Review
Jan 18, 2018, 3:00pm

Homestay Murah Di Kota Bharu Pasir Pekan | Sewa Serendah RM70


Homestay adalah istilah yang kerap kita dengar pada zaman sekarang. Ia merupakan rumah yang menyediakan keseluruhan ruang termasuk bilik untuk disewakan kepada orang luar, pelawat mahupun pelancong. Fokus bagi pengusaha homestay adalah tidak lain untuk menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah kawasan. Ada kalanya, lokasi hotel sangat jauh daripada tempat yang dituju. Maka, tidak hairanlah jika homestay menjadi salah satu pilihan yang ada selain hotel, resort, chalet dan seumpamanya.

homestay murah di kota bharu 02

Sedikit Informasi Berkenaan Pasir Pekan Kota Bharu

Jika kita menyingkap sedikit informasi berkenaan Pasir Pekan di Kota Bharu ini, sebenarnya ia mempunyai cerita yang sangat menarik. Pasir Pekan adalah salah sebuah pekan yang berada di bawah Jajahan Tumpat yang termasuk antara 10 jajahan pentadiran Negeri Kelantan.

homestay murah di kota bharu 04

9 jajahan lain yang berada di bawah pentadbiran Negeri Kelantan ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Jajahan Tumpat ini merupakan lokasi yang paling strategik kerana terletak di hujung Landasan Pantai Timur. Ia dikenali sebagai pusat pengangkutan utama di Negeri Kelantan.

Antara Tempat Menarik Di Pasir Pekan Kota Bharu

Makam Tok Janggut Dari Pasir Puteh

Siapa yang tidak mengenali Tok Janggut yang berasal dari Pasir Puteh yang telah gugur ketika menentang kezaliman pihak British. Tok Janggut atau nama sebenar beliau Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas dikatakan mempunyai pertalian dengan Sultan Muhammad ke-4. Beliau telah terbunuh semasa peristiwa mengenakan cukai oleh pihak British ketika itu.

homestay murah di kota bharu 05

Beliau merupakan tokoh agama yang mendapat pendidikan di Mekah dan beliau dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut sehingga ke paras dada. Banyak peristiwa berlaku di zaman beliau termasuklah dituduh sebagai penderhaka sehingga beliau dibunuh dan mayatnya digantung selama beberapa hari di hadapan istana sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Perjuangan Tok Janggut sebenarnya seiring dengan kebangkitan semangat para pahlawan Melayu suatu ketika dahulu seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman.

Kemudahan Asas Di Pasir Pekan Kota Bharu

homestay murah di kota bharu 08

Terdapat beberapa kemudahan yang dibangunkan di kawasan sekitar Pasir Pekan ini antaranya ialah:

4 Rumah Ibadat atau Masjid

  1. Masjid Mukim Pasir Pekan. Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah dan terletak sekitar 20 minit dari pekan Tumpat.
  2. Masjid An-Nur Pasir Pekan yang terletak di Mukim Kampung Kota Kubang Labu.
  3. Masjid Kampung Paloh
  4. Masjid Al-Ismaili. Merupakan masjid yang dicetuskan ideanya daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-5 sebagai hadiah abadi kepada ayahanda baginda, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra.

homestay murah di kota bharu 10

3 Jenis Pengangkutan Utama

Terminal Bas Ekpress, Lembah Sireh, Kota Bharu

homestay murah di kota bharu 09

Terminal bas ekspress ini letaknya di Lembah Sireh berdekatan pasaraya Tesco. Terminal bas ini merupakan terminal yang utama di Kota Bharu menggantikan 2 terminal bas yang lama iaitu Stesen Bas Ekspress Jalan Hamzah dan Transnasional Langgar.

Stesen Keretapi Wakaf Bharu

homestay murah di kota bharu 13

Stesen keretapi Wakaf Bharu ini merupakan sebuah stesen KTM Antarabandar dan ia merupakan stesen yang paling hampir denga ibu negeri Kelantan.  Tidak ada stesen keretapi di Kota Bharu dan jika penduduk kota Bharu ingin menuju ke Gemas, Kuala Lumpur dan Singapura perlu menggunakan stesen keretapi di Wakaf Bharu ini yang merupakan stesen ke-2 di Aliran Pantai Timur selepas Stesen Keretapi Tumpat.

Perkhidmatan Bas Henti-henti Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK)

homestay murah di kota bharu 11

Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) ini ditubuhkan pada tahun 1947 yang dahulunya dikenali sebagai North Eastern Transport Service Limited (NETS).  Semasa ditubuhkan, syarikat hanya mempunyai 27 buah bas kecil yang mempu membawa 10 orang penumpang sahaja. Bas kecil tersebut dikenali sebagai Mosquito Bus. Pada tahun 1967 kemudiannya, nama NETS telah ditukarkan kepada SKMK yang mencerminkan identiti dan semangat baru bagi syarikat.

Pusat Membeli-belah

homestay murah di kota bharu 22

  1. Pasaraya Tesco, Lembah Sireh Kota Kharu
  2. KB Mall, Jalan Hamzah, Kota Bharu
  3. Pasar Besar Wakaf Bharu
  4. Pasaraya Salamku

Kemudahan Homestay Dan Homestay Murah Di Kota Bharu Pasir Pekan

Kepada sesiapa yang singgah ke mana-mana kawasan Jajahan Tumpat ini, pasti tercari-cari lokasi untuk penginapan. Selain mencari hotel-hotel di kawasan setempat, boleh juga mencuba pilihan lain seperti penginapan homestay kerana pastinya terdapat homestay murah di sekitar Kota Baru. Malah harga yang boleh ditawarkan juga adalah serendah RM70 sahaja untuk satu bilik.

Nazra Homestay Dan Lokasi Strategiknya | Homestay Murah Di Kota Bharu

homestay murah di kota bharu 12

Nazra Homestay merupakan salah sebuah homestay di sekitar Kota Bharu Pasir Pekan yang menawarkan harga yang sangat berpatutan serendah RM70 untuk satu bilik sekiranya tidak berhajat untuk menyewa sebuah rumah.

Nazra Homestay juga mempunyai lokasi yang agak strategik:

4km perjalanan menuju ke Kota Bharu

homestay murah di kota bharu 15

Hanya 4km sahaja perjalanan untuk pergi ke pusat bandar Kota Bharu sambil menikmati keindahan sekitar ibu negeri Kelantan. Lanskap indah ini terdapat di bulatan dalam bandar Kota Bharu yang merupakan mercu tanda bagi ibu negeri Kelantan. Gerbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu. Dibina sempena pengisytiharan Kota Bharu sebagai Bandar Kebudayaan.

homestay murah di kota bharu 16

8km perjalanan menuju ke Bazar Wakaf Che Yeh

homestay murah di kota bharu 17

Bazar Wakaf Che Yeh merupakan antara tempat yang patut dikunjungi sekiranya bertandang ke Kota Bharu. Bercerita mengenai Bazar Wakaf Che Yeh, pastinya terbayang kembali pekikan peniaga-peniaga yang menjual pelbagai barangan sekiranya biasa singgah ke sini. Apa yang menggamit suasana ialah ketika berlakunya urusan tawar-menawar.

Bazar Wakaf Che Yeh ini sebenarnya merupakan pasar borong pada sebelah siangnya dan menjual pelbagai barangan basah serta barangan keperluan asas.  Manakala pada sebelah malamnya pula, Bazar Wakaf Che Yeh ini lebih kepada konsep pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan. Pihak kerajaan Negeri Kelantan telah melakukan pelbagai inisiatif menaik taraf kawasan sekitar kerana ia mampu menjadi kawasan tarikan pelancong yang bukan sahaja dari luar negara malah pelancong dari dalam negara kita sendiri.

2km perjalanan ke AEON

homestay murah di kota bharu 18

Sekiranya ingin membeli apa-apa keperluan, AEON Mall juga terletak berhampiran kawasan Nazra Homestay.

20km perjalanan ke Pengkalan Kubur

Pengkalan Kubur merupakan sebuah bandar yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand, iaitu di Utara Negeri Kelantan. Dikenali sebagai Pengkalan kerana ia merupakan kawasan kapal, feri atau tongkang berlabuh manakala Kubur pula merupakan tempat orang mati ditanam. Dikatakan bahawa pengkalan ini pernah mempunyai banyak kuburan orang-orang Melayu suatu ketika dahulu.

homestay murah di kota bharu 19

Bagi kaki shopping, ini merupakan destinasi pilihan kerana Pengkalan Kubur mempunyai kawasan beas cukai yang menjual barang-barang seperti kasut, pakaian, beg, peralatan dapur dan sebagainya pada harga yang sangat berpatutan (Bebas cukai).  Walaupun agak jauh iaitu 20km daripada Nazra Homestay murah di kota bharu pasir pekan, tetapi agak berbaloi untuk singgah ke Pengkalan Kubur. Kawasan bebas cukai tersebut sangatlah luas meliputi sebesar padang bola sepak. Walaubagaimanapun, kawasan bebas cukai di Rantau Panjang adalah jauh lebih meriah dan murah.

KemudahanYang Disediakan Di Nazra Homestay | Homestay Murah Di Kota Bharu

homestay murah di kota bharu 20

Para penginap di Nazra Homestay tidak perlu bimbang, dengan harga yang cukup murah, pihak Nazra Homestay telah menyediakan kelengkapan yang cukup untuk keselesaan.

Antaranya ialah:

  1. 2 bilik dilengkapi dengan katil bersaiz Queen berserta tilam tambahan
  2. 1 bilik dilengkapi dengan 2 katil bertingkat (double decker)
  3. Kesemua bilik juga mempunyai bilik air yang berasingan
  4. Sistem penghawa dingin juga lengkap tersedia bagi semua semua bilik
  5. Perkakasan lain seperti televisyen dan cerek elektrik juga disediakan
  6. Kelengkapan memasak, mesin pembasuh, seterika, peti sejuk dan kemudahan WiFi ada disediakan
  7. Kemudahan parking kereta yang luas

homestay murah di kota bharu 01

Bagi mereka yang mempunyai bilangan keluarga bersaiz kecil, tidak perlu risau kerana pihak Nazra Homestay sangat peka terhadap keperluan mana-mana keluarga dimana mereka juga ada menyediakan bilik penginapan yang sesuai dengan keluarga berkenaan.

Harga yang ditawarkan untuk keluarga kecil hanya RM70 sebilik manakala RM130 ditawarkan sekiranya keluarga tersebut memilih untuk menginap di 2 bilik. Untuk penjimatan yang lebih baik, disyorkan untuk memilih sebuah rumah dimana harga yang ditawarkan itu sangat murah iaitu RM160. Harga yang ditawarkan ini sudah termasuk dengan ruangan dapur untuk kegunaan memasak.

homestay murah di kota bharu 21

Kelebihan Nazra Homestay Pasir Pekan | Kemudahan dan kelengkapan yang cukup untuk sebuah homestay

Ini kelebihan anda menempah Nazra Homestay yang terletak di Pasir Pekan, Kota Bharu. Saya pasti ini adalah pilihan yang bagus jika anda hendak berjalan ke Kota Bharu dan kawasan sekitarnya.

Harga yang sangat berpatutan serendah RM70 untuk satu bilik | Kemudahan dan kelengkapan yang cukup untuk sebuah homestay

homestay di kota bharu 22

Pihak Nazra Homestay sangat peka dengan keperluan keluarga dan menawarkan harga RM70 sebilik bagi mereka yang memilih untuk tidak menyewa sebuah rumah. Ia juga sangat sesuai untuk saiz keluarga yang tidak begitu ramai.

Kemudahan Dan Kelengkapan Yang Cukup Untuk Sebuah Homestay | Homestay Murah Di Kota Bharu

homestay di kota bharu 23

Bagi sebuah homestay yang berkonsepkan rumah sendiri, tidak hairan mengapa pihak Nazra Homestay mampu menyediakan kelengkapan dengan cukup untuk memenuhi keperluan sesiapa yang menginap di homestay tersebut. Maka, para penyewa tidak akan rasa janggal seperti di hotel untuk bebas bergerak malah dapat memasak dan membasuh pakaian dalam satu tempat yang sama. Tidak lupa juga, kemudahan bilik air yang tersedia di setiap bilik dimana ia sekaligus memberi keselesaan yang memuaskan hati penyewa.

Kemudahan Tempat Meletak Kereta Yang Luas | Homestay Murah Di Kota Bharu

 

homestay di kota bharu 24Kemudahan meletak kereta juga tidak kurang pentingnya kerana ada juga sesetengah hotel yang mengenakan bayaran untuk meletak kenderaan. Untuk sesebuah homestay, sekiranya ruang meletak kereta itu lebih luas, ini dapat menampung kehadiran beberapa keluarga yang singgah menginap di satu rumah yang sama tanpa mengganggu ruang meletak kereta di kawawan sekitar yang mungkin mengundang ketidak selesaan orang lain.

Lokasi Homestay Yang Strategik | Homestay Murah Di Kota Bharu

homestay di kota bharu 25

Kadangkala lokasi kepada kawasan-kawasan tertentu yang memudahkan mereka keluar masuk juga menjadi penyebab kenapa mereka memilih sesebuah homestay. Akses yang begitu mudah untuk pergi ke Bandar Kota Bharu yang hanya 4km sahaja dari homestay manakala hanya 2km sahaja untuk ke AEON. Malah, mereka juga boleh berkunjung ke Wakaf Che Yeh yang hanya mempunyai jarak 8km. Dan ini adalah antara sebab kenapa ramai yang memilih Nazra Homestay.

Tempah Homestay Murah di Nazra Homestay Pasir Pekan Sekarang! | Homestay Murah Di Kota Bharu

Bagi yang ingin merancang percutian ke kawasan Pasir Pekan dan sekiranya inginkan perkhidmatan bagi penginapan di Nazra Homestay, boleh menghubungi mereka untuk maklumat lebih lanjut:

homestay di kota bharu 27

 

Jom Tempah Nazra Homestay Pasir Pekan SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Tempah Nazra Homestay Pasir Pekan SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Tempah Nazra Homestay Pasir Pekan SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: