Review
Dec 17, 2017, 10:45am

Homestay Murah di i- City Shah Alam


  •  
  •  
  •  
  •  

Anda sedang mengalami stress di tempat kerja dan anda ingin merancang percutian untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh anda. Anda ingin merancang percutian dengan baik kerana anda juga merancang untuk membawa keluarga anda bersama kerana anda juga mahukan mereka berasa gembira. Shah Alam adalah tempat yang anda pilih untuk lawati kerana bandar yang terletak di kota raya yang sibuk ini menyediakan pelbagai tempat – tempat menarik untuk anda lawati.

shah-alam-mosque

Dari tempat makan yang menarik serta kafe – kafe yang membuatkan anda tergoda serta tempat – tempat yang boleh anda lihat seperti i – City dan Skytrex Adventure Shah Alam, anda pasti mahukan berada di Shah Alam pada masa yang lama untuk mendapatkan pengalaman melawat tempat – tempat dan merasai sendiri makanan dan kafe – kafe yang popular di sini. Anda boleh menempah tempat penginapan dan juga kereta sewa untuk memudahkan perjalanan anda ketika berada di Shah Alam. Kali ini kita akan fokus ke bahagian tempat penginapan untuk membolehkan anda bercuti dengan selesa.

homestay-di-shah-alam

Seringkali pilihan utama setiap orang adalah untuk menempah hotel kerana ianya salah satu pilihan popular dan ramai orang menggunakan hotel untuk menginap di sesuatu tempat dalam tempoh masa yang singkat. Namun begitu, anda juga boleh memilih homestay sebagai salah satu tempat penginapan anda kerana ianya mempunyai pelbagai kelebihan – kelebihan tersendiri.

Kelebihan Memilih Homestay Sebagai Tempat Penginapan Anda di Shah Alam

kelebihan-homestay-shah-alam

Jika anda jarang menginap di homestay, anda pasti tidak mengetahui kelebihan – kelebihan yang terdapat di homestay. Perbezaan homestay dan hotel adalah homestay merupakan sebuah rumah yang anda boleh gunakan tanpa berkongsi dengan sesiapa manakala hotel pula merupakan sebuah bilik untuk anda berkongsi dengan keluarga. Anda boleh lihat kelebihan yang anda bakal perolehi sekiranya anda memilih homestay sebagai tempat penginapan anda.

1. Tempat Penginapan Yang Lebih Luas

Penggunaan homestay akan memberikan pengalaman yang lebih selesa untuk anda dan juga seisi keluarga kerana anda akan tinggal di dalam sebiji rumah yang mempunyai pelbagai bilik dan juga ruang yang lapang untuk anda tinggal di dalam rumah tersebut. Ini membolehkan anda dan keluarga bergerak dengan lebih bebas dan tidak tersekat di dalam satu bilik sahaja. Ianya sesuai digunakan sekiranya anda mempunyai keluarga yang besar sehingga 7 – 8 orang dan ia akan memberikan tempat tinggal yang lebih selesa untuk mereka. Barulah ada semangat untuk bercuti, kan?

penginapan-homestay-luas-shah-alam

2. Privasi Anda Dan Keluarga Lebih Terjaga

Jika anda memilih untuk menginap di homestay ketika anda bercuti, privasi anda dan juga keluarga anda pasti lebih terjaga agar keluarga anda bebas untuk bergerak. Hal ini kerana homestay menyediakan bilik yang lebih banyak berbanding hotel yang mempunyai satu bilik sahaja. Keluarga anda boleh tinggal di dalam bilik yang berasingan dan mereka akan berasa lebih selesa jika dapat tinggal di dalam bilik yang berlainan. Mudahlah untuk anda sekeluarga bersiap sebelum meneruskan pengembaraan anda di Shah Alam ni.

privasi-keluarga-terjaga

3. Pelbagai Kemudahan Disediakan

Homestay juga mampu menyediakan pelbagai kemudahan berbanding hotel kerana mereka mempunyai tempan menyimpan yang lebih luas. Anda juga boleh meletakkan kenderaan di dalam halaman rumah di homestay tersebut dan ia membolehkan keselamatan kereta anda lebih terjamin berbanding meletakkan kenderaan anda di tempat letak kereta umum. Anda tidak perlu mendapatkan tiket parking atau kupon parking dan ini dapat menjimatkan wang anda.

ruang-parking-homestay-bika-shah-alam

Selain itu, homestay juga dapat memberikan pelbagai kemudahan di dalam rumah tersebut. Anda juga boleh memasak sekiranya anda berada di dalam percutian budget kerana homestay ada menyediakan pelbagai alatan untuk anda gunakan seperti rice cooker, heater, alatan – alatan memasak seperti periuk belanga dan sudip, dan pelbagai lagi kemudahan memasak yang anda boleh dapatkan. Ada juga sesetengah homestay yang mesra bayi di mana mereka akan menyediakan barangan khas untuk bayi seperti buaian dan juga permainan.

dapur-memasak

4. Harga Yang Jauh Lebih Berpatutan

Untuk penyewa homestay, anda pasti mengetahui bahawa memilih untuk menginap di dalam homestay adalah lebih baik dari mendapatkan bilik – bilik hotel. Hal ini kerana anda boleh mendapatkan sebuah rumah yang boleh didiami sehingga 7 – 8 orang di dalam satu rumah berbanding dengan menyewa bilik hotel yang hanya boleh didiami oleh 3 – 4  orang dengan harga yang lebih kurang sama. Harga purata sebuah homestay adalah RM 150 iaitu sama dengan sebuah bilik hotel.

harga-penginapan-homestay-setanding-hotel

Ada juga pemilik homestay yang menawarkan harga yang jauh lebih murah sekiranya anda rajin mendapatkan maklumat tentang homestay – homestay yang ditawarkan. Mereka lebih mementingkan pelanggan daripada mengira untung. Persekitaran di kawasan homestay juga adalah jauh lebih menarik dan tenang berbanding hotel.

kawasan-dalaman-homestay-lebih-lapang

5. Kadar Sewa Yang Fleksibel

Jika anda menyewa di homestay, anda akan berpeluang untuk berinteraksi dengan pemilik homestay tersebut secara berhadapan dan anda boleh meminta diskaun jika anda menyewa untuk masa yang lama. Ada sesetengah penyewa akan memberikan diskaun tersendiri tanpa anda meminta daripada mereka. Ini tidak boleh dilakukan sekiranya anda menginap di hotel kerana pihak hotel hanya memberikan kadar yang tetap tidak kira berapa haripun anda menginap di hotel mereka.

kadar-sewa-homestay-lebih-fleksibel

Homestay Byka @ I-Soho Suites Homestay Murah i – City Shah Alam

pandangan-dari-homestay

Jika anda telahpun bersedia untuk menempah homestay sebagai tempat penginapan anda ketika bercuti di Shah Alam nanti, anda boleh memilih Homestay Byka sebagai homestay pilihan anda. Homestay Byka @ I-Soho Suites, terletak di seksyen 7, Shah Alam, iaitu di Taman Tema i-City Shah Alam. Di soho suites, Byka mempunyai 2 unit penginapan yang ideal untuk keluarga.

homestay-di-i-city-shah-alam

Ramai yang mengetahui i-City merupakan taman tema yang sangat menarik untuk dikunjungi. Lagi-lagi dengan hiasan pokok berlampu yang unik bakal menarik hati pengunjung untuk bercuti disini. Byka Suites @ i-soho ini hanya 2 km dari Hospital Shah Alam, 9KM ke IDCC Shah Alam Convention Centre, 7KM ke Shah Alam Convention Centre dan 7KM ke pusat bandar Shah Alam.

berdekatan-pusat-bandar-shah-alam

Byka@ i-soho suites menyediakan penginapan apartment 2 bilik dan 1 unit lagi adalah unit apartment 2 tingkat iaitu duplex. Byka @i-soho menyediakan penginapan yang memberikan pengalaman yang berbeza untuk tetamu-tetamu mereka. View dari Homestay Byka ini juga amat cantik. Unit yang terletak di tingkat 36 untuk apartment 2 bilik, memberikan view yang sangat cantik terutama sekali di waktu malam. Untuk unit apartment 2 bilik ini, lengkap dengan peti ais, mesin basuh, stove, microwave, dan jug pemanas.

Kelebihan Homestay Byka @ i – soho Homestay Murah di i-City Shah Alam

kelebihan-homestay-bika-shah-alam

Anda boleh melihat sendiri bahagian – bahagian rumah danjuga peralatan yang disediakan oleh Homestay Byka @ i – soho ini dan anda pasti akan membuat keputusan untuk menyewa Homestay Byka @ i – soho ini untuk percutian anda di kemudian hari.

  • Kawasan Rumah Yang Luas

Keunikan untuk sesiapa yang menginap di Byka @I-soho ini adalah apartment 2 tingkat (duplex) yang berada di tingkat 31. Untuk unit duplex ini, mempunyai 1 bilik tidur ( bahagian atas) dan 2 bilik air. Bilik tidur yang berada dibahagian atas di lengkapi dengan satu set perabut yang lengkap seperti meja solek, katil bersaiz Queen dan almari pakaian. Bilik tidur ini juga diberi keselesaan dengan satu unit penghawa dingin dan bilik air peribadi dilengkapi dengan pemanas air.

ruang-dalaman-homestay-yang-luas (1) ruang-dalaman-homestay-yang-luas (2)
  • Pelbagai Kemudahan Yang Disediakan

Bahagian tingkat bawah pula dilengkapi dengan TV skrin rata dan ruang ini bersambung dengan ruang dapur yang dilengkapi dengan pemanas jug air, peti ais, mesin basuh dan ketuhar gelombang mikro. Untuk ruang tamu , tersedia dengan 1 sofa bed queen size untuk tetamu tambahan. Di ruang dapur kering pula di sediakan satu set meja makan untuk sekeluarga.

kemudahan-homestay-bika-shah-alam- (1) kemudahan-homestay-bika-shah-alam- (2)
  • Persekitaran Yang Menarik

Untuk homestay di Byka @ Isoho Suites ini, turut menyediakan kolam renang yang luas bertempat di tingkat 11. Selain itu, kalau ingin menikmati pengalaman yang sangat mempesona di i-City Shah Alam, tetamu hanya perlu turun ke level bawah untuk melihat taman rose putih yang dinamakan rose garden dan juga ruangan khas untuk arca Harry Potter. Anda perlu mengunjungi tempat – tempat menarik ini kerana ia dapat memberikan memori yang indah untuk anda dan juga keluarga.

persekitaran-yang-menarik
  • Akses Ke Bahagian Bandar Dan Tempat Yang Menarik

Untuk tetamu yang ingin ke bahagian lampu I-City, hanya perlu jalan kaki sahaja untuk ke kawasan tersebut tanpa perlu memandu kereta. Anda juga tidak jauh dari tempat – tempat menarik yang boleh dilawati oleh anda sekeluarga. Byka Suites @ i-soho ini hanya 2 km dari Hospital Shah Alam, 9KM ke IDCC Shah Alam Convention Centre, 7KM ke Shah Alam Convention Centre dan 7KM ke pusat bandar Shah Alam. Jadi, anda dapat menjimatkan masa dan masih dapat melawat pelbagai lagi tempat yang cantik.

akses-mudah-ke-tempat-menarik
  • Layanan Perkerja Yang Ramah

Pekerja – pekerja di Homestay Byka ini telahpun dilatih untuk menjadi mesra pelanggan dan pandai berkomunikasi untuk memberikan anda pengalaman yang terbaik semasa anda menyewa dengan Homestay Byka. Mereka mampu menjawab soalan – soalan yang anda ada dengan baik supaya anda mempunyai pengetahuan tentang homestay ini. Jadi, anda hanya perlu menghubungi mereka dan dapatkan maklumat lanjut mengenai homestay ini.

layanan-staff-yang-peramah

Apa Kata Pelanggan Homestay Byka @ i –Soho Shah Alam?

Anda pasti mahu menginap di homestay Byka @ i – soho ini setelah anda melihat pelabagai review positif yang diberikan oleh para pennginap homestay Byka @ i – soho ini. Jom lihat review – review yang ditinggalkan oleh para pelanggan homestay Byka;

testimoni-1-homestay-bika-shah-alam

Homestay Byka @ i – Soho amat sesuai didiami oleh keluarga yang besar dan ia juga berdekatan dengan tempat – tempat yang menarik.

testimoni-2-homestay-bika-shah-alam

Homestay Byka juga akan memberikan anda tempat yang selesa untuk penginapan.

testimoni-3-homestay-bika-shah-alam

Tempat Homestay Byka @ i – soho adalah strategik dan membolehkan anda untuk keluar dengan hanya berjalan kaki untuk sampai ke i – City Shah Alam!

Tempah Homestay Murah di i-City Shah AlamAnda Sekarang !

Dapatkan tempahan anda sekarang untuk bercuti di Shah Alam dan anda boleh menghubungi Homestay Byka @ i – Soho dengan maklumat di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut;

tempah-homestay-by-bika-shah-alam

HOMESTAY BYKA VISTA SHAH ALAM

Hubungi : Tekan untuk WhatsApp (0123349149)

Facebook: @homestaybyka Instagram: @homestaybyka

Website:  www.homestaybyka.com Google Map: https://goo.gl/maps/uMALYS71jyE2