Review
Mar 22, 2017, 3:22pm

Homestay Murah di Kepala Batas, Penang


Sekarang ini, seperti sudah menjadi satu trend pula untuk orang ramai memilih untuk menginap di homestay berbanding hotel. Kenapa? Mestilah disebabkan homestay menawarkan lebih ruang dan keselesaan terutamanya bagi mereka yang bercuti dalam sebuah kumpulan besar. Contohnya seperti, sebuah keluarga atau sekumpulan kawan. Ini bukanlah bermaksud bercuti berdua tidak boleh menginap di homestay. Nak berbulan madu di homestay juga tidak menjadi masalah.

Homestay Murah di Kepala Batas

Penginapan di homestay sangat sesuai untuk penginapan beramai-ramai dan boleh pula didiami pada harga yang jauh lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan hotel. Di hotel, harga boleh mencecah ratusan ringgit untuk satu bilik untuk semalaman. Berapa banyak bilik pula perlu ditempah untuk sebuah kumpulan besar.

Lebih parah lagi kalau kita perlu menginap di sesebuah tempat untuk masa yang agak lama. Pasti kos penginapan menjadi sangat tinggi. Lain pula situasinya bagi penginapan di homestay. Di homestay, kita berpeluang untuk menginap di tempat baru dengan keselesaan bagaikan berada di rumah sendiri pada harga yang jauh lebih rendah. Jadi, menginap di homestay sememangnya jauh lebih berbaloi.

Homestay Terbaik di Kepala Batas, Penang

Hari ini, saya ingin memperkenalkan sebuah homestay terbaik bagi mereka yang sedang tercari-cari tempat penginapan yang ideal di Pulau Pinang, Pulau Mutiara iaitu Homestay D’Perda Indah, sebuah homestay yang indah, seindah namanya. Homestay D’Perda Indah menawarkan perkhidmatan homestay dengan kemudahan asas yang lengkap untuk seisi keluarga.

Homestay ini merupakan sebuah rumah teres setingkat yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Jadi, satu famili sehingga 10 orang boleh menginap di dalam homestay ini dengan satu harga iaitu RM140 semalaman sahaja. Cuba bayangkan kalau sebuah keluarga seramai 10 orang ingin menginap di hotel. Agak-agak, berapalah harganya ya?

Homestay Murah di Kepala Batas, Pulau Pinang

Inilah dia Homestay D’Perda Indah. Cantikkan? Binaannya nampak moden dan di halamannya lengkap dengan rumput menghijau. Sangat menenangkan dan sesuai untuk menjadi tempat bersantai sekeluarga. Homestay ini menyediakan 2 lot tempat letak kereta berpagar. Insya Allah, keselamatan terjamin. Seterusnya, jom kita tengok apa yang ada di dalam homestay ini.

Ruang Tamu Homestay D’Perda Indah

Ruang Tamu Homestay Murah di Kepala Batas

Masuk sahaja ke dalam rumah, kita akan melihat 2 buah kabinet penyimpanan barang. Di dalamnya, bolehlah kita menyusun kasut dan barang-barang lain supaya tidak berselerak di luar rumah. Hiasan pada dinding juga cantik berwarna merah, hitam dan putih dengan ukiran Allah dan Muhammad. Sesuai sangat menghias dinding homestay ini yang hanya menerima pengunjung beragama Islam sahaja.

Ruang Tamu Homestay Murah di Penang

Di ruang tamu ini juga terdapat beberapa set kerusi dan sebuah meja untuk seisi keluarga berehat dan berbual-bual setelah pernah berjalan-jalan. Cukup ruang untuk semua ahli keluarga duduk bersembang. Buat tempat minum petang sambil berehat pun okay juga. Dah nama pun bercutikan?

Bilik Tidur Homestay di Kepala Batas

Beralih pula ke tempat paling penting dalam sebuah rumah iaitu bilik tidur. Homestay D’Perda Indah mempunyai 3 buah bilik tidur yang cukup selesa dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap.

Bilik Tidur 1 (Master Bedroom)

Master bedroom Homestay Murah di Kepala Batas

Master bedroom di Homestay D’Perda Indah kelihatan kemas dengan sususan perabot yang disusun rapi dan langsir bercorak ringkas. Bilik tidur utama ini dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz queen, cermin solek dengan kerusi, rak dinding dan soket elektrik. Yang istimewanya, bilik ini dilengkapi dengan pendingin hawa untuk tidur yang lebih lena. Bilik air khas dan 2 helai tuala turut disediakan.

Bilik Tidur 2

Bilik Tidur 2 Homestay Murah di Kepala Batas

Bilik tidur 2 juga tidak kurang hebatnya. Terdapat sebuah katil queen, cermin solek, kipas siling, 2 helai tuala, rak dinding dan seterika lengkap dengan papan penggosok. Untung betul orang yang tidur dalam bilik ini. Tak perlu berebut nak gosok tudung. Kalau yang perempuan mesti fikir macam ni kan?

Bilik Tidur 3

Bilik Tidur 3 Homestay Murah di Kepala Batas

Bilik tidur 3 pula disediakan katil bujang, cermin, rak dinding, soket elektrik dan 2 helai tuala. Takut tak cukup tempat tidur? Jangan risau. Toto dan bantal ekstra turut disediakan di homestay ini.

Macam mana? Okay tak ketiga-tiga bilik ini? Semua lengkap. Paling penting sekali, soket elektrik. Sangat penting supaya kita tak perlu berebut apabila masing-masing nak cas telefon.

Bilik Air

Bilik Air Homestay Murah di Kepala Batas

Terdapat 2 bilik air di homestay ini. Sebuah bilik air di bilik tidur utama dan sebuah lagi untuk kegunaan bersama di luar bilik.  Di setiap bilik air, terdapat sabun mandi dan ubat gigi disediakan. Jadi, tak perlulah anda membawanya dari rumah.

Ruang Menonton

Ruang Menonton Homestay Murah di Kepala Batas

Ruang menonton di homestay ini mempunyai sebuah televisyen lengkap dengan kemudahan Astro Njoi, almari televisyen, rak dinding, 2 buah lampu, set sofa dengan meja, dan karpet. Yang bestnya, kita boleh menonton tv dengan lebih selesa dengan adanya pendingin hawa di ruangan ini.

Ruang Makan

Ruang Makan Homestay Murah di Kepala Batas

Ruang makan juga tampak selesa dengan set meja makan 6 kerusi yang membolehkan semua ahli keluarga makan bersama sama. Gambar hiasan dan cermin yang cantik turut digantung menghiasi dinding untuk menghangatkan lagi suasana. Peralatan makan seperti pinggan, gelas, sudu, dan garfu turut disediakan.

Dapur

Dapur Homestay Murah di Pulau Pinang

Di dapur pula, keadaan sentiasa dipastikan supaya bersih untuk keselesaan para pengunjung. Peralatan memasak di dapur cukup lengkap dengan dapur memasak, peti sejuk, periuk nasi, pembakar roti dan pemanas air. Bukan itu sahaja yang cukup lengkap disediakan. Buat mereka yang masih ingin makan masakan sendiri seperti di rumah walaupun sedang bercuti, jangan lupa bawa makanan basah.

Dapur Homestay Murah di Penang

Kemudahan Yang Disediakan di Homestay Kepala Batas

Semua kemudahan yang disediakan dijaga dan diselia dengan rapi untuk memastikan semuanya sentiasa berada pada tahap yang terbaik untuk dinikmati oleh semua pengunjung yang menginap di sini. Secara ringkasnya, antara kemudahan yang disediakan di homestay ini adalah

download

  • Penghawa dingin di bilik tidur utama dan ruang menonton
  • Televisyen yang dilengkapi dengan Astro Njoy
  • Peti sejuk
  • Dapur memasak
  • Cerek elektrik
  • Seterika
  • Periuk nasi
  • Mesin basuh
  • Pembakar roti
  • Tuala
  • Sabun mandi
  • Ubat gigi

Semuanya lengkap dan tersedia untuk sebuah tempat penginapan yang selesa dan menyenangkan.  Pengunjung hanya perlu bawa diri dan kelengkapan peribadi yang lain sahaja. Jajan untuk kunyah-kunyah semasa menonton tv jangan dilupa.

Lokasi Homestay D’Perda Indah, Di Kepala Batas

Lokasi Homestay di Kepala Batas

Homestay D’Perda Indah terletak di kawasan antara Kepala Batas dengan Tasik Gelugor, Pulau Pinang.

Termpat Berdekatan Homestay D’Perda Indah

Lokasi Homestay di Kepala Batas, Penang

Lokasi Homestay D’Perda Indah adalah sangat strategik. Semua tempat dan kemudahan penting ada di kawasan sekitar homestay ini. Pertama sekali, Homestay D’Perda Indah terletak berdekatan dengan restoran dan kedai makan kalau-kalau ada yang tidak mahu memasak semasa bercuti. Tinggal pilih sahaja mana-mana restoran mengikut pilihan dan citarasa masing-masing.

Homestay Kepala Batas Penang

Selain itu, terdapat klinik dan farmasi kalau-kalau terjadi kes-kes kecemasan. Pondok polis juga terletak berhampiran. Jadi, kawasan Homestay D’Perda Indah boleh dikatakan terjamin tahap keselamatannya. Stesen minyak, kedai runcit, dan pasar basah juga terletak tidak jauh dari kawasan homestay.  Semua kemudahan ini pastinya akan menyenangkan para pengunjung sepanjang penginapan di homestay ini.

Homestay di Penang

Yang paling penting, kawasan Homestay D’Perda Indah sangat berdekatan dengan pusat-pusat pengajian, kawasan membeli belah, dan kawasan-kawasan penting yang lain. Kebanyakannya boleh dikunjungi dengan mengambil masa tidak sampai setengah jam. Jadi, pengunjung tidak akan menghadapi masalah seperti kesesakan trafik atau perjalanan yang mengambil masa terlalu lama untuk ke tempat-tempat seperti yang dinyatakan di bawah ini.

5 minit perjalanan

  • MRSM Kepala Batas, P. Pinang
  • Sek. Men. Sains Kepala Batas, P. Pinang
  • ILP Kepala Batas, P. Pinang
  • UITM Kepala Batas, P. Pinang
  • IPPT, USM (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju), K. Batas, P. Pinang
  • Taman rekreasi Vision Park & Masjid Abdullah Fahim
  • Stesen ETS Tasek Gelugor

10 minit perjalanan

  • Tol Bertam
  • AUCMS K. Batas, P. Pinang
  • Kolej Komuniti K. Batas, P. Pinang
  • Sunshine shopping kompleks, Mydin Mall, KFC, Pizza Hut
  • Bank Rakyat/Maybank/Bank Islam
  • Penang Golf Resort (PGR)
  • Dewan Millenium

15-20 minit perjalanan

  • Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP), Pongsu seribu
  • UITM pmtg pauh, P. Pinang
  • Politeknik seberang perai, P. Pinang
  • Bukit Mertajam

20-30 minit perjalanan

  • Sungai Petani
  • Seberang Jaya (Carrefour, Tesco)
  • Kulim
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Design Village Outlet Mall, Batu Kawan

Lokasi Homestay di Penang

Jadi, buat orang ramai yang ingin berkunjung ke tempat-tempat ini, bolehlah menginap di Homestay D’Perda Indah. Ia sangat sesuai sebagai tempat penginapan semasa bercuti bersama keluarga sambil menghantar anak-anak ke pusat pengajian. Tak sampai sejam dah boleh sampai. Sangat menjimatkan masa dan petrol. Masa yang lebih bolehlah digunakan untuk berkunjung ke tempat-tempat tarikan Pulau Pinang yang lain.

Lokasi Homestay di Kepala Batas

Bukan itu sahaja, homestay ini juga boleh menjadi tempat penginapan yang selesa buat seisi keluarga semasa kita menghadiri kenduri di Pulau Pinang. Mungkin juga, kita boleh menginap di homestay ini apabila ingin menghadiri sambutan hari perayaan.

Testimoni Pelanggan Homestay Murah di Penang Ini

Homestay di Kepala Batas, Penang

Jom Tempah Homestay di Kepala Batas Penang ini Sekarang !

Homestay di Penang

Harga Homestay Murah di Kepala Batas

  • Harga yang ditetapkan adalah RM140 untuk semalaman. Diskaun akan diberikan untuk tempoh sewaan melebihi satu malam
  • Tempahan dibenarkan untuk pengunjung Muslimin dan Muslimat sahaja sama ada sekeluarga atau sama jantina sahaja
  • Pencampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah diharamkan sama sekali
  • Check-in bermula pada pukul 2 petang dan check-out sebelum pukul 12 tengah hari

Artikel Ini Untuk Sewa Review
Hubungi Profhariz.com Sekarang!

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: