Bagi penduduk – penduduk negara Malaysia, Pulau Langkawi sudah semestinya dikenali ramai dan mendapat tempat di hati mereka. Dengan populasi sebanyak 64, 792 orang dan dikelilingi oleh 99 pulau yang lain, Pulau Langkawi juga dikenali sebagai pulau bebas cukai di mana anda dapat membeli – belah dengan harga yang murah dan berpatutan. Jika disebut sahaja Pulau Langkawi, pasti ada yang akan membayangkan set pinggan mangkuk dan juga coklat yang harganya jauh lebih murah daripada kedai – kedai di tempat tinggal anda. Nama gelaran Langkawi adalah Permata Kedah kerana tempatnya yang menarik serta menjadi tarikan pelancong bukan sahaja pelancong tempatan malahan pelancong asing juga turut menjadikan Langkawi sebagai tempat lawatan mereka.
Kompleks HIG antara tempat pilihan memborong pinggan mangkuk dan coklat murah
Pulau ini bukan sahaja syurga membeli – belah kepada kaum wanita, ia juga merupakan salah satu tempat yang wajib dimasukkan ke dalam senarai tempat untuk dilawati kerana Pulau Langkawi mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk anda bercuti samaada bersorangan mahupun bersama rakan dan keluarga. Dengan tempat yang dipenuhi pelbagai sejarah seperti legenda Mahsuri dan juga pantai – pantai yang indah serta menenangkan, anda boleh menghilangkan tekanan dengan menjadikan Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan anda yang seterusnya. Saya akan senaraikan lima tempat menarik di Pulau Langkawi yang anda boleh lawati untuk menjadikan percutian anda yang seterusnya lebih menarik dan memuaskan hati.
Pekan Kuah merupakan tempat ketibaan feri di Pulau Langkawi. Jadi, anda akan menemui pekan Kuah terlebih dahulu ketika anda menjejakkan kaki anda di Pulau Langkawi.
Pantai yang berada di pekan utama Pulau Langkawi ini agak berlumpur dan tidaklah begitu menarik untuk dilihat, tetapi pekan Kuah adalah tempat yang terbaik bagi anda yang tidak sabar untuk membeli – belah dan juga melihat barang – barang yang dijual secara bebas cukai. Kebanyakan barang seperti minyak wangi, coklat yang berjenama seperti Daim dan Cadbury serta tembakau dan juga rokok yang murah.
Pantai Cenang boleh dikategorikan sebagai pantai yang popular di kalangan para pelancong. Ia mendapat sambutan yang tinggi dan juga sibuk pada waktu siang mahupun di tengah malam.
Ramai pelancong dan juga orang tempatan gemar melawat tempat ini dan juga bersiar – siar kerana pantainya yang tenang dan terdapat pelbagai tempat yang menyediakan makanan yang enak untuk anda menkmatinya. Salah satu tempat makanan yang anda boleh cuba adalah seafood di mana makanan lautnya adalah segar dan anda boleh makan sambil melihat pemandangan pantai yang indah. Pantai Cenang juga menawarkan aktiviti lasak seperti parasailing dan juga menaiki jet ski.
Terletak di Pantai Kok, Gunung Mat Cincang merupakan tempat yang diminati ramai kerana gunung ini adalah rumah kepada kereta kabel yang berada 709 meter dari aras laut.
Sekiranya anda mahukan pemandangan Pulau Langkawi dengan jelas, anda boleh cuba untuk menaiki kereta kabel ini di hari yang cerah. Jika cuaca ketika anda menaiki kereta kabel ini sangat baik, anda juga boleh melihat bahagian selatan Thailand dan sekiranya cuaca adalah mendung, anda dapat menikmati pemandangan hutan yang berkabus dan indah.
Bagi anda yang datang ke Langkawi dengan satu tujuan utama untuk membeli – belah, maka anda boleh ke Langkawi Parade Megamall. Pasti anda akan rambang mata dengan pelbagai pilihan barang – barang yang ditawarkan termasuklah barang tempatan dan juga barang yang berjenama seperti Guess, Body Glove, Vincci dan Hurley.
Terdapat lebih 40 kedai bebas cukai yang berada di dalam pusat membeli – belah tiga tingkat ini. Setelah anda penat berjalan, anda boleh teruskan untuk makan di foodcourt yang disediakan di mana makanan tradisional mahupun makanan luar seperti makanan western, arab dan juga india boleh didapati di sini. Anda boleh menikmati makanan secara baik dengan tempat duduk serta rekabentuk yang selesa.
Jika anda mahukan pantai yang lebih tenang dan juga tidak terlampau sesak dengan orang lain, anda boleh melawat Pantai Pasir Hitam yang berada berdekatan dengan Pantai Rhu.
Pantai ini merupakan tempat yang lebih tenang tanpa hiruk – pikuk manusia dan anda boleh datang ke sini dengan hanya memandu selama 20 minit dari kereta kabel yang terletak di Gunung Mat Cincang. Walaupun namanya ialah Pantai Pasir Hitam, pasir yang berada di pantai ini adalah campuran antara pasir putih dan juga pasir hitam dan ini memberikan tempat ini kelihatan lebih menarik dan unik dari pantai – pantai yang lain.
Rooftop Cafe merupakan tempat yang sesuai bagi anda yang mahu merasa makan sambil melihat pemandangan Pulau Langkawi dari bahagian atas seperti Pantai Cenang dan Pantai Andaman.
Ia berada di atas Royal Agate Beach, di mana makanan yang disajikan adalah lebih kepada jenis western dan harganya bermula dari RM20 untuk buffet sarapan dan makanan tengahari seperi New Zealand Sirloin Steak yang berharga RM 38. Tempatnya dihiasi dengan pelbagai bantal yang berwarna – warni dan tempat permainan kanak – kanak juga disediakan dan ia memberikan perasaan yang relaks kepada sesiapa yang mengunjungi kafe ini.
Percutian anda di Langkawi haruslah ditemani bersama tempat tinggal yang selesa dan juga bersih. Jadi, anda boleh memilih Langkawi Eagle Homestay bagi tempat tinggal anda selama berada di Pulau Langkawi. Homestay ini disewa dengan harga yang berpatutan dan anda boleh melihat kemudahan yang diberikan seperti yang disenaraikan di bawah;
Homestay ini mempunyai empat bilik tidur dan setiap bilik tidur dilengkapi dengan katil,bantal dan juga selimut. Jadi, anda tidak perlu risau jika anda mebawa keluarga yang besar ketika anda ke Pulau Langkawi
Bilik 1
Bilik 1
1 katil queen
4 bantal
1 selimut
Bilik 2
Bilik 2
1 katil queen
4 bantal
1 selimut
Bilik 3
Bilik 3
1 katil queen
4 bantal
1 selimut
Bilik 4
Bilik 4
1 katil queen
4 bantal
1 selimut
*Free tilam tambahan*
1 tilam queen
2 tilam bujang
4 bantal
**Penghawa Dingin di semua bilik
Anda juga akan disediakan dengan pelbagai kemudahan yang lain dan lengkap supaya memudahkan anda ketika tinggal di dalam homestay ini. Kemudahan – kemudahan yang disediakan juga mengambil berat tentang bayi dan anda dapat melihat kemudahan itu seperti yang disenaraikan di bawah
Malah Eangle Homestay Langkawi menyediakan 8 helai tuala mandi, 2 buaian bayi dan juga besen mandian untuk bayi. Kemudahan WIFI juga disediakan secara percuma tanpa had.
Kebanyakan homestay adalah sama sahaja, tetapi apa yang membuatkan Langkawi Eagle Homestay lebih menarik adalah lokasinya yang strategik dan berhampiran dengan pelbagai tempat tarikan pelancong dan juga kemudahan untuk mendapatkan tempat makan dan pusat membeli – belah. Ia juga merupakan homestay yang bersih dan selesa untuk didiami. Di bawah adalah senarai – senarai tempat yang berdekatan dengan Langkawi Eagle Homestay;
Ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Langkawi Eagle Homestay di mana 98% memuji dan berpuas hati dengan kebersihan dan keselesaan Langkawi Eagle Homestay. Homestay yang luas dan pelbagai kemudahan yang disediakan telah menambat hati pelanggan yang menggunakan Langkawi Eagle Homestay sebagai pilihan mereka untuk dijadikan sebagai tempat tinggal ketika mereka berada di Pulau Langkawi.
Homestay yang kemas, bersih dan selesa. Setiap pelanggan akan diberikan homestay yang terbaik untuk memastikan mereka gembira ketika masuk ke dalam homestay ini.
Dah ramai yang berpuas hati dengan homestay yang disewa, bila lagi anda mahu mencubanya sendiri?
Satu lagi testimoni yang menunjukkan para pelanggan suka sangat dengan homestay yang diberikan kepadanya. Beliau sangat berpuas hati sehingga kalau boleh dia akan menyewa lagi ketika datang ke Pulau Langkawi.
Untuk baca lebih banyak testimoni, boleh rujuk di link di bawah.
—>> Komen Pelanggan Homestay Chalet D’Langkawi
Anda perlu menempah penginapan anda bersama Langkawi Eagle Homestay dengan awal kerana homestay ini mendapat tempat di hati ramai pelanggan. Jika anda terlewat, anda mungkin tidak dapat menempahnya. Jadi, tempah sekarang dengan menghubungi mereka seperti talian – talian berikut;
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang