Ramai ibu bapa sudah mula menyedari kepentingan tuisyen bagi anak-anak mereka yang akan mengambil peperiksaan penting seperti UPSR, UPKK, PT3, SPM dan lain-lain lagi termasuklah MUET serta Al-Quran dan Sunnah. Sama ada untuk peperiksaan atau tidak, pasti anda ingin berikan yang terbaik untuk anak anda dari segi pendidikan.
Belajar di sekolah sahaja tidak cukup jika tidak membuat ulangkaji atau pergi ke tuisyen. Lebih mudah jika anda mempunyai tutor atau guru yang boleh mengajar anak-anak anda lebih masa atau pada waktu yang tertentu. Mungkin mereka lebih faham dan mudah menerima pelajaran jika mengikuti kelas tuisyen bersama tutor.
Homestar Quranic & Hometuition adalah tuisyen yang berkonsepkan belajar di rumah bersama tutor atau guru professional. Homestar & hometuition ini beroperasi di Kuala Lumpur dan telah berkembang ke Cyberjaya, Balakong, Puchong, Shah Alam, Serdang, Seri Kembangan juga negeri-negeri lain seperti Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Mereka mengajar semua pelajar dari umur 4 tahun sehinggalah anak anda yang bakal menduduki STPM. Hometuition & Homestar sedia memberi perkhidmatan tuisyen di rumah dalam kadar yang berpatutan buat anak anda.
Homestar Quranic & Hometuition menyediakan perkhidmatan pembelajaran dan kelas tuisyen untuk semua pelajar dan juga menyediakan aktiviti lain. Anda boleh mendapatkan servis ceramah atau motivasi untuk sekolah dan juga pejabat anda. Pendek kata, selain hometuition dan tuisyen untuk pelajar, mereka juga memberi khidmat untuk para pekerja supaya lebih motivasi dalam bekerja atau hal-hal berkaitan. Sesuai dengan slogannya ‘Think success, think us’.
Perkhidmatan tuisyen dirumah untuk semua subjek, matapelajaran dan tahap peperiksaan seperti:
Pelajar akan belajar subjek atau silibus yang mereka belajar di sekolah dan pastinya semua subjek itu akan mereka duduki dalam peperiksaan. Antaranya adalah subjek sejarah, matematik, bahasa inggeris, sains dan sebagainya.
Bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan saat-saat akhir, inilah masanya anda mengambil kelas pecutan super dimana tutor akan mengajar silibus yang penting untuk peperiksaan yang terdekat anda. Ramai yang berjaya dalam peperiksaan setelah mengikuti kelas ini.
Pakej intensif cuti sekolah ini disediakan bagi mendedahkan kembali pelajar dengan subjek yang bakal mereka pelajari di sekolah kelak. Bagi pelajar yang lemah, inilah masanya untuk mengambil semangat kembali untuk ke sekolah pada masa akan datang.
Pakej mengaji untuk anak-anak anda ini akan dibimbing oleh ustaz atau uztazah yang berpengalaman dan layak. Anda tak perlu risau jika tiada masa mengajar anak-anak anda, Homestar Quranic akan membimbing anak anda di rumah anda seperti hometuition juga. Mudahkan? Anda boleh cari masa yang sesuai untuk belajar Al-Quran disamping pelajaran akademik.
Kelas KASIH fokus kepada mereka yang berkumpulan paling minima 5 orang untuk belajar bersama. Tutor akan mengajar di rumah untuk kelima-lima pelajar yang mengambil kelas ini. Pelajar tidak akan berasa tertekan atau stress, tetapi dalam belajar dalam keadaan santai, menghiburkan dan mudah faham. Suasana pembelajaran begini amat penting untuk anak anda sekali sekala.
Homestar Quranic dan Hometuition juga mengadakan sesi ceramah, seminar dan juga program-program di sekolah ataupun jabatan. Jika anda inginkan program berbentuk motivasi, pelajaran dan juga lebih kepada Bahasa Melayu, Hometuition ini merupakan antara yang pakar dan terbaik boleh anda dapatkan.
Homestar Quranic dan hometuition di Kuala Lumpur ini merupakan mereka yang berpengalaman dan mahir. Antaranya adalah Cikgu Fara dan Cikgu Nik yang sudah lama berbakti memberi ceramah berkenaan teknik menjawab UPSR, PT3 dan SPM di sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan seluruh semenanjung Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, Cikgu Fara amat aktif mengetuai ceramah Penulisan Ada Gaya yangmembantu lebih ramai pelajar untuk terus menulis dengan baik. Semua tutor di Homestar Quranic dan Hometuition adalah tutor yang telah mengikuti kursus serta latihan sekurang-kurangnya 3 kali setahun bagi melayakkan diri membimbing anak anda.
Yuran yang dikenakan amat berpatutan dan mampu milik walaupun ia telah mencakupi bayaran untuk tambang perjalanan, jumlah tol atau harga minyak untuk ke rumah murid. Golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah mampu untuk mendapatkan perkhidmatan Homestar Quranic dan Hometuition.
Untuk pengetahuan anda, yuran pelajar bermula serendah RM24 untuk setiap jam bagi pelajar darjah 1 dan anda boleh membayar secara bulanan. Kadar harga yuran juga berbeza mengikut jenis subjek dan juga tahap murid. Inilah yuran termurah bagi hometuition yang diadakan di Kuala Lumpur.
Bagi ibu bapa yang tidak menghantar anak ke pusat tuisyen luar, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Hometuition dan Homestar Quranic di Kuala Lumpur ini. Jika sudah ke tuisyen luar, tidak salah untuk sertai hometuition juga. Bonus untuk pelajar lemah, hometuition memudahkan tutor untuk fokus lebih kepada anda.
Nasib baik ada Homestar Quranic dan Hometuition! Dapatlah anak anda belajar Al-Quran dengan lebih mendalam di rumah. Sekurang-kurangnya walaupun tiada orang yang ajar, mereka dapat belajar bersama ustaz atau ustazah yang berpengalaman.
Ramai yang telah berjaya dalam peperiksaan setelah belajar bersama Homestar Quranic dan Hometuition. Terdapat banyak testimoni dan komen positif daripada pelajar dan ibu bapa sejak tahun 2015 lagi. Sehingga sekarang, Homestar Quranic dan Hometuition merupakan khidmat tuisyen di rumah yang terbaik di Kuala Lumpur.
Ramai ibu bapa berpuas hati dengan tutor dan sistem Homestar Quranic dan Hometuition yang memastikan anak mereka berjaya dalam pelajaran dan pendidikan agama. Banyak kejayaan yang telah dikecapi daripada anak-anak yang telah menduduki peperiksaan sebelum ini setelah belajar bersama Homestar Quranic dan Hometuition. Dengan matlamat mereka untuk “Skor A” dalam semua matapelajaran, ianya pasti berhasil!
Jom daftar anak anda di Homestar Quranic dan Hometuition sekarang. Jom terus hubungi nombor di bawah untuk mendapatkan maklumat berkaitan kelas dan sebagainya.
HOMESTAR QURANIC & HOMETUITION | HOMETUITION TERBAIK DI KUALA LUMPUR
Cikgu Fara: Tekan untuk telefon (019-3610423) | Tekan untuk WhatsApp
Cikgu Nik: Tekan untuk telefon (019-3610769) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: https://www.facebook.com/homestartuisyen/
HQ PUTRAJAYA
Admin: 014-3610528
CAWANGAN HOMESTAR
Kuala Lumpur : 019-3610423
Shah Alam : 013-7704737
Nilai & Kajang : 019-6920976
Johor & Melaka : 014-3610545
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang