Review
Nov 9, 2017, 5:54pm

Homestay Murah Berdekatan Pusat Pengajian KMP, UiTM, UNIMAP


  •  
  •  
  •  
  •  

Perlis adalah negeri terkecil di Malaysia yang terletak nun jauh di utara Semenanjung Malaysia, Perlis nyata negeri yang mempunyai pelbagai tarikan menarik yang mesti diterokai. Ia terletak di bahagian utara pantai barat Semenanjung Malaysia dan mempunyai Satun dan Songkhla Provinces of Thailand di sempadan utara. Ia bersempadan dengan negeri Kedah di selatan. Nama rasmi untuk Perlis ialah Perlis Indera Kayangan.

bandar-arau

Satu lagi tarikan di Perlis ialah Padang Besar, di sempadan Malaysia-Thailand. Pelabuhan dan feri terminal utama adalah di kampung kecil Kuala Perlis, menghubungkan kebanyakannya ke Pulau Langkawi. Perlis mempunyai ladang ular dan pusat penyelidikan yang terkenal di Sungai Batu Pahat, dan Gua Kelam dan Taman Negeri Perlis adalah tarikan pelancongan.  Bandar Diraja Perlis adalah Arau. Arau ialah sebuah bandar kecil yang juga merupakan Bandar DiRaja bagi negeri Perlis Indera Kayangan.  Ia terletak hanya 10 km dari Kangar, ibu negeri Perlis.  

Selesa dan Murah di Homestay Idaman Arau

Bercuti memang memerlukan kita mengeluarkan belanja yang banyak. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi negara yang tidak mengizinkan, semakin ramai yang memerlukan tempat percutian yang tidak memakan belanja yang banyak terutamanya tempat penginapan sama ada di hotel, chalet mahupun di homestay. Di mana tempatnya? Yang pasti kawasan penginapan ini akan lebih bermakna tanpa perlu perbelanjaan penginapan yang tinggi buat anda yang datang ke Perlis.

homestay-idaman-arau-taman-saujana

Alamat: No. 9 Lorong 13, Taman Saujana Idaman, Arau, 02600 Arau, Perlis

Memandangkan Perlis ialah sebuah negeri yang kecil, tidak ada masalah sekiranya anda menetap di Arau untuk sebarang urusan atau percutian di mana-mana lokasi di Perlis. Jadi, saya cadangkan anda menginap di Homestay Idaman Arau yang berada di Taman Saujana Idaman, Arau, Perlis.

Lokasi Strategik Homestay Idaman Arau

Arau dalah sebuah pekan kecil yang terletak hanya 14 kilometer dari Bandar Kangar dan ia dikenali sebagai bandar diraja Perlis. Bandar Arau ini juga menjadi tempat dimana UITM Perlis bertapak. Jika anda mencari homestay berdekatan dengan UITM Perlis tempah sahaja di Homestay Idaman Arau yang terletak di kawasan Arau, Perlis.

peta-lokasi-homestay-idaman-arau

Lokasi homestay yang strategik memudahkan pencarian anda mencari keperluan asas di kawasan kedai yang berhampiran. Kedai yang popular di bandar ini bernama C-Mart yang terletak di Komplex Tok Arau. Homestay Idaman Arau juga sesuai untuk tetamu yang menghantar anak untuk mendaftar di pusat pengajian tinggi sekitar Perlis.  

Berhampiran dengan Pusat Pengajian KMP, UiTM, UNIMAP

Tahniah diucapkan sekiranya anak anda berjaya melanjutkan pelajaran di Perlis Indera Kayangan. Semesta baru akan berlangsung dalam masa terdekat sudahkah anda menemui tempat penginapan yang berhampiran dengan pusat pengajian mereka? Bila sudah jauh berjalan menghantar anak-anak sudah pasti badan akan keletihan dan perlukan rehat yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan. Sekiranya anda datang untuk menghantar anak ke Kolej Matrikulasi Perlis (KMP), homestay Idaman Arau tempat yang paling sesuai kerana terdapat banyak kemudahan seperti pusat membeli belah, restoran, mesin ATM, masjid dan pelbagai lagi kemudahan yang berhampiran dengan homestay.

kolej-matrikulasi-perlis

Kedudukan Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) dan UiTM Perlis terletak di bandar diRaja Arau Perlis juga tidak jauh dari homestay Idaman Arau, hanya 5 minit perjalanan jika menaiki kenderaan.

pintu-gerbang-unimap-arau-perlis

Manakala jika anak anda dapat melanjutkan pengajian ke Politeknik atau Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pula hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja untuk ke Pekan Kangar. Homestay Idaman Arau merupakan tempat persinggahan yang sangat tepat untuk anda yang memerlukan penginapan di sekitar Arau, Perlis.

Lokasi yang berhampiran dengan Tarikan Pelancong

Kalau berkunjung ke negeri Perlis tak sah kalau tak perkena makanan-makanan yang sedap di negeri ini. Sememangnya Perlis mempunyai banyak makanan yang lazat, makanan yang tak asing lagi dan begitu sinonim dengan negeri Perlis adalah seperti laksa, ikan perkasam,asam belacan, bihun sup dan macam-macam lagi.Tempat pertama yang nak di perkenalkan adalah Warung Pokok Sawa yang terletak di Kampung Kersik Mata Ayer, hidangan adalah nasi campur, lauk-pauk yang dimasak di sini adalah citarasa kampung yang asli, sangat sedap dan yang paling utama ianya berhampiran sahaja dengan Homestay Idaman Arau.

warung-pokok-sawa-special-perlis

Warung Pokok Sawa dengan pelbagai hidangan tradisional

Tarikan pelancong yang lain seperti Gua Kelam, Taman Rekresai Bukit Ayer, Taman Negeri, Taman Herba, Padang Besar dan banyak lagi juga merupakan destinasi pelancongan yang ada di Perlis.

Kelengkapan Homestay Idaman, Arau, Perlis

ruang-tamu-homestay-arau

Homestay Taman Saujana Idaman menyediakan penginapan yang sangat selesa dengan harga yang sangat berpatutan. Kelengkapan di dalam homestay ini adalah baru memandangkan rumah ini siap dibina pada tahun ini. Untuk mereka yang berkeluarga juga sesuai tinggal di sini kerana ada dua buah unit rumah berdekatan disediakan.

bilik-tidur-homestay-idaman-arau

Meja makan dengan 4 kerusi, TV dan perabot asas juga disediakan untuk memastikan anda dapat menginap dengan selesa. Peralatan memasak juga disediakan di dapur, tapi dengan lokasi yang strategik berdekatan dengan kedai runcit dan kedai makan, anda tak perlu bersusah payah memasak.

ruang-dapur-homestay-idaman-arau

Memandangkan kawasan perumahan di sini adalah baru, segala kelengkapan di dalam rumah juga adalah baru dan masih cantik. Di lengkapi dengan kemudahan lain untuk para tetamu seperti seterika, peti ais, perkakas masakan, dan sebagainya. Dan untuk memudahkan lagi tetamu Homestay di Arau, waktu masuk dan keluar (check in/check out) adalah fleksibel.

meja-makan-homestay-arau

Booking Homestay Murah di Arau Ini Sekarang !

Apa lagi?  Marilah menginap di Homestay Idaman Arau.  Luangkanlah masa untuk bersiar-siar dan melancong di negeri Perlis.  Walaupun Perlis adalah sebuah negeri yang kecil, ada banyak tempat menarik yang boleh anda lawati terutamanya tarikan alam semula jadi. Sekiranya anda bercadang untuk bermalam di Arau Perlis kami mengalu-alukan anda untuk singgah di Homestay Idaman Arau, Perlis, harga yang sangat murah, selesa dan bersih.

Untuk pertanyaan dan tempahan, hubungi :

HOMESTAY IDAMAN ARAU | HOMESTAY DI ARAU PERLIS

Telefon: 012-4297855 | Link WhatsApp