiko Yang Rendah | Jana Pendapatan dengan Affiliate Baitul Jannah

Jana Pendapatan dengan Affiliate 07

Perniagaan seringkali didatangkan bersama risiko yang sangat tinggi dan juga peluang untuk gagal adalah terbuka luas. Hal ini tidak akan terjadi sekiranya anda membuat keputusan untuk menjadi ejen affiliate. Ini adalah disebabkan tugas anda hanyalah mempromosikan produk – produk ataupun servis dengan menggunakan link – link dan anda tidak perlu menyediakan produk untuk dijual kerana pekerjaan anda tidak memerlukan anda menyimpan stok ataupun produk yang dipromosikan dan membuatkan pekerjaan ini tidak berisiko tinggi.

Seringkali para pelanggan tidak akan mengetahui bahawa mereka sedang menggunakan link affiliate kerana ia kelihatan sama dan sebarang tempahan serta bayaran semuanya dibuat di dalam website platform affiliate yang kita sediakan. Contohnya, pelanggan akan membuat bayaran dan juga tempahan di dalam laman web Acer sekiranya mereka menekan link affiliate Acer yang disediakan oleh anda.

#4 Kerja Yang Tidak Membebankan |Jana Pendapatan dengan Affiliate Baitul Jannah

Jana Pendapatan dengan Affiliate 06

Apa yang lebih menyeronokkan sekiranya anda mendaftar sebagai ejen affiliate adalah anda tidak perlu menghadapi tekanan yang banyak ketika anda melakukan pekerjaan ini. Meskipun ia tidak bebas dari tekanan secara langsung, tetapi ia adalah salah satu pekerjaan yang tidak akan memberikan anda masalah yang banyak dan juga tidak berisiko tinggi. Anda hanya perlu mempromosikan link affiliate anda yang unik dan anda akan mendapat pelbagai manfaat sekiranya ramai yang menggunakan link promosi anda.

#5 Pendapatan Yang Lumayan | Jana Pendapatan dengan Affiliate Baitul Jannah

Jana Pendapatan dengan Affiliate 09

Kerja yang tidak membebankan dan juga dapat menjana pendapatan yang lumayan mungkin kelihatan seperti cerita dongeng, tetapi tidak lagi sekiranya anda memilih ejen affiliate sebagai pekerjaan utama mahupun sampingan anda. Hal ini kerana, link – link unik yang disediakan oleh anda akan diberikan komisen yang lumayan oleh pihak – pihak tertentu sekiranya ramai yang menekan link tersebut. Anda hanya perlu rajin mempromosikan dan juga mempunyai kenalan yang ramai untuk mendapatkan komisen yang lebih tinggi.

Apa yang penting dalam melakukan pekerjaan affiliate ini adalah teknik untuk mempromosikan dan juga cara untuk menarik perhatian pelanggan di dalam mendapatkan mereka untuk menggunakan link anda untuk membeli produk ataupun servis. Pastikan anda mempunyai pengalaman yang secukupnya ataupun mendapat bimbingan yang betul agar anda dapat menjadi ejen affiliate yang berjaya.

Jana Pendapatan dengan Affiliate Baitul Jannah Hanya Dengan Tolong Cari Jodoh

Jana Pendapatan dengan Affiliate 08

Anda boleh menjana pendapatan sehingga beribu ringgit dengan hanya berkongsi artikel blog & url dengan Affiliate Baitul Jannah. Ia adalah laman cari jodoh muslim dan juga bertindak sebagai platform untuk anda yang mahu bekerja sebagai ejen affiliate. Apa yang lebih menyeronokkan adalah anda tidak perlu membayar apa – apa yuran untuk menjadi ejen affiliate Baitul Jannah. Anda hanya perlu membuka laman web mereka dan hanya perlu mendaftar melalui atas talian untuk mula bekerja.

Program ini adalah percuma untuk semua tetapi mereka juga ada menyediakan akaun premium untuk ejen affiliate yang mahu menikmati komisen yang lebih berganda. Setiap akaun secara automatiknya mempunyai dua fungsi iaitu sebagai ejen affiliate dan sebagai calon cari jodoh. Sekiranya anda hanya fokus kepada menjana pendapatan melalui affiliate, anda tidak perlu untuk melengkapkan profil calon jodoh untuk mengelakkan profil anda dipaparkan di carian calon jodoh. Hal ini akan mengakibatkan kekeliruan kepada calon pencari jodoh yang lain.

Fahami Program Affiliate Baitul Jannah | Jana Pendapatan dengan Affiliate Baitul Jannah

Jana Pendapatan dengan Affiliate 10

Anda boleh mula mendaftar sebagai ejen affiliate Baitul Jannah dengan mengikuti cara – cara berikut;

  1. Pendaftaran sebagai ejen affiliate boleh dibuat di Baituljannah.com
  2. Anda boleh memilh untuk menaik taraf akaun anda untuk komisen yang lebih banyak ataupun teruskan dengan akaun percuma
  3. Anda mula berkongsi link affiliate anda di media sosial
  4. Anda akan mula merekrut dua jenis kategori iaitu; calon cari jodoh dan juga ejen affiliate.

i. Calon Cari Jodoh

Jana Pendapatan dengan Affiliate 11

Anda merekrut pengguna dengan menggunakan URL ID. Komisen akan diberikan setelah akaun mereka diluluskan dan melakukan pengesahan nombor telefon. Anda juga akan mendapat komisen tambahan sekiranya pengguna menaiktaraf akaun mereka dan juga membeli rubi.

ii. Rekrut Ejen Affiliate

Jana Pendapatan dengan Affiliate 13

Anda rekrut ejen affiliate melalui URL ID. Anda akan mendapat komisen sekiranya ejen affiliate membuat keputusan untuk menaiktaraf akaun mereka. Ejen affiliate yang anda rekrut akan mempromosikan URL ID mereka untuk mendapatkan calon cari jodoh. Anda akan mendapat komisen apabila akaun pengguna diluluskan dan melakukan pengesahan nombor telefon. Anda juga akan mendapat komisen tambahan sekiranya akaun pengguna dinaik taraf ataupun pembelian rubi.

Kelebihan Mendaftar Sebagai Ejen Affiliate Baitul Jannah | Jana Pendapatan dengan Affiliate Baitul Jannah

Jana Pendapatan dengan Affiliate 21

Anda akan menerima pelbagai kelebihan dan juga manfaat sekiranya anda memilih untuk mendaftar sebagai ejen affiliate Baitul Jannah. Antara kelebihan – kelebihan yang anda boleh terima termasuklah;

1. Komisen Yang Lumayan

Jana Pendapatan dengan Affiliate 14

Pihak Baitul Jannah menyediakan komisen – komisen yang lumayan kepada sesiapa yang menyertai ejen affiliate mereka. Anda bukan sahaja akan menerima komisen ketika link anda telahpun ditekan dan juga akaun tersebut disahkan. Anda juga akan menerima pelbagai komsen – komisen lain sekiranya;

  1. Profil mereka diluluskan dan mereka mengesahkan akaun mereka dengan nombor telefon.
  2. Mereka naik taraf akaun ke akaun premium.
  3. Mereka membeli Rubi.
  4. Sekiranya mereka juga adalah ejen affiliate, anda akan menerima komisen apabila mereka menaik taraf akaun ejen affiliate daripada akaun biasa ke akaun premium. Anda menerima RM50 bagi setiap naik taraf.

2. Komisen yang Boleh Ditebus Pada Bila – bila Masa

Jana Pendapatan dengan Affiliate 15

Anda tidak perlu menunggu masa – masa yang tertentu untuk mendapatkan komisen anda kerana pekerjaan sebagai ejen affiliate adalah tidak sama seperti pekerjaan yang biasa. Komisen yang anda dapatkan boleh ditebus pada bila – bila masa dan anda juga boleh membuat keputusan untuk menyimpan komisen tersebut pada masa hadapan. Anda boleh mengeluarkan komisen setelah anda menjana jumlah minimum RM 50.00 di dalam akaun anda.

3. Penyediaan Kalkulator Affiliate

Jana Pendapatan dengan Affiliate 16

Pihak Baitul Jannah juga ada menyediakan kalkulator affiliate untuk memudahkan anda mengira komisen yang anda telah janakan. Anda hanya perlu memasukkan beberapa angka dan akan mendapat pendapatan anggaran bulanan anda dengan menggunakan kalkulator affiliate ini. Anda tidak perlu lagi berada di dalam kegelapan tentang jumlah pendapatan anda.

4. Hadiah Ganjaran Yang Istimewa

Jana Pendapatan dengan Affiliate 17

Baitul Jannah juga ada menyediakan hadiah ganjaran yang istimewa kepada ejen affiliate yang berjaya. Anda bukan sahaja boleh menikmati komisen yang lumayan malah anda juga boleh membawa pulang iPhone 8 Plus 256 GB, Macbook Air 13’ ataupun Kamera Lumix DMC – G85 sekiranya anda merupakan 15 orang ejen yang pertama merekrut 5,500 ejen. Hadiah adalah terhad jadi siapa cepat dia dapat!

5. Blogger Akan Menerima Upgrade Akaun Premium Secara Percuma

Jana Pendapatan dengan Affiliate 18

Sekiranya anda merupakan 100 blogger pertama yang menyertai ejen affiliate, anda akan dapat menaiktaraf akaun percuma kepada akaun premium secara percuma. Adalah diingatkan bahawa ia adalah terhad kepada 100 orang blogger sahaja. Anda akan mendapat Akaun Bronzi di mana komisen anda akan bertambah dan juga layak mendapat hadiah daripada pihka Baitul Jannah dan Ikatansah

6. Daftar Laman Cari Jodoh

Jana Pendapatan dengan Affiliate 19

Anda juga dapat menggunakan laman web cari jodoh sekiranya anda mendaftar sebagai ejen affiliate. Anda boleh mencari pasangan idaman anda kerana ia adalah laman cari jodoh muslim yang mematuhi syariah. Akaun anda adalah berfungsi sebagai ejen affiliate dan juga calon cari jodoh. Sekiranya anda tidak mahu mencari jodoh, maka anda tidak perlu update profil anda dan anda akan kekal sebagai ejen affiliate Baitul Jannah.

Daftar Sekarang Sebagai Ejen Affiliate Baitul Jannah! | Jana Pendapatan dengan Affiliate Baitul Jannah

Jana Pendapatan dengan Affiliate 20

Khas untuk anda yang mahukan pekerjaan yang dapat memberikan komisen yang lumayan tanpa bebanan pekerjaan, program Affiliate Baitul Jannah adalah platform yang terbaik untuk memulakan perjalanan anda dalam mendapatkan kehidupan yang lebih selesa. Tekan link di bawah untuk daftar;

Daftar Ejen Affiliate: https://baituljannah.co/affiliate/daftarsekarang Daftar Laman Cari Jodoh: https://baituljannah.co/jodoh/daftarsekarang

Untuk Info Lengkap Cara Sertai Affiliate Baitul Jannah Klik Sini.