Islam
Jul 6, 2012, 2:03pm

Hutang Puasa Segera Bayar !


  •  
  •  
  •  
  •  

Alhamdullilah kita sudah berada pada sehari selepas Nisfu Syaaban iaitu kiranya kita sudah berada di pertengahan bulan Syaaban dan InsyaAllah kurang lagi 14 hari sahaja lagi untuk kita berada di bulan yang penuh kemuliaan dan penuh keberkatan daripada Allah s.w.t iaitu Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka.

Hutang Puasa

Jangan lupa juga bahawa pada bulan ramadhan ada satu malam. Nilainya menyamai dengan seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar – Lebih Baik Daripada Seribu Bulan. Alangkah beruntungnya kita jika dapat pada malam tersebut. Kalau nak diikutkan dengan umur kita sekarang, mampukah kita hidup sehingga seribu bulan ? Tolak tambah lebih kurang 83 tahun. Ya Allah hebatnya umat Muhammad kan? Pernahkah kita sedar?

Kewajipan Bayar Hutang Puasa

Bila disebut dengan Puasa, Sudahkah anda menjelaskan hutang puasa bagi tahun lepas dan tahun-tahun yang lalu. Kiranya belum bersegeralah membayar hutang puasa. Kerana Ibadah puasa adalah perkara yang membentuk lima asas dalam Rukun Islam dan kegagalan mengerjakannya dengan sempurna boleh membawa kepada kemurkaan Allah.

Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili r.a bersabda, dalam mimpinya, Baginda telah mendengar suara ahli neraka menjerit (kerana berbuka sebelum masuk waktunya). Baginda melihat penghuni itu digantung dengan kaki di atas dan darah mengalir dari mulut mereka yang telah robek.

Begitu hebatnya azab Allah terhadap mereka yang berbuka sebelum masuk waktunya. Bayangkanlah azab terhadap mereka yang sengaja meninggalkan puasa. Tentu lebih dahsyat. Sementara ada waktu yang sedikit ini Segeralah Bayar Hutang Puasa dengan Qadha Puasa. InsyaAllah semoga kita semua berada di bawah rahmat allah bukan kemurkaan allah

Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya. QS. al-Mu’minun (23) : 61

Qadha Puasa Ustaz Azhar Idrus

Semoga Video Qadha Puasa Oleh Ustaz Azhar Idrus ini bermanfaat kepada pembaca blog PH.