Review
Feb 7, 2018, 5:13pm

Hotel Di Wangsa Maju Berkonsepkan Negara Eropah


Hotel butik atau “Boutique Hotel” adalah istilah yang digelarkan kepada tempat penginapan hotel yang kecil, bergaya dan selalunya terletak di kawasan urban elit yang memukau. Selain memiliki bilik yang terhad kepada beberapa unit antara 10 hingga 100 buah bilik, hiasan dalaman hotel butik juga lebih artistik dan kreatif berbanding dengan hotel biasa. Kebanyakan hotel butik memilih untuk mengutamakan konsep persendirian yang berciri antik, dihembus pula dengan sedikit gaya moden kontemporari merujuk kepada pemilihan perabot, lanskap, seni reka bangunan, cara hiasan dalaman dan susun atur dalam bilik.

hotel di wangsa maju

Jika anda dan keluarga mahupun kenalan berkelapangan, bolehlah nanti menginap di mana-mana boutique hotel sekitar Malaysia yang saya cadangkan ini. Tidak salah untuk mengeluarkan bajet besar sekali-sekala demi menikmati penginapan yang bukan sahaja meyeronokkan, malah dalam masa yang sama, mempunyai nilai berharga kerana butik hotel adalah sangat istimewa bahkan setiap satu darinya mempunyai karakter tersendiri.

Hotel Bajet Di Sekitar Kuala Lumpur

Hari ini tidak sukar untuk mencari hotel bajet di sekitar Wangsa Maju tidak seperti lima tahun yang lalu. Perkembangan di Kuala Lumpur yang terkenal dengan tarikan pelancong, bilangan institusi pengajian tinggi yang semakin bertambah menjadikan kawasan itu semakin padat dengan pengunjung.

hotel di kuala lumpur wangsa maju

Hotel Butik Masih Tidak Dikenali Oleh Masyarakat Tempatan

Hotel butik cukup popular sejak dibuka tahun lalu kerana menawarkan pelbagai konsep bagi menarik pelancong luar negara kembali lagi ke sini. Ramai pelancong asing gemar menginap di hotel butik kerana ia memberi pengalaman unik kepada mereka tetapi konsep ini masih dianggap asing dan kurang mendapat tempat dalam kalangan pelancong tempatan.

hotel bajet di wangsa maju

Kebanyakan masyarakat tempatan beranggapan menginap di hotel besar atau bangunan yang lebih tinggi adalah selesa daripada tinggal di hotel butik yang jauh lebih kecil. Masyarakat juga perlu tahu hotel butik mampu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti setanding dengan hotel yang lain seperti kemudahan internet, lokasi strategik khusus untuk pelancong bersiar-siar di sekitar ibu kota

Aladdin Hotel Apartments, Hotel di Wangsa Maju Berkonsepkan Eropah

Penginapan di Aladdin Hotel Apartments, Wangsa Maju menjanjikan kelainan kerana setiap biliknya dihias dengan inspirasi gaya yang berbeza. Aladdin Hotel Apartments merupakan butik hotel pertama berkonsepkan negara-negara Eropah di Malaysia. Tetamu mempunyai pilihan untuk menginap di bilik seperti London, Paris, Tokyo, Greece dan juga Switzerland. Hotel ini mensasarkan pelancong dari Eropah untuk menikmati suasana penginapan bercirikan era kolonial Portugis, Belanda dan Inggeris untuk menginap di hotel ini. Walaubagimana pun, masyarakat tempatan juga turut berpeluang untuk menikmati kelainan berada di hotel ini.

hotel di kuala lumpur bercirikan eropah

Aladdin Hotel Apartments Lokasi Strategik Di Tengah Bandar Kuala Lumpur

Dari jauh anda dah boleh nampak kelibat Aladdin Hotel Apartments  ini di tepi jalan. Aladdin Hotel Apartments bertempat di Pusat Bandar Wangsa Maju hanya mengambil masa 20 minit sahaja ke KLCC dan 10 minit ke Zoo Negara.

lokasi hotel apartment wangsa maju

Lokasi Yang Berhampiran Dengan Kawasan Perlancongan Dan Pusat Hiburan

Jika anda menginap di Aladdin Hotel Apartments pasti tidak membosankan kerana lokasi perlancongan dan pusat hiburan di sekitarnya banyak seperti 7 minit ke LRT Sri Rampai, Wangsa Walk Mall, Aeon Bog dan Jaya Jusco, Alha Angle hanya 8 minit sahaja dari Aladdin Hotel Apartments. Restorant makanan seperti KFC, Pizza Huts, dan kedai runcit juga berhampiran.

hotel berdekatan dengan zoo negara malaysia

Suasana Aladdin Hotel Apartment Seperti Berada Di Negara Eropah

Bagi anda yang ingin merasai pengalaman melancong di luar negara, tidak perlu untuk pergi jauh kerana di Aladdin Hotel Apartments menawarkan hotel butik bertemakan ciri-ciri klasik eropah. Sebaik saja anda melangkah masuk, anda akan merasai suasana yang berbeza dengan hiasannya berdasarkan konsep eropah dengan elemen-elemen vintage klasik.

suasana hotel apartment di wangsa maju

Kombinasi Warna Dan Hiasan Ala-ala Eropah Di Aladdin Hotel Apartments

Rona menyejukkan seperti putih, kuning air dan coklat serta kombinasi hiasan vintaj dan moden menyambut ketibaan pengunjung. Selain berbau harum dan rasa tenang, pengunjung pasti teruja melihat barangan dalam setiap bilik seperti anda berada di Negara Eropah. Dekorasi bilik juga cantik, classy dan kontemporari. Dan hiasan pada dinding bilik juga tampak lebih mewah. Manakan tidak, seni bina moden dengan hamparan warna biru lembut dan kuning keemasan yang menyuntik elemen mewah serta eksklusif menjadikan Aladdin Hotel Apartments begitu menyerlah berbanding bangunan lain di sekitarnya.

hiasan dalaman hotel di wangsa maju

Susunan Perabut Menampakkan Keluasan Bilik

Menjengah ke dalam, susun atur bahagian ruang tamu bilik antara yang mencuri tumpuan dengan penataan feature wall berwarna jingga yang kelihatan kontra dengan perabot berona krim. Warna terang seperti merah, oren dan kuning mampu menarik perhatian dan menjadikan ia sebagai titik tumpu ruang.

susunan hotel di wangsa maju kuala lumpur terbaik

Pelbagai Pilihan Bilik Berkonsepkan Eropah Yang Menarik Di Aladdin Hotel Apartments

Walaupun standard sebuah hotel butik tidak melebihi 100 bilik dan saiz hotel yang lebih kecil berbanding hotel biasa, tema yang ditonjolkan melalui dekorasi dan layanan daripada petugas sememangnya menjadi ‘wow factor’ kepada pengunjung yang menginap. Ada pelbagai jenis bilik ditawarkan untuk anda yang ingin menginap di sini. Antaranya Clover Select (tiada tingkap), Clover Push (katil saiz Queen), Clover Executive (katil saiz King)  dan banyak lagi.

pelbagai saiz bilik hotel di wangsa maju kuala lumpur

Di sebuah sudut lain, kerusi dan meja daripada warna hitam disusun dengan bijak bagi mengisi ruang hallway bilik yang agak sempit. Meskipun menggunakan rona gelap, sudut tersebut sedikit pun tidak kelihatan suram lebih-lebih lagi selepas dipadankan dengan wallpaper dinding yang mendamaikan.

hotel murah di kuala lumpur wangsa maju

Dekorasi Bilik Memberi Keselesaan Pada Tetamu Di Aladdin Hotel Apartments

Dekorasi dan susun atur sesebuah ruang kerja bukan saja mengubah suasana keseluruhannya tetapi turut mempengaruhi emosi serta pengalaman individu. Ini kerana rata-rata individu berkerjaya meluangkan banyak masa dalam sehari di tempat kerja. Tampil dengan kelainan dan menawarkan pengalaman berbeza, ruang kerja perkongsian Aladdin Hotel Apartments mengetengahkan gaya mewah dan elegan dengan konsep Eropah. Pemilihan warna turut menyerlahkan penataan gaya mewah dengan konsep Eropah dengan tona putih, emas dan biru laut  dipilih sebagai warna utama.

dekorasi hotel apartment wangsa maju

Bilik Tidur

Bagi dekorasi di bilik tidur, katil dengan hamparan cadar daripada rona coklat  menjadi pilihan bagi menyuntik imej bersih selain membuatkan ruang kelihatan lebih lapang. Perabot kayu berona coklat bersama kusyen serta bantal berwarna kuning menyuntik kontra supaya bilik tidak kelihatan membosankan.

dekorasi bilik tidur hotel apartment di wangsa maju

Bilik Mandi

Di bilik mandi pula, terdapat beberapa buah bilik yang dilengkapi kemudahan ‘hot shower’ bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang ingin menginap dalam suasana mewah. Selain itu, ada juga bilik mandi di bilik tertentu yang menawarkan pemandangan yang menenangkan.

bilik air hot shower di hotel apartment wangsa maju

Hiasan Dalaman

Selain menyuntik kelainan dalam hiasan dalaman, lantai dan siling kaca ini sebenarnya berfungsi untuk membenarkan cahaya semula jadi masuk ke dalam premis supaya ruang kelihatan lebih terang.

hiasan dalaman hotel apartment wangsa maju terbaik

Tawaran Harga Berpatutan Di Aladdin Hotel Appartments, Wangsa Maju

Ramai yang berpendapat hotel-hotel butik sangat mahal, tetapi sebenarnya tidak. Ia mempunyai bilik yang bergaya dengan beberapa rangkaian harga. Dengan tawaran harga penginapan yang berpatutan, tidak hairanlah ia sentiasa penuh dengan pengunjung khususnya pada hari cuti umum, musim perayaan dan hari konvokesyen. Menariknya tentang hotel ini, ia bukanlah hotel bajet biasa. Aladdin Hotel Apartments merupakan butik berkonsepkan Negara Eropah yang terkenal dengan keunikan.

tawaran hotel harga berpatutan di kuala lumpur

Antara Kemudahan Lain Di Aladdin Hotel Apartments, Wangsa Maju

  • TV dengan ASTRO
  • Aircond & kipas
  • Tuala & sabun
  • Microwave
  • Cerek
  • Pinggan Mangkuk
  • Shower Air panas
  • Wifi
  • Meja Makan*
  • Balkoni*
  • Security
  • Lift

kemudahan ruang tamu di hotel apartment wangsa maju

Ruangan Balconi Yang Simple Di Aladdin Hotel Apartments

Melangkah kepada ruang balconi di Aladdin Hotel Apartments pula, ia menawarkan konsep simple dengan dihiasai pokok-pokok yang kehijauan mendatangkan suasana tenang dan aman sekali. Ruangan ini sesuai untuk anda sarapan pagi atau bersantai bersama tersayang.

kemudahan dan persekitaran hotel apartment wangsa maju

Aladdin Hotel Apartments Dilengkapi Kemudahan Seperti Rumah Sendiri

Selain keunikan konsep, unit bilik juga di panggil mini studio apartment, di mana ruang tido dan ruang tamu adalah berasingan. Memberikan keselesaan bagi penginap, sangat sesuai untuk seisi keluarga ataupun pengunjung solo. Setiap unit di lengkapi dengan seperti microwave, cerek, pinggan serta cawan.

kelengkapan hotel seperti rumah sendiri di wangsa maju

Booking sekarang Aladdin Hotel Apartments!

Aladdin Hotel Apartments menjanjikan kelainan dari hotel lain dan memberi keselesaan pada setiap tetamu yang hadir. Anda pasti rugi jika tidak mencubanya semasa bercuti di Kuala Lumpur. Untuk menempah hotel, anda boleh menghubungi menerusi talian telefon, WhatsApp atau melalui website mereka seperti di bawah. 

hotel apartment terbaik di kuala lumpur

ALADDIN HOTEL APARTMENTS
Tel. Pejabat: Tekan untuk telefon (03-41492772)
Hotline: Tekan untuk telefon (019-2929157) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: @aladdinhotelapt
Website: www.aladdin-hotel-apartments.com

 

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: