Review
Apr 23, 2018, 10:50am

Homestay Murah Di Pulau Pinang


Homestay atau rumah tumpangan di Pulau Pinang boleh didapati dengan mudah sahaja di dalam kawasan pulau. Sama ada kawasan pulau ataupun seberang, keduanya sangat padat dengan rumah tumpangan atau homestay yang pelbagai jenis. Ada homestay yang terdiri daripada rumah kampung, rumah flat dan ada juga homestay yang merupakan rumah kondominium, apartment dan sebagainya.

homestay murah di pulau pinang

Apapun jenis rumah, sudah tentu anda akan memilih rumah yang lebih murah, cantik dan bersihkan? Kenapa perlu mengeluarkan duit yang banyak sedangkan kualiti yang sama anda boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah. Mencari homestay yang murah di Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang menjadi masalah kerana kebanyakan harga rumah tumpangan atau homestay di sini amat berpatutan dan mampu milik. Namun, pastinya penginapan anda lebih bermakna dengan adanya kemudahan yang disediakan di kawasan homestay, kemudahan yang terdapat dalam rumah tersebut serta jarak perjalanan rumah dengan tempat-tempat yang menarik. Terdapat 2 lokasi yang terbaik untuk anda menginap di Pulau Pinang!

lokasi Apapun jenis rumah, sudah tentu anda akan memilih rumah yang lebih murah, cantik dan bersihkan? Kenapa perlu mengeluarkan duit yang banyak sedangkan kualiti yang sama anda boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah. Mencari homestay yang murah di Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang menjadi masalah kerana kebanyakan harga rumah tumpangan atau homestay di sini amat berpatutan dan mampu milik. Namun, pastinya penginapan anda lebih bermakna dengan adanya kemudahan yang disediakan di kawasan homestay, kemudahan yang terdapat dalam rumah tersebut serta jarak perjalanan rumah dengan tempat-tempat yang menarik. Terdapat 2 lokasi yang terbaik untuk anda menginap di Pulau Pinang!

Homestay Murah Di Pulau Pinang

Sekiranya anda mencari homestay di Pulau Pinang tetapi masih tidak temui homestay yang murah, anda tidak perlu mencari lagi kerana terdapat sebuah homestay murah di Gelugor, Pulau Pinang. Ya, khabarnya homestay yang bertapak di Gelugor yang amat berpatutan dan mampu milik ini sentiasa penuh dengan pelanggan.

homestay murah di pulau pinang gelugor

Salah satunya adalah Homestay Sri Gelugor.  Murah, cantik dan bersih adalah ciri-ciri homestay yang perlu ada untuk anda lebih selesa dan dapat menjalankan aktiviti anda sepanjang berada disana.  Homestay ini seluai ditempah oleh anda yang mempunyai ramai ahli keluarga, pelajar dan guru yang mengikuti rombongan sekolah, company trip dan lain-lain lagi, Keluasannya sangat berbaloi dan setimpal dengan harganya.

antara homestay murah di pulau pinang

Sri Gelugor Homestay Di Gelugor, Pulau Pinang

Sri Gelugor Homestay adalah homestay yang terletak di Gelugor, Pulau Pinang. Sri Gelugor Homestay sangat selesa, bersih dan luas sehingga menjadikan anda dapat berjimat kerana tidak perlu menyewa homestay yang lain lagi. Sri Gelugor Homestay ini dikendalikan oleh Encik Fendi dan Puan Ina. Mereka sentiasa memastikan anda sekeluarga memperoleh penginapan yang selesa dan bersih sepanjang bercuti di Pulau Pinang ini.

homestay murah di gelugor penang yang berbaloi

Untuk pengetahuan anda, Sri Gelugor Homestay ini boleh memuatkan seramai 20 orang tetamu dalam satu masa. Ruang tamunya sangat besar dan cukup untuk anda semua berkumpul. Sebagai contoh, mengadakan hari keluarga, perhimpunan kelab dan sebagainya membolehkan anda semua berkumpul di dalam satu rumah. Anda pasti tidak menyangka bahawa homestay sebesar ini benar-benar murah dan setimpal dengan saiznya yang cukup besar.

pilihan homestay murah di pulau pinang

Sri Gelugor Homestay juga terkenal sebagai homestay yang sangat besar dan menerima anda yang ingin menyewa dalam bilangan yang ramai kerana ia amat berbaloi dan selesa. Dengan rumah yang besar ini, anda juga boleh membuat aktiviti disini seperti perhimpunan reunion sekolah dan kawan-kawan, seminar dan perbincangan serta pelbagai lagi. Rumah homestay yang luas ini juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk anda bermesyuarat, training, perhimpunan, kelas usahawan dan macam-macam lagi.

Lokasi Dan Jarak Perjalanan

Sri Gelugor Homestay ini bertapak di Sungai Gelugor iaitu ia terletak di antara Jelutong dan Sungai Dua. Bagi anda yang datang dari jambatan Pulau Pinang yang pertama, anda akan mengambil masa yang sekejap sahaja untuk tiba di homestay sri Gelugor.  Selain harganya yang murah, anda dapat menikmati perjalanan percutian yang amat menyeronokkan kerana homestay Sri Gelugor sangat berdekatan dengan tempat-tempat menarik.

homestay murah di pulau pinang dekat jambatan pulau pinang

Dengan mengetahui jarak-jarak homestay ini, anda akan mudah untuk memilih tempat-tempat menarik dikunjungi dan merancang masa perjalanan anda dengan baik dan efektif.

Jarak Perjalanan Antara Homestay Dengan Tempat Berdekatan

Anda boleh melihat jarak antara homestay dengan tempat yang berdekatan dengannya. Dengan mengetahui jarak-jarak ini, ia akan lebih mudah untuk anda memilih tempat-tempat menarik untuk anda kunjungi dan merancang masa perjalanan anda dengan baik dan efektif.

homestay murah di gelugor penang berdekatan tempat menarik

  • Jambatan Pertama Pulau Pinang: 5 minit (2.8km)
  • Jambatan Kedua Pulau Pinang: 14 minit (12.3km)
  • Feri Pengkalan Weld: 16 minit (7.2km)
  • Penang International Airport: 15 minit (10.0km)
  • Universiti Sains Malaysia: 4 minit (2.3km)
  • Padang Kota Lama Atau Esplanade: 18 minit (8.5km)
  • Batu Feringghi: 45 minit (20.3km)
bas persiaran pulau pinang

Kredit: penang-traveltips.com

Anda juga boleh mengunjungi tempat-tempat yang menarik seperti Muzium Perang, Rumah P Ramlee, Monkey Beach, Komtar dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat banyak lagi tempat yang sesuai untuk anda lawati di Pulau Pinang yang juga berdekatan dengan Sri Gelugor Homestay.

Sri Pinang Homestay

Satu lagi lokasi lain yang terbaik untuk menginap adalah di Sri Pinang Homestay. Sri Pinang Homestay juga diasaskan oleh pasangan yang menguruskan Sri Gelugor Homestay.  Anda berpeluang untuk mendapatkan tempat penginapan yang lebih terbuka dan berada di tengah-tengah  kawasan kota Pulau Pinang. Ia terletak di Bandar Georgetown, berdekatan dengan tanjung, bazaar Chowrasta, laut dan pelbagai lagi tempat menarik.  Homestay Sri Pinang ini sesuai untuk anda sekeluarga yang mempunyai bilangan yang ramai dan inginkan kemudahan yang lengkap. Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh anda lawati sepanjang berada di Sri Pinang Homestay.  

homestay murah di pulau pinang bandar sri pinang

Lokasi Dan Jarak Perjalanan Dari Sri Pinang Homestay

  • Jambatan Pulau Pinang – 10 minit
  • Feri – 10 minit
  • Penang International Airport – 20 minit
  • USM – 15 minit
  • Padang kota – 15 minit
  • Batu Feringghi – 20 minit

Kemudahan Berdekatan Sri Pinang Homestay

homestay murah di pulau pinang banyak kemudahan

  • Surau dan food court di hadapan apartment
  • Pusat dobi, kedai runcit, kedai makan (Nasi Kandar) yang juga beroperasi selama 24 jam dengan hanya berjalan kaki (15 minit)
  • Fast food Mc Donald dan Subway
  • Berdekatan laut berjalan kaki (5 minit)
  • Berdekatan (Persiaran Karpal Singh)

Kemudahan Dan Kelebihan Sri Gelugor Homestay Dan Sri Pinang Homestay

Kemudahan Di Sri Gelugor Homestay

Terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan di Sri Gelugor Homestay. Kemudahan-kemudahan ini pastinya akan memberikan manfaat dan memudahkan anda untuk menjalani hari-hari anda sepanjang berada disini. Anda tidak perlu membeli barang elektrik atau kain solat serta barang-barang lain yang anda perlukan kerana Homestay ini sangat lengkap dan peka dengan keperluan anda. Segala kemudahan yang telah disediakan disini haruslah diguna dengan baik dan tertib.

2 Ruang Tamu

homestay murah di gelugor penang dengan dua ruang tamu

Ruang tamu pertama yang telah disediakan adalah di bahagian bawah yang luas dan berhawa dingin manakala ruang tamu yang kedua pula berada di tingkat atas dan ia sangat ringkas dan selesa. Anda dan keluarga dapat bersama-sama meluangkan masa menonton televisyen kerana TV LED dan astro juga disediakan.

6 Bilik Tidur

homestay murah di gelugor penang 6 bilik tidur

Sri Gelugor Homestay sangat besar dan mempunyai 6 buah bilik tidur di mana 3 daripadanya adalah bilik yang berhawa dingin manakala 3 lagi adalah bilik yang mempunyai kipas siling. Setiap bilik juga di lengkapi dengan katil queen iaitu katil besar, sejadah dan telekung.

Dapur Dan Perkakas

Dapur juga disediakan untuk memudahkan anda menyediakan makanan. Selain itu, peralatan memasak yang lengkap boleh anda gunakan untuk memasak atau menyediakan makanan. Pendek kata, semuanya seperti pinggan, sudu, periuk dan sebagainya disediakan disini.

 homestay murah di gelugor penang dengan kemudahan dapur

Peralatan Elektrik

Anda juga sangat beruntung kerana Sri Gelugor Homestay mempunyai kemudahan peralatan elektrik seperti Pembakar Roti, Water filter Coway dan Peti ais. Anda boleh mendapatkan minuman yang sihat dan tidak perlu membeli air masak daripada luar, malah anda juga boleh menyediakan roti bakar sekiranya lapar. Di samping itu, dengan adanya peti ais, makanan anda dapat disimpan lebih lama.

Mesin Basuh Dan Iron

homestay murah di pulau pinang dengan mesin basuh

Mesin basuh dan iron memudahkan anda menyediakan pakaian anda dalam keadaan yang kemas dan teratur. Anda tidak perlu membawa iron ke mana sahaja anda pergi kerana homestay ini sudah menyediakan iron beserta iron board.

3 Bilik Air 

homestay murah di pulau pinang dengan 3 bilik air

Ya, bilik air sememangnya kemudahan yang amat penting tetapi yang paling menyeronokkan adalah apabila terdapat 2 pemanas air di bilik air. Anda boleh mendapatkan mandian dengan suhu yang anda mahukan. Ia sangat selesa, menyeronokkan dan memberi banyak pilihan kepada anda.

Parking Berbumbung Dan Berpagar

Parking disediakan untuk 2 buah kereta yang menggunakan Sri Gelugor Homestay. Selain itu, terdapat parking extra percuma diluar rumah yang boleh anda gunakan. Untuk pengetahuan anda, parking yang disediakan untuk 2 buah kenderaan adalah berbumbung dan berpagar.

homestay murah di gelugor penang parking banyak

Kemudahan Di Sri Pinang Homestay

Kemudahan di Sri Pinang Homestay juga tidak kurang menariknya. Walaupun hanya apartmen, tetapi anda akan rasa seperti rumah landed kerana Sri Pinang ini berada di ground floor sahaja. Malah anda juga boleh ke pantai dengan hanya berjalan kaki sahaja dari homestay ini. Ini antara kemudahan yang ada di Sri Pinang Homestay

  • Apartment (ground floor) tidak perlu menggunakan lift
  • Parking x 1 menggunakan kad akses ( akan di beri)
  • 2 bilik tidur berhawa dingin/kipas siling
  • 2 katil Queen (Toto dan bantal extra di sediakan ats permintaan)
  • 1 bilik air ( bilik mandi dan tandas berasingan)
  • Dapur gas dan kelengkapan memasak lengkap – Rice cooker / jug kettle
  • Sofa, TV – Astro, almari baju setiap bilik,
  • seterika, telekung , sejadah, mesin basuh auto, water heater dan meja makan

Sebab Anda Perlu Pilih Sri Gelugor Homestay Dan Sri Pinang Homestay

homestay murah di pulau pinang dekat pantai

  • Berdekatan dengan tempat bersiar-siar dan bersantai.
  • Boleh ke tempat peranginan seperti pantai atau tempat shopping seperti Queensbay mall, Komtar, Padang Kota dan sebagainya.
  • Terdapat banyak kemudahan yang disediakan sama ada di dalam rumah dan juga luar rumah.
  • Parking juga disediakan amat memudahkan anda.
  • Harga yang sangat berpatutan dan menjadi pilihan ramai terutamanya mereka yang datang beramai-ramai atau bekeluarga.
  • Ia lebih jimat dan tidak perlu memikirkan tempat yang selesa atau tidak kerana ia sangat luas dan pasti selesa.
  • Dekat dengan tempat yang memudahkan anda untuk melakukan rutin harian seperti masjid, kedai dan sebagainya.

homestay murah di pulau pinang dekat tempat makan sedap

Keselesaan dan kemudahan yang anda nikmati dengan penginapan ini sangat penting dalam menjadikan anda selesa bagi memastikan rancangan anda berjalan lancar tanpa gangguan.

Harga Sri Gelugor Homestay Dan Sri Pinang Homestay di Penang

Menginap Di Sri Gelugor Homestay (Kapasiti Muatan Sehingga 20 Orang)

Harga untuk semalam:

  • Hari biasa RM550
  • Hari minggu/kelepasan am dan cuti sekolah RM600

homestay murah di gelugor penang kemudahan tv

Untuk pengetahuan anda juga, harga boleh dirunding melalui keperluan bilik ataupun jumlah tetamu. Wah, ini bermaksud sekiranya anda tidak mempunyai ramai orang untuk menyewa rumah ini, tidak bermakna anda tidak boleh menyewa disini.

Menginap Di Sri Pinang Homestay (Kapasiti Muatan sehingga  8 orang)

Harga untuk semalam:

  • Hari biasa RM170
  • Hari minggu/kelepasan am dan cuti sekolah RM200

antara katil di homestay murah di gelugor penang

SRI GELUGOR HOMESTAY & SRI PINANG HOMESTAY
Hotline 1: Tekan untuk telefon (012-4433979) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (019-5169099) | Tekan untuk WhatsApp
 Facebook: Sri Gelugor Homestay | Sri Pinang Homestay

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: