Bisnes
Feb 20, 2019, 9:36am

Hartanah Malaysia Merosot Hingga 2021 , Pemaju Mula Buka Mata Pujuk Pembeli


Artikel ini pastinya tidak disukai oleh para pemaju di Malaysia, tapi semestinya tajuk dan isi kandungan artikel ini amat saya suka selaku seorang penduduk di Malaysia ini. Terus terang, saat harga hartanah Malaysia merosot ini membuatkan saya berasa bagai hendak gila. Almaklumlah, sudah lama menanti peluang sebegini dari dulu tapi baru kini ternampak sinar cahaya tersebut.

harga hartanah malaysia terkini

Bercerita soal hartanah di Malaysia, seringkali timbul rasa pelik di fikiran. Untuk apa di buat rumah yang banyak dari fasa ke fasa sehingga habis tanah-tanah pertanian milik orang kampung. Kenapa juga di buat tapak perumahan di sana sini sedangkan hakikatnya golongan si pembeli belum dapat menampung jumlah rumah yang berselerakan di sana sini.

Apakah sekadar untuk dijadikan markas si penagih?! Ataupun adakah sekadar ingin dijadikan lokasi hotel tepi jalan untuk para penzina?! Untuk apa sebenarnya rumah-rumah yang berselerakan tersebut jika sekadar ingin dirimbuni dengan semak samun dan rumput separas pinggang?

hartanah tanpa pemilik

Sedih…. Teramat sedih…. Namun siapalah saya untuk bangun tampil ke depan jika saya sendiri tak punya kuasa apa-apa untuk mendebatkan isu ini. Kerana itu, saat terbaca tentang kisah hartanah Malaysia merosot saya berasa sedikit gembira. Gembira bukan hanya untuk mencuba nasib membeli aset dan menambah harta untuk diri sendiri tapi gembira kerana markas penagih dan hotel budget tepi jalan untuk para penzina dapat dikurangkan.

Mengikut sumber yang dipercayai, harga hartanah kediaman akan dijangka menyusut dalam tempoh satu ke dua tahun yang mendatang iaitu di sekitar tahun 2020 sehingga 2021. Hal ini sememangnya disebabkan oleh isu lambakan unit rumah yang hanya berjaya di bina tapi tidak berjaya di jual. Jika mengikut kenyataan yang di baca, nilai rumah yang tersadai tanpa si penghuni ini telahpun mencecah nilai sehingga RM29.47 billion.

kondo juga tidak mendapat sambutan

Pengarah Penyelidikan dan Perancangan Strategik di Rahim & Co International, Sulaiman Saheh berkata, trend penyusutan itu dijangka berterusan sehingga 2021 sehingga pasaran kembali pulih dengan peningkatan kadar pembelian rumah.

“Trend penurunan harga rumah bermula sejak 2016 pada kadar satu hingga lima peratus bergantung kepada faktor lokasi serta nilai hartanah di kawasan itu. Harga rumah terus merosot disebabkan kadar pembelian yang kurang, dipengaruhi beberapa faktor antaranya ketidakmampuan kewangan pembeli, kesukaran mendapatkan pinjaman dan kelemahan elemen nilai tambah hartanah terbabit seperti kekurangan kemudahan pengangkutan dan jaringan lebuh raya yang baik,” katanya pada taklimat media liputan pasaran hartanah Malaysia oleh Rahim & Co International Sdn Bhd dan tinjauan prospek 2019, yang bertempat di Kuala Lumpur.

cadangan kerajaan hartanah

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Rahim&Co, Tan Sri Dr Abdul Rahim Abdul Rahman dan berdasarkan laporan syarikat perunding hartanah itu, terdapat 149,889 transaksi bernilai RM67.74 bilion dicatatkan pada separuh pertama 2018.

Rakyat Malaysia yang berkemampuan kini mula disarankan untuk mengambil peluang yang semakin terbuka ini untuk membantu mengatasi masalah rumah tersadai ini. Cuma sedikit terkilan rasanya bilamana baru kini isu mengurangkan harga rumah ini baru disebut. Kes rumah tersadai dek kerana tidak mampu di beli ini sudah lama dan jika dari dulu isu ini diketengahkan rasanya rumah-rumah yang tidak berpenghuni itu tidaklah berada di tahap runcing seperti sekarang ini.

pemaju hartanah terkini

Tak mengapalah, daripada terus berdebat ada baiknya kita fokus pada pemikiran yang lebih positif. Walaupun rasa sedikit terkilan namun setidaknya peluang untuk membeli rumah dengan harga yang lebih rendah berbanding dulu itu ada. Cuma, janganlah sesekali digunakan keadaan ini ke arah yang tidak elok. Maksudnya, jangan nanti bila rumah jadi terbengkalai dapat di jual dengan harga diskaun kepada sang pembeli maka pemaju mula berasa tidak serik semula untuk terus ghairah membina satu demi satu projek perumahan baru di lokasi yang lain pula.

Awas Ya Wahai Pemaju!

Jika benar nak jual rumah buatlah cara yang betul. Jangan sampai nanti duit projek kalian hanya tinggal debu apabila para pembeli mula berasa bosan dengan taktik-taktik dan janji kosong. Bina rumah bukannya seperti bina sarang arnab. Wang bukan segalanya dan binalah kediaman selesa dengan hati yang ikhlas untuk rakyat daripada di bina hanya dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang tidak sepatutnya.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: