Umum
Aug 8, 2010, 1:30pm

Ibadat Puasa


Ibadat Puasa

  1. Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.
  2. Antara perkara sunat puasa adalah menyegerakan berbuka setelah yakin masuk waktu maghrib, bersahur dan melewatkannya, berbuka dengan buah kurma atau sesuatu yang manis dan memperbanyakkan sedekah, membaca al-Quran serta beriktikaf.
  3. Antara perkara makruh puasa adalah berbekam, berkumur secara berlebihan, tidur sepanjang hari, mengosok gigi selepas gelincir matahari serta melewatkan berbuka setelah masuk waktunya.
  4. Antara perkara yang membatalkan puasa adalah keluar haid atau nifas, melahirkan anak, bersetubuh pada siang hari, mengeluarkan mani dengan sengaja atau muntah dengan sengaja.
  5. Golongan yang diharuskan berbuka ialah orang sakit yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa, orang sakit tenat yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang bermusafir melebihi dua marhalah, perempuan mengandung serta perempuan yang menyusukan anak.
  6. Mereka yang tidak berpuasa dikehendaki qada’ puasa sahaja; atau membayar fidyah sahaja; atau qada dan membayar fidyah; atau  qada dan membayar kaffarah.







Soalan 1 :

Apakah maksud puasa?

Jawapan :

Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.










Soalan 2 :
Sebutkan dua syarat wajib puasa.
Jawapan :
      

Islam

       Baligh
       Berakal waras

Mampu berpuasa










Soalan 3 :

Nyatakan dua syarat sah seseorang itu berpuasa.
Jawapan :
      

Islam

       Berakal dan mumayyiz
       Suci daripad haid dan  nifas
       Berniat waktu  malam
       Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa

Berpuasa pada hari-hari yang  diharuskan








Soalan 4 :

Senaraikan rukun puasa.
Jawapan :
       Niat
       Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa
Soalan 5 :
Jelaskah dua amalan sunat yang digalakkan ketika berpuasa.
Jawapan :
       Segera berbuka puasa setelah yakin masuk waktu
       Melewatkan makan sahur
       Berbuka dengan benda-benda manis
       Membanyakkan membaca al-Quran dan berzikir
       Mandi junub (hadas besar) sebelum terbit fajar
       Solat sunat Tarawih
Soalan 6 :
Senaraikan dua perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa.
Jawapan :
       Mengosok gigi selepas gelincir matahari
       Terlalu kerap atau lama mandi
       Merasa makanan dengan lidah
       Mengambil darah atau berbekam
       Berkumur-kumur berlebih-lebihan
Soalan 7 :
Jelaskan dua perkara yang boleh membatalkan puasa.
Jawapan :
       Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
       Melahirkan anak
       Pengsan sepanjang hari
       Bersetubuh di siang hari
       Muntah dengan sengaja
       Gila
       Keluar darah haid dan nifas
       Mengeluarkan air mani dengan sengaja
       Murtad
Soalan 8 :
Sebutkan empat hari yang disunatkan berpuasa dalam Islam.
Jawapan :
       Ha
ri Isnin dan Khamis
       Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
       Puasa hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah
       Nisfu Syaaban iaitu 15 Syaaban
       27 Rejab iaitu hari peristiwa Isra’ dan Mikraj
       Puasa pada setiap 13, 14 dan 15 haribulan Hijriah (Hari putih)
       Puasa pada setiap 28, 29 dan 30 haribulan Hijriah (Hari hitam)
       Puasa 9 dan 10 Muharram
Soalan 9 :
Apakah hari yang diharamkan berpuasa.
Jawapan :
       1 Syawal iaitu Hari Raya Puasa (Idul Fitri)
       Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah
       Hari Syak 30 Sya’ban
Soalan 10 :
Jelaskan dua kelebihan bagi orang yang berpuasa.
Jawapan :
       Melatih diri bersifat jujur dan ikhlas
       Membentuk insan yang bertakwa yang taat perintah Allah
       Melahirkan keinsafan di atas penderitaan fakir miskin
       Mendidik jiwa mengawal nafsu
Soalan 11 :
Terangkan dua akibat jika seorang muslim tidak menunaikan kewajipan berpuasa.
Jawapan :
       Dimurkai Allah
       Kehidupan tidak tenang
       Bersifat riak dan terburu-buru dalam tindakan
       Cepat berputus asa dalam melakukan sesuatu
       Disisih masyarakat dan dipandang hina
       Mencemarkan maruah Islam
Unit 2 : Golongan yang Harus Berbuka Puasa
Soalan 12 :
Senaraikan dua golongan yang diharuskan berbuka puasa dalam bulan Ramadhan.
Jawapan :
       Orang musafir< o:p>
       Orang sakit yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa
       Perempuan yang mengandung
       Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan dirinya
       Bekerja berat sepanjang tahun
       Orang tua yang tidak mampu berpuasa
Soalan 13 :
Terangkan tiga hikmah diharuskan berbuka puasa bagi golongan tersebut.
Jawapan :
       Sebagai bukti Islam bertoleransi kepada umatnya.
       Memberikan kemudahan dan kesenangan kepada mereka yang tidak dapat / terdaya mengerjakan puasa
       Menunjukkan bahawa ibadat puasa wajib ditunaikan walaupun pada waktu yang lain
       Menjalankan kehidupan berlandaskan hukum-hukum syarak
Soalan 14 :
Apakah maksud qada’ puasa?
Jawapan :
Qada’ puasa adalah mengerjakan semula ibadah puasa Ramadhan yang ditinggalkan pada hari yang lain (selain bulan Ramadhan)

Soalan 15 :
Bezakan antara fidyah puasa dengan kaffarah puasa.
Jawapan :
       Fidyah puasa adalah menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan membayar secupak makanan asasi bagi satu hari puasa yang ditinggalkan.
        
       Kaffarah puasa adalah denda memerdekakan hamba, puasa dua bulan atau memberi 60 cupak makanan bagi suami yang melakukan persetubuhan pada siang Ramadhan.
Soalan 16 :
Siapakah yang diwajibkan qada’ berserta membayar fidyah kerana tidak berpuasa.
Jawapan :
       Perempuan mengandung kerana bimbang kesihatan diri & anaknya
       Perempuan menyusukan anak  kerana bimbang kesihatan diri & anaknya
       Perempuan mengandung atau menyusukan anak kerana bimbang kesihatan anaknya sahaja
       Lewat menqada’kan (mengantikan) puasa hingga tiba Ramadan berikutnya
Soalan 17 :
Nyatakan dua golongan yang wajib qada’ sahaja kerana dibolehkan tidak berpuasa.
Jawapan :
       Musafir yang diharuskan syarak
       Sakit yang memudaratkan jika berpuasa
       Perempuan haid, Wiladah (melahirkan anak) dan nifas
       Perempuan mengandung kerana bimbang kesihatan dirinya
       Perempuan menyusukan anak kerana bimbang kesihatan dirinya
Soalan 18 :
Senaraikan dua golongan yang diharuskan berbuka puasa, tetapi dikehendaki membayar fidyah.
Jawapan :
       Sakit tenat yang tiada harapan sembuh
       Orang tua yang tidak berdaya untuk berpuasa
       Orang yang bekerja kuat dan berat sepanjang hari
Soalan 19 :
Siapakah yang mesti membayar kaffarah puasa?
Jawapan :
       Suami yang melakukan persetubuhan dengan sengaja pada siang hari di bulan Ramadan
Soalan 20 :
Penyelesaian Masalah Hukum :
(a) Ramlah berbuka puasa kerana bimbangkan dirinya yang mengandung.
       Qada’ puasa sahaja
(b) Ramli tidak berpuasa kerana terlalu tua dan uzur.
       Membayar fidyah sahaja
(c) Puan Kamariah tidak puasa kerana bimbangkan kesihatan anak yang disusukannya.
       Qada’ puasa dan membayar fidyah
(d) Abu bersetubuh dengan isterinya pada siang hari di bulan Ramadhan.
       Qada’ puasa dan membayar kaffarah
(e) Rosnah tidak berpuasa kerana baru melahirkan anak.
       Qada’ puasa sahaja

PH : Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: