Review
Sep 24, 2018, 12:59pm

Homestay Murah di Sunway Lagoon – Terbaik Untuk Family


  •  
  •  
  •  
  •  

Bandaraya yang unik di mana kemodenan dan budaya bersatu, Bandar Sunway ternyata merupakan sebuah destinasi yang wajib dilawati. Bagi anda yang ingin menikmati percutian di Sunway beramai-ramai, penginapan homestay adalah sebuah pilihan yang terbaik untuk keselesaan anda sepanjang percutian, tidak perlu lagi berebut katil dan juga ruang homestay yang luas untuk beraktiviti.

sunway lagoon homestay

Homestay Murah di Sunway Lagoon – Terbaik Untuk Family

Homestay Sunway Lagoon menyediakan 4 bilik tidur dengan bilik tidur utama yang super duper besarnya.  Setiap bilik yang lengkap dengan penyejuk udara ini dihias dengan minimal sehinggakan sebanyak mana pun barangan yang anda bawa, tak akan sempit punyalah. Selain itu Homestay Sunway Lagoon menyediakan ruang dapur yang luas serta ruang makan yang selesa.  Peralatan kelengkapan untuk memasak juga disediakan. 

penginapan homestay murah di sunway lagoon

Fasiliti Yang Menarik @ Homestay Sunway Lagoon

Keseronokan menginap di sini bukan hanya kerana lokasinya yang strategik, tetapi juga kerana penginapan ini sendiri menawarkan bermacam fasiliti yang menarik untuk anda sekeluarga beraktiviti. Antara kemudahan yang disediakan adalah kolam renang. Penginapannya pula lengkap dengan dapur, manakala untuk hiburan sewaktu bersantai anda boleh menggunakan Smart TV yang disediakan, memang cool!

homestay murah di sunway lagoon ada pool

Dekorasi Dalaman Yang menarik @ Homestay Sunway Lagoon

Memiliki sentuhan dalaman yang minimal dengan warna putih menguasai sebahagian besar ruang homestay, warna yang digunakan menampakkan ruang kelihatan lebih luas, susun atur apartment ini juga kemas dan sedap dilihat.

dekorasi halaman sunway lagoon homestay

Lokasi Menarik Berdekatan @ Homestay Sunway Lagoon

Hhmmm apa lagi ye.. Oh ye kalau dah berjalan ke Sunway ini mestilah nak tahu tempat menarik dekat sini kan? Antara tempat menarik yang boleh anda lawati ialah;

Sunway Lagoon

sunway lagoon park

Boleh dianggap antara tama tema di Malaysia yang paling popular dan dari hari ke hari tarikan di taman tema ini juga semakin bertambah. Sunway Lagoon mempunyai beberapa bahagian yang boleh anda kunjungi baik bersama keluarga mahupun kawan-kawan, antaranya ialah taman tema air (water park), taman hiburan (amusement park), taman hidupan liar (wildlife park), taman ekstrem (extreme park) dan taman menjerit ( scream park).

Sunway Lagoon Water Park

sunway lagoon homestay murah

Taman tema air di Sunway Lagoon sememangnya satu destinasi yang sangat menyeronokkan samaada untuk kanak-kanak ataupun dewasa. Di sini terdapat beberapa tarikan permainan air yang boleh anda cuba seperti surf beach (kolam berombak), vuvuzela ( gelongsor air berlingkaran), congo challenge ( gelongsor air curam), little zimbabwe ( taman permainan kanak-kanak yang basah) dan waterplexx 5D ( panggung wayang yang bertindak balas dengan panca indera manusia)

Sunway Lagoon Amusement Park

homestay berdekatan sunway lagoon

Taman hiburan yang tidak melibatkan permainan air atau basah dan bahagian ini menawarkan banyak permainan yang pasti membuatkan anak-anak dan golongan remaja tersenyum riang. Permainan yang ada di sini juga mesra keluarga dan tidak terlalu ekstrem seperti gforce-x atau bungee jumping yang terletak di bahagian Extreme Park Sunway Lagoon. Waktu hujung minggu dan cuti sekolah memang bahagian ini sentiasa penuh dengan orang dan kanak-kanak sampai kena beratur panjang untuk mencuba sesuatu permainan.

Sunway Lagoon Wildlife Park

sunway wildlife

Di Sunway Lagoon juga sudah mempunyai tarikan hidupan liar yang menempatkan 150 spesis haiwan dari seluruh pelosok dunia yang sangat menarik untuk dilawati. Antara haiwan-haiwan yang menjadi tumpuan di sini ialah singa putih, harimau belang, harimau kumbang, burung-burung dan sebagainya. Di sini juga ada persembahan haiwan yang diadakan setiap hari di antara pukul 3-3.15 petang bertempat di Wildlife Theatre.

Sunway Piramid

homestay berhampiran sunway piramid

Berdekatan dengan Sunway Lagoon, Sunway Piramid merupakan salah satu tempat membeli belah yang popular di Petaling Jaya. Sama ada untuk membeli belah mahupun untuk hiburan keluarga, Sunway Pyramid merupakan destinasi yang ideal dan antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah ice skating, memanah ataupun menonton wayang. Kalau perancangan anda nak ke taman tema Sunway Lagoon terbatas kerana hujan, bolehlah ke sini sebagai backup plan anda. Terdapat juga beberapa tarikan permainan indoor di dalam Sunway Piramid yang tidak kurang menariknya.

Muzium Coklat Kota Damansara

chocholate muzeum kota damansara

Setiap kali musim cuti sekolah mesti ramai ibu bapa yang bawa anak-anak ke muzium ini yang terletak di Kota Damansara. Choclate Museum by Fidani ini merupakan sebahagian daripada kilang di sini dan terdapat banyak pameran dan infografik berkaitan dengan coklat dan proses pembuatannya. Pengunjung juga berpeluang melihat bagaimana chef dan pekerja di sini berkerja menghasilkan coklat. Dan yang paling menarik pengunjung boleh rasa kesedapan coklat di sini atau membeli coklat sebagai ole-ole. Tiket masuk ke muzium ini juga percuma

Harga Yang Menarik @ Homestay Sunway Lagoon

kemudahan homestay sunway lagoon

Dengan hanya RM300 semalaman anda sekeluarga dapat menikmati sebuah penginapan yang tip-top dari segi lokasi dan kelengkapan fasilitinya.

Testimoni Pelanggan Homestay Murah Di Sunway Lagoon

testimoni homestay murah di sunway lagoon testimoni homestay murah di sunway lagoon testimoni homestay murah di sunway lagoon testimoni homestay murah di sunway lagoon testimoni homestay murah di sunway lagoon

Jom Ke Sunway Sekarang! Menginaplah di Homestay Murah Di Sunway Lagoon

Keseronokan bercuti di Sunway, Pertaling Jaya bukan sahaja dapat dinikmati dengan berjalan-jalan di kawasan sekitar, kerana bersantai di homestay ini juga pasti membuatkan hati anda tidak henti-henti teruja dengan dekorasi dalamannya dan pemandangan yang ditawarkannya. Sekali menginap di sini, penginapan lain lenyap dari fikiran. Homestay ini adalah definisi sebuah kesempurnaan, tak percaya? Apa kata anda cuba dulu.

HOMESTAY MURAH DI SUNWAY LAGOON | TERBAIK UNTUK FAMILY Hubungi: Tekan untuk telefon (019-6032292) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: Homestay Shah Alam Melaka & PD Instagram: @homestay_shahalam_melaka_pd

Alamat: Ridzuan Condo bBandar Sunway Jalan PJS 10/11 A Petaling Jaya, Selangor