Review
Mar 5, 2018, 9:24am

Homestay Murah di Kulim


Jika anda sedang merancang percutian bersama keluarga ataupun rakan – rakan, anda pasti mahukan yang terbaik agar anda dapat menikmati percutian tersebut dengan sepenuhnya. Perkara pertama yang anda akan cari sekiranya anda mahu melawat tempat tersebut sudah semestinya tempat tinggal sementara agar anda dapat beristirehat sebelum meneruskan perjalanan atau pengembaraan anda di tempat tersebut. Maka, anda boleh memillih tempat penginapan yang anda rasakan boleh memberikan keselesaan kepada anda.

homestay murah di kulim

Dalam memilih tempat penginapan pula, terdapat pelbagai jenis tempat yang anda boleh sewa ketika anda berada di tempat tersebut. Pilihan popular yang ramai orang akan pilih adalah untuk menyewa hotel terdekat. Tetapi, jika anda mahukan pilihan yang terbaik untuk pemilihan tempat tinggal dengan pelbagai kemudahan dan juga selesa untuk didiami, anda boleh menggunakan perkhidmatan homestay. Anda boleh mengikuti tips – tips untuk memilih homestay yang terbaik seperti di bawah.

Tips Memilih Homestay Terbaik Di Kulim

Kulim, Kedah merupakan tempat yang menarik sekiranya anda mahu bercuti dan menikmati keindahan alam sekitar. Anda juga boleh melawat Hutan Rekreasi Sungai Sedim sekiranya anda peminat pengembaraan. Jika anda berada di kawasan Kulim, Kedah untuk tujuan – tujuan tersendiri termasuklah untuk bercuti, anda boleh melihat tips – tips yang bakal dikongsikan dibawah bagi mendapatkan homestay terbaik di kawasan Kulim.

review homestay murah di kulim

  • Lokasi Homestay

Pastikan anda mendapatkan lokasi homestay yang anda mahu sewa sebelum anda masuk ke homestay tersebut. Homestay yang terbaik adalah homestay yang berada di lokasi – lokasi strategik dan anda boleh mendapatkan akses untuk kemudahan asas seperti akses ke pusat bandar, kedai makan dan sebagainya. Homestay yang mempunyai lokasi yang strategik akan memudahkan anda untuk mendapatkan percutian yang terbaik tanpa memerlukan anda untuk menghadapi masalah – masalah seperti sesat atau kesesakan lalu lintas.

lokasi homestay murah di kulim

  • Harga Yang Ditawarkan

Anda akan menyewa sebiji rumah yang boleh memuatkan sehingga 10 orang pada satu – satu masa jadi harga sewaan yang terbaik adalah RM150.00 – RM 300.00 sehari. Cari homestay yang menawarkan kadar sewaan seperti ini agar anda tidak perlu membazir wang terlalu banyak untuk penginapan. Pastikan kos untuk sewaan homestay tidak membebani anda dan keluarga agar anda boleh menggunakan wang tersebut di kemudian hari. Anda juga boleh membuat perbandingan harga sebelum menyewa homestay yang diingini.

harga homestay murah di kulim

  • Kemudahan Dan Kapasiti

Anda juga boleh meminta tuan rumah homestay untuk memberikan kemudahan – kemudahan yang disediakan di dalam rumah tersebut agar anda boleh memilih homestay yang terbaik. Selain itu, pastikan juga anda bertanyakan tentang had kapasiti orang yang boleh menduduki homestay tersebut agar anda tidak perlu bersesak di dalam rumah dan juga boleh menikmati percutian anda dengan selesa.

kemudahan di homestay murah di kulim

Kemudahan yang disediakan akan memudahkan urusan anda ketika bercuti jadi pastikan tuan rumah ada menyediakan sekurang – kurangnya salah satu kemudahan berikut; seterika, mesin basuh, dan juga peralatan memasak. Perkara – perkara ini adalah penting agar anda tidak perlu membawa terlalu banyak barangan dan juga boleh mencuci baju untuk digunakan ketika percutian anda.

  • Hubungi Pemilik Homestay

Anda perlu menghubungi pemilik homestay agar anda boleh berbincang lebih lanjut tentang harga yang ditawarkan serta pelbagai lagi perkara seperti kemudahan – kemudahan yang disediakan serta perkhidmatan yang ditawarkan. Ini boleh membuatkan anda merasa lebih yakin untuk menyewa di homestay yang dipilih dan juga untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang homestay tersebut. Anda juga boleh betanyakan tentang diskaun sekiranya anda mahu berada di homestay tersebut dalam waktu yang agak lama.

hubungi homestay murah di kulim

  • Bandingkan Homestay Yang Dipilih

Anda perlu memilih lebih daripada satu homestay yang berada di kawasan yang anda mahu lawati agar anda dapat membuat perbandingan antara homestay – homestay tersebut. Perkara pertama yang anda boleh lihat adalah harga yang ditawarkan adalah mengikut budget anda dan kemudian anda boleh bandingkan kemudahan yang disediakan dan juga lokasi homestay tersebut. Pastikan anda memilih homestay yang mengikut cita rasa anda serta mengikut bajet ya!

perbandingan homestay murah di kulim

  • Keselesaan Homestay

Anda boleh melihat keselesaan homestay yang anda pilih dengan melihat gambar – gambar yang disediakan oleh pemilik homestay tersebut. Keselesaan homestay pasti akan terlihat melalui gambar – gambar tersebut. Keselesaan dalaman dan juga kawasan persekitaran adalah penting untuk mendapatkan istirehat yang terbaik. Jika anda mempunyai saudara terdekat, anda boleh meminta tolong mereka untuk melihat homestay tersebut sebelum anda menempah. Anda juga boleh memilih homestay yang berhawa dingin.

homestay murah dan selesa di kulim

  • Kenalpasti Jumlah Deposit

Ada sesetengah pemilik homestay yang memerlukan anda untuk membayar deposit agar anda dapat menempah homestay yang anda mahukan dengan tempoh yang lebih awal. Deposit juga adalah penting untuk memastikan anda mahu menempah homestay tersebut dan tidak meninggalkan homestay tersebut begitu sahaja. Jadi, anda boleh menghubungi pemilik homestay tersebut untuk memastikan jumlah deposit yang diperlukan agar anda boleh menempah homestay mereka.

homestay bajet murah di kulim

Homestay Kulim (Homestay Murah Di Kulim)

penginapan homestay murah di kulim

Untuk anda yang masih tercari – cari homestay yang terbaik untuk anda menginap di Kulim, apa kata anda dapatkan perkhidmatan Homestay Kulim? Mereka menyediakan pelbagai jenis kemudahan dan juga lokasi yang strategik untuk anda menikmati keindahan alam semulajadi serta mendapatkan akses ke pekan Kulim. Dengan hanya RM 250.00 semalam, anda boleh mendapatkan penginapan bertaraf  4 bintang. Selain itu, anda juga boleh menyewa bilik dengan kadar RM 80.00 – RM 120.00 sehari.

 pandangan depan homestay murah di kulim

Apa yang lebih membuatkan Homestay Kulim ini berbaloi untuk disewa adalah harga juga boleh dirunding sekiranya anda menyewa lebih dari 3 hari. Homestay ini juga pernah dijadikan sebagai tapak untuk kenduri perkahwinan / gathering dan penginapan. Jadi, jika anda mempunyai majlis penting seperti majlis kenduri kahwin untuk seribu tetamu, birthday ataupun reunion, anda boleh menggunakan Homestay Kulim kerana ia mempunyai bangunan berlantai kosong di bahagian belakang untuk pelbagai aktiviti.

bahagian perkarangan homestay murah di kulim

Lokasi Homestay Kulim adalah amat strategik dan berdekatan dengan pelbagai tempat untuk memudahkan urusan anda ketika berada di Kulim. Antara lokasi berdekatan dengan Homestay Kulim adalah;

  • Bersebelahan Kolej Vokasional Kulim, Kolej Mara, Maktab Rendah Sains Mara (polis) dan PGA Kulim.
  • Pekan Kulim dan Tesco (2km)
  • Kulim Landmark/Giant (3km)
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan UNIKL (7km)
  • Pasar malam Taman Selasih (6km) Jumaat. Kilang Lama Ahad dan Khamis
  • Kulim Golf and Country Resort (8km)
  • Hutan Lipur Sedim -22km
  • Hutan Lipur Junjung -12km

bilik homestay murah di kulim

Mereka juga ada menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda gunakan ketika anda berada di dalam homestay tersebut. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah;

  • Master bedroom : dilengkapi pendingin udara, tandas dan mandian air panas.
  • Bilik kedua : berhawa dingin kipas.
  • Bilik ketiga : Katil berkembar & kipas siling.
  • Bilik keempat: Pendingin hawa, katil berkembar, kipas bantal dan selimut.
  • Ruang tamu : Pendingin hawa, set sofa, kipas siling, seterika dan TV 29 inci
  • Dapur : Meja makan, dapur untuk memasak, alatan memasak periuk, kuali, peti ais, cerek elektrik dan juga periuk nasi elektrik.
  • Mesin basuh automatik di porch.
  • Parking berbumbung 3 kereta
  • Parking di luar : 8 kenderaan
  • Bangunan belakang berlantai kosong utk pelbagai aktiviti size 40′ x 14′

Kenapa Anda Perlu Menyewa Homestay Kulim?

pilihan homestay murah di kulim

Homestay Kulim mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh memberikan manfaat kepada anda. Homestay ini adalah homestay terbaik di kawasan Kulim dan antara kelebihan – kelebihan yang anda boleh dapati sekiranya anda mahu menyewa Homestay Kulim adalah;

  • Pelbagai Kemudahan Disediakan

Homestay Kulim menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda dan juga keluarga agar anda dapat menikmati percutian yang selesa dan juga mudah. Kemudahan di dalam homestay ini juga adalah bebas untuk anda gunakan. Peralatan seperti TV, mesin basuh dan seterika boleh menjamin anda untuk berasa seperti berada di dalam rumah sendiri.

kemudahan homestay murah di kulim

  • Lokasi Yang Strategik

Lokasinya yang strategik dan berdekatan dengan pelbagai tempat adalah salah satu sebab kenapa anda perlu memilih untuk menyewa dengan Homestay Kulim. Anda boleh mendapatkan akses ke pusat bandar dan juga pusat membeli – belah yang terletak hanya 2 kilometer daripada rumah anda. Selain itu, anda juga boleh menikmati keindahan alam dengan melawat hutan lipur Sedim yang terletak 22 kilometer dari homestay anda serta hutan lipur Junjung yang berada 12 kilometer dari homestay tersebut.

lokasi homestay strategik di kulim

  • Harga Yang Berpatutan

Sememangnya perkara pertama yang anda lihat sebelum menyewa homestay adalah harga yang ditawarkan. Dengan hanya RM 250.00 sehari, anda boleh mendapatkan sebuah rumah hanya untuk anda dan keluarga. Anda juga boleh menyewa bilik daripada Homestay Kulim dan harganya adalah bergantung kepada jenis bilik yang anda sewa. Harga juga boleh dirunding sekiranya anda menyewa lebih dari 3 hari. Pastinya Homestay Kulim adalah pilihan yang terbaik.

homestay di kulim harga berpatutan

  • Boleh Digunakan Untuk Pelbagai Majlis

Homestay Kulim juga bukan sahaja boleh digunakan untuk percutian anda bersama keluarga, malah anda juga boleh menggunakan homestay tersebut sebagai tempat untuk melangsungkan majlis – majlis penting anda. Hal ini kerana, mereka ada menyediakan bangunan kosong di belakang untuk anda melangsungkan majlis. Jadi, jika anda mahu melangsungkan majlis perkahwinan, anda boleh menggunakan Homestay Kulim sebagai tempat pilihan anda.

sewa homestay murah di kulim untuk majlis perkahwinan

  • Homestay Yang Selesa

Homestay yang luas dan mempunyai pelbagai kemudahan sudah pasti akan memberikan keselesaan untuk anda dan Homestay Kulim mempunyai ciri – ciri berikut. Dengan 4 bilik tidur dan juga ruang tamu yang luas, ditambah pula dengan bilik yang dilengkapi penghawa dingin, sudah semestinya anda mahu menggunakan perkhidmatan Homestay Kulim.

ruang homestay murah dan selesa di kulim

Testimoni Homestay Kulim

menghadiri majlis perkahwinan di kulim

Majlis perkahwinan yang gilang – gemilang yang berlangsung di Homestay Kulim

homestay murah dan terbaik di kulim

Homestay Kulim terbaik!

ruang tamu selesa di homestay di kulim

Ruang yang selesa untuk anda dan keluarga

Tempah Penginapan Anda Bersama Homestay Kulim Sekarang!

Anda boleh mendapatkan penginapan bertaraf 4 bintang sekiranya anda menyewa bersama Homestay Kulim, jadi anda boleh menghubungi talian dan juga info di bawah untuk menempah Homestay Kulim;

HOMESTAY UMI NASARUDDIN | HOMESTAY MURAH DI KULIM
Hubungi: Tekan untuk telefon | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: @homestaykulimumminasarudin
Blog: http://uminasarudinhomestay.blogspot.my

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: