Review
Jan 18, 2018, 10:54am

Homestay Murah di Pulau Pangkor Termasuk Sewa Kereta


Keindahan Pulau Pangkor yang terletak di daerah Manjung, Perak, pasti mengamit pengunjung yang mengimpikan suasana percutian ala perkampungan nelayan yang mendamaikan. Pulau yang terletak kira-kira 90 kilometer (km) dari barat daya Ipoh dan tujuh batu nautika dari Jeti Lumut ini memiliki sejarahnya tersendiri.

homestay murah dipulau pangkor 11

Dengan jarak perjalanan hanya sekitar tiga jam dari Kuala Lumpur, Pulau Pangkor, Perak pastinya lokasi paling strategik sekiranya anda hanya mempunyai tempoh yang pendek untuk bercuti merehatkan diri. Keindahan pantainya pasti mencuri tumpuan pencinta alam yang menginginkan suasana santai.

Homestay Murah D’Aina Homestay di Pulau Pangkor | Homestay Murah di Pulau Pangkor

homestay murah dipulau pangkor 12

Ramai yang ingin mencari kelainan semasa percutian. Bagi anda yang tinggal di bandar yang berjauhan dari laut, menginap di D’Aina Homestay merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan pasti tidak dapat dilupakan. Apa tidaknya, sewaktu anda telah keletihan dan ingin berehat setelah seharian berjalan, homestay ini memberi keselesaan yang cukup sempurna buat percutian anda. D’Aina Homestay Pulau Pangkor merupakan homestay jenis apartment dan turut menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Pulau Pangkor yang telah beroperasi hampir 3 tahun.

D’Aina Homestay Menyediakan Penginapan Yang Selesa Buat Anda Dan Keluarga | Homestay Murah di Pulau Pangkor

homestay murah di pulau pangkor

D’ Aina Homestay menawarkan penginapan yang selesa untuk pasangan atau keluarga yang ingin bercuti ke Pulau Pangkor. D’ Aina Homestay penginapan yang persis rumah anda sendiri. Ia satu-satunya homestay yang menawarkan pekej menarik iaitu penginapan yang selesa berserta kenderaan untuk memudahkan pergerakan anda seisi keluarga.

Lokasi D’ Aina Homestay Strategik Di Pulau Pangkor | Homestay Murah di Pulau Pangkor

homestay murah di pulau pangkor 08

Lokasinya D’ Aina Homestay yang terletak di Teluk Dalam, Pulau Pangkor juga amatlah strategik. Ianya terletak hanya 2km berhampiran dengan pantai Teluk Nipah yang memang menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Pulau Pangkor, 8km dari jetty dan bersebelahan dengan lapangan terbang Pulau Pangkor.

Lokasi Yang Berhampiran Dengan Kawasan Pelancongan Dan Kemudahan Awam | Homestay Murah di Pulau Pangkor

Jika anda menginap di  D’ Aina Homestay anda tidak perlu berlapar kerana di kawasan homestay ini mempunyai kedai makan yang tidak jauh dari kawasan. Di sini juga pelbagai menu berasaskan makanan laut segar dari bot nelayan boleh didapati. Jika mahukan menu yang ringan, pengunjung boleh memilih makanan popular penduduk Pangkor iaitu laksa mi atau lebih dikenali dengan nama ‘Laksa Mi Pangkoq’. Istimewanya, laksa mi tidak menggunakan mi biasa atau laksa tetapi mi yang diadun khas dan disertakan bersama sup jernih berasaskan ikan atau udang, sambal tumis merah, hirisan kacang panjang serta lobak masin. Selepas menjamu selera, pengunjung boleh melawat tempat peninggalan sejarah ratusan tahun lalu iaitu Kota Belanda dan Batu Bersurat di Kampung Teluk Gedung.

homestay murah di pulau pangkor 09

Selain itu, jika anda bercuti bersama keluarga,  D’ Aina Homestay ada menyediakan peralatan dan ruang masakan yang cukup selesa untuk anda memasak begitu juga dengan kemudahan lain seperti kedai runcit yang berhampiran dengan lokasi ini.

Keselesaan Yang Sempurna Seperti Rumah Sendiri D’Aina Homestay, Pulau Pangkor | Homestay Murah di Pulau Pangkor

homestay murah di pulau pangkor 07

Dengan 3 bilik tidur yang berkapasiti besar & sederhana mampu memuatkan antara 4 hingga 10 orang penghuni dalam satu-satu masa mengikut keselesaan anda. Tidak kira sama ada anda bercuti secara berseorangan atau berkumpulan anda boleh pilih sendiri jenis pakej yang sesuai dengan bajet percutian anda.

Antara Kemudahan Di D’ Aina Homestay:

  • Apartment tingkat 1
  • Mempunyai 3 bilik tidur
  • Bilik utama mempunyai 1 katil queen dan penghawa dingin
  • Bilik kedua mempunyai 2 katil bujang dan kipas angin
  • Bilik ketiga mempunyai katil bujang dan kipas angin
  • Mempunyai televisyen, astro njoi
  • Alatan memasak yang lengkap
  • Peti sejuk
  • Extra toto
  • Kerusi dan meja makan

1 rumah boleh memuatkan seramai 10 hingga 15 orang tetamu termasuk kanak-kanak.

homestay murah di pulau pangkor 01

Waktu Operasi  D’ Aina Homestay

Check in : 2.00 Petang
Check out : 12 Tengahari
Extra Hour : RM 30.00

Terma Dan Syarat Di D’ Aina Homestay

  1. Tetamu mestilah terdiri dari muslim sahaja
  2. Tidak boleh percampuran lelaki dan perempuan kecuali mempunyai hubungan kekeluargaan

homestay murah di pulau pangkor 02

Harga Cuti Sekolah D’ Aina Homestay

  1. Pakej A – 2H 1M + Kereta (Wira Auto) = RM 400
  2. Pakej B – 3H 2M + Kereta (Wira Auto) = RM 650
  3. Pakej C – 4H 3M + Kereta (Wira Auto) =RM 700

Harga Hujung Minggu Biasa  D’ Aina Homestay

  1. Pakej A – 2H 1M + Kereta (Wira Auto) = RM 350
  2. Pakej B – 3H 2M + Kereta (Wira Auto) = RM 500
  3. Pakej C – 4H 3M + Kereta (Wira Auto) = RM 600

Harga Hari Biasa (Isnin-Khamis) D’ Aina Homestay

  • Sewa Bilik Sahaja (max untuk 2 dewasa 1 kanak-kanak)
  • Aircond 2H 1M RM70
  • 3H 2M RM100Kipas angin 2H 1M RM50
  • 3H 2M RM90

(tidak valid untuk minggu cuti sekolah atau public holiday)

Promosi Awal Tahun 2018 Dan Hujung Minggu 2018 D’ Aina Homestay

  1. Pakej A – 2H 1M + Kereta (Wira Auto) = RM 300
  2. Pakej B – 3H 2M + Kereta (Wira Auto) = RM 400
  3. Pakej C – 4H 3M + Kereta (Wira Auto) = RM 500

D’ Aina Homestay Menyediakan Khidmat Kereta Sewa Di Pulau Pangkor | Homestay Murah di Pulau Pangkor

homestay murah di pulau pangkor 06

Pangkor adalah sebuah pulau yang kecil, malah anda sebenarnya boleh melawat ke semua tarikan Pangkor dalam masa setengah hari sahaja. Untuk menyeberangi pulau yang kaya dengan terumbu karang dan hidupan laut ini, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan feri di Jeti Lumut dan Jeti Marina Island. Sebaik sahaja mendarat di jeti utama, anda boleh mendapatkan kereta sewa untuk membawa anda mengelilingi Pangkor dengan kadar sewa yang murah.

Kereta Sewa Murah Di Pulau Pangkor

homestay murah di pulau pangkor 05

Selain menyediakan homestay yang selesa, D’ Aina Homestay juga ada menyediakan perkhidmatan sewa kereta murah yang boleh dipilih mengikut bajet anda. D’ Aina Homestay ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang termasuk dalam pakej yang telah dinyatakan seperti di atas. Sangat berbaloi untuk anda yang bercadang ke Pulau Pangkor dengan memilih perkhidmatan homestay dan kereta sewa di sini sudah pasti percutian anda menjadi lebih indah dan lengkap tanpa perlu bersusah payah mencari perkhidmatan kereta sewa yang sukar didapati disini.

homestay murah di pulau pangkor 13

Berjalan-Jalan Mengelilingi Pulau Pangkor Dengan Kereta Sewa D’Aina Homestay

Antara yang menjadi tarikan pelancong di Pulau Pangkor ialah Pantai Pasir Bogak, Pantai Teluk Nipah, Teluk Ketapang, Pantai Coral dan Pantai Puteri Dewi kerana bersih, indah dan tenang. Pantai terbabit juga menjadi tumpuan pengunjung untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti berkelah, berenang, menyelam dan memancing selain menaiki bot pisang, melihat matahari terbenam, menarik pukat bersama tekong, bermain bola tampar dan bola sepak pantai. Kebiruan air laut dan pasir putihnya menjadikan ia lokasi percutian paling digemari bukan hanya dalam kalangan penduduk setempat, malah luar daerah ini selain pelancong luar negara.

homestay murah di pulau pangkor 03

Pulau kecil itu juga mempunyai tarikan tersendiri kerana kegemaran penduduk setempat menjadikan ikan buntal sebagai hiasan rumah mahupun kedai. Jadi, jangan terkejut apabila anda melewati setiap rumah dan kedai di sepanjang pulau itu ikan buntal yang bukan dikategorikan ikan cantik banyak digantung dan ditiup angin laut. Dengan menaiki kereta sewa D’Aina Homestay, anda boleh menikmati percutian anda di Pulau Pangkor dengan tenang tanpa sebarang masalah malah, tidak mustahil untuk anda menghabiskan percutian anda disini dalam 1 hari sahaja.

Booking D’ Aina Homestay Sekarang!

Apa lagi? Marilah menginap di D’Aina Homestay sekarang. Tenangkan fikiran anda yang serabut dengan menikmati keindahan Pulau Pangkor yang terkenal dengan keindahan pantainya. Sekiranya anda bercadang untuk bermalam di Pulau Pangkor D’Aina Homestay adalah pilihan yang tepat.

homestay murah di pulau pangkor 12

Untuk pertanyaan dan tempahan, hubungi :

 

Jom Booking Homestay D Aina SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B-1, 6, Pangsapuri Damai, Teluk Dalam, 32300 Pulau Pangkor, Negeri Perak

   
Jom Booking Homestay D Aina SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Booking Homestay D Aina SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: