Umum
Nov 20, 2010, 3:42pm

Jambatan Pulau Pinang Ditutup


  •  
  •  
  •  
  •  
Salam semua,

Selamat pagi.. Yuhuu.. Sangat letih kerja non stop pagi, pagi dan pagi.. Takpe-takpe bila lagi nak cari duit.. Sementara masih mampu kan? Entri pada pagi sabtu ini nak bagi tahu yang Jambatan Pulau Pinang Ditutup.. Kenapa Jambatan Pulau Pinang Kena tutup plak? Jambatan terbakar lagi ke? Ehhh Tak.. Jangan gelojoh okey..

Pulau PinangSumber Gambar : Zuraidizainol.com

Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara kepada lalu lintas bermula jam 1 hingga 10 pagi, Ahad ini(21 November 2010) sempena acara Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2010.

Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB), berkata antara laluan ditutup adalah KM140 Lebuh Raya Utara Selatan dari arah Juru dan laluan menghala ke plaza tol dari Seberang Jaya serta kawasan Perindustrian Prai di bahagian tanah besar. Bagi arah pulau menghala ke Prai pula, laluan yang ditutup adalah dari Bulatan Tunku Kudin, Jalan Faraday, Georgetown/Jelutong dan Sungai Nibong yang menghala masuk jambatan. “PBSB akan bekerjasama dengan jawatankuasa penganjur iaitu Bahagian Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pulau Pinang bagi memastikan acara terbabit berjalan lancar.

“PBSB menyediakan lebih 100 kakitangan bagi mengawal lalu lintas pada acara berkenaan,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Orang ramai boleh menghubungi PENANGBRIDGELINE di 1-300-1300-03 atau SMS ke Online Traffic Information Management System (OTIM) untuk mendapatkan maklumat semasa trafik. Maklumat juga boleh didapatkan di laman sesawang PBSB iaitu www,penangbridge.com.my.

Sumber : Hmetro

ProfHariz : Siapa yang join larian marathon ahad ini?