Review
Feb 7, 2018, 10:34am

Homestay Murah di Kuala Kedah RM250/Semalam, Singgah Dulu Sebelum P Langkawi


Negeri Kedah digelar sebagai negeri Jelapang Padi kerana kehidupan rakyat negeri ini lebih tertumpu dalam sektor pertanian seperti penanaman padi dan penghasilan beras. Bagi anda yang dah masak dengan kehidupan di kota, datanglah ke negeri di utara semenanjung Malaysia ini untuk melegakan minda dan badan. Suasana desa yang indah, sawah padi yang terbentang luas dan alam semulajadi yang tidak terganggu oleh sebarang pencemaran ini dapat memberikan anda sekeluarga pengalaman percutian yang mendamaikan jiwa.

panduan mencari homestay murah di kuala kedah

Terdapat banyak tempat menarik di Kedah untuk di lawati jika bercuti di jelapang padi ini. Anda memerlukan lebih kurang seminggu percutian jika ingin melawat ke semua destinasi menarik di Kedah. Sesetengah tempat perlancongan memerlukan anda bermalam di situ. Manakala, di sesetengah daerah pula banyak tempat menarik yang harus anda kunjungi. Jadi, jika anda bercadang untuk bercuti ke Kedah, pastikan perancangan anda di rancang dengan teliti. Bagi anda yang merancang untuk bercuti ke sini, pasti mencari tempat penginapan yang selesa bukan?

Cinta Homestay, Homestay termurah di Kuala Kedah

Terkenal dengan jolokan Negeri Jelapang Padi, maka tidak hairan Kedah mempunyai lanskap geografi seperti hamparan permaidani berwarna hijau yang begitu indah. Perubahan musim akan memberikan pemandangan yang berbeza semasa musim menuai padi dan menanam padi. Bagi anda yang menginginkan perbezaan percutian apa kata menginap di Cinta Homestay. Cinta homestay dibina betul-betul dalam bendang. Seakan namanya suasana bila duduk di sini memang gemalai rasa di jiwa. Tengoklah pemandangan cantik dan tenangkan jiwa ni.

cinta homestay pilihan homestay murah di kuala kedah

Suasana Kehijauan Padi Di Cinta Homestay Menggamit Memori

Pernahkah anda membayangkan berada di sebuah rumah di tengah-tengah sawah padi yang menghijau sambil dibelai oleh tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang cukup mendamaikan jiwa. Bayangkan pula anda bersantap di bawah pohon-pohon merimbun sambil melihat sawah padi yang terbentang luas dan dihiburkan pula dengan kicauan unggas. Sesekali kedengaran pula bunyi air berkocak apabila ikan-ikan di kolam melompat-lompat di gigi air.

homestay murah di kuala kedah

Penginapan Yang Mendamaikan Di Cinta Homestay, Kuala Kedah

Pemandangan yang mengasyikkan dan kedamaian yang menanti anda ini bukan khayalan, sebaliknya boleh dinikmati jika anda menginap di Cinta Homestay. Bagi warga kota yang tidak pernah merasai pengalaman sebegitu, kini anda tidak perlu membayangkannya lagi, sebaliknya boleh merasainya sendiri dengan menginap di Cinta Homestay. Kedamaian itu menanti anda hanya kira-kira tiga jam memandu dari ibu kota.

bahagian hadapan homestay murah kuala kedah

Persekitaran Yang Tenang Di Cinta Homestay, Kuala Kedah

Bagi mengelakkan kawasan tersebut terlalu panas, kawasan rumah ada beberapa buah pokok rendang yang juga akan membolehkan pengunjung berehat di pondok yang disediakan. Bagi menjadikan percutian pengunjung lebih menyeronokkan, Cinta Homestay juga berdekatan dengan sungai  bagi pengunjung yang gemar memancing bolehlah membuat aktiviti bersama keluarga. Sungai tersebut dipenuhi dengan ikan seperti keli sawah, limbat, puyu dan kapar yang pastinya enak dijadikan hidangan.

persekitaran semula jadi di homestay kuala kedah

Cinta Homestay Menghadap Sawah Padi

Keindahan dan keluasan sawah padinya yang terbentang luas sentiasa menarik pengunjung tidak kira masa. Suasana desa yang menghijau dengan keindahan alam semulajadi adalah anugerah yang tidak ternilai untuk ditatapi. Di Cinta Homestay, buka sahaja pintu hadapannya, anda sudah boleh melihat suasana luas permandangan sawah padi. Tinggalkan sebentar kerungsingan anda di bandar dan nikmati percutian yang menenangkan di Cinta Homestay.

homestay menghadap sawah padi di kuala kedah

Cinta Homestay Mampu Memuatkan 30 Orang Pada Satu Masa

Sekiranya anda bercuti dalam kumpulan yang besar contonya mempunyai anak yang ramai, atau bercuti bersama keluarga adik beradik lain yang tinggal berjauhan, dapat berbual-bual, catching up dan meluangkan masa bersama sangat bermakna. Kapasiti di Cinta Homestay yang besar hingga boleh memuatkan seramai 30 orang lebih menguntungkan jika anda bercuti secara berkumpulan atau bersama keluarga. Keluasan di ruangan tamunya membolehkan tetamu yang hadir dapat beristirehat dengan selesa sekali.

homestay mampu memuatkan 30 orang dalam satu masa di kuala kedah

Ruangan Memasak Yang Selesa Di Cinta Homestay, Kuala Kedah

Antara ciri-ciri homestay yang paling digemari pelancong adalah yang mempunyai kemudahan seperti ruang memasak. Di Cinta Homestay sudah pastinya mempunyai ruang memasak yang cukup luas untuk anda ‘rewang’ bak kata orang jawa. Ruang dapur di Cinta Homestay mempunyai dapur masak, alatan memasak, peti sejuk, mesin basuh dan pinggan serta cawan turut di sediakan untuk tetamunya.

ruang dapur besar homestay murah di kuala kedah

Bilik Yang Bercirikan Mewah Di Cinta Homestay

Selain rumah yang selesa, bilik yang menenangkan juga antara ciri-ciri yang dapat memberi impak pada percutian seseorang. Setelah penat memandu dari tempat jauh untuk menuju ke destinasi percutian sudah semestinya suasana bilik yang selesa dapat membuatkan badan dapat berehat dengan baik. Suasana bilik di Cinta Homestay sangat simple dan dilengkap dengan penghawa dingin untuk menambahkan lagi keselesaan tetamunya.

bilik yang mewah homestay di kuala kedah

Antara kemudahan lain di Cinta Homestay, Kuala Kedah

  • Pinggan Mangkuk
  • Rice Cooker
  • Meja makan
  • kelengkapan memasak
  • Peti Sejuk
  • Mesin Basuh Automatik
  • Sabun Mandi
  • Iron, Iron Board
  • Sejadah
  • Televisyen
  • Penghawa dingin
  • Pemanas air

kemudahan ruang tamu homestay murah di kuala kedah kemudahan tandas homestay murah di kuala kedah

Kelebihan Tinggal Di Cinta Homestay, Kuala Kedah

Menginap di Cinta Homestay pasti akan meninggalkan kenangan manis buat anda yang bercuti di sini. Dengan suasana yang jauh dari bunyi kenderaan yang bising, bebas dari zon asap yang tebal, digantikan dengan suasana perkampungan yang cukup mendamaikan disini. Hanya bunyi angin yang sepoi-sepoi bahasa mengindahkan percutian anda. Hilang segala stress di kotak fikiran anda bila bercuti di sini.

kelebihan homestay di kuala kedah

Cinta Homestay Di Kuala Kedah Serendah RM250 Sahaja

Sudahlah cantik dengan permandangan kampung yang tidak puas mata memandang, harga yang ditawarkan di Cinta Homestay juga sangat murah iaitu serendah RM250 sahaja. Pakej yang sangat lengkap jika anda menginap di Cinta Homestay ini. Rumah yang begitu selesa, permandangan yang memukau, malah murah pulak tu.

suasana homestay di kuala kedah

Berita Baik! Promosi Di Cinta Homestay Bermula Hari Ini

Promosi Cinta Homestay

  • RM250/Night Untuk Homestay
  • RM450/Night Untuk Sewaan Majlis Tunang, Nikah, Birthday  etc.

promosi homestay di kuala kedah

Promosi Tambahan Sehingga Hujung Tahun Di Cinta Homestay

Tidak cukup dengan itu, anda juga dihidangkan dengan menu ala kampung sebenar seperti masak lemak keladi, ikan puyu goreng berlada, ikan bakar bersama air asam dan juga ulam-ulaman segar jika mengambik pakej ini. Antara menu yang disediakan :

  • Gulai Ikan Termenung Viral Kuala Kedah.
  • Sayur Campur.
  • Ulam/Sambal/Belacan
  • Ikan Pekasam/Ikan Kering
  • Buah

Pelanggan Yang Booking Minimum 4Hari 3Malam Akan Mendapat Pakej Makan 1x Untuk 10 Orang!!

hidangan untuk homestay kuala kedah

Lokasi Yang Berhampiran Dengan Kedai Makanan Yang Popular Di Kuala Kedah

Selain itu, homestay ini juga berdekatan sahaja dengan lokasi makanan yang popular di Kuala Kedah seperti di Laksa Sekoq. Bagi penggemar laksa, anda wajib cuba makan kat kedai Laksa Ikan Sekoq kat Alor Setar ni. Memang sedap dan yang bestnya kuah dan laksa boleh tambah-tambah. Memang terbaiklah! Apa yang best pasal laksa ikan sekoq ini adalah setiap hidangan siap pakej dengan sekor ikan kembong. Kuah laksanya memang sangat-sangat sedap dan tak rugi kalau mencubanya. Selain laksa, kedai laksa ikan sekoq ini juga ada hidangan lain seperti jagung bakar, cendol pulut, cendol, rojak buah dan ABC.

laksa kedah terbaik berhampiran cinta homestay di kuala kedah

Cinta Homestay Tempat Persinggahan Terbaik Buat Anda

Melancong ke sesebuah negeri tidak akan bermakna sekiranya tidak menjejakkan kaki di tempat-tempat menarik di negeri tersebut. Ia memberi makna sebenar kepada anda apabila dapat mengenali warisan budaya serta masyarakat setempat dengan lebih dekat seperti percutian ke Alor Setar, Kedah. Setelah penat memandu apa kata singgah dahulu di Cinta Homestay sebelum memulakan kembali perjalanan ke Langkawi yang begitu popular dan banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di sana.

persinggahan terbaik di homestay kuala kedah sebelum ke langkawi

Booking Segera Cinta Homestay – Homestay Murah di Kuala Kedah, Sekarang!

Alami pengalaman percutian yang menyeronokkan di Cinta Homestay Kuala Kedah Terokai suasana permandangan kampung halaman dengan suasana kehijauan sawah padi dan sungai serta menerokai pelbagai tempat menarik yang pasti menggamit memori anda di zaman kanak-kanak.

cinta homestay kuala kedah

 

Jom Booking Homestay Kuala Kedah Untuk Hujung Minggu SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Cinta Homestay Kuala Kedah, Kg.permatang Junainah,06600 Kuala Kedah

   
Jom Booking Homestay Kuala Kedah Untuk Hujung Minggu SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Booking Homestay Kuala Kedah Untuk Hujung Minggu SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: