Review
Mar 8, 2017, 9:44am

Homestay Murah di Batu Pahat, Johor


Nak bercuti ke Batu Pahat, Johor dan tercari-cari homestay yang selesa dan murah di Batu Pahat, Johor? Jangan risau! Saya bawakan tiga (3) homestay untuk dijadikan pilihan anda yang semestinya akan memenuhi selera anda dengan menyediakan keselesaan dan keselamatan untuk anda dan keluarga serta rakan-rakan.

homestay batu pahat

Hari berganti hari, Batu Pahat, Johor semakin maju dengan perkembangan perindustrian dan bidang pendidikan yang menjadikan ia salah satu negeri yang pesat membangun. Jangan tak tahu, Batu Pahat ni popular tau. Popular dari segi apa? Batu Pahat terkenal dalam kalangan warga Singapura dan turut digelar sebagai ‘Syurga Membeli-Belah di Johor Utara’. Psst, saya bangga jadi cucu cicit anak Johor. Hahahaha.

Homestay Murah di Batu Pahat Yang Anda Perlu Stay Bersama Family !

homestay batu pahat

Jom, nak cerita sikit mengenai homestay – homestay yang dijamin akan memberi kepuasan buat pelanggannya! 🙂 Homestay di Batu Pahat ini terletak di Taman Banang Height, Taman Seri Cempaka, dan Taman Beroleh. Ketiga – tiga homestay ini menawarkan jenis rumah teres 1 tingkat yang rata ratanya menyediakan bilik dari 3 – 4 buah bilik dan pelbagai kemudahan lain. Nak tau apa? Teruskan membaca.

Homestay Batu Pahat Di Banang Height

homestay batu pahat

Homestay di Banang Height ini terletak di ;

“Jalan Banang Height 6, Taman Banang Height, Batu Pahat, Johor”

Banang Height ni untuk pengetahuan hampa terletak di bahagian barat batu pahat. Taktahu nak pergi macam mana? Google Maps ja! Mesti jumpa tanpa perlu sesat dulu. Hehehehe. Mari kita terjah sikit apa yang disediakan di Homestay ni. Mesti korang nak tahu sangat kan, elok ke rumah ni? Hello….. Ruang anjung untuk korang bersantai pun tersangat luas tau!

“Apa ja kemudahan dia bagi kalau aku sewa sini?”

“Berbaloi ka sewa homestay ni?”

Haaa… Mai sini nak bagitahu para pembaca sekalian. Jom baca.

Ruang Tamu Homestay Banang Height, Batu Pahat

homestay batu pahat

Selesa kan ruang tamu di Banang Height ni? Dengan sofa empuk yang disediakan, ruang tamu in juga lengkap dengan TV LED yang disertakan sekali dengan pakej Astro Njoi. Dah kalau namanya astro Njoi, anda pun mesti akan Enjoy dok sini. Hahahaha. Sudut ruang tamu yang luas dan selesa ini pasti akan membuatkan masa anda bersama keluarga lebih bermakna. Cuti – cuti jugak. Memori pun dapat dicipta bersama keluarga tersayang.

homestay murah di batu pahat

Sudut Ruang Makan Dan Dapur Homestay Banang Height, Batu Pahat

homestay di batu pahat

Untuk pengetahuan anda, sudut ruang makan menyediakan meja makan untuk 6 orang. Besar dan luas kan? Boleh makan ramai – ramai. Tak perlu risau kalau tak cukup tempat duduk. Selain tu, kemudahan peti sejuk juga disediakan. Yelah, mana tahu anda teringin nak minum air sejuk ke apa ke, guna saja peti sejuk yang disediakan! Kot ye nak minum air panas, cerek air panas pun ada tau. Ha…. Nak apa lagi? Apa lagi? >.<

Bilik Tidur Yang Lengkap Untuk Homestay Banang Height, Batu Pahat

Jumlah bilik tidur yang disediakan adalah 3 bilik tidur. Kesemua bilik tidur ini disediakan katil bersaiz queen, tau! Boleh golek sana, golek sini lah hampa. Hahahahaha.

homestay di batu pahat

*Bilik 1 ; Jambu gitu katilnya. Tilam dan bantal empuk, weh! Baring terus lena ;D

homestay di batu pahat

*Bilik 2 ; Tenang ja kan? Keluasan katil bersaiz queen ni pasti membuatkan anda taknak bangun dari katil!

homestay di batu pahat

* Bilik 3 ; Haa.. kemain cantik – cantik dan selesa kan kesemua bilik di Banang Height ni? Excited tak, hampa?

Waktu bercuti, badan memang akan lesu dan nak rehat yang cukup bila dah balik ke bilik. Jadi, anda sebagai pengguna yang bijak mestilah pilih katil dan tilam yang terbaik untuk keselesaan anda, tak gitu? 🙂 Cepat tempah homestay terbaik ni! Psst… Bilik air yang disediakan juga lengkap dengan pemanas air tau. Tak perlu takut sejuk dah kalau bangun awal pagi. Mandi air panas ja, okay?

homestay di batu pahat

Tak lupa juga, antara kemudahan dalam setiap bilik yang terdapat di Banang Height ni, setiap bilik disediakan kemudahan penghawa dingin tau. Fuh, menggigil la hampa tidoq. Silap silap boleh tak terjaga pagi esoknya ;D

Homestay Batu Pahat Di Taman Sri Cempaka

homestay di batu pahat

Yuhuuu…. So, next homestay adalah homestay Seri Cempaka, Batu Pahat. Ruang parking luas, weh!

“Jalan Seri Cempaka 1, Taman Seri Cempaka, Batu Pahat, Johor”

Hampa cuma perlu taip ja alamat yang diatas untuk ke lokasi homestay ni. Manfaatkan penggunaan Google Maps uols tu ;P

homestay murah di batu pahat

Kita lihat dari gambar, cantik kan homestay ni? Siap ada signboard yang menarik lagi tu. Kalau luar pun dah menarik, takkan dalam tak? Jom kita tengok apa yang menarik di homestay Seri Cempaka ni.

Ruang Tamu Homestay Taman Sri Cempaka

homestay di batu pahat

Sudut ruang tamu yang disediakan ni lengkap dengan sofa dan TV LED yang turut disertakan pakej langganan Astro Njoi. Tak perlu risau dah pasal siaran TV. Boleh spend time bersama family dengan riang ria sambil layan rancangan TV kegemaran hampa! Yahoo 😉

homestay di batu pahat

Kemas ja kan sudut ruang tamu, ni? Tenang saja dengan dekorasi yang simple dan bersahaja.

Bilik Tidur Yang Lengkap Dan Kondusif Di Homestay Taman Sri Cempaka

homestay murah di batu pahat

*Bilik 1 ; Selesa dan empuk sahaja katil dan tilam yang disediakan. Luas pulak tu. Bilik yang disediakan pun mempunyai ruang yang luas!

homestay murah di batu pahat

*Bilik 2 ; Bilik kedua ni pun disediakan dengan katil bersaiz queen yang memberikan kepuasan dan keselesaan kepada pelanggan. Memang jamin anda tidoq lena.

homestay murah di batu pahat

*Bilik 3 ; Bilik ketiga juga tak kurang hebatnya. Katil yang dipilih dari kayu pastinya memberikan kepuasan buat pelanggan!

Untuk pengetahuan anda, jumlah bilik tidur yang terdapat di Seri Cempaka ini adalah 3 / 4 bilik tidur dengan 2 darinya disediakan kemudahan katil bersaiz queen dan  penghawa dingin yang disediakan untuk 2 bilik tidur.  Bilik air yang disediakan juga mempunyai kemudahan pemanas air. So…. No risau risau sejuk dingin di hening hari lagi, ya?

Ruang Makan Dan Dapur Di Homestay Taman Sri Cempaka

homestay murah di batu pahat

Haa… Untuk ruang makan pula, disediakan kemudahan meja makan bersaiz 4 orang. Dah lah comel pulak tu meja makan yang disediakan, kemas dan ada bekalan biskut lagi disediakan untuk hampa. Kemudahan peti ais juga disediakan. Tak perlu risau, gais.

homestay murah di batu pahat

*Antara dekorasi homestay Seri Cempaka.

Selain tu juga, kalau hampa ada anak – anak kecil, tak perlu risau sebab homestay ni berdekatan jer dengan taman permainan. Bolehlah hampa awasi anak – anak hampa tu. Jaga keselamatan semua semasa bercuti;)

HOMESTAY DI TAMAN BEROLEH, BATU PAHAT

homestay murah di batu pahat

& Lastly………..

Homestay yang terakhir adalah, Homestay Taman Beroleh. Lokasi homestay ni kat mana?

“Jalan rusa, Taman Beroleh, Batu Pahat, Johor”

Macam biasa, hampa boleh gunakan Google Maps, ya. Pada pendapat ikhlas saya, homestay ini sangat unik dan antik! Kerana apa? Tenang ja tau. Selesa dan rasa macam dekat di hati, gitu. Hehehehe. Jom lihat!

Ruang Tamu Homestay Taman Beroleh Batu Pahat

homestay murah di batu pahat

Macam mana? Unik dan antik kan? Saya jatuh hati melihatnya. Dekorasi yang simple dan antik membuatkan mata yang memandang pasti akan berasa tenang dan selesa dengan persekitarannya. Manalah tau sambil sambil meluangkan masa bersama keluarga tu, ibu bapa hampa terdetik hati nak menceritakan sejarah keluarga bersama. Bestnya!

Bilik Tidur Yang Lengkap Di Homestay Taman Beroleh Batu Pahat

Homestay Taman Beroleh ini menyediakan 3 bilik tidur dengan kemudahan katil bersaiz
queen di setiap bilik. Penyaman udara turut disediakan di setiap bilik yang ada. Nak tengok macam mana rupa bilik bilik tersebut? Jom kita terjah!

homestay murah di batu pahat

*Bilik 1 ; Selesa dan tenang sahaja bilik yang disediakan. Lengkap dengan almari pakaian dan kemudahan untuk solat buat pelanggan.

homestay murah di batu pahat

* Bilik 2 : Tak perlu risau panas sebab kesemua bilik di homestay Taman Beroleh ni mempunyai kemudahan penyaman udara!

homestay murah di batu pahat

Bilik air yang disediakan juga mempunyai pemanas air yang lengkap untuk kegunaan pelanggan.

Ruang Makan Dan Dapur Di Homestay Taman Beroleh Batu Pahat

homestay murah di batu pahat

Homestay ini menyediakan meja makan bersaiz untuk 6 orang makan. Luas dan besar meja makan yang disediakan ni. Selain tu juga, peti ais turut disediakan untuk menjamin kesejukan tekak para pelanggan homestay Taman Beroleh ini. Cerek air panas dan kemudahan seterika juga turut disediakan.

Untuk pengetahuan semua, selain kemudahan yang dah saya sebutkan di atas, homestay Taman Beroleh turut menyediakan kemudahan mesin basuh! Fuyoo. Mesin basuh uols. Tak gaduh dah hampa nak pergi dobi atau risau nak mencuci pakaian di mana.

Ruang Santai Di Beranda Homestay Taman Beroleh Batu Pahat

Petang petang kot ye hampa nak meluangkan masa luaq rumah boleh p duduk di beranda. Ada tempat duduk disedaiakan. Dah lah best, tenang ja hijau melihat keindahan Batu Pahat! Hehehee.

homestay murah di batu pahat

Harga Penginapan Di Homestay Batu Pahat Ini?

Risau dengan harga homestay mahal? Jangan risau. Rata rata Homestay Murah di Batu Pahat ini berharga dari RM200 – 220 / semalam. Kalau hampa pandai ambil hati tuan homestay, boleh dapat murah lagi tau!  TUNGGU APA LAGI?

HOMESTAY TAMAN BEROLEH BATU PAHAT

Telefon: 017-7797900 | Link WhatsApp
Telegram: @homestaytawakkal_bot

Prof Hariz : Kini tak perlu risau jika turun sahaja ke batu pahat. Ketiga-tiga homestay di atas ini pasti menjadi pilihan.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: