Review
Mar 29, 2017, 6:41am

Homestay Murah di Bukit Katil, Melaka


Dari kecil lagi, saya selalu berangan-angan untuk ke Melaka. Masa kecil, tak tahu lagi kewujudan London, Paris, atau New York macam sekarang. Walaupun masih dalam negara dan dekat sahaja, Melaka tetap menjadi pilihan ramai orang untuk percutian keluarga. Saya sendiri sangat mengesyorkan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka melawat ke negeri Melaka kerana ia akan menjadi sebuah percutian yang bermakna dan berharga bagi mereka.

Homestay Murah di Bukit Katil

Banyak sekolah yang menjadikan Melaka sebagai destinasi lawatan sekolah mereka sebab Melaka ini bandar yang sangat istimewa sehingga dinobatkan sebagai Bandar Bersejarah. Lawatan ke negeri Melaka yang terkenal dengan slogan ‘Dont Mess with Melaka’ ini akan memberikan banyak pengalaman bermakna dan ilmu berguna untuk orang ramai. Ia bukan sekadar negeri yang dijadikan tempat bersantai seperti tempat lain, ia negeri yang mengimbau sejarah Malaysia pada zaman dahulu. Jadi, tak hairanlah pengunjung dari dalam dan luar negara tak putus-putus berkunjung ke sana sehingga ke hari ini.

Apabila kita bercakap pasal bercuti dan berjalan-jalan, antara perkara yang perlu dititiberatkan mestilah tempat penginapan. Kalau boleh, kita pastinya inginkan tempat menginap yang boleh memuatkan semua orang, selesa, lengkap dengan segala kelengkapan, dekat dengan tempat-tempat yang ingin dilawati dan paling penting, harga yang murah. Ada lagi ke faktor lain? Boleh kongsi ya.

Homestay Terbaik Pada Harga Termurah di Bukit Katil, Melaka

Homestay Murah di Bukit Katil Melaka

Ramai orang sekarang, apabila ingin menginap di mana-mana mereka lebih suka menginap di homestay berbanding hotel. Sebabnya, homestay membolehkan kita bercuti dalam keselesaan di rumah dengan harga yang lebih murah. Dah nama pun, ‘HOMESTAY’. Homestay adalah pilihan yang jauh lebih baik daripada hotel terutamanya untuk percutian dalam kumpulan besar seperti keluarga dan kawan-kawan sekelas.

Adakah anda tengah mencari homestay untuk menginap di Melaka? Kalau ada yang tengah cari homestay untuk menginap di Melaka, ada sebuah homestay 4 bilik dengan harga yang sangat murah di Taman Saujana Indah, Bukit Katil, Melaka yang saya ingin kenalkan pada anda semua. Homestay ini memang menepati ciri-ciri yang telah saya sebutkan di atas.

Homestay di Bukit Katil

Homestay Bukit Katil Dekat dengan Tempat-tempat Menarik di Melaka

Homestay Bukit Katil Melaka

Homestay ini terletak berdekatan dengan banyak tempat menarik di Melaka. Anda boleh sampai di banyak tempat dalam masa kurang setengah jam. Jadi, banyak masa boleh dijimatkan. Bolehlah anda menggunakan masa yang lebih untuk aktiviti-aktiviti lain. Tak pun, anda bolehlah membuat penambahan tempat untuk dilawati dalam itinerari anda.

Tempat-Menarik-Di-Melaka-home

Bandar Bersejarah Melaka

Homestay ini terletak hanya 15 minit sahaja dari Bandar Bersejarah Melaka. Di Bandar Melaka, pengunjung boleh pergi ke kawasan yang telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Yang paling popular mestilah kawasan A’ Famosa yang menjadi bukti sejarah peninggalan Portugis. Banyak lagi bangunan bersejarah lain dikumpulkan di sini. Bila sudah pena, bolehlah berjalan kaki ke Dataran Pahlawan untuk shopping dalam mall.

Homestay Melaka Bukit Katil

Zoo Melaka

Zoo Melaka pula hanya mengambil masa 5 minit untuk sampai dari homestay ini. Biasanya, Zoo Melaka selalu menjadi tempat tarikan bagi mereka yang bercuti di Melaka bersama keluarga. Anak-anak mesti suka melawat ke zoo sebab mereka akan suka melihat gelagak haiwan-haiwan di sana. Apabila anak-anak suka, kuranglah mereka meragam semasa bercuti. Mak ayah pun bahagia. Bolehlah bercuti dengan tenang, aman dan damai.

Homestay Terbaik di Bukit Katil

Bayou Lagoon Park Resort

Pernah dengar tak tentang Bayou Lagoon Park Resort? Bayou Lagoon adalah antara tempat yang tidak boleh diabaikan kalau kita melawat ke Melaka. Ia merupakan sebuah taman tema air ala-ala Sunway Lagoon. Macam-macam aktiviti dijalankan di taman air Bayou Lagoon. Ada tempat makan, tempat memanah dan Muzium Seni Magis 3D. Syoknya bermain air dari pagi hingga petang kat sana. Yang bestnya, homestay ini terletak dekat dengan Bayou Lagoon..

Homestay Bukit Katil Melaka

Gold Coast Melaka

Selain itu, Gold Coast Melaka pun terletak tidak jauh dari homestay ini. Gold Coast Melaka merupakan sebuah sebuah resort dan taman tema air yang tak kurang hebatnya. Ramai yang memuji kehebatan dan keseronokan meluangkan masa di Gold Coast Melaka. Di sana terdapat kolam berombak, jakuzi outdoor terbesar dan macam-macam lagi. Harga pun murah. Lebih kurang RM40 untuk seorang.

Bestnya duduk homestay yang dekat dengan tempat-tempat best macam ni kan? Barulah padan dengan tujuan nak bercuti. Sekarang kita tengok pula apa yang ada di dalam homestay.

Bilik-bilik Di Dalam Homestay di Bukit Katil Ini

Di homestay ini, terdapat 3 bilik tidur, 1 bilik stor merangkap bilik ampaian berteduh dan 2 bilik air. Pastinya selesa untuk tidur kalau bercuti dalam kumpulan besar. Tak perlu berhimpit-himpit dalam sebuah bilik sempit lagi dah. Katil pun banyak. Jom kita terjah.

Bilik 1 Yang Luas

Homestay Bukit Katil Melaka

Mula-mula sekali mestilah bercakap tentan master bedroom. Bilik utama dilengkapi dengan katil bersaiz queen yang sangat sesuai untuk pasangan ibu bapa. Ia mempunyai pendingin hawa untuk memberikan keselesaan tidur di malam hari. Almari juga bersaiz besar sebagai ruang penyimpanan barang. Yang paling penting, bilik ketua keluarga ini mempunyai bilik air sendiri. Tak perlulah nak berkongsi dengan anak-anak. 2 helai tuala turut disediakan.

Bilik 2 Yang Selesa

Homestay Selesa di Bukit Katil Melaka

Bilik kedua pula mempunyai katil 2 tingkat. Bagi saya, katil 2 tingkat macam ini sangat sesuai untuk anak lelaki, tapi kalau anak perempuan nak tidur sini pun okay. Kipas syiling, penyangkut tuala dan 2 helai tuala disediakan.

Bilik Ketiga Yang Santai Untuk Anak Bujang

Homestay Selesa di Bukit Katil

Ini pula bilik ketiga. Simple dan kemas. Sesuai untuk anak perempuan. Saya juga katil ala-ala Jepun seperti ini sebab tak risau kalau jatuh. Sama seperti bilik kedua, bilik ini juga menggunakan kipas syiling, mempunyai rak penyangkut tuala dan tuala.

Kalaulah dengan semua katil yang ada ini tetap tidak mencukupi, 2 hampar toto juga disediakan untuk tempat tidur ekstra. Insya Allah, semua orang akan boleh menginap di homestay ini dengan selesa.

Bilik Air Yang Bersih

Bilik Air Homestay Melaka

Sebuah bilik air disediakan di master bedroom. Sebuah lagi bilik air disediakan di luar bilik. Bilik air di sini juga sangat bersih. Ia dilengkapi dengan sinki dan cermin.

Barang Yang Lengkap Homestay Melaka

Semua kelengkapan mandi seperti ubat gigi, sabun badan, pencukur, shampoo rambut dan sabun basuh boleh dibeli di homestay. Semuanya ada disediakan di dalam almari. Jadi, tak perlulah bawa dari rumah. Buat berat beg saja. Bila kita sedang bercuti, kita nak benda senang. Beg yang berat adalah sangat tidak menyenangkan

Ruang Tamu dan Menonton Televisyen

Ruang Tamu Homestay Melaka

Ruang tamu aka ruang menonton keluarga juga menarik. Susunan perabot nampak cantik dengan 2 buah sofa untuk 5 tempat duduk. Hiasan dinding juga ringkas dan kemas. Di sini terdapat kipas syiling dan televisyen yang dilengkapi dengan Astro. Bolehlah tengok tv puas-puas sambil makan jajan dengan adik-beradik di sini.

Dapur Yang Serba Lengkap

Dapur Bersih Homestay Melaka

Dapur di homestay ini juga lengkap dengan dapur memasak, tong gas, peti sejuk dan semua keperluan yang lain seperti pinggan dan gelas. Buat mereka yang lebih suka masakan isteri seperti di rumah walaupun sedang bercuti, bolehlah membawa sendiri barangan basah dan bergotong royong memasak di dapur baru. Masa bercuti inilah masa untuk luangkan masa bersama-sama sebab semua ahli keluarga ada berkumpul. Lagi best bila dapat buat aktiviti seperti ini di tempat baru.

Dapur Homestay Melaka

Di bahagian dapur ini juga disediakan mesin basuh. Mesin basuh penting sangat untuk yang tidak mahu memberatkan beg dengan membawa baju terlalu banyak. Lepas pakai, boleh terus basuh. Lepas spin, terus jemur. Esok kering, boleh pakai balik. Jimat kos luggage untuk yang menaiki kapal terbang. Oh ye, bilik keempat di homestay ini adalah bilik ampaian merangkap stor. Bolehlah jemur pakaian di bilik ini.

Ruang Makan Keluarga

Ruang Makan Keluarga Homestay Melaka

Ruang makan di homestay ini juga luas dan selesa. Susunan perabot kemas dan cantik. Terdapat set meja makan 5 kerusi dan cermin besar di ruangan ini. Mesti seronok kalau boleh makan beramai-ramai sambil berborak di ruang makan ini. Kalau tidak muat, boleh makan bersila atas tikar yang disediakan.

Bililk Homestay Melaka

Senang lapar waktu malam? Jangan risau. Kalau ditakdirkan berasa dahaga pada waktu malam, anda boleh bancuh minuman 3 dalam 1 yang juga boleh dibeli di homestay ini.

Harga Penginapan Homestay Murah Bukit Katil

Homestay Melaka

RM180 untuk semalaman. Sangat murah berbanding penginapan di hotel.

Hubungi Homestay Murah di Bukit Katil, Melaka Ini Sekarang!

Homestay Murah di Bukit Katil

Artikel Homestay Murah Bukit Katil Ini Untuk Sewa Review
Hubungi Profhariz.com Sekarang!

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: