Review
Mar 1, 2018, 6:52pm

Inner Snowcap Murah Dan Berkualiti


  •  
  •  
  •  
  •  

Inner tudung atau anak tudung yang selalu dipakai oleh wanita sebelum memakai tudung adalah bertujuan untuk menghalang rambut terkeluar dan memastikan kekemasan apabila memakai tudung. Namun tidak semua wanita akan memakai inner sebelum memakai tudung kerana kebanyakan inner atau anak tudung akan menyebabkan kepala berasa panas dan pening, ketat, tidak selesa dan sebagainya. Malah, inner kepala juga akan mudah tercabut dan sentiasa bergerak-gerak menjadikan tudung anda senget.

inner snowcap murah dan berkualiti

Dalam pemilihan inner tudung, kualiti merupakan perkara yang paling penting supaya anda boleh memakai tudung dalam tempoh masa yang lama dengan selesa. Inner tudung yang selalu dijual dipasaran sedikit sebanyak tidak mempunyai kualiti yang tinggi kerana ia mudah longgar dan menjadi besar. Berbeza dengan inner snowcap, ia diperbuat daripada material berkualiti dan anda tidak akan mengalami masalah-masalah yang sering dihadapi lagi. Tahukah anda terdapat inner snowcap yang amat murah dan berkualiti?

Inner Snowcap Love By I-Mas Collection

inner snowcap murah

Inner Snowcap Love adalah keluaran I-Mas Collection di mana ia sangat memudahkan para wanita untuk memakai tudung dan menjalani rutin harian mereka dengan lebih selesa tanpa mengeluarkan bajet yang mahal dengan Inner Snowcap Love yang sangat berkualiti. Inner snowcap Love boleh dipakai sebagai anak tudung sebelum memakai apa-apa hijab dan pastinya kesannya sangat selesa, mudah dan anda pasti berpuas hati. Dari segi material, Inner Snowcap Love by I-Mas collection ini di perbuat dari material Cotton Viscose. Anda pasti dapat bayangkan bagaimana rasanya memakai inner tudung dari kain cotton, sungguh selesa dan sejuk!

Perbezaan Inner Lama Dan Inner Snowcap

perbezaan antara inner snowcap dan inner biasa

Terdapat banyak sebab kenapa anda perlu bertukar kepada inner snowcap love dari I-Mas collection. Masa kan pohon bergoyang jika tiada angin? Takkan nak tukar kalau inner lama tak pernah tak ada masalah kan? Namun realitinya, terdapat beberapa perbezaan antara inner lama dengan inner snowcap. Anda sendiri pasti pernah merasai perbezaan memakai inner-inner yang berbeza. Setujukah anda bahawa rata-rata wanita mengalami masalah ini dengan inner lama?

  • Inner lama menjadi longgar dan terpaksa letak pin
  • Terlalu ketat rasanya setelah letak pin dan menyebabkan telinga sakit dan kepala berdengung
  • Anda tidak selesa dengan inner yang ketat dan natijahnya, anda berasa sakit kepala
  • Pekerjaan anda seharian akan terganggu dengan sikit-sikit nak kena betulkan inner atas kepala, asyik sakit kepala sahaja, inner tak selesa dan ketat pula tu, rasa stress je kan.
  • Kepala pula rasa panas selalu sebab material anak tudung lama diperbuat dari kain yang selain dari kain cotton, memang panas dan berkepuklah jawabnya.
inner snowcap yang selesa

Anda tidak perlu bimbang, kerana setiap masalah anda akan mempunyai penyelesaian dengan Inner Snowcap Love yang berkualiti tinggi lagi memahami setiap keperluan pengguna. Inner Snowcap Love memberi kesan yang terbaik kepada anda kerana jenis material dan ciri-cirinya yang tidak sama dengan inner yang berada di pasaran.

  • Material cotton sangat selesa
  • Anda tidak perlu panas serta letak pin lagi
  • Tidak ketat dan telinga tidak sakit dan berdengung lagi
  • Anda dapat melakukan aktiviti seharian dengan mudah dan selesa
  • Anda boleh gayakan inner snowcap ini dengan pelbagai jenis gaya tudung malah tidak ada halangan lagi untuk anda bergaya.

Kelebihan Inner Snowcap Love By I-Mas Collection

kelebihan inner snowcap love

Inner snowcap menjadi sebutan para wanita dalam berhijab. Ia bukanlah sesuatu fesyen yang boleh menampakkan kerana ia terlindung di dalam hijab, namun kenapa inner snowcap juga yang menjadi rebutan mereka? Keselesaan diri adalah kunci utama bagi anda untuk memiliki inner snowcap! Bila dah selesa, mood pun akan sentiasa ceria.  Inilah inner snowcap yang paling selesa abad ini.

  • Jenis material atau fabrik yang sejuk dan selesa iaitu kain jenis cotton viscose
  • Material cotton viscose menyerap peluh kepala, rambut dan leher anda
  • Kain cotton viscose yang strechable
  • Kain yang tidak mengecut atau longgar walaupun dibasuh
  • Melekap kemas tutup baby hair dan hujung-hujung rambut anda
  • Tidak ketat dan sakit telinga
  • Dapat menutup semua rambut sepenuhnya
  • Jahitan yang kemas dan rapi
  • Sesuai untuk semua jenis, saiz dan bentuk muka
  • Menjadikan bentuk tudung cantik dan kemas
tampil cantik dengan inner snowcap

Pernah tak anda lihat wanita yang cantik kerana pemakaian tudungnya? Pemakaian tudung yang cantik dipengaruhi oleh inner tudung yang dipakainya. Bentuk depan tudung akan lebih kemas, rapi dan terlihat indah. Nak bentuk tudung menjadi dan cantik, kena pakai inner snowcap, barulah bentuknya mudah menjadi dan anda tak perlu stress hari-hari dengan tudung tak jadi.

Inner Arm Sock Love By I-Mas Collection

I-Mas Collection juga terkenal dengan Inner Arm Sock Love yang sangat selesa dipakai oleh kaum wanita. Sarung tangan dalam ini juga diperbuat daripada material jenis cotton viscose. Pernahkah anda temui inner sock yang diperbuat daripada kain jenis ini? Jarang sangat kan. Kenapa I-Mas Collection mengeluarkan inner sock love ini menggunakan jenis kain cotton viscose?

inner arm sock murah selesa

Sama seperti inner snowcap juga, anda tidak akan berasa panas, melekat dan ketat. Inner arm sock love ini berfungsi untuk menutup lengan-lengan wanita daripada terdedah di luar sana bagi menjaga aurat lengan dari pergelangan tangan mereka dengan selesa, sejuk dan sekaligus bertindak sebagai perlindungan kulit. Ia juga didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.  

Kelebihan Inner Arm Sock Love Keluaran I-Mas Collection

Inner Armsock Love byimas.co tidak  sama  seperti inner   sock  yang terdapat di  butik-butik  atau  kedai-kedai lain kerana material Cotton Viscose yang digunakan tidak sama dengan inner sock yang berada di pasaran iaitu sangat ketat dan bergetah, mudah longgar dan ada juga yang bersaiz kecil.

inner arm sock murah berkualiti dan tahan lama 

Kadang-kadang, inner sock yang berada di pasaran sangat pendek dan tidak sempat memakainya dalam tempoh yang lama kerana ia akan kelihatan kecil dengan cepat sekali. Dah tak muat! Jadi, tidak salah menggunakan inner sock yang murah dan berkualiti. Selain itu, terdapat banyak lagi faedah menggunakan inner armsock love daripada I-Mas collection.  

  • Menjaga dan melindungi wanita dari aurat yang terlihat kerana pergerakan tertentu dan lengan baju yang kadang memperlihatkan lengan saat bergerak aktif.
  • Dapat melindungi tangan dan kulit dari terkena pancaran matahari.
  • Material cotton viscose yang sejuk dan selesa
  • Sesuai untuk kulit sensitif.  Inner arm sock ini juga tidak gatal, malah lebih selesa dan kulit akan terlindung dengan lebih baik.
  • Tidak panas dan serap peluh
  • Peluh tidak akan meleleh-leleh dan tidak akan berbau busuk.
  • Tidak ketat dan tidak terlalu kecil walaupun free size
  • Mempunyai pelbagai pilihan warna.
pilihan inner arm sock pelbagai design

Harga Murah Inner Snowcap Yang Berbaloi-baloi Dan Berpatutan Dari I-Mas Collection

Harganya yang murah merupakan salah satu sebab kenapa ia sangat berbaloi untuk dimiliki. Selain boleh dibeli dengan harga yang murah, kualiti dan kemudahannya juga merupakan sebab ianya sangat berbaloi untuk dimiliki. Tambahan pula, dengan harga yang berpatutan dan mampu milik, inner snowcap love ini mendapat nama dalam kalangan gadis-gadis bertudung yang gemar membeli belah di alam maya.

harga inner snowcap dan inner arm sock

Harga Inner Snowcap

Inner Snowcap dijual pada harga yang amat murah iaitu serendah RM10. Yang menjadi amat menyeronokkan, beli 5 pcs anda akan dapat jimat RM5 dan hanya bayar RM45 sahaja. Kadang-kadang dekat butik-butik pun tak dapat nak tawar menawar dan harga murah macam ni. Ada pula penjual-penjual diluar sana yang menjual inner snowcap ini dengan harga RM15, RM 18 dan lain-lain lagi.  Mahal betul. Tapi dengan I-Mas Collection, semuanya berbaloi-baloi dan berpatutan. Susah nak cari inner snowcap dengan harga yang sebegini. Apa lagi, jom dapatkan sekarang!  

inner snowcap i-mas collection

Kualiti Inner Snowcap

Ia bukan sahaja berbaloi dari segi harga, tetapi kualiti inner snowcap ini juga yang menjadi sebab kenapa anda perlu memakainya. Inner snowcap ini boleh dijadikan sebagai anak tudung untuk dipakai di dalam rumah, diluar rumah dan di mana-mana tempat yang selesa juga sebagai menggantikan tudung.

cantik dan selesa dengan inner snowcap bertudung

Cara Mudah Mendapatkan Inner Snowcap

I-Mas collection menawarkan inner snowcap secara atas talian. Bermaksud, anda boleh membeli secara online (menerusi WhatsApp, instagram dan Facebook i-Mas Collection) dan barang akan terus di pos kepada anda. Tak perlulah nak ke kedai susah-susah. Cukup dengan hanya pilih warna sahaja, anda boleh dapatkannya segera. Barang pula akan sampai dengan selamat dan dalam keadaan yang baik.

inner snowcap yang dipakai oleh pembeli

Trusted Seller – Diyakini Pengguna

Barang-barang sangat berkualiti dan dipercayai pengguna, tetapi penjualnya juga sangat diyakini dan juga amat ramah dalam membantu anda mendapatkan keperluan anda. Malah, mereka sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda.

koleksi inner tudung

Jom Jana Pendapatan Bersama I-Mas Collection Dengan Inner Snowcap Dan Inner Arm Sock!

I-Mas Collection membuka peluang kepada anda semua yang ingin menambah pendapatan bersama inner snowcap dan inner arm sock! Anda semua dijemput menjadi ejen dan ahli dropship dalam menjana pendapatan secara sampingan anda.  Sebagai ejen dan juga ahli dropship, banyak kelebihan yang anda akan terima.

jana pendapatan dengan agen inner sock dan inner snowcap i-mas collection

Anda juga tidak perlu menyimpan stok barang dan tidak perlu pos barang. Pihak I-Mas Collection juga akan memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang penuh kepada anda. Oleh itu, cukuplah anda hanya perlu berdedikasi dan memberi komitmen yang tinggi sahaja.  Mudah kan! Jom daftar segera.

Jom Dapatkan Inner Arm Sock Love dan Inner Snowcap Murah Dan Berkualiti!

Adakah anda adalah wanita yang memerlukan inner snowcap atau inner arm sock ini? Ya. Tidak kira anda ahli sukan, pelajar, guru, pekerja atau sesiapa sahaja, anda perlu menjadikan inner snowcap dan inner arm sock love ini sebagai koleksi pelengkap hijab anda dan juga sebagai menyempurnakan anda untuk menutup aurat anda. Tidak ada yang berkualiti dan selesa melainkan inner snowcap dan inner arm sock love keluaran I-Mas Collection. Tambah-tambah sangat mudah pula untuk anda dapatkannya dengan murah dan cara berbaloi. Order – order segera, barang terus sampai! Seronoknya. Jom dapatkan inner snowcap dan inner arm sock love sekarang!

inner snowcap online dan inner arm sock online

I-MAS COLLECTION | INNER SNOWCAP MURAH DAN BERKUALITI Hubungi: Tekan untuk telefon (014-3699239 – Ika) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: @byimas.co Instagram: @byimas.co