Umum
Nov 4, 2010, 10:06pm

Iklan PETRONAS Deepavali 2010


Iklan PETRONAS Deepavali 2010 kembali dengan tajuk ‘The Giant’.. Iklan PETRONAS sejak tahun 1995 sudah mengeluarkan iklan komersial (TVC) bagi setiap sambutan perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Perayaan Deepavali dan Hari Kemerdekaan.

Sambutan Deepavali 2010 yang bakal disambut oleh penganut agama hindu pada 5 November 2010 iaitu pada hari Jumaat.. Iklan PETRONAS Deepavali 2010 TVC sempena sambutan Perayaan Deepavali untuk tahun 2010 akan disiarkan di semua saluran TV utama mulai 2 November 2010.

Sinopsis ‘The Giant’

‘The Giant’ mengisahkan mengenai Ganesh, seorang budak lelaki yang berusia 11 tahun. Walaupun baru berusia 11 tahun, saiz badannya yang jauh lebih besar berbanding dengan rakan sekelas yang lain menyebabkan Ganesh selalu merasakan dirinya keseorangan.

Satu-satunya perkara yang dia mahu ialah untuk menjadi normal seperti rakan sekelasnya yang lain.
Menghampiri sambutan Deepavali, dia menyedari saiz badanya yang besar menjadikan dia unik dan istimewa. Perkara ini dipelajari daripada neneknya yang berkerusi roda.

Ganesh sedar yang saiz badan yang besar bukanlah kekurangan, namun satu kurniaan kepadanya yang membolehkan dia membantu neneknya bergerak. Kejujuran yang ada dalam dirinya menjadikan dia tempat bergantung oleh orang yang disayanginya.

Sumber : Beliamuda.com

ProfHariz : Selamat Menyambut Perayaan Deepavali. Dalam merayakan pesta cahaya ini, kita mendoakan agar kebaikan mengatasi keburukan, dan cahaya menerangi kegelapan.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: