Umum
Mar 22, 2014, 5:22pm

Itulah Hang Muka Budak Sekolah Sangat


Adik : Angah jom tengok Need For Speed dekat Sunway Carnival. Izzat teringin sangat nak tengok.

Saya : Betul nak tengok? Jom tolong angah kemas bilik sat.

Adik : Okay

Selesai kemas bilik pada jam 9.30pm, saya pun dengan gagahnya membeli Tiket Wayang GSC melalui E-PAYMENT TICKETING pada jam 12.30.

Need For Speed

Sudah selesai beli baru sedar.

Saya : Movie Classification untuk Need For Speed adalah 18 tahun dan ke atas. Tetapi adik baru berumur 15 tahun. Macam mana ni? Haishhh. Dok pikiaq pi dengan hang.
Kembar : Alah takpa aih, bukan depa nak check ic pun *kata kembar*

12.20pm ; Saya dengan adik pun sampai GSC Sunway Carnival dan beli popcorn apa yang patut dan terus menuju ke Checkpoint Counter menggunakan QR Code. InshaAllah cara ni boleh lepas ni. *dengan yakin*

Scan-Scan QR Code dengan lajunya berjalan dannnn ada suara muncul…

Staff GSC : Abang-abang tunggu sat,
Saya : Err.. Awat adik?
Staff GSC : Boleh abang bagi ic adik ni tak yang kata dia umur 18tahun.
Saya : Tengok muka dia agak-agak berapa tahun?
Staff GSC : Saya tengok kompem budak sekolah


Saya : Okay jadi sekarang?
Staff GSC : Sekarang masalahnya adik ni tak boleh tonton sebab Movie Need For Speed ini khas untuk 18 tahun dan ke atas sahaja. Kalau masuk nanti FINAS check kena saman Dua Puluh Ribu Ringgit. Abang mau ka bayaq macam tu hanya kerana adik ni sorang dan satu tiket RM12 ni dan bla bla bla.
Saya : Okay jadi sekarang?
Staff GSC : Sekarang abang tak boleh tengok.
Saya : Ni popcorn, tiket yang saya dah bayar macam mana? Takkan nak burn. Hmmmm
Staff GSC : Sat-sat *menuju ke kaunter checkpoint*
Saya : Itulah hang muka budak sekolah sangat !
Adik ; Selalu lepas ja tengok dengan maksu.
Saya : Tak semua keadaan kita boleh lepas.

Selepas 2 minit

Staff GSC : Okay abang apa kata tukaq Movie DIVERGENT. Adik ni boleh tengok sekali daripada nak burn macam tu ja.
Saya : OK, Terima Kasih
Staff GSC : Sama-sama dan ingat lepas ni tengok betul-betul nak beli tiket tu.
Saya : Baik. Terima Kasih

Pengajaran ? Hampa pikiaq sendiri. Nak habaq Apa-apa pun Movie Divergent memang sempoi.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: