Review
Sep 15, 2018, 7:23pm

Jamu Langkap Herba, Buah-Buahan dan Makjun Untuk Cantik dan Sihat


  •  
  •  
  •  
  •  

Sejak akhir-akhir ini, produk kesihatan tumbuh bagaikan cendawan. Namun adakah produk yang dijual itu mempunyai hasil positif atau ianya adalah produk yang merbaya pabila dimakan atau digunakan.

Jamu Langkap Sakit

Panduan Penting Dalam Memilih Produk Kesihatan

Di sini kami rangkumkan lima panduan penting dalam memilih produk kesihatan. Ini sangat mustahak sebelum membuat keputusan membeli sesuatu produk kesihatan.

1. Kelulusan Daripada Kementerian Kesihatan (KKM)

Produk yang lulus KKM adalah selamat digunakan. Kita boleh guna dan amalkan dengan yakin. Produk kesihatan mahupun kecantikan sering dikaitkan dengan keselamatan diri. Jadi, amat penting mendapat kelulusan daripada pihak berwajib yang bertauliah.

Jamu Langkap Kementerian

Ada produk yang diminum, dimakan dan disapu. Tanpa kelulusan dari KKM, jangan sesekali menggunakannya sebab risiko keselamatan sangat tinggi. Ada baiknya diperiksa pada label produk. Biasanya ada nombor dan kod KKM atau badan beriktikaf yang memberi kelulusan kepada produk tersebut. Pada masa sekarang, anda boleh baca cara menyemak status KKM secara online. Semuanya hanya di hujung jari.

2. Baca Kandungan Produk

Pastikan bahan atau kandungan yang digunakan tidak berbahaya kepada kesihatan. 

Jamu Langkap Nutrisi

Dengan adanya media sosial seperti Facebook, kita boleh mencari maklumat bahan yang digunakan dengan lebih mudah kerana ada pengalaman daripada pelanggan yang sudah menggunakannya. Komen dan review mereka lebih ikhlas dan membantu.

3. Baca Fungsi Produk

Sesuaikan fungsi produk dengan masalah yang dihadapi. Fungsi produk kesihatan ada ditampal pada botol atau kotak produk. Ada juga disediakan panduan dalam bentuk kertas khas untuk pengguna jadikan panduan. Baca fungsi ubat sehingga kita benar-benar faham sebelum mula membeli.

Jamu Langkap Semak

Penggunaan produk yang salah daripada saranan pembekal adalah sangat berbahaya kerana di bimbangi membawa kesan kesihatan yang lebih serius.

4. Baca Panduan Penggunaan Produk Kesihatan

Produk kesihatan biasanya diamalkan selepas makan. Ada yang 2 kali sehari, ada 3 kali sehari. Sebaiknya amalkan panduan penggunaan yang telah disediakan kerana bimbang jika terlebih akan memudaratkan tubuh badan.

Jamu Langkap Ubat

Ada juga elok diamalkan sebelum makan. Apa pun panduannya, baca sehingga faham dan jelas. Jika kurang jelas, sebaiknya hubungi penjual.

5. Elak Membeli Produk Kesihatan Yang Kurang Berjenama

Produk yang berjenama, dikenali dan menjalankan kajian saintifik adalah lebih baik.

Jamu Langkap Salahguna

Kita bimbang jika produk kurang berjenama, ianya jenis ‘tangkap muat’ atau ‘asal ada’ sahaja. Pengeluar produk murahan sebegini tidak menitik beratkan keselamatan pengguna, hanya mementingkan keuntungan duit semata-mata.

Jamu Langkap Pembekal Produk Kesihatan Online Pertama di Malaysia

Laman Web Memudahkan orang ramai dapat membeli barang secara online dan dapat barang pada hari yang sama dengan khidmat penghantaran pantas dalam hari yang sama bagi lokasi sekitar Petaling Jaya.

Jamu Langkap Logo

Jamu Langkap, merupakan sebuah kedai online yang menjual produk kesihatan bumiputera yang berjaya membina peminat mereka sendiri melalui penjualan produk-produk kesihatan yang bermutu tinggi.

Kepakaran Jamu Langkap ialah membantu orang ramai untuk tampil sihat dan cantik dengan menggunakan makanan dan minuman berasaskan herba, buah-buahan, jamu, makjun dan lain-lain.

Produk Yang Dijual Di Jamu Langkap

Antara senarai produk yang dijual di Jamu Langkap ialah,

Sabun Pencerah Berkolagen Seri Wajah Jamu Jelita

Jamu Langkap Wajah

Sabun ini mencerahkan kulit seawal 7 hari, melembapkan kulit yang kering, menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan kesan berminyak. Ia juga mapu membersih hingga ke liang pori serta menghalang pembentukan jerawat dan menghilangkan bintik hitam. Selain itu, Sabun Pencerah Berkolagen Seri Wajah Jamu Jelita dapat  menganjal dan menghilangkan garis halus, menghilangkan cela dan parut dengan berkesan dan menjadikan kulit kelihatan pinkish, flawless dan glowing.

Jus Tongkat Ali Jamu Jelita

Jamu Langkap Tongkat Ali

Jus Tongkat Ali merupakan minuman herba yang di rumus menggunakan campuran Tongkat Ali, cengkih dan madu bersama pelbagai jenis herba yang berkesan untuk meningkatkan tahap tenaga fizikal dan seksual buat lelaki maskulin. Malah, ia juga berupaya mengawal hormon testosteron, memelihara kesihatan prostat, menurunkan paras kolestrol serta mengukuhkan tulang, otot dan sendi sekali gus meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Dara Mas Cucian Wanita

Jamu Langkap Wanita

Ekstrak herba yang ditapis dari kelembutan dan keunikan alam semula jadi segar dan harum untuk penjagaan alat sulit wanita yang memilih perawatan secara tradisional. Ianya 100% dengan haruman herba yang halus dan lembut, lebih yakin diri sendiri.

Astanita Collagen Skinz

Jamu Langkap Collagen

Collagen Skinz merupakan makanan tambahan di formulakan untuk membantu mendapatkan kulit wajah yang sihat khusus untuk wanita pada masa kini, iaitu seawal peringkat remaja lagi.

Jus Hidayah Gold Plus Collagen

Jamu Langkap Hidayah

Penemuan terkini 23 Herba dalam 1 untuk membantu pelbagai masalah kesihatan utama muda mudi seawal 12 tahun dan warga emas. Penemuan Raja Segala Herba yang diperkaya dengan Madu, Buah Tiín, Kismis, Kurma Merah, Apricot, Delima, Lada Pintal, Cengkih, Kunyit, Buah Pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Mengkudu, Teja Lawang dan lain-lain. Gabungan mantap herba terpilih dan makanan sunnah memberi kesan berganda untuk menjadi pembantu kesihatan terbaik anda.

Koko Minda Plus

Jamu Langkap Minda

Minuman bernutrisi koko minda adalah fomulasi istimewa yang berpontensi untuk meningkatkan daya ingatan, konsentrasi minda, peredaran darah serta sebagai agen antioksida.  

Jom Beli Produk Kesihatan Diri Di Jamu Langkap Sekarang.

Kini anda tidak perlu lagi bersesak-sesak dan berhadapan dengan trafik yang sesak untuk membeli atau menempah produk. Hanya dengan satu klik sahaja, anda sudah dapat barang idaman anda. Jadi, apa tunggu lagi, klik info-info di bawah ini untuk maklumat lanjut mengenainya.

Jamu Langkap Logo

JAMU LANGKAP | MURAH, MUDAH DAN RINGKAS Hubungi: Tekan untuk telefon (011-28068101) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: Jamu Langkap Instagram: jamulangkap Web:  http://jamulangkap.com