Review
Mar 6, 2019, 2:55pm

Homestay Murah di Cameron Highland Tercantik Dan Murah 2019/2020


Cameron Highland adalah salah satu destinasi popular bagi pelancong tidak kiralah pelancong luar ataupun pelancong tempatan. Hal ini kerana, Cameron Highland adalah salah satu tempat yang dikira unik disebabkan oleh cuacanya yang sejuk dan persekitaran yang berbeza dari tempat – tempat lain di Malaysia. Disebabkan kedudukan Cameron Highland yang berada di tanah tinggi, banyak buah – buahan dan tumbuh – tumbuhan dapat hidup dengan segar. Anda boleh membawa keluarga anda bersama ke Cameron Highland jika anda hendak merasai percutian yang sempurna dan ala – ala luar negara.

homestay murah di cameron highland 2

Jika anda ke Cameron Highland, anda pasti rasa tidak mencukupi untuk berada di sana selama satu hari. Jadi, pastikan anda menempah hotel atau homestay agar anda boleh mendapatkan pengalaman melihat matahari naik dan juga pemandangan yang amat indah. Antara hotel dan homestay di Cameron Highland, homestay adalah pilihan yang lebih baik kerana anda dapat mendiami homestay tersebut tanpa sebarang gangguan dan privasi anda adalah dijamin. Anda juga dapat merasai pengalaman seperti penduduk tempatan jika anda menggunakan perkhidmatan homestay.

homestay murah di cameron highland yang sangat berbaloi 1

Tiny Boutique Habitat – Homestay Tercantik Dan Murah Di Cameron Highland

Adakah anda sedang mencari homestay Cameron Highland yang murah dan cantik? Nak rasa pengalaman macam penduduk Cameron Highland? Tiny Boutique Habitat adalah homestay Cameron Highland yang amat selesa dan akan membuatkan anda untuk sentiasa datang ke homestay ini setiap kali anda ke Cameron Highland. Ia terletak di Kampung Taman Sedia, Cameron Highland dan Tiny Boutique Habitat telah beroperasi sejak tahun 2017. Ia berada di tengah – tengah antara bandar Tanah Rata dan Brinchang dan kedua – dua bandar ini boleh diakses dalam masa 15 minit sahaja.

homestay murah di cameron highland yang sangat berbaloi 3

Sejak pelancaran mereka pada bulan April 2017, mereka telah mengembangkan perniagaan mereka dengan menambah sebuah kafe dan juga kedai cenderahati. Jadi, anda boleh membeli – belah cenderahati unik yang dibuat sendiri oleh mereka. Kafe mereka pula menggabungkan dua jenis makanan iaitu makanan barat dan juga makanan Malaysia. Ia merupakan kafe pertama di Cameron Highland yang menyediakan wood oven pizza. Selain itu, terdapat pelbagai jenis pasta dan makanan berkonsepkan Melayu. Kopi yang disediakan juga mempunyai aroma harum untuk pencinta kopi.

homestay murah di cameron highland 4

Diinspirasikan dari English Cottage yang comel dan berkonsepkan minimalis, Tiny Boutique Habitat mementingkan keselesaan pengguna dan menyediakan persekitaran yang indah dan memaksimakan penggunaan ruang. Ia juga mempunyai taman terbuka yang dipenuhi bunga geranium dan membuatkan hidupan liar Cameron Highland seperti lebah, rama – rama dan burung untuk singgah di taman Tiny Boutique Habitat.

homestay murah di cameron highland 5

Jenis Homestay Yang Disediakan di Tiny Boutique Habitat

Tiny Boutique Habitat adalah homestay Cameron Highland yang terbaik dan berikut adalah jenis homestay yang tersedia;

  • Dua Premium Lodges
  • Empat Superior Lodges

Berikut adalah harga yang ditawarkan;

  • Superior Lodge
    • terhad kepada 6 pax sahaja.
    • Unit 2 dan unit 3
      • Ground floor – katil saiz queen dan katil jenis pull-out untuk dua orang dewasa
      • Attic – 2 katil single
    • Unit 4 dan unit 5
      • Ground floor – katil saiz queen dan katil jenis pull-out untuk dua orang dewasa
      • Attic – Katil saiz queen
    • Bermula dari RM285++ satu malam untuk hari minggu
    • Manakala RM305++ satu malam untuk hujung minggu dan cuti umum
  • Premium Lodge
    • terhad kepada 7 pax sahaja
    • Unit Premium Lodge
      • Ground floor – katil saiz queen dan super single sofa bed
      • Attic – katil saiz queen dan katil jenis pull-out untuk dua orang dewasa
    • Bermula dari RM335++ untuk satu malam pada hari minggu
    • Manakala RM355++ satu malam untuk hujung minggu dan cuti umum

homestay murah di cameron highland yang sangat berbaloi 5

Setiap unit mempunyai satu setengah tingkat, dan juga disediakan tilam ala-ala Jepun yang pasti disukai oleh anak – anak anda. Walaupun unit mereka hanya boleh didiami oleh 4 orang dewasa secara selesa, mereka juga ada menyediakan ruangan yang lebih besar untuk keluarga yang besar. Mereka telah menambah unit attic, di mana ia boleh didiami oleh 9 orang di dalam unit tersebut.

homestay murah di cameron highland 3

Benda – benda asas untuk keperluan harian anda juga disediakan seperti;

  • Tuala
  • Air botol
  • Cerek air
  • Wifi dan TV Satelit
  • Seterika (disediakan atas permintaan)
  • Pengering rambut (disediakan atas permintaan)

Kenapa Anda Perlu Memilih Tiny Boutique Habitat Sebagai Homestay Pilihan Anda?

Tiny Boutique Habitat adalah homestay yang anda perlu pilih untuk didiami jika anda ke Cameron Highland kerana ia merupakan homestay yang paling cantik dan selesa. Berikut adalah sebab – sebab untuk anda menempah Tiny Boutique Habitat sekiranya anda berada di Cameron Highland.

  • Pemandangan Yang Indah

Tiny Boutique Habitat menyajikan pemandangan yang indah bagi anda yang mahu menghilangkan tekanan ketika anda berada di Cameron Highland. Pemandangan semulajadi yang berada di sekeliling homestay ini membolehkan anda untuk beristirehat dengan taman yang indah dan dipenuhi oleh burung Robin dan juga bunyi sungai yang berdekatan untuk memberikan anda rasa yang tenang.

homestay murah di cameron highland yang sangat berbaloi 3

  • Mesra Muslim

Homestay ini direka untuk menjadi mesra muslim agar anda dapat menunaikan ibadah dengan sempurna ketika anda berada di Cameron Highland. Selain itu, bunyi azan juga akan kedengaran pada waktu Subuh untuk mengingatkan semua tentang tugas kita sebagai orang Islam.

homestay murah di cameron highland yang sangat berbaloi 4

  • Berkonsepkan Minimalis dan Dikelilingi Bunga Geranium dan Hydrangea

Setiap homestay yang berada di Cameron Highland boleh memilih sejenis bunga di taman mereka, dan Tiny Boutique Habitat memilih bunga Geranium kerana ia melambangkan persahabatan, kesihatan dan pemikiran positif. Lambang bunga Geranium ini adalah kualiti yang ingin kami berikan kepada semua tetamu mereka. Manakala bunga hydrangea mampu menenangkan suasana buat penghuni yang mendiami Tiny Boutique Habitat. Selain itu, konsep minimalis yang diterapkan akan membuatkan anda berasa tenang dengan homestay mereka.

homestay murah di cameron highland yang sangat berbaloi 6

Tempah Homestay Murah Cameron Highland Anda Di Tiny Boutique Habitat Sekarang!

TINY BOUTIQUE HABITAT – HOMESTAY TERBAIK DI CAMERON HIGHLAND
Hotline : Tekan untuk telefon (016-2153244) | Tekan untuk WhatsApp
Instagram: @tinyboutiquehabitat
Facebook: Tiny Boutique Habitat
Website: www.tinyboutiquehabitat.com
E-mail: tinyboutiquehabitat@gmail.com

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: