Review
Dec 13, 2017, 5:26pm

Homestay Murah di Shah Alam


Shah Alam mempunyai banyak lokasi pelancongan yang boleh dikunjungi. Ada taman tema, pusat membeli-belah, taman rekreasi yang menarik disekitar bandaraya ini. Malah anda tidak perlu pergi jauh untuk menikmati keindahan alam semulajadi.

homestay-di-shah-alam

Bukan itu sahaja, bandar ini juga memiliki aset yang agak lengkap, banyak sekali tempat yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Di sebalik kepesatan pembangunan di bandar ini, anda dapat merasakan ketenangan dan keindahan pemandangan di sekeliling bandar, boleh dikatakan pembangunan di Shah Alam agak seimbang dari segi material dan alam semulajadi.

Mencari Penginapan Yang SELESA & BERSIH Untuk Percutian Anda Di Shah Alam?

Bagi yang mencari penginapan di shah alam, Homestay Byka Shah alam Vista Suites, yang terletak di seksyen 14, Shah Alam, iaitu di pusat bandar Shah Alam merupakan satu pilihan yang bijak. Ini kerana unit kami Vista Suites merupakan lokasi yang paling strategik di Shah Alam dan kawasan sekitarnya. Byka Vista Suites terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam dan sangat berdekatan dengan pusat rekreasi seperti Taman Tasik Shah Alam, Wet World Shah Alam, I-city, dan Extreme Park.

homestay-mewah-shah-alam
Homestay yang STRATEGIK di Tengah Bandar Shah Alam

Lokasi Homestay Shah Alam Vista Suites kami berdekatan dengan pusat konvension seperti IDCC (5minit pemanduan) dan SACC Convention Centre (walking distance). Bagi yang ingin mencari tempat penginapan yang berdekatan dengan hospital seperti DEMC Specialist (100m), KPJ Selangor Specialist (5.3KM) dan Hospital Shah Alam (6.3KM), Guesthouse Shah Alam vista suites adalah pilihan yang sangat sesuai dan strategik. Selain itu, lokasi penginapan mereka juga dekat dengan Stadium Shah Alam, Pusat Akuatik, Seksyen 7, Dataran Shah Alam dan banyak lagi (dalam 5-15minit perjalanan). Sekiranya ingin ke Sunway Lagoon Theme park, jarak dari penginapan kami di Shah Alam hanya 13.1KM sahaja melalui Lebuhraya persekutuan dan jika ingin ke Kuala Lumpur, Midvalley (20KM),Ikea Damansara (24KM) dan KLCC (25KM) sahaja.

lokasi-homestay-shah-alam-strategik

Selesa dan Murah Homestay Byka Vista Suites Shah Alam

Untuk penginapan di Shah Alam, homestay Byka vista suites menyediakan penginapan yang selesa dan pelbagai kemudahan untuk tetamu. Di Vista Suites, ada menyediakan penginapan untuk 50 – 60 orang dalam satu tempat dan satu masa. Makanan atau tempat makan menjadi faktor utama pemilihan homestay atau guesthouse.

homestay-bika-suite-shah-alam

Lokasi Yang Berhampiran Dengan Restoran Popular

Di guesthouse Shah Alam, terdapat pelbagai restoran yang ada di bawah tempat penginapan kami. Antaranya adalah restoran makanan indonesia, Makanan melayu, dan juga western food seperti Menate Steak House, Restoran Ehsan, Cibiuk, Vista Brasseries by Chef Zubir, Nasi lemak royale kedah, paramount Coffee house, Tu dia Pak tam dan pelbagai lagi jenis restaurant di sini.

restoren-terkenal-shah-alam (1) restoren-terkenal-shah-alam (2)

Lokasi Yang Berhampiran Dengan Kemudahan Awam Dan Pusat Membeli-belah

Selain daripada itu, di homestay byka shah alam juga terdapat farmasi, klinik, convenience store, kedai runcit dan juga bank yang menjadikan kawasan ini lengkap dengan pelbagai kemudahan. Jangan risau, pusat membeli belah juga turut berada di sekitar penginapan kami seperti SACC Mall, Aeon Mall Shah Alam, Giant, Tesco yang jaraknya dalam lingkungan 5 – 15 minit sahaja.  

pasaraya-aeon-shah-alam

Keselesaan Yang Sempurna Seperti Rumah Sendiri Di Homestay Byka Vista Shah Alam

Di Guesthouse Byka vista alam juga setiap unit lengkap dengan kemudahan seperti WiFi, penghawa dingin, water heater. Microwave, seterika, electric jug kettle turut kami sediakan sebagai kemudahan asas di setiap unit.

homestay-pilihan-shah-alam

Pelbagai Unit Pilihan Homestay Mengikut Tetamu Ditawarkan

Tidak kira sama ada anda bercuti secara berseorangan atau berkumpulan, di Byka Vista Shah Alam ada beberapa unit homestay yang sesuai untuk semua. Antara unit yang ada di Vista suites :

Unit Apartment 3 Bilik

unit-3-bilik-homestay-shaha-alam

  • Kami menyediakan penginapan Apartment 3 bilik di Homestay Shah Alam yang selesa untuk 8-10 orang di unit 3 bilik kami. Untuk unit ini di sediakan 2 katil Queen, 1 katil single 2 tingkat, dan 2 sofa bed dan 2 extra tilam single.

Unit Apartment 2 Bilik

unit-2-bilik-homestay-shah-alam

  • Untuk unit ini di sediakan 1 katil Queen, 2 katil single, dan 2 extra tilam single.

Studio Apartment with Living Hall

studio-apartmen-shah-alam

  • Untuk unit ini di sediakan 1 katil Queen, 1 Sofa bed, dan 1 extra tilam single.

Kemudahan Kelengkapan Alatan Rumah Yang Lengkap

Unit 1 bilik (hotel type with private bathroom)

Type 1 : 1 Queen Bed beserta aircond. Jangan risau kalau berfikir unit ini berkongsi dengan unit lain. Di unit ini, tidak berkongsi dengan mana-mana rumah. Sebab itu dinamakan hotel type. Selain itu, TV dan electric kettle, seterika turut di sediakan.

type-1-homestay-by-ika

Type 2:  Untuk unit ini, ia agak luas sedikit daripada unit type 1. Di unit ini, mereka menyediakan 1 queen bed dan turut menyediakan Sofa bed dan extra tilam untuk keselesaan tetamu. Selain itu, unit ini juga lengkap dengan peti ais, electric kettle, almari, iron, tv dan juga aircond. Dengan harga berpatutan dua unit ini amat sesuai untuk yang mencari unit bajet.

type-2-homestay-by-ika

Dorm+Stay Type (24 Guest)

Dorm + Homestay atau dipanggil DormStay kerana unit dormstay homestay shah alam ini, merupakan yang pertama seumpamanya di sekitar Shah Alam.  Di unit DormStay ini, mereka menyediakan kelengkapan katil khas untuk 24 orang tetamu yang mana, sekiranya anda ingin mencari penginapan untuk bilangan yang ramai, seperti 15-25 orang, sudah tidak perlu risau mencari kawasan berhampiran atau bersebelahan. Juga tidak perlu bersusah payah untuk membawa extra toto, atau extra foldable mattress untuk bilangan tetamu yang tidak mempunyai katil sendiri apabila menyewa homestay seperti di rumah atau apartment

dormstay-type-homestay-shah-alam

Antara kemudahan yang di sediakan adalah:

  • Unit lengkap dengan penghawa dingin.
  • 2 bilik air lengkap dengan pemanas dan 2 Toilet yang berasingan.
  • 20 Katil Single
  • Almari pakaian.
  • Sofa
  • Meja makan, pantry, Eletrik Kettle, microwave, Peti Ais, Pinggan dan mangkun turut disediakan.
  • Tuala ( Extra Charge)

Bersantai Di Kolam Renang Homestay Sambil Melihat Permandangan Yang Indah

homestay-dengan-kolam-renang

Keistimewaan jika anda menginap di Homestay ini selain ianya berada ditengah-tengah bandar Shah Alam adalah, di sini ada kolam renang yang menampakkan permandangan indah di sekitarnya. Sudah pasti membuatkan percutian anda begitu bermakna sekali sambil bercuti berehatkan diri sambil melihat permandangan yang begitu menenangkan.

Antara Tarikan Pelancong Di Shah Alam Yang Wajib Di Lawati

1. Taman Botani Shah Alam

Taman Botani Shah Alam

Apa yang menarik di Taman Botani Shah Alam adalah Rumah Iklim Sederhana Empat Musim yang mana di dalamnya terdapat bunga-bungaan yang ditanam dalam musim tertentu, musim-musim di rumah ini diubah setiap tiga bulan. Walaupun kita duduk di negara yang tidak mengalami perubahan musim, sekurang-kurangnya dapatlah anda merasa suasana yang berlainan semasa anda berada di sini. Terasa agak realistik dengan teknik pencahayaan dan wallpaper yang digunakan untuk memberikan efek yang bersesuaian dengan musim tersebut.

2. Taman Tema Air Wet World

Taman Tema Air Wet World

Taman tema air Wet World Shah Alam di mana anda sekeluarga dapat bermain air sepuas hati. Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti loker untuk menyimpan barang, tak perlulah anda bersusah hati fikirkan keselamatan barang-barang berharga anda. Kemudian, kalau dah penat mandi-manda, mesti terasa lapar kan? Ada beberapa pilihan gerai untuk anda membeli makanan di sini. Walaupun taman tema ini tidak sebesar Sunway Lagoon tapi ia tetap lengkap dengan segala kemudahan seperti pengering rambut, locker, tempat persalinan, gerai makanan dan sebagainya bagi memastikan masa anda disana seronok dan selesa.

3. Shah Alam Extreme Park

Shah Alam Extreme Park

Bagi yang suka akan aktiviti lasak, di sini adalah tempat yang sesuai untuk anda beraktiviti lasak seperti bermain basikal BMX, skateboard, wall climbing, futsal dan paintball. Memang syok untuk bersantai dengan kawan-kawan yang satu kepala sambil beraktiviti di sini.

Banyak  lagi tempat menarik yang ada di Shah Alam yang akan menjadikan percutian anda dan keluarga bermakna dan diingati sampai bila-bila

Booking Sekarang Homestay Byka Vista Murah di Shah Alam

Untuk makluman lanjut boleh terus hubungi :

Jom Tempah Homestay Byka Vista SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, Vista Alam, 40000 Shah Alam, Selangor

   
Jom Tempah Homestay Byka Vista SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Tempah Homestay Byka Vista SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: